TELEVISYEN di ruang tamu masih bersiaran walau malam sudah menginjak ke pukul sebelas. Salma kurang memberi perhatian kepada rancangan drama yang sedang di tonton bersama ibunya Nurah kerana fikirannya masih terawangan memikirkan perbualan dengan Kazim siang tadi.
Setiap butir perkataan yang keluar dari mulut Kazim jikalau di amat-amati semula seakan ada yang tidak diluahkannya secara jelas. Salma faham mungkin Kazim sengaja tidak mahu berterus-terang sangat kerana risau menakut-nakuti dirinya.
Tapi hal itu membuat perasaan ingin tahu Salma datang melonjak-lonjak. Kazim juga mengakui telah lama mengenali Horsehead serta dua orang adiknya itu. Jadi sudah tentu agak berasas bila Kazim memberitahu bahawa Horsehead mempunyai suatu perancangan besar dan dia tidak mahu Salma terheret sekali dalam 'permainan' ciptaan Horsehead.
"Ai Sal...menung panjang je ibu tengok. Ada apa-apa masalah ke tu?" tanya Nurah ketika iklan sedang mengambil alih drama yang sedang di tonton.
"Tak ada apa-apa pun ibu. Sal okey je ni.." balas Salma sambil mengukir senyuman.
Tiba-tiba ibunya Nurah bangun dari sofa yang di duduki dan duduk pula di sofa panjang di mana Salma sedang duduk.
"Eh Sal...ibu nak tanya sikit lah"
"Ouh...ada apa tu bu?"
"Tadi masa kita singgah di kedai jual baja tu,ibu terperasan Sal bersembang rancak juga dengan sepupu Cikgu Rubikah si tauke kedai tu ya?dah lama kenal ke?" Nurah tersenyum.
"Lama tak lama sangat lah bu..kenapa ya?"
"Baik orangnya Encik Kazim tu Sal. Pembantu kedai dia pun peramah dan ringan mulut nak ajarkan ibu cara-cara sebenar menggunakan baja. Lain kali kalau ibu nak beli bunga atau baja-baja pokok kita ke situ je lah ya?"
Salma tersenyum.
"Okey bu...beres"
"Ibu ada tanya kat Bikah tadi. Katanya sepupu dia tu bujang lagi walaupun umur dah tiga puluh empat. Bikah kata ada dia tolong cari-carikan calon untuk Encik Kazim. Tapi entah lah..macam sibuk bekerja pulak dia"
"Ahahaha apa kata ibu aja lah jadi calon untuk Encik Kazim" usik Salma.
"Hish Sal ni...ada ke situ pulak? ibu punya umur dah nak setengah abad ni. Ehem... tapi kalau lelaki macam itu jadi calon menantu ibu...memang ibu setujukan aja"
"Eh eh ibu ni nak pulangkan paku buah keras pulak kat Sal?"
"Umur Sal pun dah 26 kan...dah patut sangat fikir untuk cari pasangan hidup" kata Nurah.
Salma termenung panjang. Memang dia agak keberatan untuk memikirkan tentang hal berumahtangga. Tambahan pula Salma sedar dirinya agak 'kotor' dan bergelumang dengan kejelikkan dosa dan maksiat.
-------------------------------------------
Hari kian berlalu. Team produksi perfileman Shadim terlalu sibuk dengan pelbagai tugasan demi menjayakan setiap sesi penggambaran untuk filem-filem yang bakal di terbitkan.
Buat masa ini tumpuan utama mereka di beri sepenuhnya kepada sekuel filem Beautiful Adulterous 2. Sebuah ruang set telah di ubahsuai menjadi seperti sebuah kelab maksiat swinger yang biasa di kunjungi oleh para penggemar nikmat bertukar pasangan.
Itu nanti akan di gunakan sewaktu scene watak Zelma di bawa oleh Schwarzegen bertemu dengan rakan-rakan nya di kelab terbabit sebelum mereka semua bersetuju untuk hanyut bertukar-tukar pasangan di atas sebuah katil yang sangat besar.
Hari ini tiada sebarang shooting di jalankan kerana ruang set penggambaran untuk scene kelab swinger masih belum siap sepenuhnya. Terlalu banyak kerja yang harus di lakukan. Malah Salma sendiri selaku pelakon utama turut ringan tulang turun ke set dan membantu krew produksi melakukan apa-apa yang patut.
"Macam ni okey ke Zizi?" tanya Salma yang sedang membantu menampal lapik silver dekat kerangka luar sebuah katil besar sebagai hiasan.
"Yup...look great" balas krew bernama Zizi.
Shadim datang dan melihat-lihat. Dia tersenyum mengangguk-angguk sambil bertepuk tangan.
"Wow! what a gorgeous shinny sexy looking bed. Awesome job guys" puji Shadim.
"Hai Encik Shadim" sapa Salma tersenyum melambai.
"Salma... you tak perlu buat kerja-kerja tu pun tak apa. Sebab you pelakon utama" kata Shadim tersenyum.
"Eh tak apa lah Encik Shadim. Lagipun hari ni tak ada shooting kan? Sal seronok pulak tengok krew bekerja. Boleh ya Encik Shadim...?"
"Okey...okey...kalau Sal sendiri nak buat tak apa lah. So sorry dah buat you terpaksa menunggu untuk shoot next scene...set tak siap lagi Salma. Too many work to do" kata Shadim.
"It's okey Encik Shadim"
Sementara itu Maya pula di lihat baru keluar dari sebuah bilik bersama dua orang wanita lain yang telah berjaya di pilih dalam suatu ujibakat pencarian calon untuk babak di kelab swinger sex.
Maya baru selesai memberi penerangan tentang role playing atau peranan serta karakter yang harus di mainkan oleh dua orang pelakon wanita tambahan itu nanti.
Apabila terlihat Shadim sedang leka memerhatikan para krew dekat ruang set,Maya segera berbisik kepada dua pelakon wanita yang bersamanya.
"Bahahaha"Bustamam yang sedang duduk tersandar menyiapkan suatu kerja di suatu sudut dah terlepas ketawa kerana dah dapat mengagak apa yang di suruh oleh Maya ke atas dua wanita tu.
Maya memberi isyarat jari kepada Bustamam agar si lelaki gemuk bermisai jambang lebat itu senyap-senyap.
Shadim yang langsung tidak perasaan kehadiran dua pelakon wanita dari belakangnya telah di peluk dan di goda. Krew produksi yang sedang bertugas dekat set langsung terlepas ketawa melihatkan pengarah itu begitu 'sengsara' di raba-raba di seluruh anggota tubuhnya.
"Ahahahaha" Maya paling kuat mengetawakan Shadim. Siap tekup-tekup perut. Shadim dah mengetap bibir sambil membeliakkan mata kepada pembantu pengarah tu.
"You memang jahat ya Maya..I akan mintak beberapa pelakon lelaki toron you balik nanti. Yup guys you all please remind me to do that later" kata Shadim sambil cuba menahan tangan dua orang pelakon wanita yang sedang merabanya.
"Ahah...that's enough ladies. I can appreciate it..but however thanks"balas Shadim tersenyum. Sempat di lemparkan pandangan geram kepada Maya yang telah 'mengenakannya'.
Ketawa para krew masih mengilai-ngilai. Bukan mereka tak tahu tuan pengarah itu kurang selesa bila di goda-goda oleh wanita seperti itu. Tak pernah mereka melihat Shadim berkepit dengan mana-mana wanita apatah lagi menjalin sebarang skandal atau mempunyai cerita-cerita peribadi yang seumpama itu.
"Hoo sedap tu Dim... kalaulah aku jadi pengarah...fuh! I love my job" kata Bustamam.
"Eh you pun boleh Bustamam. Tak perlu tunggu jadi pengarah pun. Yes beautiful ladies let's try him" kata Shadim tersengih lalu meminta dua orang pelakon wanita itu pergi ke arah Bustamam.
"Eh eh Dim..aku gurau-gurau je ni...ehh...alah"
Tak pasal-pasal riba Bustamam sudah di duduki oleh salah seorang wanita itu. Yang seorang lagi pulak dah menggesel-gesel si buncit tu.
"Ah kacau ni..hahahaha" Bustamam geli hati sendiri.
Shadim dan para krew produksi ketawa besar sambil geleng-geleng kepala. Lawak jenaka begitu memang sering terjadi dalam produksi perfileman Shadim.
Ketika dua orang pelakon wanita baru itu sudah minta diri dan pulang,ramai yang bertanya kepada Shadim kenapa beliau sering di lihat 'bersih' dari terpalit dengan hal-hal berkaitan skandal bersama mana-mana wanita.
"Aah lah Dim. We all yang dah bekerja lama kat sini langsung tak pernah lihat you bersama mana-mana perempuan. Why?" soal Maya.
"Itulah tu Dim. Director filem porn lain aku ingat dah 'kenyang' mereka tidur dengan macam-macam actress yang involve dalam production mereka. Tapi kau tu nampak lebih 'clean'...." kata Bustamam.
Shadim tersenyum dan mengangguk-angguk.
"I tak nafikan semua tu betul. Hey I must be very professional okey. I'm a director. I don't want to have any scandal or personal relationship with my actress because working as porn movies director will bring me to many woman. Bayangkan kalau I ada menjalin sebarang hubungan dengan sesiapa. Itu akan buat pasangan I makan hati kerana pekerjaan I sering di kelilingi oleh wanita cantik dan berkaitan seks. Lebih parah lagi kalau ia mula melibatkan jealousy. Macam-macam perkara boleh timbul dan merosakkan segalanya. So I must avoid something like that and be professional" ujar Shadim.
Share this novel