' Berita terkini: Kekejaman rejim Zionist berulang lagi, pada jam 10 pagi waktu tempatan rejim Zionist telah melepaskan beberapa das peluru berpandu ke Gaza. Jumlah mangsa terkorban meningkat kepada 10 orang. 4 orang dipercayai merupakan rakyat Malaysia yang menyertai misi bantuan dan 6 orang rakyat Palestine. Setakat ini jumlah mangsa tercedera adalah sebanyak 8 orang.'
' Kerajaan Malaysia akan berusaha untuk membawa pulang mayat mangsa dan mangsa yang tercedera secepat mungkin.'
Tengku Haizard menghubungi Rayyan tapi telefonnya tak aktif.
" Excuse me Mr. Haizard..."
" Yes."
" Blood results came out. As you can see... There was methamphetamine and cocaine in both of their bloods. The same drugs were found in the tea you brought."
" According to the data, they had taken these substances in a period of 2-3 weeks in small quantities. If left untreated, the patient may die from a heart attack or bleeding." Terang Dr. Aryan menyerah report itu pada Tengku Haizard.
" Besides tea, there are also some other food items that contain the same substance. We compared new sugar and sugar taken from the patient's home, the sugar taken from the patient's home contained the same drugs."
Tengku Haizard mendengar dengan teliti penerangan Dr. Aryan itu.
Dalam kepalanya sudah tersusun rapi cara dia ingin menguruskan orang yang cuba membunuh adik dan tunangnya.
Hatinya cuba menafikan nama orang yang terlintas di fikirannya, tak mungkin orang itu tergamak berbuat begitu.
Ring. Ring. Ring.
" Give me a minute." Ujar Tengku Haizard menjawab panggilan telefon dari Rayyan.
Wajahnya bertukar tegang mendengar berita yang mengejutkan itu.
" Ozzie prepared VIP room. Doctor, I need your assistance."
Moscow, Airport - 11:00 AM
Hatinya tak tenang menunggu ketibaan jet peribadi yang membawa ibubapanya.
Sekumpulan paramedik menolak 3 katil dan satu kerusi roda keluar dari pintu balai pelepasan.
Dr. Aryan memeriksa keadaan pesakit di dalam ambulan menuju ke hospital.
Tengku Mikhail terbaring meniarap atas katil dengan keadaan belakang badan dipenuhi kesan terbakar, Amira pula melecur teruk pada bahagian lengan dan kaki kiri.
" It's okay ma. Everything will be fine." Pujuk Tengku Haizard menolak masuk katil ibunya ke bilik bedah.
Dia tak henti berdoa demi keselamatan ibubapanya itu.
" Sorry Zard, kami tak sangka yang tempat tu akan di bom." Ujar Hazid yang baru selesai mendapatkan rawatan, tangan kirinya patah kerana terpelantik ketika letupan itu berlaku.
Tengku Haizard mengangguk faham.
Ketika kejadian Amira sedang menyerahkan sumbangan makanan pada mangsa-mangsa serangan rejim Zionist bila tiba-tiba salah seorang sukarelawan misi bantuan itu menjerit suruh mereka lari.
Dalam sekelip mata satu letupan besar berlaku 3 meter dari tempat Amira berdiri menyebabkan beberapa bangunan runtuh dan berlaku kebakaran.
Tengku Mikhail menarik Amira kedalam pelukannya dan menggunakan badannya sebagai perisai dari percikan api letupan itu menyebabkan bajunya disambar api.
" Keadaan uncle Ryan dah stabil." Maklum Ghuas.
Iskandar menepuk bahu Tengku Haizard perlahan pada masa kejadian dia tak bersama kumpulan Tengku Mikhail oleh itu dia tidak tercedera.
11 Jam kemudian...
Dr. Aryan menerangkan keadaan Tengku Mikhail yang terbakar hampir 20% pada bahagian belakang akibat letupan itu.
" The nurse gave me a sedative."
Kepalanya terasa kosong melihat Amira mengelupur kekejangan sebaik saja sedar.
Melihat keadaan syurganya dia jadi buntu.
" For now, she is stable but she may go into another shock due to the extreme pain so we will keep a close eye on her." Maklum Dr. Aryan.
.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.-.
Pavilion, MALAYSIA - 16:00 PM
" Anak you dah keluar dari penjara right Datin Anis." Tanya Jessica.
" Yeah he was released two days ago."
" Your son kena penjara. Why? What happened?" Tanya Datin Susana ratu gosip bertalu-talu tanpa menghiraukan jelingan tajam Datin Anis itu.
" Ada orang fitnah anak I. Biasalah budak-budak belum matang, buat sesuatu tak fikir panjang tapi ada orang tu take it serious."
Datin Anis tak mahu jumpa Jessica tapi dia terpaksa juga atas permintaan suaminya kerana kerjasama syarikat mereka.
" Hari tu anak you cakap dia nak rogol anak I..."
" Anak you cakap macam tu Datin Anis?" Tanya Datin Susana terkejut.
" Ish anak I gurau jelah. Apalah you ni Jess benda dah lepaskan tapi kalau dengan cara tu kita boleh berbesan apa salahnya, kan." Ujar Datin Anis sambil ketawa.
" You pujuklah anak you tu. Jangan jual mahal sangat nanti dah tak tua dah tak laku." Sambung Datin Anis sambil ketawa.
" Apa kata you set date biar dorang berdua keluar dating." Datin Anis mengangguk setuju dengan rancangan Jessica itu.
Adam mengepal erat tangannya menahan sabar mendengar perbualan isterinya dan Datin Anis itu.
Dia menarik nafas sedalam-dalamnya sebelum mendekati isterinya dan menarik tangan Jessica untuk pulang.
" Apa you ni." Marah Jessica menepis tangan Adam sebelum menyambung bualan dengan Datin Anis.
" Hi En. Adam susah nak jumpa you sekarangkan. Duduklah dulu kita boleh bincangkan masa depan anak-anak kita." Ajak Datin Anis.
" GET UP." Adam menjeling tajam pada Datin Anis, tiap kali mereka keluar bersama tentu ada saja benda yang tak sedap didengarinya.
" NO! You tak nampak ke I tengah borak dengan kawan-kawan I ni." Balas Jessica menepis tangan suaminya.
" Let's go!" Adam menarik tangan Jessica dengan kasar ke kereta mereka.
Sebaik saja sampai ke rumah Jessica menghempas pasu bunga di ruang tamu ke lantai. Marah dipermalukan depan kawannya.
" Apa masalah you ni hah! You saja nak jatuhkan air muka I depan kawan-kawan I kan." Marah Jessica melempar pasu bunga ke kaki Adam.
" Enough!" Jerkah Adam dengan wajah memerah.
Sudah lama bersabar dan memberi peluang pada isterinya itu.
Sudah berkali-kali dipesan untuk tidak berkawan atau keluar dengan Datin Anis tapi Jessica mengabaikannya.
" You lupa ke budak tu stalker. Ana tu anak you tau! Anak you!" Marah Adam.
" I bukan serious pun dengan apa yang I cakap tadi. Datin Anis yang cadangkan, I mengiyakan saja." Jawab Jessica tak mengaku bersalah.
" Mengiyakan! Ya Allah. You ni memang gilalah Jess. I tak sangka I tinggal serumah dengan orang tak waras macam you ni."
" Habis you nak buat apa? Tak kan benda kecil macam ni pun you nak besarkan. Lagipun dia bukan rogol betul-betul pun, he's just kidding."
" And you give him the green light." Ujar Adam kecewa dengan sikap Jessica yang mengambil remeh tentang anak mereka.
" Mummy. Daddy kenapa ni?" Tanya Nor Ansha yang baru balik melihat rumah berselerak.
" Bik suruh Pak Mat ambil tukul dan lock."
" Baik Tuan." Jawab bibik ketakutan dan terkejut mendengar Adam mengamuk. 10 tahun bekerja di rumah Adam, itu kali pertama mendengar Adam marah.
" Selagi you tak berjanji dengan I yang you tak akan jumpa or keluar lagi dengan datin-datin tu. You duduk dalam ni, fikir apa kesalahan you." Adam menolak Jessica ke dalam bilik tidur mereka dan mengunci pintu dari luar.
" Adamm!!! Adammm!!!" Jerit Jessica seperti orang di rasuk.
Adam keluar dari rumah tanpa menoleh pada anaknya yang menangis terkejut dengan sikap ayahnya itu.
To be continued...
Share this novel