Act 2/Scene 7

Thriller Series 26656

SALMA pulang agak awal sedikit hari ni kerana krew produksi masih sedang bekerja keras menyiapkan sebuah set yang akan di gunakan dalam penggambaran filem Beautiful Adulterous 2. Lagipun dia sudah melepak dekat studio perfileman Shadim semenjak dari pagi tadi lagi. Di tambah pula Salma tidak mempunyai sebarang shooting untuk hari ini.

Ketika kereta Salma tiba di rumah,di lihatnya ada sebuah lori. Salma pasti mungkin ada tetamu yang datang berkunjung.

Dia pun turun dari kereta dan berjalan masuk ke dalam pagar sebelum melihat ibunya ada dekat laman rumah bersama beberapa orang lelaki yang sedang sibuk menyusun pasu-pasu yang baru di belinya.

Salah seorang darinya ialah Encik Kazim.

"Bu..." Salma mendekati ibunya yang tak perasan akan kepulangannya.

"Eh Sal...ibu beli pasu-pasu baru. Nak tanam bunga-bunga jenis lain pulak" kata Nurah dengan wajah riang dan teruja. Salma tersenyum dan mengangguk-angguk kepada ibunya.

"Hai cik Salma" sapa Kazim yang sedang sibuk menggembur tanah dalam salah sebuah pasu besar.

"Hai Encik Kazim.." Salma membalas sapaan itu dengan lambaian dan senyuman.

"Tengahari tadi Bikah bawak ibu ke kedai bunga Encik Kazim. Bunga kat situ dah lah cantik-cantik. Semua jenis anak benih bunga tu ada di jual. Ibu beritahu kat Encik Kazim yang ibu minat sangat nak tanam beberapa darinya,tapi ibu tak reti nak tanam bunga tu. Jadi Encik Kazim cakap dia boleh buatkan semua. Dari hantarkan pasu-pasu,benih-benih serta mengajarkan teknik yang betul untuk penjagaan pokok-pokok ni. Itu yang ibu terus jadi nak beli tu" cerita Nurah panjang lebar kepada Salma.

"Ahaha okey bu. Sal dah faham sangat ibu punya minat tu. Dari Sal kecik lagi kan"

Nurah kemudiannya agak fokus memberi tumpuan kepada penerangan Kazim tentang hal-hal pengendalian dan penjagaan yang tepat terhadap bunga-bunga yang di belinya.

"Nak bubuh berapa banyak baja untuk setiap pokok ni Kazim?" tanya Nurah.

"Lepas gemburkan tanah,bolehlah akak bubuh dalam sesudu dua saja. Taburkan dekat sekeliling dalam pasu begini..cuma jangan di tabur dekat batang takut nanti kecut dan rosak. Baja ni mengandungi nutrien asas seperti nitrogen,fosforus dan kalium iaitu sumber yang amat penting sekali di perlukan oleh pokok bunga. Baja ni kita panggil sebagai NPK" kata Kazim sambil menunjukkan cara caranya.

"Kecuali pokok bunga yang besar ni. Baja yang di perlukan lebih sikit dalam dua sudu begitu. Pokok yang muda dan baru di tanam pulak hanya perlukan dalam setengah sudu saja. Nanti lepas membaja,bolehlah siram dengan air. Pastikan akak rajin menggembur tanah dalam pasu secara kerap untuk proses pengaliran udara ke dalam struktur tanah"

Salma juga tertarik dengan penerangan dari Kazim. Selama ini dia cuma mengenali Kazim sebagai seorang yang pada awalnya di lihat bersubahat dengan Horsehead hingga menimbulkan rasa kurang senang oleh pihak produksi perfileman Shadim terhadapnya.

Tapi hari ini dia dapat melihat sisi lain lelaki itu. Sisi yang menampilkan keperibadiannya selaku seorang yang arif dalam selok-belok berkaitan hal-hal penjagaan pelbagai tumbuhan seperti bunga dan sayur-sayuran.

"Nak kena baja hari-hari ke?"

"Dalam dua minggu sekali begitu" terang Kazim.

"Boleh ke kalau akak nak campur dengan baja organik sekali?" tanya Nurah.

"Boleh kak..tak ada masalah...cara sebaiknya ialah dengan selang-selikan penggunaan baja. Misalnya dalam minggu ni kita bubuh baja jenis NPK kan..nanti minggu depan bolehlah kak bubuh baja organik pula. Minggu-minggu seterusnya pun begitu. Gilir-gilirkan...asalkan jangan di bubuh sekali dua jenis baja ni serentak kerana itu boleh menyebabkan pokok menjadi lemas" ujar Kazim secara terperinci.

Nurah tersenyum mengangguk-angguk. Penerangan dari Kazim sangat-sangatlah informatif. Banyak ilmu yang di perolehinya. Selama ini pokok-pokok bunganya hidup nasib-nasib saja. Ada yang langsung mati dan layu. Semuanya kerana teknik penjagaan yang kurang tepat.

Tidak setakat di situ,Kazim juga mengajarkan tentang sukatan air siraman bunga secara praktikal. Malah lelaki itu sambil di bantu beberapa pekerjanya turut menyusunkan pasu-pasu bunga Nurah pada sudut penerimaan cahaya mentari yang betul, bergantung kepada sejauh mana sesuatu jenis pokok itu memerlukan cahaya matahari.

"Kak Nurah usah risau pasal pokok bunga kertas ni..ia memang memerlukan cahaya matahari yang amat panas" kata Kazim yang baru selesai mengalihkan sebuah pasu bunga besar.

"Terima kasih banyak Kazim. Rupanya selama ni akak buat cara yang salah dalam penjagaan pokok-pokok bunga ni. Barulah sekarang tau teknik dan cara yang betul" ucap Nurah.

"Sama-sama Kak. Nanti kalau ada apa-apa masalah beritahu je kepada saya ya. Kalau perlu untuk datang tengokkan insyaAllah saya akan datang" balas Kazim.

"Thanks Encik Kazim" kata Salma tersenyum.

"Sama-sama cik Salma"

Kazim dan para pembantunya pun minta diri. Salma dan ibunya berdiri dekat pagar melambai sehinggalah lori kedai menjual baja-baja dan tumbuhan itu beredar.

"Alangkah beruntungnya lah ibu kalau dapat menantu seperti Kazim tu" usik Nurah

"Eh eh ibu ni ke situ pulak perginya?" kata Salma tersipu-sipu dengan wajah kemerahan kerana malu.

"Hahaha apalah salahnya. Tak dapat nak jadikan menantu pun sekurang-kurangnya dapat ibu nak berangan macam tu dah kira okey jugak lah Sal"

Salma tersenyum lemau.

                        ---------------------------------------

Pada sebelah malam tu team produksi perfileman Shadim bersorak girang bila set penggambaran yang di usahakan sejak beberapa hari lepas akhirnya siap juga.

Hasilnya sebuah latar kelab swinger berjaya di bangunkan dekat set. Dengan itu pihak produksi dapat menjimatkan bajet dari menyewa sebuah kelab sebenar yang akan menelan belanja kos yang tinggi untuk kerja-kerja pengubahsuaian,dekorasi,pengangkutan dan sebagainya lagi. Itu belum di ambil kira dari segi risiko kerana membuat penggambaran di luar akan melibatkan pihak ketiga yang belum tentu dapat di percayai untuk menyimpan rahsia kerana produksi perfileman Shadim menjalankan kerja-kerja penerbitan filem lucah yang jelas menyalahi dari segi undang-undang negara.

"Wooohooo! good job guys!" Teriak Shadim sambil bertepuk tangan.

Menari-nari pengarah berkepala botak licin bercermin mata itu sambil tersenyum mengangguk-angguk melihat ke segenap ceruk ruang set.

Sebuah katil besar yang tampak mewah berkilat-kilat lagi mengasyikkan terhampar bersama tilam air,cadar satin dan bantal-bantal yang cantik lagi memberahikan.

Di sekitar katil itu ada pulak sebuah dua katil lain yang di hias hingga menyerlahkan lagi aura erotisnya. Setiap katil di pisahkan dengan tabir tirai tembus pandang. Lampu-lampu neon berkilauan macam dalam disko.

"Ahahaha happy betul you Dim" kata Maya.

"Amazing work.." balas Shadim.

"So katil besar ni of course untuk scene Zelma dengan Schwarzegen to do swing partner with another two couple and become sixsomes. The problem is kita kekurangan pelakon ekstra to fill the other bed around it" kata Maya kepada Shadim.

"Hm...okey...so siapa pelakon-pelakon kita yang tinggal?"

"Tiara with Hannah. Takkan kita nak buat scene lesbian pulak kan? ini kelab swinger"

"Yup...I rasa elok you try recall Jamal and Zain. Manalah tau kot kalau mereka sudi nak volunteer berlakon ekstra pulak" cadang Shadim.

"Alright. I call them now" kata Maya sebelum beredar meninggalkan ruang set dan berjalan pergi ofis studio.

Suis lampu bilik ofis di ketik sebelum terang menyala. Maya mencari fail mengandungi maklumat peribadi dua orang pelakon lelaki yang hendak di hubunginya.

Kedua-dua aktor terbabit biasanya memainkan peranan selaku pelakon lelaki utama,namun oleh kerana pihak produksi baru menyedari mereka kekurangan pelakon ekstra, jadi Maya di tugaskan untuk menawarkan mereka sebagai sukarelawan untuk watak pelakon ekstra.

Sedang leka Maya memeriksa fail maklumat pelakon, tiba-tiba telefon di atas meja pejabat berdering. Dia pun mengangkat gagang.

"Hello?"

"Horsehead nak salinan filem penggambaran yang melibatkan lakonan dia dengan pelakon perempuan yang di jalankan dulu" kata suara di hujung talian membuat Maya terkejut besar dan hampir terlepas gagang telefon di dalam genggaman. Dadanya berdebar-debar.

"Hei! tak reti bahasa ke? kan dah cakap jangan ganggu produksi ni lagi!" kata Maya dengan suara agak tinggi.

"Tapi Horsehead berhak untuk mendapatkan salinan filem tu sebab dia terlibat sekali"

"No! perkara tu tak ada dalam perjanjian kita dulu okey. So please jangan call ke premis ni dan ganggu kami lagi,faham!?" tegas Maya.

"Dengar sini elok-elok... jangan sampai ada perkara tak baik berlaku kepada pihak produksi...

"You nak ugut pihak kami ke?!" Maya menengking dengan kuat.

Panggilan pun terputus.

Gagang telefon di letak semula.

Maya mulai berasa tidak sedap hati. Dia sudah dapat menghidu akan ada perkara yang tidak di ingini bakal berlaku.

Niatnya untuk menghubungi dua pelakon tadi terbantut terus. Perihal panggilan yang baru di terima tadi harus di sampaikan segera kepada Shadim. Bergegas Maya meninggalkan pejabat dan menuju ke ruang set.

"What?!" Shadim menyoal dengan wajah terkejut.

Kakitangan krew mulai mengerumuni Maya.

"Betul Dim..dia mintak salinan filem yang pihak kita shoot melibatkan lakonan Horsehead dengan Salma dulu. I dah tegaskan kat dia yang produksi tak akan layan permintaan dia lagi. Lagipun soal nak bagi copy filem tu mana ada dalam perjanjian yang kita capai dengan mereka dulu " jelas Maya.

Kali ini seluruh anggota krew produksi tergamam. Mereka menyangkakan sudah boleh menarik nafas lega kerana tiada lagi ancaman Horsehead sejak tengkorak Erin di pulangkan semula ke rumah kotej ladang itu,rupanya tidak. Salinan filem pula di jadikan modal untuk mengheret produksi perfileman Shadim ke kancah masalah.

"Oh no..no..no..enough is enough..I feel sick with all of this bullshit. I dah tak sanggup nak melayankan karenah orang-orang gila tu lagi!" kata Shadim dengan nada sedikit beremosi. Wajahnya merah padam dengan nafas turun naik.

"Habis apa kita nak buat kalau dia call lagi Dim?"

Shadim dah terduduk lesu dengan wajah marah dan tertekan sekali.

"Told them that I will sent them to hell" kata Shadim.

BERSAMBUNG....

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience