Act 4/Scene 2

Thriller Series 26656

HARI terus berlalu. Syarikat produksi perfileman Shadim kian sibuk dengan pelbagai aktiviti shooting dan penerbitan filem-filem panas. Malam tu Maya sendiri bertindak selaku pengarah utama untuk sebuah filem terbaru yang bakal di terbitkan.

Sesi penggambaran yang di jalankan dekat sebuah ruang set studio memakan masa hampir empat ke lima jam,namun selesai juga sekitar pukul sebelas malam.

Anggota krew sibuk mengemaskan semula segala perkakasan. Dua orang pelakon lelaki dan wanita yang menjayakan babak panas tadi baru lepas mandi dan bertuala sahaja. Mereka duduk minum air sejuk yang di sediakan sambil berbincang dengan Maya yang bertindak selaku pengarah berkaitan babak penggambaran seterusnya yang akan di jalani nanti.

Fizi sedang sibuk menyimpan semula perkakasan kamera. Seorang krew jurulampu mengemaskan bahagian kerjanya. Ada krew yang di tugaskan mencuci cadar dan sarung bantal serta apa-apa sahaja peralatan aksesori seksual seperti dildo yang telah di gunakan. Ada yang mengendalikan barangan props,rak pelbagai fesyen pakaian dan sebagainya.

Malam kian larut,anggota krew pun ramai yang dah pulang ke rumah setelah kerja-kerja pengemasan set penggambaran selesai.

Maya masih rancak duduk berbual dengan si pelakon lelaki tadi dekat sofa. Yang si pelakon wanita pula telah lama minta diri pulang ke rumah.

Tak lama kemudian Maya dan pelakon lelaki itu bangun dari sofa. Berkepit mesra saja nampaknya.

"Abang Bustamam...Samji...i sama Joshua balik dulu lah ya. Nanti jangan lupa kunci pintu premis apa semua" pesan Maya.

"Okey Maya...wahh...kau nak angkut Joshua bawak balik rumah ke ni?" usik Bustamam sebelum mereka semua ketawa besar berdekah-dekah.

"Ahahahaha abang Bustamam macam tak biasalah dengan i...ikan dah depan mata takkan kucing nak tengok je kan?.." balas Maya sambil asyik merangkul pinggang Joshua si pelakon kacukkan cina dan mat salleh itu. Memang dah lumrah bagi Maya si pembantu pengarah itu membawa pulang mana-mana pelakon lelaki untuk di tidurinya. Maksiat seks sudah sebati dalam hidupnya.

Maya dan Joshua minta diri dan beredar. Kini hanya tinggal Bustamam dan Samji di dalam premis studio perfileman terbabit.

"Bila Encik Shadim balik dari Bulgaria bro?" tanya Samji kepada Bustamam ketika mereka berdua sedang mengangkat sebuah perabot untuk di alihkan ke ruang set lain.

"Aku ingat dalam dua tiga hari lagi kot. Lepas settle kan urusan percetakkan,dia kena attend satu festival filem kat sana sebab ada filem dari produksi kita tercalon" balas Bustamam.

"Fuh! kenyang lah Encik Shadim tengok blue je kat festival tu"kata Samji sebelum kedua-dua orang krew lelaki itu ketawa berdekah-dekah.

Perabot yang di punggah bersama itu lalu di letakkan di suatu sudut ruang set. Memang biasanya Bustamam dan Samji yang di tugaskan untuk memunggah apa-apa sahaja barangan yang berat-berat seperti itu.

Samji terhendap-hendap ke sebuah bilik yang terdapat pintu dan lubang kaca di permukaannya.

"Bro..bilik ni simpan apa eh?" tanyanya sambil goncang-goncang tombol pintu. Ada papan tanda larangan masuk di tampal pada permukaan pintu.

"Entahlah Ji...aku rasa tak ada apa-apa lah. Lebih kurang macam stor tambahan je kot. Aku pernah tanya kat Maya pasal bilik tu dulu. Dia cakap tak boleh buka sebab dah terkunci dari dalam. Kunci pintu bilik tu pulak dah hilang entah ke mana" balas Bustamam.

"Kunci dah hilang tu perkara kecik je bro" kata Samji sambil mencari dawai dekat stor studio.

Kemudian dia datang semula dan menggodek lubang tombol pintu dengan dawai tersebut. Tak sampai seminit dua,tombol pintu itu sudah boleh di pulas tanda kunci yang tertekan dari sebelah dalam telah terpelantik keluar.

"Jeng...jeng..jeng..." kata Samji tersengih sambil membuka pintu.

"Hai bilik larangan...terbuka jugak engkau akhirnya" kata Bustamam ketawa kecil.

Suis lampu di ketik. Bilik tersebut terang-benderang. Tiada apa yang aneh di dalam sana. Ada rak almari di penuhi buku-buku,majalah dan sebagainya. Lantainya di hampari karpet. Ada sofa,meja kecil dan lampu meja.

Bustamam melabuhkan punggung di atas sofa yang sedikit berhabuk.

"Ceh...aku rasa Maya jadikan bilik ni tempat untuk dia 'buat projek' kot" kata Bustamam.

"Haha alasan kunci bilik hilang tu wayang dia je lah kot" kata Samji lalu dia membelek-belek buku-buku kat rak.

Tiba-tiba entah bagaimana beberapa keping foto yang di simpan dalam sebuah buku yang sedang di tatap oleh Samji meluncur jatuh ke lantai. Dia pun mengutip foto-foto tersebut dan menatap setiap darinya.

"Eh bro... cuba kau tengok foto-foto lama ni. Bukan ke ini gambar-gambar yang sama dekat..."kata Samji tanpa menghabiskan kata-katanya lalu duduk di sebelah Bustamam di atas sofa lalu menyuakan foto-foto terbabit.

Bustamam yang hampir mengantuk tiba-tiba berasa matanya segar-bugar bila terlihat foto terbabit. Satu persatu di telitinya. Berkerut dahi lelaki gemuk berambut panjang dan bermisai jambang lebat itu.

"Ish..mustahil ni...macam mana foto-foto ni boleh ada kat sini pulak. Kau jumpa dari mana Ji?" tanya Bustamam.

"Ada dalam buku yang aku belek-belek ni lah bro. Tau-tau meluncur je jatuh atas lantai" kata Samji.

Bustamam mendongak seketika memandang ke arah rak di sebelah sofa yang sedang mereka duduki itu. Tangannya menggigil.

"Bro...aku ingatkan aku sorang je menggigil" kata Samji dengan wajah yang kurang sedap.

"Ji....kau rasa adakah di sebabkan foto-foto ni di simpan dalam buku kat rak tu menyebabkan bilik ni di kunci dan di larang masuk? Soalnya macam mana benda ni boleh ada sini?" soal Bustamam dengan nada separa berbisik.

"Maya yang beriya-iya melarang krew produksi masuk bilik ni kan? kalau setakat dia nak jadikan port seks dia itu perkara biasa jelah bro. Tapi apa yang kita jumpa ni luar biasa"kata Samji.

"Kau ingat lagi tak waktu Maya kena culik dulu?kan waktu tu aku tertidur tak sedarkan diri. Siapa tahu apa yang berlaku sebenarnya pada waktu tu. Boleh jadi pada masa tu lah foto-foto ni di sorok ke sini" kata Bustamam membuat andaian.

Dahi kedua-dua orang krew itu mulai berpeluh.

"Serius bro...ini bukan perkara yang boleh di buat gurauan. Dalam banyak-banyak foto kenapa foto gambar dekat dinding ruang tamu rumah kotej tu pulak boleh ada sini? Adakah Maya di telah gertak dan paksa oleh Horsehead untuk simpan gambar-gambar ni dalam bilik ni?"

"Atau Maya sendiri bersubahat dengan Horsehead? Kau tak rasa pelik ke bagaimana dia boleh buka pintu dan bagi Horsehead masuk ke dalam premis ni waktu aku dengan dia terperangkap dulu? Lepas tu dia bagi alasan konon Horsehead ugut nak potong atau kerat tangan dia. Tak ada sesiapa boleh jadi saksi tentang hal tu Ji. Aku sendiri pun tidur mati tak terjaga langsung" ujar Bustamam yang mulai mengesyaki Maya.

"Hish entahlah bro. Boleh jadi betul,boleh jadi tidak...tapi melihatkan ketegasan Maya melarang sesiapa masuk ke bilik ni memang boleh jadi poin kenapa kita syak dia" kata Samji.

Bustamam meneliti sekeping foto hitam putih itu. Di dalamnya ada gambar famili Horsehead yang tinggal dekat rumah kotej itu. Ada gambar ayah,ibu dan tiga orang anak mereka.

"Kau tengok gambar ni. Bayi yang dalam dukungan si ibu ni kita tahu adalah Dalib sebab sindrom bentuk tubuh yang di alami. Budak lelaki yang kat sebelah si bapa pula adalah Kabil sebab bentuk muka nya yang agak petak. Dan budak lelaki seorang lagi ni...gambarnya tak di kaburkan seperti dalam bingkai gambar kat rumah kotej. Aku pasti inilah Horsehead" kata Bustamam.

Samji menatap foto tersebut dan merenung ke wajah budak lelaki yang di percayai adalah Horsehead sewaktu kecil dulu.

"Foto ni dah lama sangat bro. Wajah Horsehead kanak-kanak ni pun mungkin dah berubah setelah dewasa. Tak siapa sangka budak ni bila dah besar nanti akan jadi seorang psikopat yang kejam" kata Samji.

Bustamam dan Samji memeriksa buku-buku dekat rak itu lagi. Malah rak itu di alihkan sehingga mereka menemui sebuah buku besar dengan kulit tebal berwarna hitam di sembunyikan dekat belakang rak. Ada perkataan MORBID tertera pada permukaan kulit hadapan buku.

"Hish,buku apa pulak ni? Macam buku sihir je" kata Bustamam. Hatinya berdebar-debar.

"Bro...aku tak sedap hati sangat ni. Kita balik je lah bro. Entah-entah produksi perfileman ni dah kena sihir ke apa kita mana tahu" kata Samji.

Bustamam menggigil-gigil memegang buku hitam di tangannya. Dalam di hambat rasa takut tapi hatinya melonjak rasa ingin tahu apakah kandungan yang terdapat di dalam buku Morbid tersebut.

Alangkah terkejutnya Bustamam dan Samji tatkala buku itu di selak. Ia mengandungi senarai lengkap maklumat dan foto setiap anggota krew yang pernah dan masih bekerja di bawah produksi perfileman Shadim. Dan itu termasuklah diri Bustamam dan Samji sekali. Begitu juga dengan senarai para pelakon yang pernah terlibat.

Senarai biodata krew dan pelakon itu telah di label dengan perkataan The Sinners.

Di muka surat lain pula terdapat senarai yang telah di label sebagai The Death. Ia memuatkan foto dan biodata Raziq, Erin dan Zizi yang mana kesemua mereka adalah krew-krew produksi yang telah mati terkorban sebelum ini. Lebih menakutkan ialah ia turut mencatatkan sebab kematian mereka secara terperinci termasuk hari dan tarikh.

Dalam carta The Death juga ada banyak petak kosong yang telah di isi dengan maklumat nama setiap ahli krew lain dan para pelakon, lengkap dengan tarikh dan sebab kematian mereka.

"Bro...senarai nama krew dalam petak kosong The Death ni masih belum berlaku. Tapi nama Fizi dah di catat akan mati pada 18 Februari iaitu dua hari dari sekarang. Sebab kematian Fizi ialah eksiden" kata Samji yang ketakutan.

Secara sepintas lalu mereka membaca maklumat setiap krew dan pelakon yang masih hidup pada carta The Death.

Afaq-cause of death(being stab)
Remy-cause of death(face smashed)
Juli-cause of death(rape/strangled)
Anjali-cause of death(sodomy/slaughter)
Samji-cause of death(body cut up)
Bustamam-cause of death(disembowelment)

Langsung buku itu terlepas dari tangan Bustamam. Tak sanggup lagi dia dan Samji menatap maklumat dalam carta The Death yang bakal berlaku bila tiba pada tarikh seperti yang tertera.

"Ini semua gila Ji! gila! pembunuhan kita semua dah di rancang awal-awal lagi rupanya" kata Bustamam yang panik. Wajahnya pucat-lesi.

"Bro... aku dah hilang kepercayaan dengan pihak produksi ni. Tapi kita kena dedahkan juga maklumat ni pada yang lain-lain" kata Samji dengan suara terketar-ketar.

Bustamam mengangguk-angguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience