LAMA juga mereka duduk dan berbual dekat restoren itu. Kazim bercerita panjang tentang Shadim,Kabil dan Dalib yang telah lama di kenali kerana keluarganya pernah menetap di desa terpencil itu suatu ketika dahulu.
"Shadim memang ada split personality. Dia dah hidup dengan watak Horsehead tu semenjak dari remaja lagi. Dalam sesuatu masa dia adalah Shadim dan dalam masa lain pula dia adalah Horsehead. Saya tak risau kalau dia berada dalam diri sebenarnya, tapi awas kalau dia berada dalam mood Horsehead.." kata Kazim.
"Kenapa?" tanya krew-krew yang berada di situ.
"Setiap kali kostum topeng kepala kuda di sarung,Horsehead akan menjadi sangat kejam dan psikopatik. Dia akan mencari haiwan untuk di bunuh. Biasanya dia masuk ke hutan atau menceroboh ke kawasan rumah sesiapa yang ada membela haiwan ternakkan.
Horsehead pernah tertangkap beberapa kali oleh penduduk sewaktu dia membunuh haiwan ternakkan orang lain. Penduduk juga pernah terserempak dengan Shadim sewaktu beliau melakukan hubungan luar tabii dengan kuda. Dia di belasah dan di beri amaran. Kostum topeng kepala kudanya turut di bakar oleh penduduk. Itu membuatkan Shadim amat marah dan berdendam kepada penduduk.
Tak lama kemudian sesiapa yang terlibat dalam membelasahnya itu pasti akan hilang tanpa dapat di kesan. Saya dan keluarga bersama penduduk lain menjadi resah-gelisah.
Sehinggalah pada suatu hari apabila Shadim dan dua orang adiknya menawarkan saya menyertai mereka melakukan suatu pekerjaan yang mampu meraih pendapatan yang luar biasa. Mereka tunjukkan kepada saya sebuah briefcase dengan wang yang berkepuk-kepuk. Semua itu mereka perolehi dengan cara menjual organ dalaman manusia di pasaran gelap.
Apabila saya tanyakan dari mana mereka mendapatkan bekalan organ dalaman manusia itu,mereka tanpa berselindung memberitahu bahawa mereka telah membunuh beberapa orang penduduk di desa terpencil tersebut. Atau lebih tepat lagi,mangsa adalah orang-orang yang telah membelasah Shadim ketika beliau tertangkap membunuh haiwan peliharaan.
Lama-kelamaan penduduk desa kian berkurangan. Ianya di sebabkan oleh kegiatan jahat Shadim dan adik-beradiknya menculik dan membunuh penduduk. Ramai keluarga telah mengambil keputusan untuk keluar dan berpindah dari situ kerana ketakutan termasuk famili saya.
Sejak itu lama juga saya tidak bertemu dengan tiga beradik tersebut. Berbelas tahun rasanya. Sehinggalah kira-kira pada dua tahun lepas saya terjumpa kembali dengan Shadim sewaktu di KLIA.
Penampilan beliau lebih segak. Beliau sudah pun menjadi pengarah syarikat produksi perfilemannya sendiri. Jadi saya yakin beliau telah berubah dan meninggalkan kegiatan jenayah yang pernah di lakukannya bersama dua orang adik beliau sekitar belasan tahun lalu. Saya juga pada ketika itu percaya Shadim mungkin bukan lagi seorang lelaki psikopat. Kejayaan hidup yang di laluinya mungkin telah berjaya mengubah dirinya kepada hidup normal seperti orang lain.
Saya kembali berkawan dengan beliau dan tumpang bangga dengan kejayaan hidup beliau. Sehinggalah pada suatu ketika beliau menawarkan sejumlah ganjaran lumayan kepada saya untuk berlakon sebagai anak kepada tuan punya rumah kotej itu di hadapan krew produksi perfileman. Beliau juga meminta saya supaya tidak sesekali mendedahkan perkaitan beliau dengan rumah kotej tersebut. Pada mulanya saya cuma di beritahu tentang tujuan beliau ialah ingin mengadakan sesi penggambaran filem dekat situ.
Saya pula mengalami sedikit masalah kewangan. Tawaran dari Shadim itu amatlah menarik minat saya. Bila memikirkan yang saya tidak nampak sebarang silap dan salahnya pun dengan berlakon sebagai anak kepada tuan rumah kotej terbabit, jadi saya terus bersetuju.
Tak lama kemudian setelah pihak produksi tamat menjalani penggambaran dekat rumah kotej terbabit,barulah Shadim memberitahu saya tentang niat sebenarnya berbuat demikian.
Rupanya dia sedang cuba mengheret produksi perfileman beliau dengan dunia hitam ciptaannya yang terkait dengan rumah kotej tu. Dia mahu kamu semua berkenalan dengan dua orang adiknya yang bakal menyusahkan kalian di kemudian hari tapi dalam masa yang sama Shadim akan terus berlakon dan berpura-pura di hadapan kamu"
"Tapi apa tujuannya dia nak buat begitu? Kenapa dia harus merosakkan produksi perfileman miliknya sendiri?" soal Maya.
"Itu soalan yang amat bagus sekali. Kamu semua pasti tertanya-tanya kenapa Shadim sanggup lakukan itu semua bukan? Sebelum itu biar saya ceritakan dahulu betapa sangsinya saya pada niat Shadim ketika beliau memberitahu mahu membiasakan kesemua anggota krew produksi perfileman dengan rumah kotej terbabit.
Saya mulai mendesaknya supaya berterus-terang saja tentang niat dan tujuan sebenarnya berbuat demikian kerana saya cuma melihat rumah kotej itu sebagai sarang kejahatan beliau dan adik-adik nya suatu ketika yang lalu. Saya berharap yang beliau telah berubah menjadi insan yang lebih baik.
Rupanya tidak. Saya tersilap menilai Shadim. Kejayaan hidup tidak menjadikan beliau sebagai seorang yang lebih baik,sebaliknya memberi beliau lebih kuasa dan kawalan untuk memanipulasikan sesuatu demi menjayakan objektif hidup nya yang terlalu hitam,gelap dan songsang.
Shadim mulai bercerita tentang keseronokkan mencipta plot lakonan sebenar serta menjadi dua individu berbeza yang saling bertentangan. Dan di akhir semua itu ialah kematian. Jadi beliau berterus-terang kepada saya tentang bagaimana beliau telah merangka cara kematian dan pembunuhan setiap krew produksi dan pelakon serta jalan cerita yang akan menjurus kepada perkara itu.
Saya terkejut besar. Rupanya Shadim masih lagi seorang psikopat yang hidup dalam bayangan Horsehead sejak sekian lama. Saya berasa menyesal kerana pada awalnya telah bersubahat berlakon sebagai anak kepada tuan rumah. Ia bukanlah kerana ingin menjadikan kawasan rumah kotej itu sebagai lokasi penggambaran filem semata-mata, malah sebaliknya adalah pembuka jalan kepada menjerumuskan krew produksi ke dalam kancah permainan ngeri Horsehead.
Di sebabkan ganjaran lumayan yang telah saya terima sewaktu berlakon sebagai anak tuan rumah, Shadim telah memaksa saya agar bersubahat membantunya dalam menjayakan agenda ngeri itu. Tugasan pertama yang beliau beri ialah menculik pembantu pengarah. Saya tegaskan kepada beliau yang saya tidak akan sesekali bersubahat dengan perkara-perkara jenayah. Beliau cuba membuat saya terperangkap dengan ganjaran yang telah di terima.
Saya beritahu yang saya akan memulangkan semula wang tersebut namun beliau enggan malah beliau mulai mengugut untuk membunuh saya sekiranya saya tidak mahu menculik cik Maya.
Saya berkeras untuk tidak akan melakukan hal semacam itu. Shadim menghantar Kabil dan Dalib memburu saya. Saya melarikan diri ke suatu tempat dan tidak pulang ke rumah selama beberapa hari untuk mengelakkan ancaman mereka termasuk menukar nombor telefon dan tidak pergi bekerja.
Ketika pulang semula ke rumah, saya temui surat ugutan bunuh di bawah pintu rumah saya. Saya tahu saya tak boleh tinggal di situ lagi dan akhirnya membuat keputusan untuk berhenti kerja dan berpindah jauh dari situ"ujar Kazim.
Semua orang termenung jauh mendengar cerita beliau.
"Kau orang ingat lagi pasal video camcorder sewaktu Erin kena penggal kepala dulu? Masa tu kita semua cuba meneka apakah nama yang di sebutkan oleh Erin berdasarkan pergerakkan mulutnya. Di tambah dengan riak wajah Erin seolah-olah dia mengenali si pembunuh. Rupanya sekarang baru kita tahu bahawa Erin berteriak menyebut nama Shadim" kata Bustamam.
"Shadim memang seorang pelakon terbaik dan berani mati. Malah beliau sendiri yang ulang main video camcorder tersebut berkali-kali dan mendesak kita meneka apakah sebutan nama yang keluar dari mulut Erin" kata Maya masih takjub dengan hal tersebut.
"Sebab tu lah Sal rasa pelik. Masa Horsehead muncul dan cekik leher Shadim...Sal perasan tubuh Horsehead sedikit berisi dan berbeza dari Horsehead yang kita jumpa sewaktu buat penggambaran kat rumah kotej dulu. Rupanya Kabil yang menyamar menjadi Horsehead pada malam tu" kata Salma.
"Itu sebahagian dari lakonan mereka agar pihak produksi benar-benar yakin bahawa Shadim dan Horsehead adalah dua individu berbeza" kata Kazim.
"Aku masih ingat lagi pada hari aku dan Raziq pergi ke rumah kotej tu. Kami mengintai dekat luar bangsal kuda dan terlihat perlakuan seksual Horsehead bersama seekor kuda jantan. Aku nampak bagaimana dia begitu ghairah di liwat oleh kuda itu dalam keadaan memakai dress sequin wanita yang seksi serta kostum topeng kepala kuda. Dia turut di bantu oleh adiknya si Dalib. Kemudian aku teringatkan pula waktu babak penggambaran penyimpangan seksual Horsehead..."
"Uhhh...Sal masih tak boleh bayangkan perkara tu. Rupanya Sal lakukan babak tu bersama Shadim"kata Salma.
"Shadim mempunyai orientasi seksual yang sangat menyimpang. Beliau tidak mempunyai keinginan terhadap hubungan heteroseksual normal di antara lelaki dan wanita. Beliau juga bukan seorang homoseksual. Saya pernah cerita pada Salma dulu...saya pernah terserempak dengan Horsehead memenggal kepala seekor rusa. Kemudian melalui leher rusa yang memancutkan darah membuak-buak tu beliau masukkan zakar dan anda faham-faham sendiri lah perlakuan seks bagaimana yang di lakukannya itu. Sungguh mengerikan dan jijik"
Yang lain-lain ada yang menutup wajah dan berasa amat terganggu dengan apa yang Kazim sampaikan itu.
"Okey I dah rasa nak pengsan membayangkan semua tu. I tak sangka Shadim sampai begitu sekali?" kata Maya dengan wajah yang kurang sedap.
"Satu-satunya cara Shadim dapat bersama wanita ialah dengan cara menukar dirinya kepada watak Horsehead ciptaannya yang beliau percayai sebagai siluman kuda wanita yang berkeingan kepada wanita manusia tapi dengan syarat beliau mesti menjadi 'wanita' dalam perhubungan tersebut.
"Dan itulah babak songsang yang dia minta pihak produksi jalankan penggambarannya dulu" kata seorang krew lain.
"Sebab tu lah kita semua tak pernah lihat Shadim bersama mana-mana perempuan. Hairan kan? seorang pengarah filem lucah boleh begitu kebal dari godaan wanita-wanita cantik. Sekarang kita dah tahu orientasi seksual beliau. Jelik lagi pelik" kata Bustamam.
"Yang lebih tak masuk dek akal ialah kita semua terpaksa jalani penggambaran babak bersama Horsehead demi menyelamatkan Shadim yang hebat sekali lakonan beliau" kata Samji.
Share this novel