AMIRA mengusap lembut kepala anak lelaki sulung mereka yang berada diatas ribanya, rambut hitam lebat bersinar di ulas lembut.
Walaupun sudah hampir 6 tahun masa berlalu rasa seperti baru kemarin Tengku Haizard pulang dari England.
" Mama jangan buat muka sedih macam tu nanti Zard tak sampai hati nak tinggalkan mama, macam mana?." pujuk Tengku Haizard.
" Buat saja muka sedih mama biar dia tak sampai hati nak pergi tu pun kalau still ada hati lah." perli Tengku Damia.
Tengku Damia sakit hati kerana menjadi orang terakhir mengetahui bahawa abang sulungnya itu akan melanjutkan pelajaran ke luar negara.
" Alaa adik manja abang ni marah lagi ke?. Abang kan dah minta maafkan."
" Eleh minta maaf abang tu tak boleh pakai, tak ada keikhlasan dan ketulusan."
" Hahaha abang ikhlas lah, ikhlas abang ni Allah je yang tahu." ujar Tengku Haizard membela dirinya.
" Betul tu kita orang setuju dengan Mia tapi kali ni jelah." Sampuk si kembar adik, Tengku Hasiff yang baru pulang dari sekolah.
Tengku Haizard tersenyuman yang sengaja dilebarkan pada kembar yang menjelingnya tajam tanpa rasa bersalah.
" Assalammualaikum mama." sapa Tengku Haniff dan Tengku Hasiff mencium tangan Amira.
" Waalaikummussalam. Macam mana sekolah hari ni?."
" As usually. Kenapa Mia ada dekat rumah?." tanya Tengku Haniff melabuh pungung di atas sofa depan kakaknya di ikuti kembarnya.
" Haah betul tu. Awal Mia balik bukan sekolah Mia habis pukul 3 ke?."
" Haniff. Hasiff. Kak M.i.a bukan Mia. Berapa kali mama nak kena ingatkan." tegur Amira membetulkan panggilan anak-anaknya.
" Sorry Mama." balas si kembar serentak sambil tersengih.
" Mia tak pergi sekolah ke?." tanya Tengku Hasiff sekali lagi.
" Kak Mia! Bukan Mia degil betul lah korang ni. Suka hatilah nak pergi sekolah ke tak, korang sibuk kenapa. Jealouslah tu." balas Tengku Damia sambil membelek telefon ditangannya.
" Well tak jealous pun kita orang just..." kata Tengku Haniff
" Pelik je, yelah dengar kata orang tu pelajar terpuji dan baik tak kan ponteng sekolah kot." sambung Tengku Hasiff memerli Tengku Damia yang merupakan pelajar kesayangan cikgu-cikgu sekolah.
" Dah stop. Nanti mula lah tu menanggis."
" Abang ni nak back up Mia ke nak perli Mia?."
Tengku Damia cekak pinggang didepan Tengku Haizard yang menekap mukanya pada perut Amira menahan tawa kuatnya.
" Hahahaha. Siff jangan lebih-lebih nanti anak manja Papa ni menanggis. Puas nak menjawab dengan papa." ujar Tengku Haizard.
" Eee takut. Hahaha." balas Tengku Hasiff memeluk bantal.
" Mama tengoklah dia orang ni. Eee sebab ni Mia malas balik rumah. Menyakitkan hati. ANNOYING!!."
" Eee... Annoyinggg." ajuk Tengku Haniff.
" Abang cakap nak ajar kita orang silat tapi kalau abang pergi sana siapa nak ajar kami." tanya Tengku Hasiff tiba-tiba membuatkan suasana tiba-tiba menjadi hening.
" Ye betul tu abang baru je ajar Mia guna pistol tu pun baru separuh jalan, abang cakap nak ajar Mia sampai mahir dan abang nak ajar Mia silat pula."
" Kesian abang daripada abang ajar Mia baik abang ajar Aniff dan Asiff je." kembar adik.
" Betul tu Mia tu lembik sangat abang ajar sampai bila pun tak pandai-pandai, kan Siff?." sampuk Tengku Haniff.
" Abang dah bercakap dengan Uncle Adam nanti Mia boleh belajar sekali dengan Ana."
" What? No way. Ana component pistol pun tak tahu and first step pun belum masuk lagi, memang tak lah Mia nak belajar dengan dia."
" Bukan korang bestfriend ke?."
" That's why lah Mia tak nak, nanti kalau Mia terkasar dengan dia macam mana?." mereka semua hanya mampu mengeleng kepala.
Tengku Damia tidak ingin image sopan dan lemah lembutnya dihadapan Nor Ansha tercalar.
" No comment." kata Tengku Haizard mengalah.
Malas bertikam lidah dengan adik perempuannya itu kerana dia tak akan menang.
" Mia tak kira! abang kena ajar Mia sampai mahir juga!." bentak Tengku Damia.
" Tengku Damia." tegur Amira lembut.
" Abang tak payahlah pergi sana, dekat sini pun ada University hebat-hebat, kan Niff."
" Haah betul tu. Aniff dah check list University terbaik yang ada dekat sini untuk abang, mahal ada murah pun ada."
" Nanti Asiff boleh datang melawat abang tiap minggu. Betul tak Niff?."
" Betul tu."
Mulut kembar dua orang itu tak berhenti berbicara sampai Tengku Haizard tidak sempat untuk mencelah lansung.
" Korang berdua ni baru 11 tahun tapi kalau bercakap mengalahkan orang tua."
" Kami muda lagi lah abang tu yang dah tua." balas mereka serentak.
Pening kepala Tengku Haizard mendengar adik kembarnya yang tidak henti-henti cuba untuk menukar niatnya.
" Mia tak banyak mulut macam dia orang so can you stay here, please?."
" Apa bising-bising ni sampai ke luar Papa dengar suara."
" Papa betul ke abang nak keluar negara?." tanya kembar serentak.
" Ehhh mana tahu ni?." tanya Tengku Mikhail sambil mencium dahi Amira.
" Dia orang check komputer Papa." jawab Tengku Damia.
" Bertuah punya budak. Kids, how many time Papa nak kena cakap that's my privacy, you can't go through it without my permission."
" Then you should to put the password so we can't go through it."
" I put the password."
" It's to easy to guess." bisik Tengku Haniff pada adik kembarnya.
" I can hear you."
" Abang nak makan apa malam ni?." jika Amira tidak mencelah sampai malamlah perbalahan suami dan anak-anaknya itu.
Amira sudah masak dengan perangai anak kembarnya yang sentiasa ingin menang sampai suaminya sendiri terpaksa mengalah itu pun setelah dia mencelah.
" Mama, abang nak makan tom yam seafood boleh tak? Dah lama tak makan. Takut rindu nanti." pinta Tengku Haizard.
" Stop calling yourself abang I'm her 'Abang'."
" Nope. Sorry Papa can't do that because she'se mine." Tengku Mikhail menarik Amira bangun ke dalam pelukkannya dan menjeling tajam pada Tengku Haizard.
" Old man is getting jealous. Hahahaha." usik Tengku Haizard.
" Ish Abang ni malulah anak-anak tengok." tegur Amira menepuk perlahan perut suaminya itu.
" Who's care." balas Tengku Mikhail mengeratkan lagi pelukkannya pada pinggang Amira.
" Dah abang pergi naik mandi dulu sayang nak siapkan makan malam." kata Amira menolak tubuh suaminya.
" Zard masuk office Papa jap lepas ni."
" Nak kena bebel lah tu." usik si kembar.
" Twin sekali." kata Tengku Mikhail sebelum melangkah ke atas.
" What?. Why?. Kau ada buat salah ke?." tanya Tengku Hasiff pada kembarnya.
Abang kembarnya itu selalu saja menjadi penyebab mereka berdua dalam masalah.
To be continues...
Share this novel