Chapter 69

Action Completed 4911

2 Hari Kemudian...

DEC-5 15:00PM

Datin Anis geram dengan sikap suaminya yang mementingkan reputasi berbanding keselamatan anak tunggal mereka.

Mereka menunggu penculik hubungi untuk meminta wang tebusan tapi tiada.

" Ladies, you alls ada dengar tak gossips hangat baru-baru ni tentang anak Datin Anis." - Datin Susana.

" Kenapa dengan anak Datin Anis?" - Datin Mariam.

" Kecoh tau yang anak dia si Taufik tu cuba rogol sorang budak perempuan dekat hotel dorang." - Datin Susana.

" Ish biar betul? You dengar dari mana?" Jessica hanya berdiam diri mendengar dua orang kawannya itu bergosip.

" I dengar dari pekerja hotel Datin Anis lah. Kalau tak silap I tiga or empat bulan lepas. Tapi sekarang baru kecoh sebab Datin Anis pecat semua pekerja yang jadi saksi kejadian tu." - Datin Susana.

" OMG... Jess, you tahu tak tentang ni? Yelah you kan pernah nak jodohkan anak you dengan anak Datin Anis." Jessica geleng.

" Lepas tu apa jadi?" - Datin Mariam.

" Lepas tu I dengar nasib baiklah ada orang selamatkan budak tu dan anak Datin Anis kena pukul teruk." - Datin Susana.

" Oh jadi dia belum sempatlah. Ish takutnya. Family budak perempuan tu tak buat report ke?" - Datin Mariam.

" Alah you tahu kan suami Datin Anis tu orang berpengaruh, rakyat marhaen mana mampu nak fight and I rasa budak tu anak orang susah." - Datin Anis.

" Ladies, I tak nampak Datin Anis these days." Sampuk Jessica.

P.s.: Anak orang susah kau cakap! Kau tak tahu yang bapak saudara dia punya banyak cawangan syarikat.

" Oh dia ke Paris katanya tapikan I nampak lampu rumah dia menyala je." - Datin Susana.

" You pergi intai rumah dia ke... Oh my gosh, Datin Anis you buat apa dekat sini?" Datin Mariam terkejut bila orang yang diumpat tiba-tiba muncul.

Seperti pucuk dicita ulam mendatang, tak sempat Datin Anis membuka mulut Jessica menampar wanita itu sekuat hati.

Tidak puas dengan itu dia menolak Datin Anis hingga terjatuh ke lantai.

Datin Anis menjerit seperti orang meroyan, cuba menyerang Jessica semula tapi kerana fizikal mereka yang berbeza dia tidak dapat membalas pukulan Jessica.

" OMG! tolong! tolong!" - Datin Mariam.

Pekerja restaurant itu cuba meleraikan pergaduhan itu.

" I'm warned you! How dare you show your face here!" - Jessica.

" Hold her." Jerit Datin Anis mendail nombor kecemasan.

P.s.: Berani eh dia tunjuk muka lepas anak dia cuba nak rogol anak orang, muka tak bersalah pulak tu.

Jessica mendail nombor Tengku Haizard meminta anak saudaranya itu datang ke balai polis.

" Kami dah selesai ambil keterangan Puan Anis. Sekarang kami perlukan keterangan Puan." - pegawai polis beralih kepada Jessica.

" Puan tolong bagi kerjasama kalau puan berkeras untuk berdiam diri kami terpaksa tahan puan." - Ugut pegawai polis itu.

" I want my lawyer." Jessica memberi passportnya pada pegawai itu.

Bukan orang Malaysia patutlah susah sangat nak berurusan detik pegawai itu.

" Puan Jessica tolong hubungi keluarga anda dan puan Anis.." - pegawai polis.

" Datin Anis." dia membetulkan panggilan itu.

" Okay baik Datin Anis. Apa tindakan yang Datin Anis nak kami ambil? Sebab ini kes kecil dan puan berdua kawan baik jadi...." - pegawai polis.

" Ex-best friend. And ini kes besar! Kalau muka i tinggal parut siapa nak bertanggungjawab!" Marah Datin Anis.

" Sabar Datin. Tolong perlahankan suara Datin. Jadi apa tindakan yang Datin nak kami ambil pada Puan Jessica." Tanya pegawai itu lagi.

" I nak you penjarakan dia. You tak nampak ke apa yang dia dah buat pada I! Nampak ni habis muka dan rambut I." marah Datin Anis.

" Okay kalau macam tu puan... maksud saya Datin perlu mendapatkan report rawatan dari hospital dan datang semula ke balai." - pegawai polis.

" You nak I pergi hospital and then datang sini semula? Omg! You tak nampak ke ni. I have to admit tau!" Nadanya naik senoktah.

" Puan tolong jangan buat kecoh dekat sini." Tegur pegawai lain.

Ting.

" Okay encik apa yang kami boleh bantu?" Tanya pegawai kuanter pendaftaran itu.

" Saya datang nak jamin Puan Jessica." Tengku Haizard.

" Darling... tengok ni habis rosak kuku I." Pegawai polis dalam balai itu geleng kepala.

Tadi bukan main kerek lagi tak nak buka mulut nampak laki dia terus jadi merengek.

" Saya ada bawa saksi dan ini rakaman CCTV restoran berkenaan. Kami telah membayar pampasan untuk kerosakan yang ditanggung oleh pihak restoran dan mereka setuju untuk settle luar balai." - Tengku Haizard.

Setelah melihat ramakan CCTV itu.

" Nampaknya Puan Anis yang cuba menyerang Puan Jessica terlebih dahulu." - pegawai polis.

" Datin Anis! What?! Dia yang serang I dulu." - Datin Anis.

" Maaf ye puan tapi dalam rakaman ni menunjukkan puan masuk ke premis kedai dan menyerang mangsa." Kata pegawai itu menunjuk rakaman itu pada Datin Anis.

" Kami saksi. Betul dia yang serang kawan kami dulu." - Datin Susana dan Datin Mariam.

" I nak saman dia." Ujar Jessica membuat semua orang terdiam.

" See now we have a proof dan saksi so I nak saman dia." Sambung Jessica lagi, berpeluk tubuh.

" Puan Jessica saya Rashid suami kepada Anis. Saya harap puan tak besarkan kes ini dan saya minta maaf bagi pihak isteri saya." Ujar suami Datin Anis setelah mendengar penjelasan pegawai polis tentang apa yang berlaku.

" Inspector kami settle kes ni luar balai saja bolehkan?" - Tengku Haizard.

" Kiranya dua-dua pihak setuju nak tarik balik aduan?" - pegawai polis.

" Yes." - Adam dan Rashid.

" No! Darling, I nak saman dia." Rengek Jessica.

" Jesse nanti nama you pun masuk dalam record and you kena naik turun court, you okay ke?" Jessica muncung mendengar alasan suaminya itu.

Naik turun mahkamah sebab benda itu tak berbaloi, dia akan buat lagi teruk dari tu baru dia bawa pergi court.

Datin Anis tidak berpuas hati tapi jelingan suaminya membuat dia terpaksa mengalah.

Mengalah tak bermaksud kalah, tunggulah nanti balasan dari aku bisik hati kecilnya menunding jari pada Datin Susana dan Datin Mariam.

Sebaik saja sampai di rumah, Adam menuam lengan Jessica yang dicakar itu.

" You ni diam-diam ubi berisi kan darling." Puji Adam.

" Kalau ikutkan hati I ni. Pecah muka dia I kerjakan. Sh*t I so f*cking mad right now!."

" Mulut tu tak baik mencarut." Tegur Adam menepuk mulut muncung isterinya itu.

Tengku Haizard masuk rumah sambil geleng kepala, nasib baik dia sempat menyuap Datin Susana dan Datin Mariam untuk jadi saksi dan menyuruh Haq edit rakaman CCTV.

" Nah duit kau. Aku ambil seratus sebagai upah." Ujar Ghuas. Penat dia berlakun sebagai peragut dan tunggu mak datin dua orang tu keluar dari butik.

" Duit apa tu?" - Jessica.

" 3000 je?" - Tengku Haizard.

" Aku tak sempat buat sebelum dorang shopping." Ghuas garu kepala, mana dia sangka yang dua orang mak datin tu akan terus ke butik untuk membeli belah.

" Duit apa tu?" Tanya Jessica lagi.

" Duit kopi. Darling pergi naik mandi, I ada benda nak bincang sikit dengan Zard."

To be continued...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience