MAYA yang sendirian di premis studio berasa pelik apabila hari ini tiada seorang krew pun yang hadir bekerja. Puas di hubunginya setiap dari mereka namun tiada seorang pun yang menjawab panggilan mahupun membalas mesej.
Akhirnya Maya terduduk lesu dekat meja pejabat. Dia sendiri berasa hairan dan pelik kenapa mereka semua buat begitu? Atas sebab apa? Dia sendiri pun tidak tahu.
Panggilan dari Salma masuk ke smartphone. Pantas Maya menjawab panggilan.
"Maya you ada kat premis ke tu?"
"Aah Sal. I ada kat premis sorang-sorang je ni. Kalau you nak tau,sejak semalam lagi krew produksi dah mula buat hal. Sorang demi sorang ghaib. Hari ni seorang pun tak nak datang bekerja dah. I call hantar mesej pun tak di jawab. I tak tahu apa dah jadi dengan mereka semua" kata Maya.
"Maya...mereka semua ada kat rumah Fizi sekarang. Ada suatu rahsia yang menakutkan Abang Bustamam dan Samji jumpa kat bilik larangan dalam premis"
"Rahsia menakutkan apa tu Sal? kenapa mereka tak bagitahu kat i?"
"Dari rahsia tu timbul salah faham. Mereka sangkakan you yang bersubahat dengan Horsehead nak bunuh setiap krew produksi. Sebab tu mereka tak mahu kembali ke premis"
"What? apa rahsia tu Sal?"
"Nanti we all cerita kat you. I dengan Kazim on the way ke premis sekarang untuk selamatkan you. Maya cepat beredar keluar dari premis sekarang"
"Okey Sal"
Panggilan berakhir.
Maya masih di serang hairan dengan rahsia yang di perkatakan oleh Salma. Dan lebih mencengangkannya lagi ialah Salma dan Kazim hendak ke situ menyelamatkan dirinya dari siapa?
Setelah mengemaskan beg tangannya, Maya pun bangun dari kerusi dan berpaling. Shadim sudah berdiri tercegat di belakangnya seperti patung.
"Eh Dim? bila you sampai? Tapi elok jugaklah you balik lebih awal sehari. Produksi kita dah huru-hara Dim. Krew semua dah cabut lari. Tadi Sal call beritahu i mereka jumpa suatu rahsia menakutkan dekat dalam bilik yang you suruh I larang keras setiap krew masuk tu. Tapi I tak tahu rahsia apa" kata Maya.
Shadim masih diam terpaku melihat ke arah Maya tanpa sebarang ekspresi.
"Dim you dengar tak i cakap ni? None of our crew will come back to work. According to Salma,they found something scary in that room"kata Maya sambil tunjuk ke arah bilik larangan masuk yang terletak tidak jauh dari pejabat studio.
"Why? you takut ke Maya?"kata Shadim sambil tersenyum dan mengangkat keningnya sebelum ketawa menjadi-jadi pula. Itu menimbulkan kehairanan di hati Maya.
"Shadim I tak bergurau ni okey"
"I pun tak berminat nak bergurau dengan you Maya. Now everyone has already found out the truth. All has been plotted well from the beginning. But I must admit that I'm so careless. I should not hide the book and my family photos there. But don't worry... the show must go on. My two beloved brother will always there to help me Maya" kata Shadim tersenyum.
"Apa you cakap ni Dim? I tak fahamlah"soal Maya.
"Maya you know what...seorang pelakon terbaik bukanlah mereka yang sekadar mampu menjiwai sesuatu watak di hadapan kamera,sebaliknya adalah mereka yang mampu mengadaptasikannya ke dunia nyata tanpa seorang pun berjaya mengesan lakonan yang sedang beliau pentaskan. Orang seperti ini mampu menjiwai dua watak yang amat berbeza malah sekaligus menciptakan jalan cerita dan plot yang amat rumit serta mampu pula mengolah jalan cerita sekiranya terdapat sebarang kemungkinan yang bakal menyebabkan terbongkarnya sebuah lakonan hebat"
"Okey I dah semakin tak faham. Apa benda semua ni Dim?" kata Maya.
"I feel pity for you Maya. You're too naive. Since everyone has discovered who I am...now take a look at this picture" kata Shadim sambil meraba ke dalam kocek seluarnya. Sekeping foto di serahkan kepada Maya.
Apabila melihat foto Shadim bergambar mesra bersama Kabil dan Dalib serta-merta Maya di serang ketakutan.
"Apa semua ni Dim? sejak bila you berkawan dengan...
"Oh no...they're my beloved brother Maya. The only family that I have since our late father and mother pass away long long years ago. Why Maya? you terkejut ya...everyone scared of Horsehead... but all the time you're working with him. His your boss. He's a successful director and a real good actor Hahahahaha"
Maya terjerit ketakutan. Foto di tangannya langsung terlepas.
"Kenapa you nak bagitahu I semua ni Dim?"
"Sebab semua orang dah tahu rahsia tentang buku MORBID dan perancangan I untuk memplotkan pembunuhan dan kematian setiap krew dan pelakon termasuk you Maya. That's why no one would come back here again" kata Shadim tersenyum. Dia kemudian meraba ke dalam kocek bajunya dan mengeluarkan suatu peranti. Ia adalah alat penukar suara yang biasa di gunakannya untuk menyembunyikan suara asalnya ketika bertukar menjadi karakter Horsehead.
"Are you scared Maya?....hahahahaha" kata Shadim dengan suara seperti robot wanita.
Maya yang ketakutan cepat-cepat mencapai beg tangannya dan ingin beredar, namun Shadim lebih pantas menghalangnya.
"Lepaskan I Dim...lepaskan lah!"
Maya terjerit kuat sambil bergelut dengan pengarah psikopatik itu. Rambutnya di tarik dengan kuat sebelum..
BAMM!
Wajah Maya di hempas ke suatu dinding.
"Arghhhhh!"
Maya menekup wajah yang berlumuran darah. Shadim lebih pantas mengunci leher pembantu pengarah itu dengan lengannya dari belakang tubuh Maya. Sebelah tangan lagi mengacu pisau.
"Jangan cuba melawan Maya. Atau kalau tidak i kelar leher you. Diam dan ikut je I pulang ke rumah kotej. Don't worry.... according to my MORBID book,you're the last one to be killed after all crew member,actor and actress has been murdered"
Maya tiada pilihan. Darah yang meleleh banyak dari hidung dan dahi membuatkan dia sedikit pening.
Selepas mengunci pintu premis,Shadim membawa Maya turun ke tingkat bawah. Ada mereka terserempak dengan beberapa orang lain. Namun Shadim terlalu pandai bersandiwara dan berlakon. Dia berpura-pura sedang memapah Maya.
"Kenapa tu?" tanya seseorang.
"My assistant got a little accident. Don't worry...I bawak dia pergi klinik" balas Shadim.
Orang-orang lain dekat bangunan itu sekadar mengangguk.
Ketika pintu kereta telah di buka, Maya meronta-ronta sehingga Shadim terpaksa mengacukan pisau sekali lagi hingga Maya ketakutan dan terpaksa akur. Pada ketika itu dari kejauhan kereta yang di naiki oleh Kazim dan Salma telah muncul dan melihat aksi Shadim yang sedang memaksa Maya masuk ke dalam keretanya.
Kereta BMW Shadim meluncur pergi bersama Maya di sisi. Namun berjaya di pintas dan di blok oleh kereta Kazim hingga menyebabkan Shadim terpaksa berhenti di bahu jalan.
Kazim dan Salma pantas turun dari kereta. Di kesempatan itu Maya cepat-cepat membuka pintu kereta dan melompat keluar. Salma segera meluru dan menyambut pembantu pengarah yang sedang menangis ketakutan itu.
Kazim pula cuba untuk menangkap Shadim,namun Shadim lebih pantas mengundurkan keretanya dan ingin melanggar Kazim namun gagal kerana Kazim telah dapat mengagak tindakkan tersebut dan dia berjaya mengelak.
Kereta BMW Shadim akhirnya meluncur pergi.
Bustamam bersama seorang dua krew tiba di situ. Mereka menarik nafas lega bila melihat Maya selamat walaupun pembantu pengarah itu mengalami sedikit luka di dahi dan pendarahan hidung. Mujur Kazim dan Salma tiba lebih awal.
Kemudian mereka semua bergegas ke hospital di mana Fizi yang telah di langgar oleh Shadim di hantar. Hanya tangisan sedih dan kesal terluah oleh mereka apabila doktor mengesahkan Fizi mengalami kecederaan parah dan kepatahan tulang yang serius serta tidak dapat di selamatkan. Fizi meninggal dunia sewaktu di dalam perjalanan ke hospital.
Apa yang berlaku terlalu ngeri dan berat untuk di terima. Fizi akhirnya menyusul nasib krew-krew produksi yang telah pergi sebelum ini iaitu Raziq, Erin dan Zizi sekaligus telah membuatkan perancangan plot pembunuhan yang di rancang ke atasnya menjadi sebuah kenyataan.
Pulang dari hospital, mereka semua berkumpul di suatu tempat dekat sebuah restoren terbuka. Sebuah meja panjang yang terletak di sudut agak jauh sedikit dari pelanggan lain di pilih agar membolehkan mereka duduk bersama,berbincang dan sebagainya.
Maya masih gamam dan membisu sejak tadi. Selera makannya terbantut dek gara-gara apa yang telah di laluinya tadi,di tambah dengan berita perginya Fizi. Semua ini terlalu tiba-tiba dan amat sukar untuk di terima nya. Jauh dia termenung bersama seribu macam perasaan yang bercampur-baur.
Walaubagaimanapun Maya berterima kasih sangat kepada Salma dan Kazim. Dia masih terkejut dan sukar mempercayai fakta bahawa Shadim yang di percayainya selama ini sendiri adalah igauan mimpi ngeri yang di takuti oleh seluruh warga krew produksi perfileman.
"Sal...kalaulah you dengan Kazim tak datang tadi...agaknya apalah nasib i..." kata Maya bersama linangan air mata membuatkan Salma terpaksa menenangkan pembantu pengarah terbabit.
Bustamam dan Samji menceritakan kembali segala-galanya bagaimana pada mulanya mereka terjumpa buku menakutkan itu dan menyangkakan bahawa Maya di sebalik semua itu sebelum Kazim membetulkan fakta yang sebenarnya.
Kandungan dalam buku terbabit di dedahkan termasuk setiap perancangan jahat yang telah di rangka lebih awal oleh Shadim demi mengorbankan setiap krew dan pelakon.
... BERSAMBUNG...
Share this novel