KETIKA tiba di rumah sekitar jam lima petang,Salma mendapati ada lori kedai bunga Kazim di luar pagar. Ibunya Nurah dan lelaki itu sedang rancak bersembang dekat laman sambil melihat-lihat bunga-bunga yang tumbuh mekar dalam pasu-pasu.
Kazim datang sendirian saja.
"Hai bu...Encik Kazim" sapa Salma ketika berjalan masuk ke dalam pagar sambil tersenyum melambai.
"Hai cik Salma. Baru balik kerja?" balas Kazim tersenyum sambil membalas lambaian Salma.
"Aah cik Kazim. Eh ibu ada beli bunga lagi ke ni?" tanya Salma sambil melihat-lihat ke arah bunga-bunga di halaman rumah. Ibunya Nurah cantik anggun berselendang agak berbonggol dek kerana sanggul tocang rambutnya yang diikat agak tinggi.
"Tak lah Sal...ibu sajalah ajak Encik kazim datang untuk tengok-tengokkan bunga-bunga ibu ni. Ibu berterima kasih sangat pada Encik Kazim sebab beri tunjuk ajar cara-cara penjagaan bunga yang betul. Tengok...semua bunga menjadi kan..tak ada yang mati atau layu" kata Nurah girang.
"Thanks Encik Kazim kerana sudi tunjuk ajar cara penjagaan bunga yang betul kat ibu Sal"kata Salma.
"Sama-sama..eh cik Salma dan Kak Nurah ni tak nampak macam ibu dan anaklah. Lebih macam adik dengan kakak aja. Sama-sama cantik pulak tu"kata Kazim membuat Salma dan ibunya tertawa.
"Hahaha ada-ada je lah Encik Kazim ni"kata Nurah
"Iye kak serius ni.."kata Kazim.
"Ahahaha kan..ibu tu tak nampak sangat macam wanita dah berusia"puji Salma sambil merangkul ke pinggang ibunya dan mengucup ke pipi Nurah. Sambil itu Salma membelai dan mengusap sanggul tinggi di selendang kepala ibunya.
"Mmmh.."Nurah terpejam mata,khayal di cumbu oleh Salma.
Sudahnya Salma dan ibunya Nurah berkucupan bibir selamba saja di hadapan Kazim.
Mmmh..cupp...cupp...mmmh
Kazim tersenyum dan berpaling ke arah lain buat seketika sambil membiarkan dua beranak itu bermanja sebentar bagai pasangan kekasih lesbian.
Keras pulak batang dalam seluar Kazim sambil lirikkan matanya sesekali mencuri pandang kepada dua wanita itu.
Seminit dua kemudian barulah Salma dan ibunya puas berkucupan bibir.
"Maaf ya Kazim..aih terlajak pulak dengan Sal"kata Nurah sambil membetul-betulkan kembali selendang kepalanya.
"Haha tak apa pun lah kak..hm,saya seronok tengok bunga-bunga kak hidup subur menjadi semuanya. Tapi kalau ada apa-apa masalah, bagitau saya ya?" kata Kazim tersenyum.
"Aah iyalah Zim...mm,Kazim ada hal ke lepas ni?" tanya Nurah.
"Ouh lepas ni tak ada apa-apa urusan dah. Mungkin saya terus pulang ke rumah lah kot. Kenapa ya kak?"
"Bagus,kalau macam tu Kazim minum petang kat sini ya? Kak ingat nak buat goreng pisang dan cempedak. Memang dah niat nak jamu Kazim" pelawa Nurah tersenyum dengan bulu keningnya terangkat.
"Eh sedap tu kak. Kalau akak dah pelawa saya tak menolak lah" kata Kazim.
"Hahaha Sal...ajak Encik Kazim masuk rumah"
"Aah marilah masuk Encik Kazim" pelawa Salma.
"Terima kasih"
Ketika Nurah sudah mendahului masuk ke rumah,sempat Kazim berbisik mengusik Salma.
"Pssst...Cik Salma dengan ibu memang dah biasa ke comolot camtu?"
"Ahahaha ya Encik Kazim. Saya memang manja sikit dengan ibu" kata Salma ketawa sakan.
Sementara Nurah memasak goreng pisang dan cempedak, di suruhnya Salma melayankan Kazim berbual di ruang tamu.
Televisyen saja di buka bersiaran supaya tidaklah sunyi sangat. Salma dan Kazim duduk di sofa berbual-bual. Kesempatan itu Salma gunakan untuk bercerita kepadanya tentang perihal terbaru yang menimpa syarikat perfileman Shadim.
Kazim agak terkejut bila mendapat tahu pihak produksi sehingga sanggup mengupah pembunuh upahan untuk menyahkan Horsehead dan adik-adik nya kerana sudah tidak tahan di ancam oleh mereka selalu.
Salma turut merincikan bagaimana Mail telah berjaya mencuri sekeping gambar milik Horsehead dan cubaan memberitahu kepada pihak produksi tentang sebuah rahsia namun tak kesampaian apabila lelaki itu tertangkap dan di seksa.
"Cik Salma....ingat lagi tak saya pernah nak beritahu sesuatu pada cik Salma sebelum ni,tapi saya bimbang kalau itu akan menakut-nakutkan cik Salma"kata Kazim.
"Ya saya masih ingat tentang tu. Tapi apa kaitannya dengan hal ni Encik Kazim?"
"Begini...menurut dugaan saya, lelaki upahan pihak produksi mungkin telah menyedari suatu hakikat yang sama seperti apa yang saya tahu. Maksud saya tentang perkara yang saya enggan beritahu cik Salma kerana bimbang itu akan menakutkan cik Salma"
Salma berkerut dahi tak berkelip mata memandang tepat ke wajah Kazim.
"Boleh Encik Kazim beritahu saya apa sebenarnya perkara tu?"
Kazim merenung dalam ke mata Salma.
"Cik Salma betul nak tahu? tapi itu akan mengganggu ketenteraman cik Salma nanti. Dan saya fikir kalau saya beritahu pun,cik Salma tak mungkin akan percaya" kata Kazim.
Salma terdiam sejenak dan cuba berfikir masak-masak. Andaikata kalau hal yang hendak di beritahu oleh Kazim itu memang benar-benar mengganggu ketenteraman hidupnya nanti pasti jadi suatu masalah pula.
"Baiklah, Encik Kazim simpan dulu hal tu. Err...boleh tak Encik Kazim tolong saya untuk sesuatu?" pinta Salma.
"Ouh ya boleh...tolong apa tu cik Salma?"
Salma menoleh-noleh arah laluan ke dapur buat seketika. Dia pasti ibunya sedang sibuk menggoreng pisang dan cempedak apabila terdengar bunyi gorengan minyak dan bunyi sudip berlaga dengan kuali.
"Macam ni....Sal terfikir untuk pergi selamatkan abang Mail. Lagipun melalui surat kiriman sampul dari Horsehead dan adik-adik dia ada menyatakan yang mereka cuma menyeksa tapi belum mahu abang Mail mati dengan segera. Hopefully dia masih di kurung dalam bangsal kuda. Cuma Sal takut lah nak pergi sorang-sorang.."
Kazim segera mengangguk faham.
"Saya sanggup temani cik Salma ke sana. Kalau andaian saya betul,gambar yang di curi oleh lelaki upahan tu pasti dapat menyokong kata-kata saya. Bila cik Salma bercadang nak ke sana?" kata Kazim.
"Boleh kita pergi malam ni jugak?"
"Boleh...tak ada masalah. Kita pergi naik lori kedai bunga saya je cik Salma. Nanti kita singgah ke kedai menjual topeng kepala. Ini sebagai langkah keselamatan untuk perlindungan identiti. Lagipun Kabil dan Dalib kenal saya. Manalah tahu kalau kita terserempak dengan mereka nanti..itu agak berbahaya bukan?"
"Yup...mereka juga kenal saya. Lebih teruk lagi kalau hal ni boleh sampai ke pengetahuan pihak produksi. Nanti apa pulak kata mereka kalau dapat tahu Sal berkawan senyap-senyap dengan Encik Kazim"kata Salma.
Hal itu di persetujui bersama.
Ketika waktu minum petang,Kazim meminta izin Nurah untuk membawa Salma keluar pada sebelah malam nanti. Hal itu amat lah menggembirakan Nurah. Dia melihat itu sebagai suatu peluang untuk anak perempuannya berkawan lebih rapat dengan Kazim.
"Eh boleh aja Kazim. Aah nanti malam Kazim bawaklah Salma ni keluar ya. Kak pun suka sangatlah kalau Kazim nak rapat-rapat dengan dia" kata Nurah.
"Ehem...bu..." kata Salma siap di siku perlahan ke lengan ibunya. Nurah nak ketawa pulak melihatkan wajah Salma yang tersipu-sipu malu.
"Sal...malam nanti pergi ikut temankan Kazim keluar. Jangan bagi ibu apa-apa alasan ya. Malu ibu kat Kazim nanti"
Kazim tersenyum melihatkan dua beranak itu. Dia berasa senang sekali dengan mereka.
Malam itu Salma mengikuti Kazim menaiki lori kedai bunga lelaki itu. Mereka singgah ke kedai menjual topeng wajah membeli dua pasang topeng untuk di pakai sewaktu tiba di rumah kotej itu nanti buat melindungi identiti mereka.
Kazim dan Salma singgah ke restoren untuk makan malam terlebih dahulu sambil berbincang lebih terperinci tentang apa yang akan di lakukan nanti.
"Encik Kazim jangan risau. You can trust me. Rahsia ni adalah di antara kita berdua je. Sal tak akan sesekali buka mulut tentang perkara yang kita buat malam ni kepada sesiapa pun dalam produksi" kata Salma.
"Saya percaya sepenuhnya pada cik Salma. Ermm cuma..."
Salma membulatkan mata sambil mengangkat keningnya.
"Cuma kenapa ya Encik Kazim?"
"Cik Salma tak usahlah berencik dengan saya. Panggil Kazim je okey"
Salma tersenyum.
"Okey....tapi Kazim pun sama,usah ber 'cik-cik' dengan saya lagi. Panggil Salma je ek?"
"Haha okey Salma"
Mereka berdua tertawa.
---------------------------------------
Malam agak larut ketika lori yang di naiki oleh Kazim dan Salma hampir tiba di kawasan rumah ladang dan kotej yang di tujui. Desa terpencil itu terlalu sunyi dan tak banyak kenderaan yang lalu-lalang.
Kazim menghentikan lorinya dekat suatu ceruk hutan yang sedikit gelap. Kini dia dan Salma berada lebih tak jauh dari rumah kotej.
Topeng kepala di sarung. Mereka turut membawa bilah parang yang di sisip ke tubuh sebagai senjata untuk mempertahankan diri kalau ada apa-apa yang tidak diingini berlaku nanti.
Kazim mahupun Salma masing-masing mengenakan pakaian serba hitam. Jam di tangan sudah pukul sebelas empat puluh malam. Mereka berhati-hati berjalan kaki menuju ke kawasan rumah kotej.
Bunyian cengkerik dari hutan bersahut-sahutan. Pagar masuk ke halaman rumah itu hanya sekadar di rapatkan begitu sahaja. Jadi itu memudahkan kerja mereka untuk lolos masuk ke dalam. Cuma lampu di dalam bangsal kuda agak terang membuatkan Kazim dan Salma tidak boleh terlalu mendedahkan diri mereka sangat untuk menghampiri,sebaliknya mereka menggunakan cara menyusup-nyusup.
Lampu dari dalam ruang tamu rumah kotej masih bernyala. Dan cahaya dari skrin televisyen galak memantul dekat tingkap menandakan ada yang sedang menonton tv.
Akhirnya Salma dan Kazim berjaya juga tiba di tepian dinding bangsal. Melalui lubang dinding kayu itu dapat mereka mengintai ke dalam.
"Itu abang Mail!" kata Salma separa berbisik kepada Kazim sambil tunjuk ke suatu sudut.
Mail di lihat terbaring di atas timbunan jerami dengan kedua tangan serta kaki di ikat dengan tali penambat. Tak pasti pula lelaki itu pengsan atau mati. Itu yang harus di pastikan oleh mereka.
Pintu bangsal juga sekadar di rapatkan tanpa berkunci. Salma dan Kazim masuk dengan mudah saja ke dalamnya. Terus mereka menghampiri Mail yang terbaring dekat jerami.
Buat seketika mereka berasa ngeri melihatkan tubuh Mail yang tidak berbaju itu di penuhi luka-luka yang merobek kulit dan daging nya. Menurut agakkan mereka,Mail mungkin di libas.
Kazim memeriksa nadi di tangan Mail.
"Macam mana dia Kazim?"
"Dia hidup lagi. Jom kita bawak dia keluar dari sini dan dapatkan rawatan untuknya" kata Kazim. Salma akur.
Ikatan tali yang membelenggu Mail lantas di buka. Dan ketika itu Mail tersedar. Dia agak terkejut melihatkan Salma dan Kazim yang datang dalam keadaan bertopeng kepala sebegitu.
"A..awok...awok berdua ni..."
"Pssst...jangan risau. Kami datang untuk selamatkan Encik" balas Salma.
Mail pun di papah. Mujurlah dia masih larat untuk berjalan cuma agak lemah dan kekurangan tenaga. Akhirnya berjaya juga mereka melepasi ke luar pagar halaman rumah kotej itu dan berjalan menuju ke hutan di mana lori Kazim di parkir. Keadaan agak gelap dan selamat.
"Da..dari pihak produksi ke?" tanya Mail lagi. Sebelah tangannya merangkul di bahu Salma dan sebelah lagi di bahu Kazim.
"Bukan. Kami ni penyiasat" kata Salma berhelah. Dia tidak mahu Mail mengetahui hal yang sebenarnya kerana takut kalau hal kerjasamanya bersama Kazim di ketahui oleh pihak produksi perfileman Shadim. Oleh itu lebih baik dia dan Kazim menyamar menjadi suatu pihak lain.
"Penyiasat?"
"Betul. Kami sedang menyiasat penghuni rumah kotej tu kerana mereka di syaki terlibat dengan beberapa jenayah" tambah Kazim pula.
Mail di papah naik ke belakang muatan lori yang terdapat beberapa pasu bunga itu sebelum mereka semua bertolak pergi.
Share this novel