Act 4/Scene 1

Thriller Series 26656

SEJAK terserempak dengan Salma dan Kazim,warga produksi perfileman Shadim mulai percaya bahawa ada kemungkinan actress itu bertindak sebagai perisik senyap bagi Kazim yang di percayai bersubahat dengan Horsehead.

"Dim...tak baik lah kita nak tuduh Salma macam tu" kata Maya yang masih ragu.

"Setelah terbongkar rahsia Salma berkawan dengan Kazim you masih enggan percaya lagi Maya? Kalau bukan kita terserempak dengan mereka kat hotel Jelly Star kelmarin,you ingat Sal nak beritahu kita tentang hubungan dia dengan Kazim?" soal Shadim yang duduk di meja dalam pejabatnya dengan wajah kesal.

TUKK... TUKK..TUKK...

Pintu pejabat itu di ketuk. Seorang krew wanita tercegat.

"Maaf Encik Shadim... Maya...Salma ada kat luar. Dia nak jumpa"

"Hm good. I pun tak sabar nak dengar explanation dari mulut dia. Anjali,you suruh dia masuk sini" kata Shadim.

"Baik Encik Shadim"

Krew wanita itu pun beredar.

Seminit kemudian Salma terpacul kat pintu. Maya segera mendapatinya.

"Maya..."

"Sal...I'm glad you coming. I ingat you tak akan datang kemari lagi after what happen last night" kata Maya.

"Don't worry Maya, I will not run from it. I juga tak akan menafikan apa yang you all lihat malam semalam berkaitan hubungan Sal dengan Kazim" balas Salma.

"Then you gonna explain about it Salma. Take a sit" sampuk Shadim yang sudah terdengar kata-kata Salma.

Salma melabuhkan punggung atas kerusi di meja sambil duduk menghadap Shadim. Maya juga duduk di kerusi sebelahnya.

"I'm so sorry Encik Shadim. I know this  might pisses you off. I know how you hate Kazim so much. Don't worry...at least you have a huge point to put hate on him. Me and the whole production crew believe that Kazim was responsible introducing us to Horsehead. Kazim also admit to me about it. He didn't deny about it because at the beginning he did it because desperate for money that production have offer to him. But later on he regret about it. He realize that Horsehead actually planning some big secret and evil agenda on your production house. Encik Shadim masih ingat lagi kan sewaktu Kazim melarikan diri dari produksi dulu?"

"Of course. How can I forget about that damn thing? He won't answer any call or reply any mesej from us. He suddenly gone just like that. I will not forgive him of his irresponsible attitude. That's what rage my anger and hate toward him. Well by the way...kenapa dengan hal tu?" soal Shadim.

"Kazim melarikan diri bukan sebab tak mahu bertanggungjawab. Dia amat tertekan pada waktu tu. Sebenarnya Kazim yang telah di arahkan oleh Horsehead untuk culik Maya,tapi dia ingkar dan enggan sebab tak mahu bersubahat dengan kerja-kerja jahat Horsehead. Then Horsehead buru dan nak bunuh Kazim. And in the same time Encik Shadim dan produksi juga tengah bengang dan cari Kazim. So dia terpaksa cabut lari,berpindah rumah,tukar nombor telefon dan berhenti kerja" ujar Salma.

Maya yang duduk di sebelah Salma hanya diam dan memberi sepenuh tumpuan kepada cerita Salma.

"Pertama kali Sal terserempak dengan Kazim dulu sewaktu temankan ibu Sal kat groceries. Waktu tu Sal kejar dia hingga ke parking lot. Sal marah dengan beliau di atas perbuatan tidak bertanggungjawab beliau hingga menjerumuskan produksi ke dalam bahaya. Tapi lepas dia jelaskan semuanya barulah hati Sal berubah. Dia memang nampak tertekan sangat waktu tu. Jadi Sal fikir adalah tidak wajar untuk mendedahkan hal keberadaan Kazim kepada pihak produksi kerana itu akan menyusahkan hidup beliau sedangkan beliau sanggup ingkar dan berpaling tadah terhadap Horsehead kerana tidak mahu melakukan kerja-kerja jahat Horsehead ke atas pihak produksi" ujar Salma lagi.

Shadim masih diam memikirkan cerita Salma.

"Entahlah Sal...I'm not sure if i can simply believe his story. Kalau betul kenapa dia tak jujur je beritahu hal ni kepada produksi dulu?" kata Shadim.

"Soalnya kalau dia buat begitu pun pihak produksi nak percaya ke cerita dia?" kata Salma.

"Percaya atau tidak itu soal kedua. Pokoknya kalau dia betul-betul ikhlas dan bertanggungjawab di atas keselamatan kita,he should give us a warning about Horsehead. Ini tidak,dia cabut lari and langsung senyap macam tu je. How can you easily believe him Salma?"

"Terpulanglah samada Encik Shadim nak percaya atau tidak. Sal dapat rasa bahawa Kazim tidak berbohong" kata Salma.

"Sal...we all nampak you berpegangan tangan dengan Kazim semalam. What is that means?" tanya Maya yang sejak dari tadi mendiamkan diri.

"Kazim rapat dengan mother I. Dia buat perniagaan menjual bunga-bunga dan baja-baja pokok. Ibu Sal banyak beli bunga-bunga dari dia. Kazim yang banyak tunjuk ajar ibu tentang cara-cara penjagaan bunga-bungaan. Kadang-kadang dia tak nak amek bayaran pun dari ibu Sal. So ibu I berkenan nak jadikan Kazim menantu. Sal sendiri pun sejak mengenali Kazim melalui kepakarannya tentang pelbagai tanaman pokok-pokok dan bungaan dah mula dapat mengubah persepsi dan pandangan Sal tentang Kazim. Dia seorang lelaki yang amat berbeza dari apa yang kita anggap dia selama ini. Kami mulai keluar bersama dan kira-kira sebulan dua yang lalu Kazim luahkan perasaannya pada Sal. Sal jadi terharu kerana Kazim dapat terima diri Sal seadanya walaupun dia tahu Sal ni perempuan kotor dan hina kerana berkecimpung dalam dunia filem lucah. Tapi Kazim tak kisah tentang semua itu malah dia sedia bimbing hidup Sal kalau Sal mahu terima cinta dia. Sal pun dah mula menyayangi Kazim dan amat mencintai Kazim" ujar Salma panjang lebar.

"There's a million guy out there Salma.. why him?" soal Shadim.

"I'm so sorry Encik Shadim. I know you  feel disappointed with me. Sal sendiri pun tak jangka semua ni. Tak rancang pun. I keep silent and not telling everybody because nak jaga hati dan perasaan Encik Shadim kerana Sal tahu Encik Shadim masih marah dan bencikan Kazim. I'm trying hard to keep it as secret. I don't want to break your feeling. I still respect you as my boss,my director and the one who has teach me a lot of thing about film acting. The one who always there giving hand when I was in a hard time and need a help. But suddenly last night...."

Salma tiba-tiba sebak dan mengesat air mata. Maya menepuk-nepuk ke bahu Salma.

"Things already happen Salma. Me and Maya and the rest of production team love you. You're the best actress we ever had. But yea..I just can't hide my feeling. Matter between you and Kazim really hurt me. To be honest I feel betrayed by you" kata Shadim berterus-terang.

Apabila sudah berasa tenang sikit Salma pun memberitahu keinginannya untuk mengundur diri dari dunia perfileman lucah.

"Sal dah fikir untuk berhenti sejak mula bercinta dengan Kazim beberapa bulan lalu lagi tapi di sebabkan masih terikat dengan kontrak kan..."

"Sepatutnya you tak boleh berhenti selagi kontrak masih berjalan,tapi kalau you dah nekad nak mengundur diri I rasa I boleh benarkan. Lagipun after I realize that you have special relationship with Kazim, I tak rasa boleh bekerjasama dengan you lagi Salma" kata Shadim.

"Yup.." balas Salma.

"Wait...wait...tak boleh ke kita cari jalan penyelesaian yang lebih baik?" celah Maya.

"I tak paksa Salma berhenti. Lagipun memang dia dah niat nak quit" kata Shadim.

Maya memandang kepada Salma.

"Salma... kontrak you masih panjang lagi kan? please undo your decision. Produksi masih memerlukan khidmat you. Mana nak cari pelakon yang mantap seperti you lagi?"pujuk Maya.

"Sorry Maya...Sal tak boleh teruskan lagi semua ni. Sal dah tak sanggup nak buat Kazim terluka dengan karier Sal yang memerlukan sentuhan fizikal bersama lelaki lain. Harap you faham" kata Salma.

Maya kelihatan kecewa.

Salma mengucapkan terima kasih kepada pengarah dan pembantu pengarah terbabit kerana telah melayaninya dengan baik sepanjang dia bernaung di bawah produksi perfileman terbabit. Banyak kenangan suka-duka yang telah mereka lalui bersama.

Dalam sebak Salma memeluk Shadim dan Maya.

"Salma... thank you for your kind cooperation with us. Working with you is always the best moment. After this I hope we are going to find someone that can handle the job as good as you. Me and Maya wish you all the best" kata Shadim sambil menggosok-gosok di belakang tubuh Salma yang erat memeluknya.

Maya juga bergenang-genang air mata. Puas di pujuk tapi apakan daya... Salma telah membuat keputusan untuk mengundur diri dari dunia perfileman bersama produksi tersebut.

"Salma...bila senang nanti kita keluar dan berjumpa ya?" kata Maya.

"Okey Maya" balas Salma sambil menguntum senyuman.

Ramai juga anggota krew produksi yang terasa sedih dengan perpisahan itu. Mereka melambai sebelum Salma berjalan pergi dan hilang dari pandangan.

... BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience