Act 1/Scene 7

Thriller Series 26815

KEESOKKAN harinya mereka berkumpul di pejabat premis syarikat perfileman. Walaubagaimanapun Maya masih belum ada kata putus samada untuk mempersetujui atau tidak permintaan Horsehead.

"Kau kena decide jugak Maya" tegas Bustamam.

"Entahlah bang..fikiran I dah kusut di buatnya" kata Maya tersandar di kerusi mewah pejabat sambil menongkat pipi dan termenung panjang.

"Lepas ni dia call kita nak jawab apa?" soal Fizi.

"I rasa elok kita tak perlu jawab apa-apa kot. So that means kita masih perlukan masa lagi untuk berfikir. Tempoh satu hari untuk buat keputusan mana cukup. Banyak perkara yang perlu kita pertimbangkan dulu" kata Maya.

"Maya..I rasa demi untuk kebaikkan semua..kita accept je lah kot. Demi keselamatan Encik Shadim dan Erin,Sal sanggup amek risiko atas persetujuan Sal sendiri. Kalau apa-apa berlaku Sal takkan salahkan produksi atau sesiapa" Salma menawarkan dirinya.

"Salma stop it! I tak dapat benarkan itu terjadi. We cannot trust him okey. He's a psycho maniac!" Maya membangkang keras. Tinggi nada suaranya. Nampak benar pembantu pengarah tu berada dalam keadaan yang agak tertekan.

"Sal...maafkan I dah tinggi suara...I just take care about you"kata Maya dengan suara yang kembali kendur berbaur kesalan.

"It's okey sis..." balas Salma lalu memeluk dan mententeramkan Maya. Dia tahu Maya tak bersedia untuk melalui semua ni. Dugaan kali ini terlalu berat. Di tambah pula Maya yang harus menyandang tugas Shadim selaku pengarah untuk membuat keputusan kali ini.

Telefon di atas meja pejabat kembali berdering-dering. Sepantas itu juga dada Maya berombak kencang. Dalam terketar-ketar lantas di angkat juga gagang telefon sebelum di lekap ke telinga.

"Hm..bagaimana? dah buat keputusan?"soal Horsehead di hujung talian.

"Tolong lah beri masa sikit lagi..I perlu considering many aspect..

Tutt...tutt...tutt....

Panggilan di matikan terus oleh Horsehead.

"Hello!....hello!...hei i belum habis cakap lagi lah!" teriak Maya sebelum merengus dan meletakkan semula gagang telefon.

Setelah di tunggu-tunggu nyata tiada panggilan susulan di buat oleh Horsehead.

"Hm..that means dia tak boleh nak tolak ansur dengan kita. Jawapan yang dia nak dengar samada ya atau tidak" kata Fizi.

Maya dah picit-picit kepala.

"Aduh bahaya macam ni Maya. Siapa tau kot dia akan terus kidnapped krew produksi kita lagi ke" kata Bustamam.

"Habis tu I nak cakap macam mana lagi? dua-dua jawapan pun mengundang risiko. Duh...pening kepala I macam ni" kata Maya sedikit beremosi.

Akhirnya Maya telah menasihati setiap warga krew produksi agar mengambil langkah berhati-hati berikutan tindak-tanduk Horsehead yang semakin menggila.

Pada sebelah malam tu ketika mereka sudah berkemas-kemas untuk beredar pulang,satu lagi kejutan di terima oleh team produksi apabila sebuah kotak di temui dekat luar pintu masuk premis.

"Maya...you ada order apa-apa barang props ke?" tanya seorang krew.

"Eh eh tak ada. Maybe kotak ni untuk premis lain tak? dah tersalah hantar lah ni kot" kata Maya sambil tunjuk ke blok premis lain yang bersebelahan dengan barisan premis perfileman Shadim.

"Tapi tak ada alamat apa pun kat kotak ni. Macam mana kita nak tahu siapa yang sepatutnya menerima kotak ni?" kata Salma sambil memeriksa ke segenap kotak.

"Aduh masalah jugak kalau macam ni" kata Maya.

"Hm kalau dah tak ada alamat tu terpaksa lah kita buka dan tengok dulu apa isi kat dalam ni" kata Bustamam.

Semua orang bersetuju.

Bustamam dan seorang lagi krew menarik salopin tape yang di lekat pada penutup kotak. Apabila penutup kotak di buka,alangkah terperanjat bukan kepalang mereka apabila mendapati di dalam kotak tersebut mengandungi kepala Erin iaitu krew produksi yang di culik oleh Horsehead dua tiga hari yang lalu dalam keadaan terpenggal lehernya.

Maya,Salma dan beberapa krew lain terjerit-jerit ketakutan. Ada yang loya tekak dan termuntah-muntah. Ketakutan menjalar dalam diri masing-masing. Tahulah mereka bahawa Erin telah tiada. Dia juga seperti mana nasibnya dengan Raziq telah tertewas angkara kezaliman Horsehead dan dua orang adiknya.

Maya menggigil-gigil ketakutan sambil terduduk menyandar dekat dinding luar premis. Bustamam menutup kembali kotak tersebut.

Oleh kerana tidak mahu menarik perhatian orang hingga boleh melibatkan campur tangan pihak berkuasa sekaligus berisiko menyebabkan terbongkarnya sindiket perfileman haram Shadim, Maya mengarahkan beberapa orang krew agar pergi menanam kepala Erin di suatu kawasan sunyi di dalam hutan.

                 -----------------------------------------------

KEESOKKAN harinya Maya bersama warga krew produksi telah mengadakan suatu perbincangan tergempar. Mereka harus mencari suatu kata putus yang tepat agar tiada lagi nyawa-nyawa yang melayang di tangan Horsehead.

Maya dalam berat hati telah mengemukakan suatu cadangan yang bakal di tentang bukan sahaja oleh Shadim malah keseluruhan krew produksi..

"Apa plan kau Maya?"tanya Fizi.

Maya duduk di kerusi sambil di kerumuni oleh para krew produksi termasuk Salma. Semua mata bertumpu kepadanya.

"Kita dah tak ada jalan lain selain menyerahkan hal ni pada pihak polis. Okey I faham kita semua tak setuju..tapi apa lagi pilihan yang ada?" tegas Maya.

"Apa?! nak adukan ke pihak polis? Kau dah gila ke Maya? fikir masak-masak Maya. Kalau Shadim ada kat sini,dia orang pertama akan bangkang keputusan kau ni. Kau boleh jamin ke nyawa Shadim takkan melayang di tangan Horsehead kalau kita repot polis? Let say kalau Shadim dapat di selamatkan pun..kita semua akan di tangkap kerana terlibat dalam sindiket perfileman haram" tegas Fizi.

"Habis kita nak buat macam mana lagi? Fikiran i dah buntu faham tak?buntu!"kata Maya.

"Maya..cakap Fizi betul. Lupakan je niat kau nak adu kepada pihak polis. Kami semua tak setuju langsung dengan idea tu. Kita fikirkan lagi cara lain" kata Bustamam.

Maya dah menekup wajah sambil menggeleng kepala tanda dia sudah putus harapan. Tiba-tiba Salma menyampuk.

"Maya kita masih ada jalan. Kalau Horsehead telefon nanti,you cakap kat dia kita bersetuju dengan permintaan nya dengan syarat warga krew produksi di benarkan membawa senjata untuk mempertahankan diri sewaktu sesi penggambaran nanti"

"Tapi Sal...

"Kalau you bertapi-tapi lagi takut Horsehead hantar kepala Encik Shadim pulak kat sini. Rasanya kita semua tak nak perkara jadi sampai macam tu kan?cukup-cukuplah Raziq dan Erin je jadi mangsa,jangan ada lagi yang menjadi mangsa seterusnya. Maya you jangan risau tentang keselamatan i..as long as Horsehead bersetuju dengan syarat kita,I will be okey"kata Salma.

"Setuju!"

Cadangan Salma di persetujui oleh sebahagian besar warga krew produksi. Setelah di yakinkan oleh Salma akhirnya Maya bersetuju juga.

Tak lama kemudian panggilan dari Horsehead muncul lagi. Suara robot wanita di hujung talian itu benar-benar menyeramkan dan amat mengganggu ketenteraman dalam diri Maya setiap kali mendengarnya.

"Hm,macam mana? aku harap kepala krew wanita yang di hantar ke premis pihak produksi dah cukup beri kamu masa untuk buat keputusan yang tepat atau kepala Tuan pengarah pulak akan kami hantar ke sana?"

"Baiklah... kami dah bersetuju"

"Bagus..itulah jawapan yang aku nak dengar"

"Tapi dengan syarat pihak kami di benarkan membawa senjata sepanjang sesi penggambaran nanti untuk keselamatan dan langkah berjaga-jaga takut kalau-kalau you dengan adik-adik you bertindak mengancam kami nanti" kata Maya mengusulkan syarat yang harus di patuhi pula oleh Horsehead.

"Baiklah tak ada masalah. Pihak kamu  di benarkan bawa apa jua jenis senjata sekalipun termasuk senjata api yang sebenar,bukan seperti pistol mainan yang tuan pengarah tu bawa. Tapi jangan risau...kami berani jamin keselamatan pihak produksi sepanjang penggambaran nanti"

"But wait...bagaimana dengan keadaan pengarah kami yang di culik tu?"

"Dia berada dalam keadaan baik...di kurung dan di beri makan cuma dia asyik membentak-bentak dan menjerit memaki kami. Tapi jangan risau, sejurus selesai penggambaran di buat,kami akan lepaskan dia semula"

"Im glad to hear you say like that" kata Maya sambil menarik nafas lega bila mendapat tahu Shadim berada dalam keadaan baik sepanjang di tawan oleh Horsehead dan apa yang lebih penting ialah syarat yang di minta oleh pihak produksi untuk membawa senjata telah di persetujui oleh Horsehead.

Perbincangan tentang masa penggambaran dan lokasi shooting pun di buat. Persetujuan akhirnya di capai.

                       *****

"Hahahaha kalau kita di benarkan bawa senjata so tak ada yang perlu kita risaukan kan? Horsehead dan adik-adik nya cuma bertiga... krew kita ramai" kata seorang anggota produksi.

"Yes...yes...err cuma....Salma you..

"Don't worry Maya,I'm okey. We just do it" kata Salma memberi jaminan yang dia tiada masalah langsung untuk menjadi pasangan lakonan yang akan di gandingkan dengan Horsehead nanti.

Sebuah briefing khas pun di adakan tentang persediaan yang harus di buat oleh krew produksi sebelum penggambaran dapat di jalankan nanti.

Salma sendiri akan menjadi actress utama dan Maya pula akan mengambil alih tugas Shadim sebagai pengarah utama dalam suatu penggambaran babak panas dan penyimpangan seksual yang pelik lagi jelik. 

...BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience