Act 3/Scene 4

Thriller Series 26656

KEESOKKAN harinya syarikat produksi perfileman Shadim kecoh lagi apabila mereka menerima panggilan dari pihak Horsehead yang memberi amaran akan mendatangkan ancaman lebih buruk gara-gara Mail yang menjadi tawanan mereka telah terlepas di tambah dengan keengganan pihak produksi memberi salinan filem seperti yang di kehendaki oleh mereka.

Walaubagaimanapun hal itu di sambut gembira oleh krew produksi kerana ianya berjaya mendatangkan sedikit rasa panik dan cuak kepada adik-beradik Horsehead yang menyangkakan bahawa mereka telah berjaya melumpuhkan ancaman pembunuh upahan yang di hantar oleh pihak produksi.

"I guess that we are all very happy because Abang Mail was escaped, but everyone please be carefull. I'm very sure Horsehead and his brothers getting so mad about it. And to make thing worse they gonna take some terrible act toward us" nasihat Shadim di saat krew produksi terlalu teruja dengan berita Mail yang terlepas dari belenggu Horsehead.

"Tapi hairanlah...macam mana abang Mail boleh terlepas dalam keadaan tubuh dia yang pecah-pecah,di tambah dengan sebatang jari yang kena kerat macam tu?" kata Maya.

"Lagi satu...kalau kita lihat kat dalam foto yang Horsehead kirim tu,kedua-dua tangan dan kaki abang Mail kena ikat. Agak mustahil untuk dia lepaskan diri kan?"celah Salma sambil berpura-pura turut hairan dan terkejut. Dia terpaksa melakukan hal tersebut demi melindungi persahabatan yang terjalin dengan Kazim dari di ketahui oleh pihak produksi.

"Aku rasa ada pihak ketiga yang selamatkan abang Mail" duga Bustamam.

"I'm agree with you Bustamam. Its impossible for abang Mail untuk dapat lepaskan dirinya dalam keadaan macam tu" kata Shadim yang bersetuju dengan tekaan Bustamam.

"Uhh soalnya siapa pihak ketiga tu?" Fizi pulak menyampuk.

"Jangan polis sudah...kita jangan lupa bahawa abang Mail adalah banduan yang di buang daerah. Kalau ikutkan pun memang dia dah langgar ketetapan tu. Siapa tahu kot pihak polis hantar pengintip ekori abang Mail hingga ke desa terpencil tu dan secara tak sengaja jumpai abang Mail di tawan dalam bangsal kuda rumah kotej Horsehead" Samji pula memberi pandangan.

"Hish...seram pulak aku. Dah lah aku yang pergi hantar abang Mail ke sana naik van. Entah-entah di sepanjang perjalanan lagi polis dah follow. Aduh! mintak-mintak lah bukan polis" kata Bustamam sedikit cuak.

"You all rasa itu polis ke? tapi kalau polis kenapa mereka tak pergi tangkap atau soal-siasat je Horsehead  adik-beradik because perbuatan mereka mengurung dan menyeksa abang Mail pasti menimbulkan kecurigaan" kata Maya.

"Oh no...if it was a cop,we are in trouble too. What if they interrogate abang Mail about what he is doing there? I'm worried if he telling the cops about we are hiring him to kill Horsehead brothers? Can anyone of you convince me that abang Mail won't open his mouth about it?" soal Shadim dengan wajah sedikit resah-gelisah.

"Tapi Dim...you jangan risaulah pasal tu. I tak pernah bagitahu apa-apa maklumat pun tentang produksi kita kat abang Mail. Dia pun tak pernah tahu yang kita ni dari syarikat perfileman lucah atau dekat mana alamat premis kita beroperasi" kata Maya.

"Fuh! lega sikit I rasa bila you cakap macam tu Maya. Start from now on..we must avoid Abang Mail. I'm sure police will use him to trace us which is very dangerous to our production"kata Shadim. Para krew mengangguk faham.

"Wait...what about half of the payment that we've already gave him?" soal Maya.

"Tak apalah produksi kita rugi sikit dalam 5k. Itu lebih baik dari kita kecundang ke tangan polis kan? But..Maya, he's got your phone number right?"kata Shadim.

"Im going to change my number now" kata Maya sambil capai beg tangannya dan minta diri nak keluar untuk urusan penukaran nombor telefon.

"Maya,I nak ikut you boleh?" kata Salma.

"Eh eh boleh sangatlah Sal. I pergi sorang-sorang je pun bosan juga" kata Maya.

"Jangan lesbian dalam kereta" usik Shadim tersengih.

"Ahahahaha"

Maya dan Salma ketawa sebelum di sambut ketawa berdekah-dekah oleh anggota krew produksi lain.

                      ----------------------------------

Nyanyian dari kumpulan kanak-kanak di pentas sebuah pusat beli-belah menarik perhatian Salma. Dia berdiri di tepian beranda tingkat atas sambil menunggu Maya menguruskan penukaran kad sim di sebuah kedai telefon.

Ramai juga pengunjung di shopping mall terbabit. Berduyun mereka di hadapan pentas. Ada yang menonton persembahan kanak-kanak itu sambil merakam dengan smartphone dan sebagainya.

Sorakkan dan tepukkan bergema saat sekumpulan kanak-kanak itu selesai menghiburkan para pengunjung. Kemudian naik pula beberapa orang badut membuat pertunjukkan silap mata di atas pentas.

Salma dan Maya singgah minum di Starbucks sambil berbual.

"So kalau Sal nak wasap atau call nanti kat nombor baru I ye?" Kata Maya.

"Ok got it" kata Salma sambil menyalin nombor telefon baru Maya ke dalam smartphone nya.

Di kesempatan itu Salma pun bertanyakan kepada Maya perihal acara-acara atau festival yang pernah di sertai oleh produksi perfileman Shadim.

"Memang ada produksi kita menyertai beberapa Asian indie porn movies festival sebelum ni Sal. Dekat Filipina,Thailand...and yang paling besar sekali kat Japan. Tapi masa tu Sal belum lagi kerja dengan produksi" kata Maya.

"Ouh...mesti best ya?" kata Salma teruja. Dia cuba memancing Maya untuk menceritakan hal tersebut lebih lanjut.

"Grand habis Sal. I ingat lagi waktu kat Japan punya porn movies festival tiga tahun lalu..crowd datang telanjang je ramai-ramai. Waktu tu krew kita yang pergi ialah Shadim,Fizi,abang Bustamam dengan i berempat je. Banyak juga kita orang bergambar kat sana"

"Wow...nak tengok album gambar tu boleh?"

"Ahahaha I dah agak you mesti berminat nak tengok. Okey balik ke studio nanti i tunjukkan album bergambar sewaktu kat festival yang produksi perfileman kita pergi" kata Maya.

Ketika tiba semula di premis studio, kelihatan anggota krew produksi agak sibuk dengan beberapa tugasan. Shadim dan Bustamam pula keluar untuk sesuatu urusan.

Salma duduk dekat sofa dalam bilik rehat studio. Maya datang dengan beberapa buah album foto yang di selama ini di simpan dalam sebuah almari berkunci.

Leka benar Salma menatap setiap foto yang terkandung kat dalam album gambar yang bersusun di atas meja sambil Maya duduk di sebelah menerangkan secara terperinci dekat mana gambar-gambar itu di ambil.

Sesekali dua wanita itu ketawa berdekah-dekah sambil tepuk-tepuk sofa kerana geli hati pula melihatkan sebahagian foto-foto lucu di sepanjang festival yang pihak produksi pergi.

Namun Maya terpaksa meninggalkan Salma bersendirian menatap album-album gambar terbabit kerana dia harus membantu krew produksi untuk beberapa tugasan dekat ruang set studio.

Dari satu album ke satu album di belek oleh Salma. Akhirnya dia menemui sekeping foto persis seperti apa yang di beritahu oleh Mail. Ya, gambar krew produksi perfileman Shadim di lihat berdiri berlatarbelakangkan sebuah patung kepala kuda. 

Salma yakin dan pasti itulah gambar nya. Gambar yang di perkatakan oleh Mail. Memang menimbulkan kehairanan di hati tentang bagaimana Horsehead juga memiliki foto tersebut? Dan mengapa pula foto ini begitu istimewa sehingga Horsehead sanggup menyimpannya?

Ketika terus membelek muka halaman album foto di tangan,kali ini Salma di kejutan pula dengan sekeping gambar di mana krew produksi perfileman Shadim kesemuanya memakai kostum topeng kepala kuda. Hampir tercampak album bergambar itu dari tangan Salma.

Dadanya berdebar kencang. Latarbelakang dalam gambar itu di ambil dekat festival yang sama di mana mereka bergambar di hadapan patung kepala kuda itu.

Tiba-tiba Maya kembali semula ke bilik tersebut.

"Seronok Sal?" tanyanya sambil tersenyum.

"Oh Aaa...seronok.." balas Salma sambil mengukir senyuman yang sedikit hambar.

"Err....Maya boleh Sal tanya satu soalan?"

"Boleh...banyak pun boleh" balas Maya sambil melabuhkan punggung di sebelah Salma atas sofa.

"Look...gambar ni is so creepy" kata Salma sambil menyuakan album tersebut kepada Maya. Foto di mana krew produksi bergambar dalam keadaan menyarung kostum kepala kuda itu kini di tatap oleh Maya.

"Oh my God. You're right Sal. I almost forgot about those picture. Yeah...it so creepy. But it was a years ago before we know Horsehead and his brothers" kata Maya sambil mengeluarkan kepingan gambar terbabit lalu dikeronyokkannya sebelum di buang ke dalam bakul sampah.

"Itu gambar kat festival porno di Filipina tiga tahun lalu. Tema dia berkonsepkan horsie. Tak siapa sangka tiga tahun kemudian produksi kita akan di ganggu-gugat oleh seorang psikopat yang obsessed dengan perawakkan begitu" kata Maya.

Salma sekadar mengangguk. Dalam hatinya terdetik...kalau lah Maya dan seluruh anggota krew produksi tahu bahawa salah satu dari foto di dalam album gambar tersebut adalah foto yang sama di curi dari Horsehead,pasti mereka akan berasa ketakutan.

Namun begitu,menurut Maya foto-foto itu di ambil oleh fotografer rawak yang berkeliaran sewaktu festival dan sentiasa bermurah hati untuk mengambil gambar mana-mana pengunjung secara percuma tanpa di kenakan bayaran.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience