Act 2/Scene 8

Thriller Series 26815

KEESOKKAN paginya Salma telah di hubungi oleh Maya dan di beritahu tentang shooting yang terpaksa di tunda ekoran pihak produksi yang masih lagi menerima panggilan bersifat gangguan dan ugutan dari pihak Horsehead.

"Betul Sal...I sendiri yang jawab panggilan tu. Kali ni dia minta pihak kita berikan satu salinan filem dari shooting yang menggandingkan Horsehead dengan you dulu. Tapi i tak nak ikutkan apa yang dia mahu,then dia ugut nak susahkan pihak produksi lagi. Shadim pun mengamuk sakanlah. So kita tunda dulu shooting ye Sal?tapi kalau you rasa bosan,datanglah lepak-lepak kat sini" kata Maya di hujung talian.

"Okey Maya...I will be there"

Salma bersiap dan bertolak pergi ke premis perfileman Shadim. Ketika tiba di sana pun keadaan sedang genting di mana krew produksi sedang mengerumuni Shadim yang sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon pejabat dalam keadaan marah dan meninggi suara.

"No! you will get nothing from us anymore understand! I takkan bagi apa-apa salinan filem pun. Go to hell with Horsehead! I don't dare him! hei kau jangan main-main dengan aku ya. Jangan sampai aku hantar pembunuh upahan tembak kau semua dekat rumah kotej tu. Kesabaran aku memang dah hilang sekarang ni" kata Shadim.

Kemudian dia diam seketika dan mendengar apa yang di sampaikan lagi oleh si pemanggil itu.

"Ok fine! kau yang cabar aku ya. Start from now on,you are all dead meat! You tell Horsehead.. pembunuh upahan aku akan tiba kat rumah kotej tu as soon as possible!"jerit Shadim dengan kuat sebelum gagang di letak. Wajahnya merah padam.

PUMM!

Satu tumbukkan di lepaskan oleh Shadim di atas permukaan meja pejabat. Cermin mata nya sudah di lucutkan. Dia tersandar di kerusi sambil memicit-micit kening dan menggeleng-geleng kepala.

Maya,Salma dan para krew produksi langsung tergamam.

"Dim..." kata Maya.

"Maya...I want you to seek and manage some professional hired hitman or assassin now.."

"What? manalah I tau nak cari kat mana pembunuh upahan tu Dim? Seumur hidup I tak pernah terfikir langsung...

"Just do it! This is an order! I tak kisah kat mana pun you kena pergi cari hitman tu. Berapa pun harga yang dia nak,I sanggup bayar as long as he can take my order to kill those fuckin psychopath!"jerit Shadim dengan suara yang tinggi terhadap Maya.

"But.."

"Go! go now! Now!"

Shadim menjerkah bagai orang hilang akal. Maya bersama para krew produksi terpaksa beredar dari pejabat itu dan membiarkan pengarah tersebut bersendirian. Mereka tahu Shadim tertekan dan marah di atas apa yang mereka terpaksa lalui sekarang.
                      

                 ------------------------------------------

Dari beranda hadapan premis syarikat perfileman yang terletak di salah sebuah tingkat itu dapat di lihat bangunan lain di hadapannya. Langit pagi membiru cerah dengan kepulan awan-awan putih gebu. Kawasan itu agak lengang dan sunyi. Jalanraya utama pun agak jauh sikit dari situ.

"Aduh...manalah I nak cari pembunuh upahan tu?" kata Maya sambil menyandar dan berpeluk tubuh dekat dinding luar premis ketika dia bersama beberapa krew melepak dan hisap rokok.

"Aku rasa mungkin kau patut cuba search kat Dark Web. Dekat situ lubuk segala macam servis pembunuh upahan ada. Urusan jual beli atau  perkhidmatan pun di buat melalui matawang digital" kata Fizi kepada Maya.

"Produksi kita tak pernah berurusan melalui crypto currency atau apa-apa saluran yang menggunakan matawang digital macam tu. Malah tak pernah ada akaun pun. Dana simpanan digital macam tu jauh lagi lah. Macam mana nak bayar hitman yang ada kat Dark Web tu?"kata Maya.

"Lebih baik tak usah. Tak selamat pun sebenarnya kat Dark Web tu. Sal banyak juga baca kisah-kisah dari pengguna laman tersebut. Ada yang purchased senjata api,dadah..tapi barang tak sampai ke rumah. Sebalik nya ejen perisikan polis yang sampai ke muka pintu. Kita takkan dapat tahu dengan siapa kita berurusan sebab identiti setiap pelayar Dark web bersifat anonymous. Boleh jadi Hitman yang di upah rupa-rupanya pegawai polis yang menyamar untuk memerangkap sesiapa saja yang berurusan dalam aktiviti yang mencurigakan" ujar Salma.

"Aah Sal..nasib baik you bagitahu pasal ni. Kalau dah sangkut dengan polis nanti susah. Silap haribulan boleh terbongkar pulak rahsia produksi kita. Better don't" kata Maya.

Bustamam yang dari tadi bersidai je kat dinding penghadang beranda sambil asap rokok berkepul-kepul keluar dari mulutnya tiba-tiba bersuara.

"Hm,aku rasa aku boleh cuba tolong kau dapatkan pembunuh upahan untuk Shadim"

Terus bulat mata Maya dengan senyuman terukir di wajahnya.

"Betul ke ni abang Bustamam? I rayu sangat please abang tolong lah ya. I pun dah buntu sangat memikirkan hal ni" kata Maya dengan penuh pengharapan.

Salma dan Fizi juga tertarik dengan kata-kata Bustamam.

"Baiklah...aku boleh bawa kau jumpa dengan seseorang ni. Dia ni bekas banduan. Meringkuk lama dalam penjara pun sebab dulu dia kerja sebagai pembunuh upahan. Sekarang ni dia kena buang daerah. Tapi aku tahu kat mana alamat dia. Cuma aku tak boleh nak janjilah yang dia akan bersetuju sebab siapa tahu kalau dia dah cuci tangan dan tak nak melibatkan diri lagi dalam dunia pembunuh upahan macam tu. Apa pun kita boleh cuba pujuk dan beri tawaran pada dia" kata Bustamam.

Maya terus mengangguk-angguk setuju.

"Eh eh okey tu bang. Shadim dah cakap dia sanggup bayar berapa saja yang di minta oleh pembunuh yang kita nak upah nanti. So let's try him"

Memandangkan dalam satu hari ni anggota krew produksi agak berkelapangan,jadi Maya,Salma dan Fizi mengikuti Bustamam menaiki sebuah van pergi ke suatu daerah untuk menemui lelaki yang di dakwa oleh Bustamam adalah seorang bekas pembunuh upahan.

Lebih kurang sejam perjalanan van yang di naiki tiba di sebuah kawasan luar bandar. Ia membelok masuk ke suatu laluan jalan bertanah merah. Pokok-pokok buluh tumbuh di kiri-kanan jalan.

Sesekali van itu terhenjut-henjut dek kerana jalan yang tidak berturap dengan tar malah berlubang-lubang serta batu-batu kecil yang tajam bersepahan merata-rata.

Akhirnya Bustamam pun menghentikan kenderaan di bawah sebatang pokok. Salma, Maya dan Fizi leka melihat persekitaran tempat itu. Mereka menarik nafas lega apabila melihat ada beberapa buah rumah kampung dekat situ.

"Sunyi betul kampung ni" kata Salma.

"Penduduk dah tak ramai Sal. Orang-orang lama kat sini pun banyak yang dah meninggal dunia. Anak-anak mereka pulak berhijrah ke luar kampung. Tak lebih dari sepuluh buah rumah pun yang tinggal" balas Bustamam.

Mereka melompat turun dari van.

Kampung itu bagai terkepung di kelilingi tebing tanah yang tinggi serta pokok-pokok yang tebal. Walaubagaimanapun bukanlah ke rumah-rumah penduduk itu yang tujui,sebaliknya Bustamam membawa yang lain-lain meredah satu laluan yang agak bersemak sebelum menemui sebuah rumah pondok yang agak usang. Namun di sekitarnya agak bersih. Ada pakaian yang di jemur dekat ampaiannya.

Rumah pondok itu terpinggir terus dari rumah-rumah penduduk lain,malah ia tersembunyi dalam semak-samun yang tebal. Dari luar dapat di dengari bunyi suara radio berkumandang dari dalam pondok.

Salma dan Fizi asyik memerhatikan ke segenap ceruk. Selain ampaian jemur kain,ada bangku untuk berehat-rehat di letak dekat tepian dinding rumah. Sebuah basikal jaguar tua tersandar di sudut lain dinding pondok.

"Rumah ni ke bang?" tanya Maya kepada Bustamam.

"Ni lah rumah dia. Nanti aku panggil dia jap" balas Bustamam lalu mengetuk pintu dan memberi salam.

KREKK...

Pintu rumah pondok usang itu berkeriut saat ia di buka oleh seseorang. Seorang lelaki dalam usia awal lima puluhan berkepala botak licin dan bermisai tebal serta berkumis di wajah tercegat dekat pintu.

"Waalaikumsalam" balasnya sambil melihat ke setiap wajah tetamu yang hadir.

"Abang Mail apa khabar?" tanya Bustamam.

Lelaki itu tidak segera menjawab,sebaliknya dia menatap ke wajah Bustamam untuk mengecam wajahnya kalau-kalau pernah dia kenali sebelum ini.

"Aku baik-baik je. Awok ni semua siapa? polis ke? tapi tak ada gaya macam polis pun. Aku tengok macam artis je ada lah" kata Mail sambil melihat ke arah Maya dan Salma yang masing-masing agak ranggi dengan rambut yang berfesyen. Atas bawah di pandangnya dua wanita itu.

Maya dan Salma hanya tersenyum saja.

"Kami bukan polis lah abang Mail" balas Bustamam.

Mail tengok pulak ke jaket vest yang di pakai oleh Fizi.

"Hm..wartawan ke?" agaknya.

"Pun bukan.. kami datang ni ada hajat sikit nak mintak tolong pada abang Mail" kata Bustamam.

                         *******

"Jemputlah minum. Kopi o bujang je"pelawa Mail sambil menghidangkan beberapa cawan kopi kepada tetamunya yang sedang duduk di atas tikar kat ruang depan rumah.

"Terima kasih" balas mereka.

"Apa hajatnya awok semua datang jumpa aku ni?" tanya Mail.

"Sebelum tu boleh I tanya sikit..abang Mail kerja apa sekarang ni?" tanya Maya.

"Ouh kerja serupa tak kerja. Payoh aku nak dapat kerja. Maklum je lah aku ni bekas banduan. Aku duduk kat rumah pondok terpinggir dalam semak-samun ni pun sebab kena buang daerah. Nasib baik le ada sungai dekat-dekat sini. Boleh le aku pancing ikan atau tolong-tolong penduduk. Dapatlah upah sikit" kata Mail.

"Kalau kita nak tawarkan abang Mail satu tugas dan beri upah lumayan nak tak?"

Mail berkerut dahi.

"Kerja macam mana tu? Aku ni sekolah tak tinggi"

"Kami tahu dulu abang Mail pernah jadi pembunuh upahan kan?"

"Haih...banyok jugak le orang yang aku bunuh dulu. Kenapa? kamu hajat datang ke mari nak upah aku bunuh orang ke?"tanya Mail.

Maya pun menceritakan segalanya kepada Mail perihal ancaman Horsehead yang telah banyak menyusahkan pihak produksi serta berterus-terang tentang hajat mereka untuk mengupah Mail membunuh musuh-musuh mereka itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience