PAGI keesokkan harinya premis studio perfileman Shadim kecoh dan gempar dengan kisah kehilangan Maya bersama sekeping nota yang di tinggalkan dekat luar tingkap premis.
Cerita Bustamam tentang kemunculan lelaki berperilaku aneh itu hingga dia dan Maya terpaksa berkurung di studio telah menimbulkan rasa seram dan takut di kalangan anggota-anggota krew produksi.
Salma yang turut ada bersama krew lain agak tergamam. Lebih-lebih lagi dia agak rapat dengan Maya. Shadim pulak macam orang hilang arah dan panik. Hampir si pengarah itu naik berang setelah dia membaca nota yang tertera di atas kertas yang di temui oleh Bustamam.
"This is too much! I swear i'm gonna shoot him dead if he won't returning Maya safely back to us!"kata Shadim agak beremosi. Wajahnya merah padam. Kertas nota di tangan nya di hempas ke lantai.
Kertas itu di pungut pula oleh krew dan bertukar dari satu tangan ke satu tangan untuk di baca,sehinggalah ia tiba ke tangan Salma.
Dalam rasa hati yang berdebar-debar Salma gagahkan diri membaca apa yang tercatat di atas kertas nota terbabit.
"KALAU MAHU PEREMPUAN TU HIDUP DAN SELAMAT,AYUH KITA BERURUSAN. KAMI MENUNGGU DI RUMAH KOTEJ LADANG. NANTI KAMI BERITAHU APA YANG KAMI MAHUKAN. DALAM MASA DUA HARI DARI SEKARANG SEKIRANYA TIADA WAKIL DARI PIHAK PERFILEMAN KAMU DATANG UNTUK BERBINCANG,MAYAT PEREMPUAN TU AKAN KAMI HANTAR DEKAT DEPAN PINTU STUDIO PERFILEMAN"
Salma menekup mulut dan tergamam. Tahulah dia bahawa Maya kini dalam bahaya. Lelaki berperilaku aneh seperti di dakwa Bustamam itu memang sudah gila dan melampau dengan menculik Maya demi mencapai sesuatu tujuannya yang masih belum di ketahui apakah ia?
Shadim menghubungi sahabatnya Kazim iaitu anak kepada tuan rumah kotej dan juga abang kepada Kabil serta Dalib untuk memaklumkan hal terbabit.
"Come on Kazim..answer your phone! Answer your phone now!" Kata Shadim sambil ke hulu ke hilir dengan smartphone di lekap ke telinga.
"Damn it!"
Panggilan yang di buat tidak juga berjawab. Shadim menghantar mesej sebelum cuba menghubungi lelaki itu semula berkali-kali. Malang seribu kali malang tiada juga jawapan di terima.
Kesemua anggota krew hanya duduk memerhatikan nya.
"Hm,dia tak tak jawab" kata Shadim lalu menyimpan smartphone ke dalam poket. Pengarah lelaki berkepala botak licin dan bercermin mata itu kelihatan seperti orang kusut fikiran.
"Bustamam..i hairanlah..macam mana you boleh tak sedar sewaktu Maya kena culik?" soal Shadim.
"Dim.. aku betul-betul tidur mati. Aku tak expect pun perkara nak jadi sampai macam ni. Lagipun kami dah kunci tingkap dan pintu apa semua dari dalam. Kami dah sepakat tak akan sesekali buka pintu walau apa pun terjadi" ujar Bustamam.
Shadim termenung panjang sambil gigit-gigit kuku.
"Are you sure penyendal pintu di pasang dari dalam?" soal Shadim.
"Tak mungkinlah aku tak sure Dim. Aku sendiri yang pasang penyendal pintu. Kalau nak kata lelaki gila tu pecah masuk memang mustahil! selagi penyendal pintu tak di tarik,selagi tu lah pintu tak boleh di buka"
"Hah! that means Maya sendiri yang pergi buka penyendal pintu tu. Damn! kan i dah ingatkan tak kira apa pun terjadi,jangan sesekali buka pintu?" kata Shadim.
Bustamam pun dah picit-picit kening sambil geleng kepala. Dia sendiri pun hairan dengan tindakkan yang di ambil oleh Maya.
"Itu kena tanya dengan Maya sendiri. Aku pun hairan memikirkan apa yang buat dia berani ubah fikiran dan pergi buat macam tu?pelik" kata Bustamam.
Salma termenung dekat sofa bersama krew lain. Masing-masing senyap dan hanya menumpukan pada perbualan Bustamam dan Shadim.
"Erm..maaf Sal mencelah ya..err waktu abang Bustamam nak tidur,Maya ada kat mana?atau dia tidur kat ruang lain?"Salma bertanya.
"Err...mmm.."
Bustamam tergaru-garu kepala.
"Jangan cakap lepas masuk ke dalam dan kunci pintu you terus terlentang dan tidur mati pulak Bustamam" kata Shadim.
"Err bukan..bukan...okey..okey lah aku mengaku..aku dengan Maya tidur bersama atas tilam yang kami bentang kat lobi. Kami berbual sampai lewat malam dan berakhir dengan hubungan seks. Sejurus lepas tu aku dah terlentang mengantuk gila dah macam apa. Aku dengar Maya cakap dia nak pergi cuci diri kat toilet. Lepas tu aku dah tak ingat apa-apa. Aku cuma terjaga sekitar jam empat pagi lebih dengan pintu ternganga dan Maya yang dah hilang entah ke mana" cerita Bustamam.
Tiba-tiba perbualan mereka terganggu seketika dengan kehadiran seorang dua pelakon lain yang sepatutnya akan menjalani penggambaran pada pagi ini.
Shadim meminta seorang krew pembantu memberitahu kepada pelakon terbabit bahawa penggambaran yang di jadualkan berlangsung pada hari ini terpaksa di tunda ke lain waktu kerana produksi sedang di landa kesulitan akibat penculikkan ke atas Maya.
"Okey sekarang ni macam mana? selagi kita tak pergi semula ke rumah kotej ladang tu dan bersemuka dengan orang gila tu selagi tu lah Maya masih dalam bahaya" celah Fizi si jurukamera tiba-tiba.
"Bahaya kot. Dah tak ada cara lain ke?" sampuk seorang krew wanita lain.
"Habis tu takkan nak repot polis? silap-silap boleh terbongkar rahsia produksi syarikat ni nanti. Seseorang harus pergi ke sana jugak dan bersemuka dengan si gila tu"kata Bustamam.
"Nope! there's no one of you would go there. Too dangerous. Kita tunggu respon dari Kazim dulu" kata Shadim.
"Kita tak boleh lewat Dim,dia bagi tempoh dua hari je" Bustamam mengingatkan.
Keesokkan harinya respon yang di tunggu dari Kazim masih tak kunjung tiba. Tiada balasan mesej atau panggilan semula di buat kepada Shadim. Itu meresahkan setiap orang dalam produksi perfileman terbabit.
"Enough is enough. Biar i sendiri pergi ke rumah kotej tu bersemuka dengan si gila tu!" kata Shadim.
"Bahaya Dim! tak usahlah"tegah Bustamam. Para krew lain juga turut melarang Shadim mengambil risiko.
"Okey i buka tawaran pada sesiapa yang berani amek risiko temankan i ke sana. Is there any of you?" kata Shadim sambil memandang ke setiap wajah warga produksinya. Tiada seorang pun menawarkan diri.
"Bustamam?" kata Shadim.
"Sori Dim..aku terus terang je aku tak berani..aku dah serik sejak lepas kejadian ngeri ke atas arwah Raziq" kata Bustamam.
"Its okey Bustamam. Tak ada paksaan. Yang lain-lain macam mana?"soal Shadim lagi.
Masing-masing diam sahaja sambil berpandangan sesama sendiri.
"Sal boleh temankan Encik Shadim" kata Salma tiba-tiba menawarkan diri.
"What? Salma? no! no!"
Majoriti krew membangkang. Mereka tak mahu Salma mengambil risiko. Ini berkaitan nyawa.
"Tak apa..i sanggup. Lagipun i banyak terhutang budi pada Encik Shadim dan Maya sendiri.." kata Salma.
"No Salma..no..I tak dapat benarkan you ikut. Ini melibatkan keselamatan diri. We don't know with whom we are dealing with this time..he can be anything.. a psychopath, monster, sadistic maybe.. please think about your life..your mom Salma. Mother you baru nak hidup gembira selepas menjalani pembedahan kan.. don't ruin that Salma" Shadim enggan mengizinkan Salma menemaninya.
"What if anything happen to you Encik Shadim?" soal Salma.
"Then that's it. I'm gone and everything is over" balas Shadim.
Kata-kata Shadim itu membuatkan warga krew produksi resah-gelisah dan kurang senang. Mereka amat risaukan keselamatan beliau.
"Just let me go with you Encik Shadim. Don't worry about me..I'm a three time taekwondo champion. See this.." kata Salma sambil meraba keluar kalung pingat juara taekwondo dan tali pinggang hitam yang sentiasa ada di bawanya dalam beg tangan.
"Wahh Salma? biar betul ni?"
Warga krew sibuk mengerumuni Salma sambil membelek-belek pingat miliknya.
"Okey Sal..aku nak kau ajar lelaki gila tu cukup-cukup. Belit dan kunci leher dia boleh?" kata Fizi.
"Kalau berani dia sentuh Encik Shadim,Sal akan patahkan leher dia" kata Salma.
Tepukkan dan sorakkan bergema. Salma tertawa kecil.
Encik Shadim tersenyum sambil bertepuk tangan.
"Fuh..I dah mula rasa selamat sikit. Hm kalau macam tu ok Salma bolehlah you ikut i" kata Shadim.
"Thanks" balas Salma.
Mereka berdua bertolak pergi dengan menaiki kereta Shadim.
------------------------------------------
Langit pagi membiru memayungi desa terpencil itu. Shadim memberhentikan keretanya di luar pagar masuk ke halaman rumah kotej.
"Kita berhenti sampai sini je lah Sal. I pun tak berani jugak nak masuk ke dalam sangat walaupun lepas ni kita terpaksa juga masuk ke dalam tu..pheeww..." kata Shadim sambil melepaskan satu nafas lelah yang bersulamkan kerisauan.
"Baiklah Encik Shadim. Kat sini pun okey jugak"
Mereka berdua turun dari kereta sebelum tercegat dekat pagar sambil membuang pandangan ke dalam halaman rumah kotej. Setiap sudut dan ceruk di perhatikan. Dari laman hingga ke ladang tebu membawa ke bangsal kuda.
"Macam tak ada orang je" kata Shadim sambil membetul-betulkan cermin mata nya.
Tiba-tiba dari dalam bangsal itu keluar si Dalib yang sedang menolak kereta sorong. Segera pandangan Salma dan Shadim tertumpu ke arah lelaki bertubuh agak tinggi dan besar itu. Dia memakai overall jeans lusuh dan kotor serta koyak seperti yang biasa di pakai oleh seorang mekanik atau tukang paip.
"Hei!" teriak Shadim sambil ketuk-ketuk pagar cuba memanggil lelaki berkepala senget kerana mengalami sesuatu sindrom kecacatan itu.
Dalib segera berhenti menolak kereta sorong. Dia terpaku berdiri dengan belakang tubuhnya yang kelihatan sedikit bongkok sambil memandang dua orang tetamu yang sedang tercegat di luar pagar. Kepalanya terteleng-teleng.
"Hei kawan..kami bukan orang jahat. Kami datang nak jumpa dengan kawan kau yang berkepala kuda tu. Dia ada tak? panggilkan dia kemari"
Dalib memberi isyarat tangan agar mereka tunggu sebentar. Dia kemudian berjalan melangkah masuk ke dalam rumah kotej.
.....BERSAMBUNG....
Share this novel