SEMENTARA Mail menerima rawatan di sebuah klinik swasta,Salma dan Kazim menanti di dalam lori yang di parkir dekat luar.
Mail memberitahu kepada doktor bahawa rasa bisa dan kesakitan tubuhnya telah berkurangan. Cuma dia tidak di beri makan dan minum ketika di kurung membuatkan dia kelaparan dan hilang tenaga.
Doktor ingin menahannya di wad untuk sehari dua namun Mail enggan kerana dia mahu berjumpa dengan dua orang 'penyiasat' yang telah menyelamatkan dirinya. Kos rawatan ke atas Mail juga telah di bayar oleh mereka.
Mail keluar dari klinik dengan badan yang berbungkus di penuhi balutan. Tadi doktor ada menyuntik air gula ke dalam tubuhnya dan kini dia berasa sedikit bertenaga.
Mail pergi semula dekat lori dua orang 'penyiasat' itu. Kazim dan Salma mengajaknya ke suatu tempat. Dia tak menolaknya. Mail pun memanjat naik di belakang lori sebelum beredar pergi.
            ******
Angin malam berhembus nyaman di saat Salma,Kazim dan Mail melepak dekat sebuah jeti usang di sebuah tasik.
"Kami sebenarnya sedang menyiasat siapa di sebalik lelaki yang pakai kostum topeng kuda tu. Encik Mail kenal dia ke?"kata Salma pura-pura bertanya bagaikan seorang penyiasat.
Mail membakar sebatang rokok. Asap di sedut dalam-dalam sebelum di hembus keluar.
"Saya tak kenal dia ataupun dua orang lelaki yang lain tu. Tapi..."
"Tapi apa Encik Mail?"
Mail memandang kepada dua orang 'penyiasat' bertopeng muka itu.
"Maaf...saya tak boleh beritahu awok berdua. Saya tak tahu dengan pihak mana awok berdua ni bekerja. Polis? mana tahu kot awok mata-mata polis ke..." kata Mail.
"Eh bukan.. bukan..kami bukan polis lah Encik Mail" Salma cuba meyakinkan lelaki itu.
"Encik Mail masuk ke dalam rumah mereka tu ada jumpa apa-apa ke?" Kazim pula melontarkan pertanyaan yang lebih menjurus kepada foto gambar yang berjaya Mail curi. Dia berharap lelaki itu dapat mendedahkan sesuatu mengenainya.
Mail meraba-raba ke kocek seluarnya.
"Alah...mereka dah rampas pulak gambar yang aku curi tu" kata Mail menggeleng kesal.
"Gambar apa tu?"
"Macam ni...aku tak boleh beritahu banyak maklumat pada awok sebab aku bekerja dan di beri amanah oleh suatu pihak. Foto gambar tu ada kaitan dengan pihak tersebut. Maaf,tolong jangan tanya apa jenis kerja dan upah yang pihak tu beri pada aku" kata Mail.
Walaubagaimanapun Salma dan Kazim tahu pihak yang di maksudkan oleh Mail ialah produksi perfileman Shadim.
"Baiklah...baiklah... kami tak akan tanya tentang jenis dan apa bentuk kerja yang melibatkan Encik Mail dan pihak yang di maksudkan. Tapi boleh beritahu kami tentang gambar foto tu?"
"Tak ada apa...itu cuma gambar pihak yang upah aku tu bersama para pekerjanya di sebuah acara festival kot. Dekat dalam gambar tu mereka berdiri berlatarbelakangkan patung kepala kuda? Yang aku hairankan kenapa pulak lelaki yang pakai kostum kepala kuda tu nak simpan foto tu seolah-olah ianya adalah sesuatu yang istimewa bagi dia? Atau ada sesuatu maksud di sebaliknya yang tak di ketahui oleh pihak yang upah aku?" ujar Mail membuatkan Salma berkerut dahi.
"Itulah aku fikir nak tanyakan hal tersebut kat pihak tu nanti" kata Mail lagi.
"Begini...untuk keselamatan diri Encik Mail, buat masa ni jangan balik ke rumah dulu" kata Kazim.
"Kenapa pulak awok cakap macam tu?"
"Saya pasti Horsehead akan buru Encik Mail sebab dia tak mahu rahsia pasal foto tu sampai ke tangan pihak yang Encik Mail bekerjasama tu"
"Tapi dia bukan tahu pun aku tinggal kat mana"
"Horsehead boleh ugut pihak tersebut supaya bocorkan rahsia alamat kediaman Encik Mail. Tadi Encik Mail sendiri cakap pasal foto tu kan. Encik Mail rasa kenapa ianya seolah-olah istimewa pada Horsehead?" kata Kazim lagi.
Kali ni Mail tersentak.
"Aduh ada benar juga kata awak tu. Macam-macam kemungkinan boleh terjadi. Aku ada juga tergerak hati fikir macam tu. Baiklah..aku ikut cakap awok berdua" kata Mail.
Mereka pun beredar dari jeti sunyi itu. Mail minta agar di hantarkan ke suatu tempat di sebuah kawasan pinggir bandar atau lebih tepat lagi di rumah adiknya.
Ketika lori yang di naiki berhenti di sebuah rumah separa batu dan kayu,Mail melompat turun dan pergi ke tingkap pemandu lori.
"Terima kasihlah sebab awok berdua dah selamatkan aku. Tak tau aku nak balas jasa kamu. Tapi kalau ada apa-apa hal awok nak cari aku ke..tanya je kat adik aku Junaini...ini rumah dia lah" kata Mail sambil tunjuk ke rumah terbabit.
"Baiklah Encik Mail. Jumpa lagi" balas Kazim.
Ketika dalam perjalanan pulang,Salma di lihat termenung panjang. Benaknya rancak memikirkan tentang apa yang Mail beritahu berkaitan foto gambar terbabit.
Kazim yang sedang memandu sesekali menoleh ke arah Salma.
"Salma okey ke?"
"Saya okey Kazim. So sejauh mana cerita abang Mail pasal foto tadi dapat menyokong cerita Kazim?" tanya Salma.
"Apa yang abang Mail cakap tadi sebenarnya dah cukup menyokong cerita saya Salma. Dia pun ada keraguan tentang tu cuma dia masih kurang jelas. Sekarang biar saya tanya satu soalan... Salma tak pelik ke kenapa gambar foto pihak produksi berada dalam simpanan Horsehead?"
Salma masih berkerut memikirkan hal tersebut. Setiap butir kata yang keluar dari mulut Mail tadi terngiang-ngiang di kepalanya.
"Itulah yang Sal fikirkan sejak tadi Kazim. Kenapa pulak Horsehead nak simpan gambar tu ek?atau...."
Kata-kata Salma terhenti di situ.
"Good. Sal dah hampir kepada jawapannya. Macam ni,apakata nanti Sal pergi ke premis produksi dan cuba selidik setiap maklumat setiap festival atau apa-apa sahaja acara yang pernah melibatkan pihak produksi. Oh ya,boleh saya tahu siapa yang bertanggungjawab menyelia setiap dokumen dan jadual melibatkan pihak produksi?"
"Semua tu di uruskan oleh Maya, pembantu pengarah"
"Sal boleh tanya pada cik Maya sendiri. Saya pasti pihak produksi turut mengabadikan segalanya dalam bentuk album bergambar. Siapa tahu kalau Sal akan temui gambar pihak produksi yang di fotokan dekat mana-mana acara atau festival mirip seperti apa yang abang Mail ceritakan tadi" cadang Kazim.
"Aah betul jugak idea Kazim tu. Kalau jumpa foto macam tu nanti Sal boleh bertanya lebih lanjut pada Maya. Nanti Sal selidik perkara ni"kata Salma.
"Boleh Sal up date apa-apa penemuan menarik yang Sal berjaya perolehi dekat saya?" pinta Kazim.
"Yup...okey...Sal akan update sentiasa kat Kazim"
"Kita ni dah macam penyiasat pulak Salma" kata Kazim.
"Ahahaha kan..." Salma dan Kazim tertawa lucu.
"Apa-apa pun kalau Sal temui jalan buntu dalam mendapatkan jawapan di atas apa yang sedang melanda produksi perfileman Shadim, mungkin saya akan beritahu jugak hal tu pada Sal,kemudian terpulanglah kepada Sal samada mahu percaya atau tidak" kata Kazim.
Salma menoleh kepada lelaki tu.
"Kazim...hal ni serius ke?"
"Macam yang pernah saya beritahu pada Sal dulu...Horsehead ada perancangan besar demi menyempurnakan agenda beliau. Perkara akan jadi serius dan buruk sekiranya keadaan tidak memihak kepadanya. Saya kenal dan faham sangat ideologi Horsehead. Pendekatan yang di gunakan oleh beliau cenderung ekstrim dan Morbid"
"Morbid? maksud Encik Kazim..."
"Lebih mudah saya katakan Horsehead adalah seorang psikopatik yang kritikal. Dia tertarik kepada elemen yang kurang menyenangkan seperti pembunuhan ngeri,kegelapan,kematian, penyimpangan norma dari segi tingkah laku,seksualiti dan fetishisms yang pelik-pelik. Malah beliau jauh lebih berbahaya dari dua orang adiknya iaitu Kabil dan Dalib" kata Kazim sambil berhati-hati memandu lori.
Salma begitu fokus mendengarkan semua itu.
"Termasuklah shooting adegan penyimpangan seksual yang pernah dia minta pihak produksi lakukan dulu kan?" kata Salma.
"Itu sebahagian darinya, tapi Horsehead jauh lebih jijik dari itu. Saya masih ingat suatu ketika dulu sewaktu saya ke rumah kotej tersebut dan terlihat....uhhh tak sanggup nak saya ceritakan pada Sal"
"Kenapa Kazim?"
"Agak mengganggu. Saya tak fikir Sal nak dengar lebih..."
"Tak apa,saya nak dengar juga. Kazim ceritalah"
Kazim menarik nafas panjang sebelum menyambung ceritanya.
"Dia penggal leher seekor rusa liar yang muncul dari ladang tebu di sekeliling rumah. Kemudian melalui leher yang memancut darah membuak-buak tu dia..dia.."
Kata-kata Kazim tersekat seakan dia agak sedikit terganggu dan ngeri. Salma tak berkedip mata terus memaku pandangannya pada Kazim dan berharap lelaki itu akan terus menghabiskan kata-katanya.
"Dia masukkan zakar nya ke lubang leher rusa tu dan memuaskan nafsu nya yang luar norma tu. Kaki saya lemah betul waktu tu. Satu badan rasa nak pitam tengok darah berkocak-kocak. Horsehead sendiri dalam keadaan berahi yang sangat jelik hingga suaranya meronta-ronta sambil meniru suara rusa"
"Uhhh"
Salma menekup wajah. Seluruh sendi tubuhnya terasa lemah. Menyesal juga dia meminta Kazim meneruskan cerita terbabit. Kalau sudah sanggup melakukan perkara seperti itu dapatlah Salma bayangkan betapa 'sakitnya' seorang yang bernama Horsehead itu.
"Kabil dan Dalib juga begitu?"
"Tidak. Kabil dan Dalib juga psikopatik tapi kecenderungan mereka lebih kepada membunuh tanpa rasa belas kasihan. Saya tahu Kabil lebih normal dari segi seksualitinya kerana beliau sering melanggan pelacur wanita. Dalib tidak menunjukkan sebarang minat terhadap seksual. Dia agak lurus bendul dan hanya menurut suruhan abang-abangnya. Dalib sebenarnya berbakat besar dalam seni lukisan, cuma dia tak dapat ke mana-mana kerana faktor fizikal,pembantutan fikiran dan sindrom kurang upaya yang di miliki. Itu menyebabkan dia menyisihkan diri dari dunia luar" ujar Kazim.
"Jadi Kazim tahu rupa sebenar Horsehead?"
"Saya lebih mengenalinya dengan wajahnya yang sebenar tanpa kostum kepala kuda serta kehidupan normalnya sebagai seorang yang hebat dalam pencapaian akademik dan berjaya dalam profesyen yang di ceburinya sebelum lama-kelamaan menyedari ada kejanggalan pada dirinya"
Kali ini Salma tergamam. Selama ini dia memikirkan Horsehead adalah seorang psikopatik yang mengasingkan dirinya dari dunia luar,tapi rupanya tidak begitu. Kazim tersenyum kerana faham apa yang bermain di fikiran Salma.
"He's a successful person?really?"
"Saya tahu Salma terkejut kan? tapi itulah realitinya. Horsehead seorang yang amat berjaya dalam hidupnya. Dia mempunyai split personality. Orang ramai hanya mengenalinya melalui karier yang di ceburinya tapi tak ramai yang tahu sisi gelap diri beliau yang menggerunkan. Ah panjang ceritanya. Kalau ada masa nanti saya akan ceritakan pada Salma" kata Kazim.
Salma mengangguk dan tersenyum. Lori yang di naiki telah menyusuri laluan utama kota yang sesak tak kira siang atau malam bersama limpahan cahaya lampu bangunan dan kemeriahan lewat malam warga urban.
...BERSAMBUNG...
Share this novel