Act 4/Scene 8

Thriller Series 26815

HARI yang di tunggu-tunggu pun tiba. Salma dan Kazim serta anak kecil mereka Riffael bertolak pulang ke Malaysia. Nurah orang paling gembira bila ingin menyambut kepulangan anak,menantu dan cucu nya.

Dia sudah siap memasak macam-macam. Tak sabar rasanya ingin menyatu kembali sebagai sebuah keluarga.

"Ibu apa khabar? rindu Sal kat ibu"

Salma berpelukkan dengan ibunya ketika Nurah menyambut di pintu pagar.

"Ibu sihat walafiat Sal..muah"

"Alah alah sayang cucu nenek...dah besar pun dia..muah"kata Nurah sambil memeluk dan mencium Riffael yang berusia empat tahun yang di pangkunya dekat haribaan sambil duduk di sofa ruang tamu.

"Kita pun rindu jugak nak jumpa nenek. Mmm..nenek sihat?"petah budak lelaki itu berkata-kata sambil memeluk neneknya.

"Nenek sihat-sihat aja Riff.. alahai Sal.. Zim..comel betul cucu ibu yang sorang ni kan? tengoklah mata dia berjeli..bulu mata melentik gitu"kata Nurah.

"Ahahaha"

Salma dan Kazim tertawa kecil.

Budak lelaki itu Nurah cium berkali-kali. Rambut nya di belai-belai. Kali terakhir Nurah dapat bertemu cucunya kira-kira enam bulan lalu. Ketika itu Salma dan Kazim ada pulang menjenguknya.

"Ibu pun apa kurangnya..enam bulan tak pulang jenguk ibu..hari ni macam dah bertambah jelita pulaklah"Kazim tersengih memuji ibu mentuanya.

"Eh,yeke?"Nurah garu-garu kepalanya. Walhal dua bulan lepas menantunya si Kazim itu ada pulang menjenguknya sendirian. Ketika itu Salma dan Riffael tidak dibawa ikut sekali.

Kazim pulang pun sebab dah tak tertahan rindu nak bersebantal dengan ibu mentuanya itu. Jadi secara senyap-senyap Kazim dan ibu Salma bersekedudukkan. Masalahnya hal itu pun tidak di ketahui oleh Salma.

"Ahaha betul lah bu..dah enam bulan lah kami tak pulang jenguk ibu"kata Salma.

Kazim kenyit mata beri isyarat kepada Nurah.

"Ouh iyelah Sal..alah..ibu pun dah tak ingat sangat..hahaha"

Memang sengaja Nurah pakai melawa sikit hari ni. Kebaya ketat siap dengan tali pinggang besar. Dalam usia pertengahan lima puluhan pun wajahnya masih cantik. Tubuh solid. Pinggang pun ramping. Kain panjangnya ketat bersulam manik-manik. Kazim sendiri pun boleh naik khayal melihat batang kaki ibu mentuanya yang terjulur dari belahan kain.

"Uhh..seksi habis kaki ibu Sal"bisik Kazim pada Salma ketika ibu mentuanya begitu leka bermain dengan cucu. Walhal baru dua bulan lepas dia bersekedudukkan dengan ibu mentuanya itu.

"Aih abang ni..ahahaha"

Salma menyiku suaminya dan tertawa.

Macam-macam hidangan di sediakan oleh Nurah. Tak ada yang lebih menggembirakan hatinya selain kepulangan anak,menantu dan cucunya.

Sambil makan mereka menjamu selera dan berbual panjang. Sesekali perkara-perkara lucu di kongsi bersama sehingga tak kering gusi mereka ketawa.

Riffael sampai tertidur keletihan. Suka benar dia makan agar-agar cocktail yang di buat oleh neneknya.

"Alah cantiknya kain tudung ni Sal..Zim...terima kasih lah sebab teringat nak belikan untuk ibu"kata Nurah sambil mencuba tudung tersebut.

"Ahaha mestilah ingat nak belikan untuk ibu. Abang yang beriya nak belikan tudung tu untuk ibu"kata Salma.

"fuhh memang cantik mempesona ibu pakai macam tu bu. Nasib lah Kazim dah jatuh cinta dengan Sal dulu..agaknya kalau dulu jumpa ibu lebih awal dari Sal, mungkin sekarang ni dah beristerikan ibu lah kot"usik Kazim.

Berdekah-dekah Nurah dan Salma ketawa.

"Amboi..tak pernah tak manis kata-kata Kazim"balas Nurah.

"Ahahaha kan.."kuat Salma ketawa.


---------------------------------------

HUJUNG minggu tu Salma dan Kazim membawa anak dan ibu mereka pergi ke sebuah kawasan rekreasi air terjun. Memang seronok betul mereka sekeluarga dapat bermandi-manda dan berkelah.

Sehari suntuk juga masa di luang. Petang barulah mereka beredar. Cuti hujung minggu begitu memang jalan raya pun sesak hingga kenderaan mereka terkandas dalam kesesakkan lalu lintas dek kerana ada kemalangan pulak berlaku. Bosan juga di buatnya bila hari telah mulai senja.

Sebenarnya ada jalan lain yang boleh di ikuti sebagai alternatif dan jalan keluar dari kesesakkan itu,namun Salma dan Kazim keberatan untuk lalu di situ kerana sesuatu sebab.

"Nampak gaya kena redah jugak lah jalan raya utama ni. Mungkin malam sikit lagi baru sampai kot"kata Kazim yang memandu kereta.

"Tak ada jalan lain ke Zim?"tanya ibu mentuanya si Nurah yang duduk di sit belakang sambil mengusap cucu nya yang baring di haribaan.

"Sebenarnya ada bu.."kata Kazim.

"Laa..kenapa kita tak ikut jalan lain tu aja?mungkin tak berapa sesak"

Kazim menoleh kepada Salma yang duduk di sebelahnya.

Salma faham apa yang di maksudkan dengan pandangan suaminya itu.

"Mmh..Sal rasa okey je kot kalau nak ikut jalan tu bang. Lagipun dah lima tahun masa berlalu kan.."balas Salma.

Kazim senyap saja. Dalam fikirannya ligat berfikir seolah ada sesuatu yang berat tak terluah. Sambil tu dia terus fokus pada pemanduan.

"Apa yang dah lima tahun tu Sal? Ibu tak fahamlah"

"Err..tak ada apa-apalah bu. Mmh cuma dulu-dulu Sal sama abang pernah jugak ikut laluan tu"

"Kenapa dengan laluan tu? itu laluan kawasan berhantu ke?"soal Nurah lagi.

"Aaa..bukan macam tu bu..cuma laluan tu sunyi-sepi sikit. Banyak ladang-ladang. Kereta pun tak banyak lalu ikut situ"

"Eh kalau macam tu okey sangatlah. Tak ada lah serabut tersangkut dengan jalan jamm macam ni"kata Nurah.

Akhirnya Kazim akur dan membelok ikut laluan alternatif itu. Kesesakkan jalan akhirnya telah di tinggalkan jauh di belakang.

Ladang jagung terbentang di sepanjang kiri kanan jalan. Memang sunyi benar keadaannya. Kazim senyap sahaja.

Senja kian gelap berganti dek kepekatan malam.

"Bang...abang okey ke? kalau letih abang berehat dulu. Biar Sal drive"kata Salma kepada suaminya.

"Abang okey je Sal. Cuma rasa macam tak percaya lepas lima tahun berlalu kita akan lalu ikut jalan ni..

"Bang.."

Salma memotong cakap Kazim.

"Maaf Sal"

"Tak apa lah bang. Sal faham.."

Nurah yang mendengar perbualan anak dan menantunya kurang dapat memahami,tapi dia merasakan seolah-olah macam ada sesuatu yang hanya Salma dan Kazim saja yang tahu.

"Sal..Zim...ibu dapat rasa macam ada sesuatu je ni. Kalian tak nak beritahu ibu ke?"kata Nurah.

"Ouh..tak ada bu..cuma jalan ni ikut desa terpencil. Aaa..dulu-dulu masa Sal dengan abang ikut sini..kami pernah singgah ke rumah penduduk sini. Mereka macam tak berapa mesra dengan orang luar bu"kata Salma cuba mereka cerita.

"Ouh gitu..ibu ingatkan apalah tadi. Iyelah..kawasan ni pun nampak jauh dari pekan dan kota. Mungkin penduduk dia tak selesa dengan kehadiran orang luar"kata Nurah sambil memangku kepala cucunya yang berbaring di pangkuan.

Kazim masih senyap tanpa kata. Jauh di dalam benak memorinya menyimpan kenangan ngeri tentang jalan desa terpencil ini. Begitu juga dengan Salma. Di situlah letaknya sebuah rumah kotej yang di huni oleh tiga orang adik-beradik sadis dan di situ jugalah bermulanya kisah bagaimana Salma dan Kazim pernah terjebak dengan permainan ngeri Horsehead yang telah menjerut begitu ramai nyawa teman-teman rapat mereka.

Selepas lima tahun berlalu,semua peristiwa hitam itu telah beransur di tinggalkan dan di lupakan. Hari ini tidak di sangka mereka kembali lagi ke sini.

Lampu-lampu jalan banyak juga yang telah rosak dan tidak menyala. Kenderaan lain pun ada juga lalu-lalang bersama kereta mereka namun jarang-jarang dan sedikit sangat jumlahnya.

Tiba-tiba dari arah hadapan muncul sebuah kenderaan yang dengan sengaja menyalakan lampu tinggi.

"Alah orang ni buka lampu tinggi pulak!"rungut Kazim. Matanya naik silau.

"Eh eh kita ketepi je lah bang"kata Salma.

Kazim memusing stereng dan kereta berhenti di bahu jalan. Pantas di bukanya cermin kereta. Mahu di hamburkannya makian kepada pemandu terbabit. Mujur Salma mencegah sambil menarik lengan suaminya.

"Kita sabar je lah bang. Biar je lah dia"

Kenderaan tadi melepasi kereta mereka sambil membunyikan hon dengan kuat. Ianya sebuah van hitam. Pemandunya tidak kelihatan kerana suasana sedikit gelap.

Keadaan kembali tenang.

"Haih,biadab benar pemandu tadi tu. Sudahlah buka lampu tinggi..di bunyikannya pula hon ke arah kita macam seolah kita pulak yang salah"kata Nurah.

"Pemandu tu orang cacat lah nenek. Riff nampak kepala dia senget. Badan dia besar macam orang bongkok"kata Riffael yang duduk menekap wajah dekat tingkap sewaktu kenderaan tadi lalu di sebelah.

"Oh iye ke..Riff masih kanak-kanak..mata tu terang lagi. Nenek mata tak terang sangat kalau melihat dalam gelap"kata Nurah sambil memangku cucunya.

Salma dan Kazim bagaikan tersentak dengan kata-kata anak lelaki mereka yang berusia empat tahun itu. Dada terasa berdebar-debar. Suami isteri itu saling berpandangan. Kening Salma berkerut.

"Bang.. tak mungkinlah itu si..."

"Err tak apalah..kita teruskan perjalanan ya"kata Kazim cepat-cepat dia memotong cakap Salma.

Kereta mereka kembali bergerak. Nun tak jauh di hadapan adalah kawasan rumah penduduk. Seperti mana lima tahun yang lalu, desa itu tetap macam tu juga. Tiada sebarang kemodenan. Rumah saling terpisah-pisah.

Kesunyian yang mencengkam mulai beransur kurang bila ada beberapa kenderaan lain turut lalu di situ. Cuma ada yang membuat Kazim dan Salma gagal menghindari rasa resah dan curiga..

Kazim asyik melihat ke cermin pandang belakang atau ke sisi. Salma juga sesekali menoleh.

Ada sebuah kenderaan lain di belakang mereka. Cahaya lampunya terang betul. Kalau hendak di toleh atau melihat dari cermin sisi mahupun cermin pandang belakang,mata akan menjadi silau.

Sukar hendak di pastikan kenderaan jenis apa itu. Lampunya tinggi. Cahaya bukan saja terang malah jadi menyeluruh.

Kenderaan itu mengikut sahaja kereta yang di naiki oleh mereka dalam jarak yang agak jauh sedikit.

Riffael pun sibuk hendak menoleh ke belakang.

"Riff tak silau mata ke tengok cahaya kereta belakang tu?"tanya neneknya Nurah.

"Silau jugaklah nek..tapi itu bukan keretalah..itu van hitam pakcik yang bongkok tadi. Dia dah pusing nak ikut kereta kita"kata budak lelaki berusia empat tahun itu membuat Salma dan Kazim jadi tersentak. Hati terasa berdebar-debar.

Salma menoleh kepada Kazim. Air mukanya nyata resah-gelisah. Kazim mengangguk. Dia harus melakukan sesuatu.

"Aih lelaki tadi tu berdendam ke dengan kita?"kata Nurah.

"Mungkin jugaklah bu. Zaman sekarang ni kan banyak kes pembuli jalanraya"kata Salma.

Mujur ada deretan kedai-kedai dan stesyen minyak di hadapan. Kazim membelok ke situ dan berhenti betul-betul depan sebuah motel. Kawasan itu terang-benderang. Di sebelah motel itu ada restoren terbuka dengan kerusi meja nya di luar kedai. Ada beberapa pelanggan sedang duduk makan di situ.

Van hitam tadi di lihat meneruskan perjalanan dan hilang dari penglihatan.

Kazim dan Salma menarik nafas lega.

Mereka pun meneruskan semula perjalanan mengikut arah jalan yang sama van hitam itu pergi tadi. Kazim dan Salma yakin pemandu 'lelaki bongkok' seperti yang biasa di sebut oleh anak kecil mereka itu tadi telah jauh pergi meninggalkan mereka.

Jalan yang di lalui kali ini jauh lebih gelap dan sunyi. Lampu jalan pula jarang-jarang saja yang elok. Kenderaan lain langsung tiada pula kelihatan.

Tak jauh di hadapan ada dua simpang yang harus di pilih. Sayangnya salah sebuah simpang itu telah di tutup kerana ada kerja-kerja penggalian lubang. Malah pemandu yang tiba di situ akan menemui kon di susun berbaris menutupi jalan bersama papan tanda bersimbol kerja penggalian sedang di jalankan.

Ini yang menjadi masalahnya. Kazim dan Salma sepatutnya melalui jalan yang bertutup itu. Bukan simpang yang satu lagi.

"So macam mana ni bang? kalau nak patah balik macam jauh pula"kata Salma.

"Aduh..ini yang berat ni Sal"kata Kazim sambil termenung seketika mencari akal.

"Simpang yang belah kiri ni tak boleh lalu ke Zim?"kata Nurah.

"Ohh aaa..yang belah kiri tu tak ada laluan penyambung ke pekan tempat tinggal kita bu. Hmm..tak apalah, biar Kazim turun dan alihkan kon-kon dan signboard tu kejap. Rasanya kereta boleh lalu kat tepi-tepi lubang yang di gali tu"ujar Kazim.

"Mmh betul jugak idea tu bang. Memang itu je caranya"sokong Salma.

Kazim pun turun sebentar dari kereta. Kon-kon dan papan tanda yang di susun buat menutupi jalan di alihkan.

Kemudian dia melompat semula dalam kereta dan memandu melepasi lubang tersebut.

"Haa kan boleh tu. Hm tak perlulah kita patah semula"kata Kazim sedikit gembira.

Setelah menyusun semula kon-kon tadi,kereta yang di naiki pun meneruskan perjalanan. Agak gelap di laluan tersebut. Lampu jalan pun banyak yang sudah tidak menyala.

Lebih kurang beberapa ratus meter di hadapan,entah apa yang di langgar tiba-tiba kereta yang di naiki hilang keseimbangan dan terhuyung-hayang.

SHREEEET....

Pantas Kazim membrek.

"Eh kenapa dengan kereta ni bang?''tanya Salma. Ibunya Nurah juga jadi tertanya-tanya.

"Entahlah..abang rasa tayar kereta kita bocor semuanya kot. Entah langgar apa tadi tak tahulah"

"Apa?!"

Kereta berhenti di bahu jalan dengan lampu kecemasan di buka.

... BERSAMBUNG..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience