Act 0/Scene 5

Thriller Series 26656

BEBERAPA hari telah berlalu sejak kejayaan pembedahan ketumbuhan kanser di jalankan ke atas Puan Nurah. Salma kembali menarik nafas lega dan tenang. Ibunya semakin baik dan pulih.

Akan tetapi Salma masih ada 'tugas' yang harus di selesaikan. Oleh kerana Shadim telah bermurah hati menambah dan mendahulukan sejumlah bayaran yang sekaligus telah mencukupkan dana buat Salma membiayai kos pembedahan ke atas ibunya, kini Salma terhutang budi kepada pengarah produksi terbabit. Sudah tiba masanya untuk dia 'membayar' kembali semua itu.

Langkahan kaki Salma tiba di sebuah premis yang letaknya di tingkat dua sebuah bangunan yang agak moden. Pintu masuk nya di perbuat dari kaca yang menciut berkilat serta gelap.

"Hai Salma" sapa beberapa orang krew yang berada dalam premis terbabit. Di dalam itu lebih kelihatan seperti sebuah ofis dan studio. Krew bertugas sibuk dengan kerja masing-masing.

"Hai..Encik Shadim ada?"balas Salma sambil bertanya.

"Shadim keluar lah Sal. Tak sure dia pergi mana dan bila dia balik. Tapi kalau ada apa-apa hal you boleh jumpa dengan Maya" balas seorang krew.

"Maya kat mana?"

"Ada kat studio belakang tu. Pergilah jumpa dia"

"Aah okey..terima kasih" balas Salma tersenyum. Dia berjalan menuju ke ceruk belakang dalam bangunan.

Di belakang premis itu letaknya sebuah studio agak luas dan mampu memuatkan beberapa buah set latar penggambaran yang berbeza-beza. Memandangkan produksi milik Shadim menjalankan pembikinan filem lucah,kebanyakkan set di reka seperti bilik tidur yang lengkap dengan katil-katil,sofa,jakuzi mandian,atau apa-apa sahaja latar yang di fikirkan sesuai untuk tujuan tersebut.

Antara set yang ada di studio itu pernah di gunakan oleh Salma dalam beberapa scene lakonan nya. Kelihatan beberapa orang krew agak sibuk melakukan beberapa tugas.

Sebuah tilam air sedang di usung oleh mereka. Siap dengan sehelai cadar berbulu-bulu yang mewah. Itu benar-benar menarik perhatian Salma.

"Wow..waterbed tu untuk scene siapa?" tanya Salma.

Belum sempat krew itu nak menjawab,Maya muncul melenggang-lenggok ke arah Salma macam perempuan miang penggila syahwat.

"Itu untuk scene you dengan I lah Sal..muah" kata Maya siap mengucup ke pipi Salma. Berdekah-dekah krew yang ada kat set tersebut ketawa termasuk Salma.

"Ai..hari tu Shadim cakap heterosexual scene" kata Salma.

"Tak jugak Sal. Shadim I kenal sangat rentak dia. Scene boleh berubah di saat-saat akhir mengikut mood semasa dia. Kalau datang mood dia nak tengok keseksian lesbian,so that means this gonna be the third time for you and me doing girl on girl honey" kata Maya sambil tersenyum mengulum pada Salma. Tangan nya asyik mengusap di belakang tubuh Salma atau merangkul di pinggang pelakon wanita itu.

"Yea its okey..as long as bukan hardcore punya babak lagi sudah" balas Salma tersenyum mengenyit sebelum dia dan Maya ketawa berdekah-dekah.

Hi ladys...Jeng..jeng..jeng..." kata seorang krew ketika lalu di sebelah Salma dan Maya bersama sebuah bekas mengandungi pelbagai jenis dildo konek getah pelbagai saiz dan warna.

"Wow...hot!" kata Maya tersengih sambil menggerak-gerakkan keningnya. Salma tersenyum saja. Kemudian dua wanita itu berjalan ke suatu sudut ruang lepak yang terdapat sofa dan meja di situ.

"Hm Maya..i datang ni nak jumpa Shadim"kata Salma sambil melabuhkan punggungnya di atas sofa.

"Ouh kalau you datang awal sikit setengah jam tadi Shadim ada. Now dia keluar atas urusan peribadi. Kalau ada apa-apa hal berkaitan shooting you boleh bincang dengan i je Sal. I kan assistant director"kata Maya.

"Nak discuss pasal next scene tu lah Maya. Can I have any detail about it" kata Salma.

"Ouh kalau pasal yang itu pihak produksi belum buat sebarang kata putus pun lagi Sal. Lagipun kita kan baru je done buat shooting kat bangsal rumah ladang tu beberapa hari lepas kan..agak kejam kalau pihak produksi minta you jalani sesi penggambaran secara tergesa-gesa dalam masa terdekat ni. Sal amek masa untuk berehat dulu okey. Oh ya how's your mother now?"

Salma tersenyum.

"Syukur sangat. Mother i  dah selamat menjalani sesi pembedahan tu. I terhutang budi sangat pada Shadim. Itulah sebab I datang ni nak ucap terima kasih kat dia" kata Salma.

"I tumpang gembira dengan berita baik tentang ibu you Salma. Hm nanti i sampaikan semua ni kat Shadim" kata Maya.

"Thanks...agak-agak bila next scene tu akan di shoot?"

"Ahahaha you ni macam dah tak sabar-sabar pulak Sal. Ermm..tapi bukan dalam masa terdekat. I sendiri selaku pembantu pengarah pun belum terima apa-apa maklumat tentang siapa pelakon lelaki atau wanita yang akan produksi gandingkan dengan you nanti. Kalau dah ada calon pun banyak kerja harus di lakukan terlebih dulu,I kena preparing audition untuk mereka,siapkan maklumat biodata mereka,uruskan keperluan lain lagi..ah macam-macam lagi Sal" ujar Maya panjang lebar.

"Okey Maya..I faham"

Tiba-tiba perbualan mereka di celah oleh salah seorang krew.

"Maya,kita ada masalah sikit" kata Raziq.

"Masalah apa tu Ziq?"soal Maya.

"Ada beberapa perkakasan props dan kostum yang hilang dari simpanan kita" jelas Raziq.

"Kau dah check dekat ruang set? mungkin sedang di gunakan ke.."

"Dah..dah..memang tak ada. Antara yang di kenal pasti hilang ialah sehelai sequin short dress warna diamond rose gold dan sehelai cadar satin" ujar Raziq.

Maya lantas bangun untuk pergi memeriksa di ruangan segala macam props di tempatkan bersama Raziq. Salma juga mengikuti mereka.

"Ai..hairan jugak ni. Nanti kejap" kata Maya lalu dia pergi ke suatu rak almari dan memeriksa sebuah fail mengandungi maklumat berkaitan props dan kostum untuk melihat bilakah kali terakhir item-item yang hilang itu di gunakan.

Maya datang semula dengan fail maklumat ke ruang simpanan props dan kostum.

"So macam mana Maya?" tanya Raziq.

"Semua item hilang yang you sebut tu ada di bawa sekali sewaktu shooting scene dekat rumah ladang. Tapi kita tak guna satu pun dari semua tu"jelas Maya.

"Tertinggal kat sana kot" celah Salma.

"Mungkin jugak lah Sal" kata Maya. Dia lantas memanggil kesemua krew produksi berkumpul untuk bertanyakan hal itu.

"Rasanya semua props dah di masukkan ke dalam van" kata Erin,salah seorang krew bertugas sewaktu penggambaran dekat bangsal rumah ladang.

"Main rasa je Erin?tak pasti begitu?" soal Maya.

Para krew berpandangan sesama sendiri. Maya bercekak pinggang di hadapan mereka.

"Kenapa lah cuai sangat you all ni ya?hari tu sebelum balik kan dah dua tiga kali I ingatkan supaya periksa setiap perkakasan props dan sebagainya kan? tengok apa dah jadi sekarang?" soal Maya. Suara nya meninggi sikit. Gayanya macam lady boss.

"Alah kecik hal lah tu Maya. Boleh beli baru je nanti" kata Fizi.

"No..no..I nak some of you pergi balik ke rumah ladang tu dan amek apa-apa yang tinggal tu semula. Produksi takkan ganti rugi selagi masih ada jalan penyelesaian okey" tegas Maya.

"Seram wey nak pergi sana..dah abang Bustamam sama kak Maya sendiri nampak benda scary kat rumah kotej tu kan" kata Erin.

"Alah bukan nak suruh masuk ke dalam rumah tu pun lah Erin. Kita punya props ada kat dalam bangsal kuda. Dah,I nak krew lelaki je yang pergi sana. Siapa yang ada konek angkat tangan"kata Maya selamba je sambil tersenyum.

Semua krew lelaki angkat tangan. Ketawa pecah seketika.

"Ahahaha good..but ada konek je tapi tak ada keberanian pun tak guna jugak kan" kata Maya lagi.

"Aku sambut cabaran kau" kata Raziq

"Dah Ziq,naik van je dengan aku pergi sana" kata Bustamam yang gemuk bermisai dan jambang lebat secara tak langsung menawarkan dirinya untuk pergi menemani Raziq.

"Okey..abang Bus...Raziq..hati-hati ya" pesan Maya.

            --------------------------------------------------------

Langit sedikit mendung dan gelap ketika van yang dinaiki Bustamam dan Raziq tiba di desa terpencil,sunyi serta jauh dari kebisingan dan kesesakkan kota itu.

Jalanraya juga lengang. Hanya sesekali van mereka berselisih dengan kenderaan penduduk.

"Hish,semacam je pemandu lori tadi jeling kita Ziq" kata Bustamam yang memandu van.

"Itulah..desa ni rasa macam seram lah bang Bus. Orang yang kita temui sepanjang jalan tadi pun nampak macam tak semenggah je. Salah pandang rasa macam kita kat tempat banduan kena buang kawasan pulak" kata Raziq.

"Aku ada terfikir jugak hal tu. Ini semua Shadim punya gila lah ni. Macam tak ada tempat lain je nak buat lokasi penggambaran. Aku ingat kalau sorang-sorang kat sini mau kena pau ni. Semacam benar penduduk nya" kata Bustamam sambil mulut menyunyah keropok.

Van mereka tiba di halaman rumah kotej yang mereka pergi hari tu. Angin menderu-deru. Pepohon tebu yang terdapat di tepian jalan bergemersik bunyinya menimbulkan semacam suasana seram.

Raziq dan Bustamam tercegat sambil memerhatikan ke sekeliling. Rumah kotej yang tersergam itu tingkap nya terbuka. Langsir melayang-layang di hembus bayu.

"Aku rasa tuan rumah ada kat dalam tu. Elok lah kita jumpa dia dulu minta izin"kata Bustamam. Raziq mengangguk-angguk.

Kaki mereka melangkah menghampiri dan menaiki sebuah tangga kecil dan anjung yang terdapat di hadapan pintu.

Pintu rumah di ketuk sambil salam di beri beberapa kali. Tiada jawapan dari tuan rumah. Lebih kurang lima minit berdiri tercegat tanpa salam bersambut,dua orang krew terbabit mengubah fikiran.

"Keluar agak nya"kata Bustamam.

"Habis tu macam mana bang Bus? takkan kita nak balik tangan kosong je?mengamuk Maya nanti"tanya Raziq.

"Jom kita tengok-tengok kat bangsal tu. Dari luar pun boleh nampak kat dalam. Kalau ada barang-barang yang kita cari tu kat situ, kita amek je lah" cadang Bustamam.

Raziq bersetuju. Mereka berdua berjalan menuju ke arah bangsal yang letaknya cuma sepelaung je jauh nya dari rumah kotej terbabit.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience