KETIKA tiba di premis studio perfileman Shadim, seluruh warga krew produksi berkumpul dan mendengar cerita dari Shadim dan Salma tentang pengalaman mendebarkan sewaktu di rumah kotej ladang itu demi menyelamatkan Maya yang menjadi mangsa culik.
Shadim menceritakan kembali detik-detik ngeri saat dia tersalah masuk ke bilik Dalib dan di serang sehingga pengsan. Kemudian Salma pula memberitahu dia berlari ke belakang dan mendapati Shadim sudah terbaring di seret oleh Dalib masuk ke dalam bilik.
"Mujur Kabil tu ada kunci dan berjaya masuk ke bilik Dalib. I di bawa masuk ke situ. Encik Shadim dah di dudukkan atas kerusi dalam keadaan pengsan dan di jadikan sebagai model buat Dalib melukis dekat papan lukisan nya" cerita Salma.
Maya pula mendakwa pada malam kejadian dia di culik,ada suara seperti robot yang di dengarinya dekat luar pintu. Dia tidak berniat untuk membuka pintu. Namun dia terjumpa sekeping kertas di selit dekat tingkap.
"So I just bukak lah tingkap tu sikit sekadar muat-muat untuk tangan i keluar dan capai kertas tu. Baru nak capai kertas tu tiba-tiba ada seseorang cengkam tangan i dari luar dan suara robot tu muncul semula menyuruh I senyap-senyap atau dia nak potong jari I dengan sebilah cutter macam gunting besar.
I betul-betul panik dan hampir menjerit memanggil abang Bustamam yang sedang tidur berdengkur. Bila mata cutter di kepit ke batang-batang jari, langsung i batalkan niat nak menjerit.
Then suara robot tu suruh i bukak pintu atau dia nak kerat-kerat jari i. So apalagi yang boleh i buat selain dari buka pintu dan di cekup oleh Horsehead hingga pengsan. Tau-tau bila sedar je i dapati dah terbaring atas jerami dalam bangsal kuda" cerita Maya secara terperinci.
Meremang bulu roma dan tengkuk masing-masing mendengar cerita Maya.
Kemudian Salma pun mendedahkan butir perbualan nya dengan Horsehead di mana lelaki aneh berkepala kuda itu berhajat ingin berlakon dalam sebuah babak filem lucah kendalian produksi perfileman Shadim berkaitan hubungan songsang antara dia dan Salma.
"Dalam scene tu dia nak I jadi lelaki dan dia pulak menjadi wanita. Ini termasuk sekali dengan babak anal sodomy yang I harus lakukan ke atasnya" jelas Salma membuat semua yang ada di situ ternganga dan bulat biji mata.
"Habis tu you setuju ke Salma?"
"Sal just cakap kat dia perkara ni harus mendapat persetujuan dari Encik Shadim dahulu selaku pengarah. I tak boleh buat keputusan" kata Salma.
"Okey let say kalau Encik Shadim bersetuju untuk adegan tersebut.. Sal sanggup ke?" soal Fizi.
Soalan itu agak berat untuk di jawab oleh Salma.
"No..no..you don't need to agree Salma. It's too heavy for you..I won't allow it to be happened. Lagipun Horsehead tu orang sakit jiwa. Produksi kita belum hilang akal nak merisikokan keselamatan pelakon dengan bersetuju membenarkan seorang psychotic yang berkemungkinan besar mampu bertindak ganas sehingga mengancam nyawa untuk feat dengan pelakon kita" kata Shadim.
"Err...tapi bagaimana dengan ugutan dia kalau kita tak bersetuju Dim?"soal Maya.
"Kenapa pulak i mesti ikut cakap dia? Let me see apa dia boleh buat" ujar Shadim.
"Tapi Dim..kan Sal dah cakap..Horsehead akan bertindak untuk mengancam keselamatan para krew kita?" Bustamam menyoal.
"Kazim...Kazim patut di pertanggungjawabkan. Dari hari Maya kena culik sampai sekarang dia senyap dan hilang terus. Langsung dia tak respon mesej dan panggilan yang i buat dari hari tu. Now I dah mula syak sesuatu. Adakah dia bersubahat sekali dengan Horsehead dan adik-adik dia tu?" Shadim menyoal kembali.
Â
Warga krew produksi kelihatan resah-gelisah. Keputusan Shadim untuk mengabaikan permintaan Horsehead berkemungkinan besar bakal mengundang ancaman dan tindakkan gila dari lelaki berperilaku aneh itu.
"Ok listen... I faham you all semua risau dengan kata-kata ancaman Horsehead..but trust me, if anything happen to our crew, I'm gonna pay hitman to kill him. Kita tak boleh layan permintaan si gila tu. I just don't want him to have anything to do with our film production or even let him blackmailing us" tegas Shadim.
     -----------------------------------------------------------
Tengahari tu Salma bersama Maya keluar makan di sebuah restoren eksklusif. Maya menyedari Salma seperti banyak termenung dan hidangan di dalam pinggannya juga kelihatan tidak luak.
"Sal...kenapa ni? macam tak ada mood je" tegur Maya.
"Entahlah Maya...Sal rasa bersalah pun iya jugak.."
"Haa?! rasa bersalah sebab apa Sal?"
Salma meletakkan sudu dan garfu ke pinggan tanda dia sudah kenyang. Stik di dalam pinggannya hanya di jamah setengah sahaja. Dia mengelap mulut dengan sehelai tisu paper. Air jus buah di dalam gelas di sedut seteguk dua melalui straw.
"Bersalah sebab permintaan Horsehead turut melibatkan i sekali Maya. Dia mahukan i sebagai pasangan dalam scene seperti yang di kehendaki nya" ujar Salma.
"Ouh kalau hal yang itu you tak perlu rasa bersalah Sal...tak kisah apa pun permintaan Horsehead, Shadim selaku pengarah produksi lebih berhak untuk tentukan samada untuk terima atau menolak permintaan dia" kata Maya.
"Tapi Maya...kalau itu akan menimbulkan ancaman kepada warga produksi,biarlah I accept je untuk lakonkan babak dengan Horsehead tu"
"What? Salma... no no...no one will agree with this. Salma... you sedar tak apa yang you cakapkan ni boleh mendatangkan bahaya? Even kalau Horsehead tu minta pihak produksi tentukan dengan siapa pun yang akan jadi pasangan dia, kita tetap terpaksa menolak" tegas Maya.
Salma sekadar berdiam diri dan termenung. Jauh di sudut hatinya dapat merasakan akan ada sesuatu yang buruk bakal menyusul di masa mendatang berakibat dari keengganan Shadim menyetujui permintaan Horsehead.
          ----------------------------------------------
Beberapa hari telah berlalu. Shadim masih dengan rasa tidak puas hatinya apabila beliau mengesyaki sahabatnya Kazim turut bersubahat dengan Horsehead berikutan tiada respon panggilan dan mesej yang di buatnya sejak hari itu.
Kecoh di kalangan warga produksi perfileman apabila Shadim datang dengan membawa sebuah kotak dan di dalamnya terdapat sepucuk pistol.
"Ya ampun Dim...you jangan buat gila macam ni. Kalau dah sampai melibatkan senjata api,ini boleh jadi kes berat" kata Maya tergamam sambil melihat pucuk pistol di dalam kotak tersebut. Salma pun ada sekali.
Shadim memegang pistol tersebut dan menarik-narik picunya. Bagai nak gila setiap krew mengelak ke tepi kerana takut kalau-kalau ada peluru di dalam nya.
"Horsehead nak main gila sangat sama produksi kita kan.. berani betul dia ugut nak ancam warga krew kalau i tolak permintaan dia? I betul-betul dah hilang kesabaran. Mulai saat ni sekiranya ada apa-apa ancaman dari dia,i sendiri akan pergi cari dia kat rumah kotej tu!" kata Shadim dengan sedikit beremosi.
"Dim...kau biar betul? kalau dah berlaku tembakkan dan kematian nanti tak ke itu akan mengundang campur tangan pihak berkuasa? Susah kita nanti" kata Bustamam.
Belum sempat Shadim menjawab, Fizi si jurukamera yang sedang membelek butiran peluru yang terdapat di dalam kotak pistol itu dah mencelah.
"Eh? ini bukan peluru real. Plastik je kot"
"Don't worry...i belum hilang akal lagi sampai nak purchase pistol betul. It just for the sake of look like a real gun" kata Shadim tersengih.
"Pheeww... you ni buat takut orang je lah Dim" kata Maya melepaskan nafas lega sambil mengurut-urut dada.
Ketawa berderai seketika.
"Gila kalau dah jadi kes polis nanti..I'm dead...all of you dead...we are all dead ok...produksi kita tinggal sejarah je lah lepas tu. Niat I beli pistol mainan yang nampak macam real ni just nak acah-acahkan mereka balik supaya jangan berani sangat nak ancam kita" kata Shadim lagi.
           Â
----------------------------------------------------
Beberapa hari kemudian...
"Dah cukuplah ni Sal. Semua barang dah ada" kata Nurah sambil memeriksa troli ketika dia dan Salma berada di pasaraya grocery membeli barang keperluan rumah.
"Aah okey bu. Biar Sal tolak troli ke kaunter untuk bayar"
"Eh nanti jap Sal..alah ibu terlupa nak beli ketam. Dari semalam dah teringin nak makan gulai ketam kan" kata Nurah
"Wow sedap tu bu. Lapar pulak dah" kata Salma tersenyum.
"Sal tunggu ibu kat kaunter je. Biar ibu ke bahagian barang basah jap" kata Nurah.
"Okey baik bu. Sal tunggu kat kaunter"
Salma tercegat saja sehinggalah kelibat ibunya yang sedang menolak troli hilang di balik para pengunjung pasaraya.
Tiba-tiba entah macam mana Salma boleh terperasankan kelibat Kazim dekat suatu ceruk sedang membelek barang dekat rak. Dia pun berjalan menuju ke arah lelaki itu. Cadangnya nak bertanyakan perihal Horsehead dan keengganan nya merespon mesej dan panggilan yang di buat Shadim.
"Encik Kazim!" teriak Salma.
Seraya berpaling dan terlihat kelibat Salma, terus lelaki itu cabut lari.
"Eh kenapa lari pulak? orang cuma nak bertanya saja"
Salma cuba mengejar Kazim yang lari ke tangga kecemasan dan akhirnya keluar dekat kawasan parkir kenderaan.
Tiba-tiba lelaki itu menyerang Salma dengan melemparkan sebuah tong sampah yang terdapat dekat kawasan parking tu.
Mujur dapat Salma elak lalu dia meluru ke arah Kazim. Lelaki itu hantar suatu tumbukkan. Selaku juara taekwondo tali pinggang hitam,bukanlah susah bagi Salma untuk menepis dan membuat serangan balas.
"Arghhhhh"
Kazim menekup wajah dan terbaring.
"Berapa banyak Shadim upah kau untuk bunuh aku?! aku tahu kau salah seorang warga produksi perfileman Shadim. Aku pernah lihat kau waktu ke situ dulu" soal Kazim.
"Encik Kazim dah salah faham ni. Saya bukan nya nak bunuh Encik Kazim. Maaflah saya terpaksa buat serangan balas tadi sebab Encik Kazim dah serang saya dulu" kata Salma sambil hulurkan tangan untuk membantu lelaki itu bangun semula.
Share this novel