KEPULANGAN Maira ke rumah kotej itu amatlah menggembirakan hati Kabil,Shadim dan Dalib. Walaupun Maira selamat bersama ayah dan pakcik-pakciknya namun dia masih tertanya-tanya di mana ibunya Salma? Kenapa ibunya tidak ada sekali bersamanya di situ?
"Ayah..kenapa ayah tak bawak ibu sekali?"tanya Maira yang sedang duduk di haribaan Kabil sambil di suapkan dengan makanan.
Kabil tidak tahu bagaimana nak menjawab persoalan itu. Dia hanya memandang ke wajah Shadim atau Dalib.
"Well...Maira don't worry about your mom sweety..she'll be back soon. Maira tak gembira ke tinggal kat rumah ni? look...your father,me and uncle Dalib love and take care about you so much. Now tell uncle..is there anything Maira want? a toy? candy?"Kata Shadim memujuk gadis kecil berusia empat tahun itu sambil mengusap rambutnya.
Maira terkebil-kebil memandang kepada Shadim.
"I want my mom.."balasnya perlahan.
Shadim memandang kepada Kabil.
"Salma nak tak nak pasti akan balik semula ke sini. Kalau tak hari ni mungkin esok atau lusa. Kita tunggu jelah"balas Kabil.
Sementara itu Radziah langsung tidak jadi untuk pergi menziarahi ke rumah ibunya. Dia terus pulang ke rumah dan menceritakan apa yang dah berlaku kepada Salma. Serba-salah pula dia kerana gara-gara tersua dengan Kabil, Maira pula telah di bawa pergi.
"Sal...sori sangat ya..Ziah tak jangka perkara nak jadi begini. Kalau tau dari awal Ziah tak bawa Maira ikut sekali"
"Tak apalah Ziah. Harap Ziah tak rasa kesal atau bersalah sangat,sebab Sal jugak yang beri keizinan untuk Maira ikut Ziah tadi kan?"balas Salma.
"Tapi Sal..Ziah masih bimbangkan keselamatan Maira. Betul ke lelaki nama Kabil tu..."
"Yup..dia ayah Maira. Ziah tak usahlah bimbang. Maira selamat je walaupun Kabil dah bawa dia pergi"
"Ouh..jadi Kabil tu bekas suami Sal?"
"Err...sebenarnya tidak..mmh mungkin silap Sal jugaklah sebab bersekedudukan dengan dia hingga lahirkan Maira"
Radziah mengangguk-angguk.
"Jadi sekarang ni apa tindakkan yang Sal nak ambil?"
Salma berfikir sejenak sebelum membuat keputusan.
"Nampaknya tak ada pilihan lain lagi..Sal terpaksa pulang ke rumah kotej tu untuk ambil Maira"
Maka dengan di temani oleh Radziah, Salma menjejakkan kaki pulang ke rumah kotej itu. Ketika tiba di luar pagar kawasan, kelihatan Maira sedang seronok memandu sebuah kereta permainan kanak-kanak. Shadim pun ada sekali.
"Aih seronok nampaknya Maira dapat drive kereta kecik tu"kata Radziah yang duduk di sit pemandu sambil membuang pandangan jauh ke dalam halaman rumah kotej.
"Kan Sal dah cakap...dia happy-happy je kalau balik ke rumah ayah dia. Pakcik-pakcik dia semua pun sayang kat dia"balas Salma.
"Hm yelah..nanti lebih kurang tiga jam dari sekarang Ziah datang balik kemari jemput Sal ya?"
"Okey Ziah.."
Salma melambai saja sehinggalah kereta Radziah hilang dari penglihatan. Radziah pergi melawat ke rumah ibunya.
"Ibu! yeayy ibu datang"
Maira berteriak girang bila terlihat Salma masuk ke pintu pagar. Dia segera memandu kereta kecilnya menuju ke arah Salma.
"Amboi dah ada kereta baru"kata Salma tersenyum apabila kereta kecil yang di pandu oleh Maira tiba.
"Uncle Shadim yang belikan.."
Salma memandang kepada Shadim yang tercegat dekat pangkin sambil tersengih menggayakan tangan seperti memusing stereng.
"Ibu naiklah sekali. Maira boleh bawakan ibu pergi dekat uncle Shadim"
"Eh eh kereta ni kecik je sayang. Tak apalah..ibu jalan kaki je"
Langit cerah membiru. Dalib sedang sibuk menolak kereta sorong di penuhi jerami-jerami kering ke bangsal untuk di beri makan kepada kuda-kudanya.
Salma duduk-duduk di bangku anjung sambil bersembang dengan Shadim di samping melihat Maira yang sedang seronok memandu kereta kecilnya di halaman.
"Sal datang nak amek Maira balik"kata Salma.
"What? oh please Salma...i tahu you ada problem dengan Kabil. I pun tak suka dan tak setuju langsung dengan perangai Kabil. After you leaving the house with Maira, I dah hilang sabar dengan Kabil. I belasah dia cukup-cukup. But at least Salma,you bagilah Maira peluang untuk tinggal sini. Look...she's so happy living in here. Everybody love her very much"kata Shadim.
"Well...entahlah Shadim"
"Entah? Kabil is still your husband Sal"
"Husband? tapi kenapa Sal tak pernah ingat langsung bila Sal dengan Kabil berkahwin? tau-tau Sal dah tinggal sini dan ada anak je"
"So that means you langsung tak ingat apa-apa tentang perkara silam you kan?"Shadim cuba menduga.
"Hm yup..langsung tak ingat apa-apa. Seolah-olah macam sebahagian memori silam Sal hilang entah ke mana. Apa sebenarnya yang terjadi pada diri Sal Dim?"soal Salma berpura-pura seperti dia masih dalam keadaan hilang ingatan. Padahal ingatannya kian pulih dari hari ke hari semenjak dia terjatuh dari tangga dan terhantuk kepala dulu.
Kini Salma hanya mahu menduga dan melihat bagaimana tiga beradik psikopat dan durjana itu meneruskan 'lakonan' mereka. Mana mungkin Salma akan membiarkan pembunuh sadis yang telah meragut nyawa ibu, suami,anak dan rakan-rakan krew sewaktu dalam produksi perfileman itu dulu terus lepas bebas.
Shadim menarik nafas lega dan tersenyum. Kalau boleh dia pun tidak mahu Salma mengingati perkara-perkara silam itu lagi.
"Ouh actually Salma..you're an orphan. After you met Kabil and get married,you terlibat dalam suatu kemalangan ngeri. Mujur you selamat. Cuma doktor mengesahkan ingatan silam you sebelum berlaku kemalangan dah hilang sepenuhnya. Thats why you can't remember anything about your pass life"kata Shadim.
Salma berasa lucu dan hendak ketawa mendengar kata-kata Shadim itu. Walaubagaimanapun dia masih mampu menahan diri dari terlepas ketawa kerana Salma tahu dia harus bersabar dan meneruskan lakonan sebagai seorang wanita yang kehilangan ingatan dan memori silam agar tiga beradik psikopat itu tidak menaruh sebarang curiga terhadapnya.
Tiga jam lamanya Salma meluangkan masa di rumah kotej itu. Maira masih teruja dan gembira dengan kereta kanak-kanak yang di belikan oleh Shadim untuknya. Jadi Salma bersetuju untuk tinggalkan Maira di situ selama beberapa hari.
Radziah datang menjemput Salma dan mereka pun minta diri dan beredar dari situ.
Share this novel