HUJUNG minggu tu Salma membawa ibunya Nurah dan Cikgu Rubikah jalan-jalan ke Zoo negara. Cuaca agak baik. Pengunjung pun ramai,termasuk pelancong.
Seronok benar melilau-lilau di situ sambil melihat pelbagai jenis haiwan dari yang jinak hinggalah yang buas. Ini telah membangkitkan kenangan zaman kanak-kanak Salma di mana ibu dan ayahnya sering membawanya ke situ dulu.
"Kalau Bikah nak tau, Sal waktu dia kecik-kecik dulu...kalau boleh tiap hujung minggu nak di ajaknya akak sama arwah ayahnya bawak dia jalan-jalan kemari. Suka benar dia nak tengok zirafah" cerita Nurah ketika mereka bertiga sedang berdiri tercegat di luar pagar keliling yang menempatkan sekumpulan haiwan zirafah.
"Maaf ya bu...agaknya letih ibu sama arwah ayah dulu asyik nak melayankan karenah Sal waktu kecik-kecik kan..kikiki"kata Salma tertawa kecil.
"Kalau ibu sama arwah ayah tak bawak nanti Sal merajuk buat muka monyok. Dah faham sangat" kata Nurah.
Salma dan cikgu Rubikah tertawa. Di samping itu mereka turut bergambar dan selfi. Bila letih berjalan ke sana ke mari,mereka menaiki pula keretapi zoo lalu di bawa mengelilingi seluruh kawasan sambil menjamu pandangan di kiri kanan.
Salma,Nurah dan Rubikah duduk sederet sebangku dalam keretapi zoo. Tempat duduk dalam gerabak panjang itu penuh dengan penumpang.
Nurah tertarik melihat telatah seorang kanak-kanak perempuan yang duduk bersama ibu ayahnya selang beberapa bangku di hadapan sambil begitu asyik dan teruja bertanya itu dan ini.
"Macam itu lah Sal dulu-dulu. Bulat je mata sambil tanya macam-macam kat ibu dan ayah" kata Nurah.
"Betul bu" Salma mengiyakan.
Cikgu Rubikah tersenyum.
Turun dari keretapi zoo,mereka singgah membeli burger dan minuman yang ada dekat gerai warung yang di sediakan oleh pihak pengurusan Zoo terbabit.
Langit membiru cerah bersama kepulan-kepulan awan putih gebu. Salma bersama ibunya Nurah dan Cikgu Rubikah duduk di sebuah meja santai yang mempunyai atap bumbung kayu betul-betul di bawah sebatang pokok besar sambil mengisi perut. Banyak juga meja santai yang di sediakan dekat situ untuk para pengunjung berehat melepaskan lelah atau menjamu selera.
Orang ramai terutamanya kanak-kanak berlari riang di dalam kawasan zoo tersebut. Tak jauh dari situ ada pula pertunjukkan haiwan sedang berlangsung.
Hampir dua ke tiga jam meluangkan masa di zoo barulah Salma bersama ibunya dan Cikgu Rubikah pulang.
            ******
"Eh itu ada kedai menjual baja-baja pokok tu. Sal berhenti kejap dekat situ ya. Ibu nak cari baja untuk pokok bunga ibu" pinta Nurah ketika dalam perjalanan menaiki kereta pulang dari zoo.
"Okey" balas Salma yang memandu kereta. Dia pun membelok masuk ke suatu jalan dan berhenti di kawasan parkir kenderaan di hadapan sebuah deretan bangunan.
Salma turun sekali bersama ibunya dan Cikgu Rubikah berjalan menuju ke sebuah premis kedai menjual baja-baja pokok dan benih pelbagai tumbuhan.
Agak luas juga dalam kedai terbabit. Nurah rancak bertanya pada seorang pembantu kedai tentang baja yang di carinya. Cikgu Rubikah pula rancak membelek pelbagai paket mengandungi benih-benih pokok-pokok bunga dan sayur-sayuran.
Salma tertarik betul melihat deretan pasu yang di tanam dengan pelbagai bunga-bungaan yang cantik-cantik.
"Ya cik boleh saya bantu. Nak beli bunga ke?" sapa suatu suara lelaki dari arah belakang Salma. Ketika Salma berpaling dia terkejut bila melihat seseorang yang amat di kenalinya.
"Encik Kazim?"
"Cik Salma?" Kazim juga nampak agak tergamam dan langsung tak menjangkakan kedatangan Salma.
Sementara itu Nurah sedang leka di tunjuk ajar oleh pembantu kedai bagaimana untuk memilih baja pokok bunga yang sesuai untuk tanaman pokok bunga nya serta cara-cara menggunakan baja tersebut. Cikgu Rubikah pun ada sekali bersamanya.
"Saya harap cik Salma dapatlah simpan rahsia tentang keberadaan terkini saya dari pengetahuan Shadim. Saya tahu dia amat marah dengan saya" kata Kazim tercegat sahaja membiarkan Salma melihat-lihat ke arah deretan pasu-pasu bunga itu.
"Encik Kazim tak usah risau. Saya bukan jenis orang yang sanggup biarkan orang lain terus hidup dalam ketakutan" balas Salma.
"Cik Salma ada beritahu kepada sesiapa tentang pertemuan kita dekat tempat parkir pasaraya sebelum ni?"
"Bahaya kalau saya buat begitu Encik Kazim. Silap-silap nanti sampai pulak ke pengetahuan Encik Shadim. Tak pasal-pasal saya sekali pun akan terlibat. Lebih teruk kalau Encik Shadim akan tuduh saya bersubahat dengan Encik Kazim. Saya tak akan buat begitu. Tiada siapa perlu tahu tentang pertemuan tu" balas Salma.
Kazim mengangguk-angguk.
"Sejak dah berpindah rumah,menukar nombor telefon dan memulakan perniagaan baru di sini barulah saya dapat kecapi ketenangan hidup saya semula cik Salma. Saya harap tempat yang jauh begini dapat menyembunyikan diri saya dari terus di buru oleh Horsehead mahupun Shadim" kata Kazim sambil berpeluk tubuh dan membuang pandangan jauh.
Salma mengukir senyuman.
"Saya tumpang gembira dengan kehidupan baru Encik Kazim. Kalau saya berada di tempat Encik Kazim,saya pun akan lakukan perkara yang sama" balas Salma.
"Err cik Salma masih berlakon lagi ke dengan produksi perfileman Shadim?"
"Sepatutnya kontrak saya dah habis. Tapi saya rasa sayang pulak dengan produksi yang dah banyak bantu saya sewaktu saya dalam kesusahan. So lepas berbincang dengan Encik Shadim,beliau berbesar hati nak renew dan sambung kontrak saya lagi" ujar Salma.
Kazim sekadar mengangguk kecil, tapi riak wajahnya seperti merisaukan sesuatu.
"Eh kenapa Encik Kazim nampak macam susah hati je ni?"
"Maafkan saya cik Salma. Ada sesuatu yang harus saya bertanyakan pada cik Salma"
"Ouh..okey..."
"Horsehead dan adik-adik nya masih mengganggu produksi perfileman Shadim lagi?"
Salma melepaskan nafas yang agak berat dan mengangguk. Kazim segera faham dan mengerti maksudnya.
"Tak tahulah nak cakap macam mana lagi. Macam-macam hal yang timbul. Itu jugaklah yang buat Encik Shadim begitu marah dan tertekan" ujar Salma.
"Cik Salma..." kata Kazim separa berbisik.
Salma memandang ke wajah lelaki itu sambil membulatkan sedikit matanya. Seperti ada sesuatu yang terbuku di hati Kazim.
"Entahlah...macam mana saya nak cakap...tak sampai hati pulak takut cik Salma fikir saya sengaja nak takut-takutkan cik Salma nanti"
Salma berkerut memikirkan kata-kata Kazim itu. Dalam-dalam di tatapnya wajah lelaki itu.
"Encik Kazim cakaplah macam mana pun. Saya sedia nak dengar"
"Sejujurnya saya fikir begini. Cik Salma tak sepatutnya berada lagi dalam produksi perfileman tersebut"
"Kenapa?"
"Horsehead... saya percaya Horsehead ada perancangan besar...
"Ouh kalau Encik Kazim maksudkan tentang keinginan Horsehead untuk berlakon dalam salah sebuah adegan penyimpangan seksual,pihak produksi dah tunaikan pun permintaan dia"
Kazim tergamam. Wajahnya pucat-lesi.
"Betul ke ni cik Salma? Produksi Shadim baru setakat bersetuju saja kan?tapi masih belum melakukan lagi penggambaran nya?"
"Dah selesai penggambarannya tempoh hari. Pihak produksi terpaksa turutkan permintaan Horsehead sebab waktu tu Encik Shadim di culik oleh mereka malah salah seorang dari krew kami mati kena penggal leher" kata Salma.
Kazim menggeleng-gelengkan kepala.
"Cik Salma percaya tak kalau saya kata...itu semua hanya suatu permulaan dari perancangan besar Horsehead?" Kazim menyoal Salma dengan wajah yang serius.
Salma masih berkerut dahi dan terus menatap ke wajah lelaki itu untuk mendengar penjelasan selanjutnya.
"Maaf cik Salma,saya tak dapat nak cakap terang-terang sangat kerana ia mungkin akan menakutkan malah mengganggu perjalanan karier cik Salma dengan produksi perfileman Shadim. Cukup sekadar saya menasihati agar cik Salma seboleh-bolehnya menghindarkan diri dari terus terlibat dengan produksi tu"kata Kazim membuat Salma termenung panjang.
"Oh ya,baru saya teringatkan tentang sesuatu yang saya terlupa nak tanya pada Encik Kazim sewaktu pertemuan kita dekat pasaraya dulu"
"Okey...apa dia tu?"
"Encik Kazim pastinya kenal identiti sebenar Horsehead bukan?boleh ceritakan kepada saya?"
"Saya dah mengenali Horsehead dan dua orang adiknya agak lama juga cik Salma. Tapi..."
"Tapi apa?"
"Itulah macam apa saya cakapkan sejak tadi...saya tak mahu menakut-nakutkan cik Salma....
Tiba-tiba perbualan Salma dan Kazim terganggu dek teriakkan Nurah.
"Sal!"
"Maaf Encik Kazim. Ibu saya panggil pulak" kata Salma.
"Oh okey baiklah"
Nurah dan Cikgu Rubikah menghampiri ke arah Salma dan Kazim.
"Eh Kazim? laa..kedai kau dah pindah ke sini pulak?" soal Cikgu Rubikah.
"Kak Bikah pun ada..sajalah nak pindah ke lokasi baru pulak" kata Kazim.
Salma baru tahu Kazim dan Cikgu Rubikah adalah sepupu.
"Cikgu dengan Encik Kazim ni sepupu rupanya?" tanya Salma.
"Ya Sal...mak cikgu dengan ayah si Kazim ni adik beradik" ujar Cikgu Rubikah.
Salma senyum dan mengangguk-angguk sebelum bertanya semula kepada ibunya Nurah.
"Oh ya tadi ibu panggil Sal ada apa-apa ke?"
"Ibu nak beli dua tiga jenis kampit baja ni. Tapi wang ibu tak cukup pulak. Nak mintak Sal tambahkan sikit" kata Nurah sambil tunjukkan tiga paket baja pokok bunga di tangannya.
"Akak tak perlu bayar. Mari saya tolong bungkuskan baja-baja tu" kata Kazim. Nurah mengikutinya ke kaunter bersama Salma dan Rubikah.
"Eh tak apa ke ni Encik? nanti rugi pulak kedai baja Encik ni sebab bagi percuma dekat pelanggan" kata Nurah.
"Tak rugi pun kak. Alah dua tiga paket baja je pun. Lagipun saya kenal cik Salma. Tak elok lah kalau saya nak berkira sangat dengan akak" kata Kazim tersenyum sambil menghulurkan plastik bungkusan paket baja ke tangan Nurah.
Salma memandang ibunya dengan senyuman.
"Terima kasih Encik" balas Nurah tersenyum kepada Kazim.
"Sama-sama kak...kalau nak beli baja pokok-pokok bunga atau sayur-sayuran nanti datang sini lagi ya" kata Kazim siap di iringinya hingga tempat parkir kenderaan.
...BERSAMBUNG...
Share this novel