#3. UNRELEASED CHAPTER: REMY SMASHED FACE'

Thriller Series 28043

"TERIMA kasih..nanti datang lagi ya?"kata Salma sambil memulangkan baki wang kepada seorang pelanggan yang singgah membeli baja bunga.

Kemudian dia pun meninggalkan kaunter sebentar dan membantu Kazim menyusun stok-stok barangan yang baru tiba.

Sejak lepas berkahwin dan meninggalkan dunia lakonan filem dewasa,Salma gigih membantu suaminya Kazim di kedai bunga tersebut.

Semenjak terbongkarnya identiti sebenar Horsehead,setiap orang yang pernah terlibat dengan produksi perfileman Shadim kini hidup dalam ketakutan. Tiga beradik psikopat itu telah merancang untuk membunuh kesemua para pelakon dan warga kru. Salma dan Kazim juga turut tidak terkecuali. Nama mereka semua sudah di tera dalam buku MORBID oleh Horsehead.

Kini premis perfileman itu telah di tinggal sepi dan berkunci. Tiada siapa pun yang datang ke situ lagi. Bekas warga kru produksi masing-masing sudah membawa diri, berpindah atau bekerja dalam bidang lain pula.

Semua itu bertitik-tolak dari terbongkarnya plan rancangan bunuh yang sudah di plot oleh Horsehead sedari awal lagi.

"Abang...jadi ke kita nak hantar pasu dan bunga-bunga ke rumah pelanggan tu?"tanya Salma kepada suaminya Kazim,merujuk kepada seorang pelanggan kedai bunga mereka.

Kazim sedang meneliti buku daftar maklumat dan alamat rumah pelanggan terbabit.

"Jadi Sal..."

"Tapi bang... alamat nak ke rumah dia tu.. kita terpaksa lalu kat Desa Terpenchil.."kata Salma. Kerisauan jelas terpampang di wajahnya.

Seboleh-bolehnya dia dan suami tidak mahu lagi menjejakkan kaki ke situ.Terlalu banyak kisah seram dan ngeri terpalit dengan tempat tersebut.

"Tak semestinya kita akan tersua dengan 'mereka' Sal..Desa Terpenchil tu agak luas. Kalau Sal takut,biar abang pergi seorang je. Lagipun dah dua hari kita tangguh nak hantar pasu dengan bunga tu kan?"kata Kazim.

"Tak apalah..Sal nak ikut abang jugak"


LORI kedai bunga yang di naiki oleh Kazim dan isterinya Salma tiba di daerah letaknya Desa Terpenchil itu kira-kira empat puluh minit perjalanan dari kedai mereka.

Langit membiru bersama tiupan angin dan desiran pepohan di ladang tebu luas itu. Di sebatang laluan jalanraya panjang itu lori yang di naiki meluncur bersama beberapa buah kenderaan lain.

Salma yang duduk di tempat duduk sebelah pemandu tidak begitu banyak bercakap-cakap di sepanjang perjalanan. Hatinya resah-gelisah.

Kalau boleh dia mahu urusan pergi menghantar pasu dan bunga-bunga ke rumah pelanggan itu di selesaikan secepat mungkin.

Ketika mereka sudah membelok ke suatu laluan yang menyambung ke daerah lain,barulah Salma dan Kazim mampu menarik nafas lega dan tenang. Desa Terpenchil dengan kawasan ladang tebu luas itu pun sudah jauh di tinggalkan di belakang.

Akhirnya lori itu tiba di sebuah kawasan perumahan murah. Alamat rumah pelanggan yang mereka tujui itulah yang telah menggamit Kazim dan Salma ke situ.

Mereka pun turun dan bertanyakan kepada penduduk di setinggan itu.

"Ohh rumah dia kat hujung nun..marilah saya tunjukkan"kata Pak Salim,salah seorang penduduk.

"Baiklah terima kasih Pak cik.."

TUKK TUKK TUKK!

"Assalamualaikum!"

Agak lama juga pintu rumah itu di ketuk dan di teriak dari luar namun tiada respon di berikan oleh penghuninya.

Pak Salim pun memulas tombol pintu.

Sejurus daun pintu terkuak,orang tua itu pun menjengukkan kepalanya ke dalam rumah sebelum terkejut melihat seorang pemuda terbaring dengan wajah berlumuran darah ke lantai dan kakaknya pula dalam keadaan pengsan diikat tangan serta kaki.

"Emi!"Pak Salim meluru masuk ke dalam rumah bersama Kazim dan Salma.

Wajah pemuda bernama Emi itu pecah-pecah. Lebih mengerikan lagi bila tulang hidung dan dahinya remuk. Seolah-olah wajah pemuda terbabit di hempas dengan kuat ke dinding. Romannya berkecamuk dan tidak dapat di kenali wajahnya dengan jelas.

Salma dan Kazim terkedu dan memalingkan wajah ke lain kerana tidak begitu kuat untuk melihat semua itu.

Dalam pada itu Salma berasa tidak sedap hati. Dia seakan mengenali pemuda terbabit. Cuma sahaja wajah yang pecah dan berkecamuk itu membuat dia tidak dapat memastikannya dengan jelas.

Selain Emi,turut di temui ialah kakaknya Maznah yang pengsan diikat tangan serta kaki. Maznah adalah pelanggan yang menghubungi kedai bunga Kazim dan Salma.

Tak lama kemudian rumah itu mulai di kerumuni oleh para penduduk. Pihak polis datang tidak berapa lama kemudian.

Identiti mangsa telah di kenal pasti sebagai Rahimi. Penduduk sekitar mengenainya sebagai Emi. Beliau juga di kenali sebagai Remi,iaitu salah seorang bekas warga kru yang bekerja di bawah produksi perfileman Shadim.

Salma hanya mampu menitiskan air mata dan tumpang simpati dengan nasib yang menimpa Remi. Pihak polis mengesahkan punca kematian Remi adalah akibat di hentak benda tumpul di kepala. Selain remuk di wajah, tempurung kepalanya retak.

Menurut Maznah, rumahnya di datangi oleh beberapa orang yang tidak di kenali sekitar jam dua pagi. Ketika membuka pintu, orang-orang itu telah menceroboh masuk dan mengikat tangan dan kaki Maznah serta menyumbat mulutnya.

Kemudian mereka pun menghumban jasad adiknya Remi ke dalam rumah. Remi rupanya telah di bunuh lebih awal di tempat lain. Maznah tidak mampu berbuat apa-apa selain menangisi nasib tragis yang menimpa Remi selain terpaksa menunggu penduduk datang untuk menyelamatkan mereka.


* * * *

"Horsehead dengan adik-adik dia betul-betul kejam! rupanya mereka masih teruskan jugak agenda pembunuhan seperti yang telah di rancang dalam buku MORBID. Kita pun kena lebih berhati-hati lepas ni Sal. Esok lusa nasib kita tak tahu pulak bagaimana"kata Kazim ketika dia dan Salma dalam perjalanan pulang.

Salma termenung panjang sambil membuang pandangan ke luar tingkap. Seorang demi seorang rakan kru telah menemui maut. Sebulan yang lalu Fizi meninggal akibat terhumban di langgar oleh Horsehead. Hari ini Remi pula menyusul.

Share this novel

Guest User
 

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience