Act 4/Scene 4

Thriller Series 26656

LANGIT pagi membiru cerah. Lepas menyiram pokok-pokok bunga milik ibunya,Salma pun pergi ke dapur membantu ibunya menyediakan sarapan.

"Sal...sarapan dah siap ni. Pergi kejutkan Kazim. Kita sarapan sama-sama ya" kata Nurah sambil meletakkan teko air milo panas di meja.

"Baik bu"

Salma pergi ke bilik tidur mengejutkan Kazim yang masih lena.

"Abang...bangun bang. Sarapan dah siap" kata Salma mengusap ke pipi Kazim.

"Mmh...Sal...sedapnya bau nasi lemak dari dapur. Lapar perut abang" kata Kazim menggeliat seketika.

"Ahahaha jom kita ke dapur"

Kazim tersenyum.

"Sekejap ya,abang nak cuci muka gosok gigi dulu"

"Okey"

Kazim bangun mencapai tuala yang di berikan oleh isterinya Salma. Semenjak majlis  perkahwinan mereka selamat di adakan secara sederhana kira-kira seminggu yang lalu,kini Salma dan Kazim hidup bahagia sebagai pasangan suami isteri.

Ketika baru mereka duduk nak bersarapan, Rubikah iaitu kakak sepupu Kazim datang bertandang.

"Waalaikumsalam cikgu Bikah masuklah...jom kita bersarapan sekali" kata Salma yang menyambut di pintu.

"Aah elok jugak lah tu. Ni cikgu ada bawa kuih-muih banyak. Nak bersarapan sekali dengan Sal, Kak Nurah dan Kazim" kata Rubikah lalu menyerahkan bungkusan kuih-muih kepada Salma.

"Wah meriah nya sarapan pagi ni. Baru je semalam Sal dengan abang bertanya kat ibu tentang cikgu, hari ni betul-betul cikgu datang"kata Salma.

"Hari ni cikgu amek cuti. Sajalah nak kemari nak jenguk kalian semua"

Salma tersenyum mengangguk-angguk. Dia pun membawa cikgu Rubikah ke dapur. Mereka bersarapan berempat pagi ni. Meriah dengan gelak ketawa dan pelbagai cerita.

"Amboi berseri tengok Sal dan Kazim sejak dah jadi suami isteri ni. Kak Nurah pun happy je sejak dah ada menantu" kata Rubikah.

Nurah,Salma dan Kazim tertawa.

"Syukurlah. Akak memang gembira sangat Bikah. Iyelah kan...akak risau kalau nanti bila akak dah tak ada,siapa pulak nak jaga Salma. Sekarang Kazim dah ada jadi menantu akak,lapang sikit dada" kata Nurah.

"Ibu jangan risau ya. Saya berjanji akan jaga Sal sebaik-baiknya" kata Kazim tersenyum.

Tiba-tiba panggilan masuk ke smartphone Salma. Nama Bustamam tertera pada nama si pemanggil. Dia pun menjawabnya.

"Waalaikumsalam abang Bustamam. Ya Sal ada kat rumah ni...kenapa ya?"

Bustamam pun memberitahu segalanya kepada Salma tentang apa yang berlaku dalam produksi. Tentang penemuan buku MORBID yang menakutkan. Juga tentang perancangan dan komplot sulit Maya bersama Horsehead yang ingin mengorbankan nyawa setiap ahli krew produksi dan para pelakon.

"Sal...abang dan krew-krew lain dah call setiap pelakon yang pernah terlibat bernaung bawah produksi perfileman Shadim dan maklumkan kepada mereka tentang hal ni. Sekarang ni kami semua tak akan kembali ke premis tu lagi. Semua ni mereka dah plot sejak dulu lagi. Senarai biodata lengkap kita semua ada dalam buku ni termasuk bagaimana caranya setiap dari kita akan di bunuh. Nama Sal pun ada tersenarai kat dalam ni. Termasuk Kazim. Mereka dah lama rancang nak bunuh Kazim tapi Kazim terlepas. Tapi mereka masih terus buru Kazim untuk di bunuh"

Salma tergamam sambil menekup mulut. Dadanya berdebar-debar kencang sambil terus fokus mendengar kata-kata dari Bustamam di hujung talian.

"Sal kalau ada Maya call atau nak ajak jumpa,Sal jangan sesekali jawab atau pergi berjumpa dengan dia. Apa-apa hal pun kita semua kena tunggu Shadim pulang dari Bulgaria esok dan kita akan bersama-sama laporkan kat dia. Hari ni kami semua berkumpul kat suatu tempat rahsia untuk melindungi Fizi sebab kalau ikut tarikh yang di catat dalam buku sihir mereka ni Fizi akan di bunuh hari ni dengan memplotkan kematian Fizi sebagai kemalangan"

Langsung Salma hilang selera makan. Kakinya terasa lemah bagai hilang darah.

"Oh ya lagi satu. Waktu kita terserempak kat hotel Jelly Star dulu...Kazim ada sebut tentang nak selamatkan krew produksi perfileman Shadim kan? Jadi boleh tak Sal tolong aturkan pertemuan kami dengan Kazim? Rasanya Kazim lebih arif tentang perancangan jahat Horsehead" pinta Bustamam.

Salma pun memberitahu kepada suaminya Kazim tentang hasrat untuk bertemu itu. Kazim bersetuju.

"Baiklah abang Bustamam... Kazim dah setuju nak berjumpa. Apa-apa pun Sal kena beritahu segalanya kat Kazim dan berbincang dulu ya" kata Salma.

Bustamam bersetuju. Dia memberitahu kalau boleh pertemuan itu perlu di adakan pada hari ini juga.

Panggilan pun tamat.

Lepas bersarapan Salma pun memberitahu segalanya pada Kazim dan suaminya tidak terkejut dengan semua itu kerana sudah lama mengetahui perkara terbabit. Akan tetapi Salma sedikit takut dan cemas.

"Sal...abang dah beritahu Sal sejak dari dulu lagi kan. Mereka nak bunuh seluruh anggota krew produksi. Tapi mujurlah rahsia mereka terbongkar juga akhirnya sebab perkara ni rumit untuk krew produksi percaya melainkan mereka menemui sendiri buktinya. Cuma...cuma..." kata-kata Kazim terhenti kat situ.

Salma memandang ke wajah suaminya.

"Cuma apa bang?" soalnya.

"Berkaitan pembantu pengarah tu..."

"Kenapa dengan Maya abang?"

Salma jadi semakin ingin tahu.

"Ada kaitan dengan suatu fakta ngeri yang abang cuba nak bagitahu Sal selama ni. Macam abang cakap dulu..Sal mungkin sukar nak percaya. Tapi abang kena beritahu juga pada Sal sekarang. Abang harap Sal dah bersedia nak dengar sebab ini sangat penting. Kita tak mahu ada nyawa orang yang tak bersalah melayang" kata Kazim.

Salma berfikir sejenak. Memang sejak dari dulu lagi Kazim hendak memberitahu hal terbabit. Tapi hari ini dia harus berani untuk mendengarnya.

"Baiklah abang...Sal dah sedia nak dengar"

Kazim pun membisikkan sesuatu ke telinga Salma sebelum Salma tersentak dan tergamam sambil menekup mulut. Dadanya berombak kencang. Ketakutan segera menyelubungi diri.

Apakah sebenarnya rahsia yang di sampaikan oleh Kazim kepada Salma? Apakah yang di maksudkannya dengan fakta yang mengerikan itu?

                        ******

Sementara tu ahli krew produksi perfileman Shadim telah berkumpul beramai-ramai dekat sebuah kawasan perumahan flat atau lebih tepat lagi di rumah Fizi.

Hari ini mereka semua akan bersama-sama memberi perlindungan kepada Fizi kerana Horsehead di jangka akan muncul merealisasikan plot pembunuhan ke atas jurukamera utama produksi itu.

"Okey aku dah bagitahu Salma dan mintak tolong dia aturkan pertemuan dengan Kazim. Kalau tak ada aral melintang nanti Salma datang dengan Kazim ke sini" beritahu Bustamam kepada krew lain yang berkumpul di rumah tamu rumah.

Fizi kelihatan amat sugul hari ini. Banyak dia termenung. Resah-gelisah menyerang dirinya bertalu-talu. Namun mujurlah rakan-rakan krew datang beramai-ramai untuk memberi perlindungan kepada dirinya.

Samji menepuk ke bahu Fizi cuba menenangkan perasaannya.

"Aku harap kau tenang bro. Kami semua akan ada kat sini temankan sepanjang hari. Kalau kau masih tak rasa okey dan ketakutan, aku dan lain-lain boleh temankan selama beberapa hari" kata Samji.

Fizi mengangguk lesu.

Tiba-tiba ada panggilan masuk ke telefon Fizi. Nama Shadim tertera dekat skrin. Dia menarik nafas lega kerana pengarah itu sanggup pulang lebih awal setelah di maklumkan tentang penemuan yang menggemparkan itu melalui kiriman email.

"Siapa call tu?"

"Encik Shadim. Agaknya dia dah sampai kat KLIA kot" balas Fizi dengan senyuman syukur dan lega. Anggota krew lain juga berasa sedikit aman bila mendapat tahu hal tersebut.

Panggilan di jawab.

"Encik Shadim boleh datang ke rumah saya tak? Sebab kami semua berkumpul dekat sini. Saya tak boleh keluar ke mana-mana hari ni sebab dalam buku MORBID tu dah catat yang pihak mereka nak bunuh saya pada hari ni juga. Boleh ya? Baiklah... nanti bila Encik Shadim sampai kat perkarangan flat,call saya balik ya? Okey Encik Shadim..terima kasih"

Panggilan berakhir.

"Macam mana Fizi?"

"Encik Shadim ada kat KLIA. Dia on the way ke sini" balas Fizi.

"Fuh lega...kali ni Maya akan terperangkap. Apa-apa pun kita ikut bagaimana tindakkan yang Shadim akan ambil" kata Bustamam.

Tak lama kemudian Fizi menerima panggilan dari Shadim. Tuan pengarah itu sudah pun tiba di perkarangan kawasan flat rumahnya.

Kesemua anggota krew menarik nafas lega dan syukur.

"Kau orang tunggu sini. Aku turun sekejap untuk ambil Encik Shadim naik ke mari" kata Fizi.

Yang lain-lain mengangguk.

Fizi pun bangkit menuju ke pintu dan beredar. Dari balkoni tingkat tiga rumah flat itu dia sudah dapat melihat kereta BMW Shadim sedang menanti dekat bawah. Dia pun berjalan turun tangga.

Dalam seminit kemudian,panggilan Salma masuk ke telefon Bustamam. Cepat di jawabnya panggilan itu.

"Sal...kami semua ada kat rumah Fizi ni"

"Abang Bustamam... Fizi ada situ tak?" tanya Salma di hujung talian.

"Fizi turun ke tingkat bawah Sal. Encik Shadim pulang awal sehari. Dia pun dah sampai tu sedang tunggu Fizi jemput naik ke atas"

Tiba-tiba Bustamam terkejut bila terdengar Salma terjerit ketakutan di hujung talian.

"Sal...Sal kenapa tu?apa dah jadi?"

"Kazim dah bagi tahu Sal segalanya. Bukan Maya bang...bukan...tapi Shadim"

"Apa?! betul ke ni Sal?!"

Bergegas Bustamam mengajak yang lain-lain untuk turun. Tepat ketika mereka keluar dari pintu dan melihat ke bawah melalui balkoni tingkat tiga rumah flat itu,Fizi terhumban di langgar kereta BMW Shadim sebelum terbaring berlumuran darah.

Alangkah terkejut anggota krew produksi hingga terjerit ketakutan. Ada yang pengsan dan meraung.

"Tak guna! Shadim rupanya...kita semua tertipu selama ni. Sekarang kita berpecah dua kumpulan. Satu ikut aku. Kita kena cepat cari Maya. Maya dalam bahaya sekarang! Yang lain tolong uruskan Fizi" kata Bustamam.

Mereka semua bergegas turun. Di kala itu dah ramai juga penduduk flat yang berlari ke jalan untuk melihatkan jasad Fizi yang tersadai kaku dalam limpahan darah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience