MAIL mendengar dengan teliti setiap butir bicara yang di sampaikan oleh Maya berkenaan permasalahan yang timbul hingga pihak produksi perfileman terbabit terdesak untuk mengupah seorang bekas pembunuh upahan sepertinya.
"Jadi kalau boleh pihak kami tak mahu terus-terusan di ancam oleh Horsehead dan dua orang adiknya tu. Kami bimbang keselamatan para pekerja tergugat. Lagipun dah dua orang pekerja kami mati di bunuh oleh mereka. So I selaku pembantu pengarah merayu sangat-sangat agar abang Mail dapatlah kiranya bantu kami untuk melenyapkan mereka. Tak kisahlah berapa pun upah yang abang Mail minta,pihak kami sanggup bayar" kata Maya.
Mail mengangguk-angguk dan berfikir sejenak.
"Entahlah...kalau ikutkan aku pun tak mahu dah terlibat dengan kerja kotor macam ni...tapi awok semua pun boleh lihat betapa daif hidup aku. Ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Aku pun terdesak memerlukan wang nak teruskan hidup" kata Mail.
"Kalau macam tu abang Mail ada alasan kukuh kenapa abang Mail patut menerima tawaran dari pihak kami. Cakap je berapa banyak bayaran upah yang abang Mail perlukan..kami akan bayar dulu setengah dari jumlah keseluruhan. Baki selebihnya akan kami beri sejurus selesai kesemua sasaran di nyahkan"
Mail menatap setiap wajah tetamunya terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.
"Baiklah, aku setuju. Nanti berikan aku butir-butir lengkap tiga orang yang awok nak aku bunuh tu. Aku tak mintak banyak. Satu kepala RM dua ribu je,jadi jumlah semua enam ribu,boleh?" kata Mail.
Maya tersenyum.
"Lebih dari boleh" balasnya.
Mereka pun pulang semula ke premis perfileman dan memberitahu kepada Shadim tentang kejayaan mendapatkan seorang pembunuh upahan yang sanggup menggalas tugas dalam melenyapkan Horsehead dan adik-adiknya.
Hal itu amatlah menggembirakan Shadim.
"Good job Maya! Hahaha finally Horsehead and his brothers would pay the price. Thanks a lot for your effort Maya" kata Shadim.
"You kena berterima kasih kat abang Bustamam Dim. Kalaulah bukan sebab abang Bustamam kenal dengan pembunuh upahan ni,maybe sampai sekarang pun kita tak temui jalan penyelesaian"balas Maya.
Shadim menoleh kepada Bustamam.
"Bustamam thanks so much. I appreciate for your help"
"Small matter lah Dim. Lagipun ini untuk keselamatan dan kebaikkan kita semua jugak" balas Bustamam.
"Hm...dia mintak 6k je? murah betul ni. I mati-mati ingatkan bayaran upah seorang hitman pasti mencecah puluhan ribu. Macam ni je lah..Maya,later on you tell abang Mail that we are going to pay him about 10k. Enam ribu tak berbaloi untuk sebuah kerja yang berisiko tinggi macam ni. Lagipun kita kena consider subjek terdiri dari psikopatik yang ganas dan tak berperikemanusiaan" kata Shadim.
Keesokkan harinya mereka pergi semula menemui Mail untuk menyerahkan maklumat dan keterangan tentang tiga orang subjek yang hendak di bunuh. Bustamam sendiri yang pergi hantarkan Mail ke rumah kotej itu pada sebelah malam.
Van berhenti agak jauh sikit,tapi rumah kotej tiga beradik psikopatik itu sudah dapat di lihat.
Mail memerhatikan ke rumah tersebut dengan binokular miliknya. Cahaya lampu bangsal kuda terang-benderang. Begitu juga dari dalam rumah kotej.
"Hati-hati bang Mail. Mereka ni semua sakit jiwa dan boleh bertindak agresif" pesan Bustamam.
"Itu awok jangan risau. Nanti lepas aku bunuh mereka, aku tangkap gambar mayat mereka semua kasi kat syarikat awok sebagai bukti" kata Mail.
Di tubuhnya lengkap dengan sebilah parang dan pisau serta sebuah kamera Polaroid. Bustamam pun beredar. Mail berhati-hati menyusup masuk ke dalam pagar halaman.
Mula-mula di tinjaunya dulu dekat bangsal kuda. Dari luar papan kayu bangsal di intai-intai ke dalam. Tiada seorang pun melainkan haiwan-haiwan peliharaan itu di tambat dekat dalam blok-blok kandang yang bersusun.
Pandangan di buang ke rumah kotej itu pula. Kelihatan cahaya galak dari ruang tamu terpantul dekat tingkap. Mail amat pasti ada seseorang yang sedang asyik menonton televisyen dekat ruang depan. Perlahan-lahan Mail hampiri ke tingkap dalam keadaan terbongkok-bongkok.
"Ahh....ahh...ohh...mmmh..!"
Suara wanita sedang galak berahi datang dari peti televisyen. Mail amat pasti sesiapa yang berada di ruang tamu itu pastinya sedang leka menonton filem lucah.
Akhirnya dia mengambil keputusan untuk pergi meninjau terlebih dahulu di ceruk belakang rumah.
Gelap.
Bunyian unggas dan cengkerik bersahut-sahutan datang dari arah semak-samun dan ladang tebu berhampiran pintu belakang. Dapur juga gelap menandakan tiada sesiapa di situ. Mungkin masuk ikut situ adalah jalan yang terbaik fikir Mail. Lagipun kegelapan ruang dapur akan memberinya lebih keistimewaan samada untuk bersembunyi atau merencanakan langkah selanjutnya yang akan di ambil berdasarkan cahaya yang datang dari ruang depan.
Tombol pintu dapur di pulas-pulas malangnya berkunci pula dari sebelah dalam. Tapi itu bukanlah suatu masalah besar bagi Mail kerana kepakaran yang di milikinya turut mencakupi aspek pecah masuk rumah dan hal-hal berkaitan kunci.
Selepas menjolok dan menggodek ke lubang tombol pintu dengan menggunakan sebatang dawai besi,akhirnya kunci dari sebelah dalam terpelantik sekaligus membolehkan pintu di buka.
Langkah ketika masuk ke dalam dapur di atur rapi agar tidak menimbulkan sebarang bunyi. Dalam suasana gelap berbalam itu dapat Mail lihat botol-botol dan tin bir berlonggok di atas meja.
Di ruang tengah sebelum pergi ke ruang tamu ada sebuah lagi bilik. Mail menghampiri dan memulas tombol pintu perlahan-lahan. Kali ini nasibnya baik kerana pintu itu tak berkunci. Di tolaknya pintu sedikit dan mengintai.
Kelihatan seorang lelaki yang berbadan tinggi dan besar serta bongkok tubuhnya sedang asyik menghadap sebuah papan lukisan sambil melukis. Kepalanya botak dan senget dan suatu sindrom penyakit yang di hidapi membuatnya kerap terteleng-teleng. Dia tak lain dan tak bukan ialah Dalib.
Mail tersengih kerana subjek pertama kini telah pun berada di hadapan matanya. Malah lebih menarik lagi Dalib yang duduk dalam keadaan membelakangkan pintu biliknya langsung tidak menyedari akan kehadiran Mail.
Parang yang tersisip di sisi pinggang lantas di capai. Mail melangkah perlahan-lahan mendekati lelaki bongkok itu.
Baru saja hendak di tikamnya tepat ke jantung,subjek tiba-tiba memusingkan badan dan mata parang langsung tersasar menikam ke bahu Dalib.
"Arghhhhh!"
Suatu jeritan yang amat kuat terlepas dari mulut Dalib. Darah sudah memancut-mancut keluar bagai paip bocor. Pantas Mail cabut semula parang tersebut untuk menikam ke organ utama,namun Dalib yang berang itu bagaikan seekor singa yang buas. Papan lukisannya lebih awal di hayun hingga Mail terhumban.
"Erghhh...erghhh..."
Dalib terteleng-teleng dengan wajah merah padam bersama dengusan amarah yang keterlaluan. Tajam di renungnya wajah Mail yang terbaring sambil menekup lubang tusukkan yang tembus dekat bahunya.
Mail sedar lelaki bongkok di hadapannya ibarat haiwan ganas yang sedia merobek seluruh tubuhnya hingga terbarai segala isi-isi organ dalamannya yang mana akan berakhir dengan kondisi kematian ngeri lagi sadis. Oleh itu dia harus segera menumbangkan lawannya,atau paling tidak pun membuatkan lawannya mengalami kecederaan serius bagi melumpuhkan pergerakkannya.
Dalib meluru pantas. Mail yang masih terbaring menghayun libasan parang di tangannya.
ZASS!
Arghhhhh...!
Kali ini Dalib menekup pula ke batang pehanya yang telah di hadiahkan tebasan mata parang Mail. Darah melimpah-limpah ke lantai.
Mail pantas bangun dari baringannya. Dia menyangka mungkin telah berjaya mencacatkan keberanian 'haiwan ganas' di hadapannya,namun Mail tersilap. Dalib bagaikan orang hilang akal telah bertindak lebih agresif dengan menghumban sebuah meja ke arah Mail.
BRANKKK!
Kali ini Mail pula mendapat padahnya. Bukan main kuat saat meja itu menghempas tubuhnya. Parang di tangan langsung terlepas dan Mail terhumban ke dinding sebelum terbaring.
Dalib meluru ganas lalu kedua tangannya mencengkam belakang baju dan seluar Mail lalu di humbannya batang tubuh itu hingga terkeluar dari pintu biliknya.
"Dalib!"
Mail yang mengerekot kesakitan melihat seorang lagi lelaki berteriak dan baru muncul dari ruang depan. Dia tak lain dan tak bukan adalah Kabil.
Pantas Mail capai pisau yang terselit di poket seluarnya. Hujung depan pisau di kepit antara ibu jari dan jari telunjuk. Ketika Kabil semakin hampir kepadanya, Mail pun lontar pisau berkenaan bagaikan seorang ninja melontar senjata syuriken.
ZAPP!
"Arghhhhh!"
Kabil mengerang kesakitan apabila pisau itu tertusuk ke lengannya. Mail bingkas bangun untuk menyerang lelaki itu dengan empat keratnya kerana dia sudah ketiadaan senjata. Atau paling tidak pun kalau dia dapat merampas kembali pisau di lengan Kabil itu sudah memadai.
Namun Kabil lebih pantas mencabut pisau di lengannya lalu di layangkannya semberono. Mail terganjak lalu di tendangnya tangan Kabil hingga pisau itu tercampak jauh.
Nasib Mail tak berapa baik kali ni.
Dalib muncul dari belakangnya dan mengunci lehernya.
"Celaka! orang-orang dari pihak produksi yang upah kau kemari kan?" soal Kabil.
"Mana sorang lagi?" tanya Mail yang sedang meronta-ronta cuba melepaskan diri dari belitan tangan Dalib.
"Nanti aku hantar mayat kau kat bilik dia kat atas nun" kata Kabil merujuk kepada Horsehead yang berada di tingkat atas rumah.
"Awok ingat awok cakap dengan sape?" soal Mail tersengih.
"Aku tak kenal kau siapa. Tapi aku pasti kau di hantar ke sini oleh pihak produksi. Tapi sayangnya usaha kau sia-sia je..tengok lah diri kau sekarang. Kami akan pastikan tubuh kau di kerat-kerat menjadi beberapa bahagian!" kata Kabil.
"Belum tentu lagi kawan. Mail Tebas bukan pembunuh amatur. Kalau puluhan tahun lalu aku boleh tebas leher ramai gangster dan polis berpistol,kenapa pulak aku boleh gagal nak tebas batang tengkuk awok?" balas Mail tersengih.
Tau-tau satu tendangan telah di lepaskan oleh Mail di bawah celah kelangkang Dalib yang mengunci lehernya dari belakang.
"Urghhhh!"
Dalib menekup perutnya yang senak. Tak bertangguh Mail tubi lelaki bongkok bertubuh besar itu dengan tumbukkan dan tendangan sehingga rebah kesakitan. Tak cukup dengan itu,Mail pijak ke muka dan tubuh Dalib.
"Arghhhhh!"
Kabil tersentak. Tahulah dia kini bahawa pembunuh upahan yang di hantar oleh pihak produksi perfileman Shadim bukanlah sembarangan orang melainkan seorang yang amat arif dan punya pengalaman membunuh yang luas.
..BERSAMBUNG..
Share this novel