Chapter 19

Action Completed 5011

GHANI menyusun satu persatu beg yang berisi senjata ke dalam bonet kereta, pisau belati dan peluru pistol diselit pada poket pintu kereta.

Ghaus pula semua perkataan tak elok keluar dari mulutnya tiap kali pasukannya dalam game PUBG membuat kesilapan.

Haq dan Thomas mengemaskan jaket di tubuh masing-masing, ini adalah misi pertama Haq dengan Tengku Haizard.

Sentuhan jari Thomas perlahan dibahu Haq menghilangkan sedikit rasa gementar didadanya, Haq berbalas senyum dengan Thomas sebelum turut melangkah ke kereta.

" Semua dah ready ke?. Kemaskan baju kau Aus." tegur Tengku Haizard dan terus masuk kereta.

" Dah." balas Ghani mengemaskan baju Ghaus dan menarik kembarnya naik kereta.

" Zard aku tertanya-tanya kenapa aku tak pernah dengar suara anak mat saleh tu." Ghaus memecahkan suasana sunyi antara mereka.

" Nama dia Thomas he is muted."

" Ohhh patutlah tak pernah dengar suara. Muka handsome macam Ronaldo mesti suara pun macho."

" Dah sampai." maklum Ghani menutup mulut Ghaus yang bermacam cerita dan soalan di tanya pada Thomas walaupun Thomas membalas dengan pendangan sepi.

" Be careful." pesan Tengku Haizard pada rakan-rakannya sebelum mendekati James yang sedang memberi arahan pada anak buahnya.

" Is everything ready?."

" Yes, everything is ready. The items will be there in 5 minutes." balas James.

" The goods have arrived." jerit anak buah James menyambut peti besi itu turun dari lori sebelum dipindahkan ke lori yang lain.

" Good luck and be careful on your way. Make sure to keep this safe." pesan James kerana bimbang jika barang itu rosak dia yang akan dipertanggungjawabkan.

Tengku Haizard membuat isyarat supaya Thomas duduk di sebelah Ghani yang menjadi pemandu perjalanan mereka malam itu.

Manakala dia menaiki kereta bersama Ghaus, Haq dan tiga orang anak buah James.

Tiga orang anak buah James kelihatan tersengguk-sengguk mengantuk.

Sepanjang perjalanan mereka di temani dengan nyanyian Ghaus yang seperti ingin tercabut anak tekak menarik note.

" Take me through the night
Fall into the dark side
We don't need the light
We'll live on the dark side
I see it, let's feel it
While we're still young and fearless
Let go of the light
Fall into the dark side
Fall into the dark side
Give into the dark side
Let go of the light
Fall into the dark side... "

" Aus..." Tengku Haizard memusing staring kereta ke tepi, Haq tercampak ke dinding kereta, mata anak buah James terbuntang, tersentak.

Haq menarik kolar baju dua orang anak buah James yang masih terpinga-pinga itu melompat keluar.

Mereka semua sempat melompat keluar dari kereta sebelum kereta itu jatuh ke jurang.

Tengku Haizard berlari laju kearah lori yang sudah terbalik kerana tayar pecah di tembak manakala Ghaus, Haq dan anak buah James berlari ke dalam hutan.

" 'Are you okay'. Ghan kau okay tak?." tanya Tengku Haizard berbisik pada telinga Thomas.

" Aku okay."

" Korang berdua pergi menyorok dulu biar aku check barang itu."

BANGG! BANGG!

Berdas-das tembakan berdentum di udara.

Tengku Haizard menyelusup masuk ke dalam lori sambil mengelak peluru, dia menarik peti besi yang berisi barang artifak itu keluar dan mencampakkannya ke dalam semak.

" Belakang kau belah kiri ada dua orang." maklum Ghaus pada Tengku Haizard, dia dan Haq sudah berpecah.

Seorang anak buah James tewas terkena peluru manakala dua orang lagi mangikut rapat di belakang Haq dan Ghaus.

" Shhh Don't make any sound." pesan Haq menutup tubuh remaja lelaki itu di bawah timbunan daun kering yang lembap kena hujan.

" Shhh ni aku." Ghaus menutup mulut Thomas dengan tapak tangannya tidak bagi mengeluarkan sebarang suara.

Thomas menepis tangan Ghaus pada mulutnya dan kembali memerhatikan musuh.

" Daar kan nie net drie begeleiders wees nie, vind die res." (There can't be just three escorts, find the rest.) arahnya sambil memijak salah satu mayat dibawahnya itu.

" Goeie baas!." (Ok boss!)

Lelaki berkulit hitam yang dipanggil bos itu mencampakkan putung rokoknya sebelum membuka pintu belakang lori.

Tengku Haizard menolak perlahan jasad tidak bernyawa di atasnya ke tepi dan mengesat kesan tapak kasut didadanya.

Ghaus, Thomas dan Ghani mengepung kumpulan berkulit hitam itu.

" Put your gun down. You're surrounded!." jerit Ghaus.

" Turn back. Kneel." Haq menyerahkan tali pada anak buah James supaya mengikat mereka.

" Shhh." mata pisau dileher memberhentikan pergerakkan lelaki itu.

Peganggan Tengku Haizard pada leher lelaki berkulit hitam itu terlepas kerana perutnya di siku.

BANGG!

Tidak sempat lelaki itu mencapai senjatanya peluru Tengku Haizard sudah tepat di kepalanya.

" Clear the rest." arah Tengku Haizard pada anak buah James yang masih terkial-kial mengikat jasad 10 orang lelaki berkulit hitam yang sudah tidak bernyawa itu.

" Macam mana bro rasa kena hempap, tengok badan dia macam gorila itu pun aku dah tahu mesti macam nak pecah dada kau, kan?." Ghaus menepuk perlahan kesan tapak kasut yang masih kelihatan di dada Tengku Haizard.

" Okay je, dia tak seberat tong dram yang ayah aku letak atas kita masa training dulu. HAHAHAHA."

" Hush yang tu berat nak mampus, masa tu satu benda saja dalam otak aku..."

" Kau guna ke otak kau? Sejak bila?." tanya Tengku Haizard bersahaja.

" Well bak kata mak kau antara kita bertiga otak aku lah yang paling suci murni dari segala kotoran dan maksiat."

" Whatever ? so apa yang otak kau fikir masa tu..."

" Tak fikirlah. Tapi aku ingat je. Aku ingat masa tu ayah kau nak hempap kita sampai mati. HAHAHAHA."

" Woii korang gelak apa? Anak buah gorila ni macam mana?." sampuk Ghani.

Semua lawan sudah diikat bersama, ada yang masih bernyawa dan ada yang sudah tidak bernyawa.

" Ni bukan budak James, mana lagi sorang?." tanya Ghaus bila mengalih dua jasad berkulit putih itu.

" Ya Allah aku lupa." Haq berlari semula masuk ke hutan dan membawa keluar remaja lelaki itu.

" Haq kau tolong balut bahu Thomas aku nak balut kaki Ghani."

" Nah it's okay. Aku boleh buat sendiri." tolak Ghani membalut kakinya yang terkena peluru masa ingin berlari ke dalam hutan.

" Anak buah James ni macam mana nak campak sekali or bawa balik?." tanya Ghaus sambil mengheret jasad yang terikat di bantu dua orang anak buah James ke tebing jurang.

" Tata titi tutu." Ghaus melambai tangan pada jasad yang ditolak jatuh ke jurang itu.

" Bawa balik." Tengku Haizard menyumbat mayat anak buah James ke dalam tubuh lori.

Thomas dan Haq membantu Tengku Haizard mengalihkan peti besi berisi artifak keatas lori milik penyerang mereka.

" My name is Lucas, I'm 17 years old and he my brother Noah, 14 years old. We are from Nigeria." kata Lucas menarik tangan remaja lelaki itu ke tepinya.

" Shitt muda gila." kata Ghuas.

" Dia muda 4 tahun je pun. Why did you work for James? What about school?." tanya Ghani.

" Our father was in debt and we didn't go to school. If James found out that Joe was dead we would be killed."

" Wehh jom gerak." panggil Tengku Haizard.

" Let's go, we will talk about this later and don't worry everything gonna be alright." Ghani menepuk perlahan bahu Lucas dan membantu dua beradik itu naik ke atas lori.

To be continued...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience