MEMANG benar seperti yang di duga oleh Kazim. Keempat-empat tayar kereta yang di naiki itu bocor dengan teruk.
"Ya ampun teruknya lah bang"kata Salma terlopong melihat tayar-tayar itu sambil menyuluh dengan flashlight dari telefon pintarnya.
"Patutlah terhuyung-hayang kereta ni tadi"kata Nurah sambil mendukung cucunya.
"Aduh macam mana ni bang? tayar ganti cuma ada satu je dalam bonet"kata Salma.
"Hm memang tak boleh buat apa-apa pun Sal. Kalau ada empat tayar ganti pun agak sukar nak buat kerja dalam keadaan jalan gelap-gelita macam ni"kata Kazim. Fikirannya berserabut seketika.
Apabila di periksa betul-betul,mereka menemui hamparan seperti spike trap di atas permukaan jalan yang di lalui tidak jauh dari kereta. Tahulah mereka kini punca sebenarnya kebocoran tayar tersebut.
"Aduh..siapa pulaklah yang punya kerja letak spike trap atas jalan ni?"kata Kazim menggeleng kesal.
Hamparan jerangkap berduri itu di gulung-gulung dan di humban ke tepi jalan supaya tidak membahayakan pengguna lain yang melalui jalan tersebut nanti.
Ketika Kazim ingin menghubungi khidmat towing, tiba-tiba muncul sebuah kenderaan lain dari arah hadapan.
Lampunya terang menyala menyilaukan mata. Ketika ia lalu dekat sebatang tiang lampu yang bercahaya,barulah jelas yang ianya adalah sebuah lori trak tunda.
"Hah elok jugaklah ada trak tunda datang"kata Kazim lalu membatalkan hasrat untuk menghubungi servis towing.
Salma dan ibunya Nurah menyilang tangan ke wajah kerana terlalu silau dek cahaya lampu lori trak tunda itu.
Apabila lori itu berhenti,seorang lelaki melompat turun.
"Kazim...Salma...how are you? Long time no see"kata lelaki pemandu trak tunda terbabit.
Walaubagaimanapun wajahnya tidak nampak jelas dek kerana cahaya lampu tinggi trak tersebut terlalu terang dan menyeluruh.
"Siapa?"soal Kazim.
Salma pula berasa tidak sedap hati. Rasanya dia seperti pernah mendengar suara itu suatu ketika dahulu. Lama bertahun dulu.
"Eh orang towing tu kenal Kazim dengan Sal. Kawan kau orang ke tu?"kata Nurah.
"Entahlah bu. Tak jelas pulak wajahnya"
"Well...sepanjang lima tahun tak jumpa ni tak sangka you all dah ada anak lelaki yang comel ya..wow"kata lelaki tu lagi.
"Bang...Sal rasa tak sedap hatilah"kata Salma sedikit berbisik kepada suaminya.
Kazim masih memaku pandangan,cuba mengecam identiti lelaki trak tunda yang sedang berdiri beberapa puluh meter di hadapannya.
"Nenek..kenapa orang tu pakai kepala kuda?"tanya Riffael yang sedang di dukung oleh Nurah. Budak lelaki berusia empat tahun itu terlalu terang penglihatannya.
Bagai hendak pecah jantung Kazim dan Salma mendengarkan kata-kata yang terbit dari mulut anak kecil mereka.
"Kepala kuda? nenek tak nampak lah Riff. Silau sangat lampu tu"
Tiba-tiba lelaki itu melemparkan kostum topeng kepala kuda hingga jatuh betul-betul di depan kaki Kazim dan Salma.
"Horsehead?!"kata Kazim.
"Aaaaaaaaaaaa!!!"
Kuat Salma menjerit ketakutan sebelum kaki nya lemah bagai hilang darah dan tubuhnya rebah di atas jalanraya.
"Salmaaa!!!"
"Sal! oh Sal!"
Kazim dan Nurah langsung terkejut di buatnya lalu segera menerpa ke arah Salma.
"Mama! Mama bangunlah mama!"teriak Riffael.
Salma terbaring dengan pandangan layu dan tidak bermaya. Hanya suara anak kecilnya,ibu dan suaminya bergaung-gaung di benak. Matanya silau dek cahaya lampu trak tunda dan kepala kostum kuda itu bagaikan sedang tertawa ke arahnya.
Mata Salma terpejam. Selepas itu dia tidak sedarkan diri lagi.
******
"London bridge is falling down...
Falling down....falling down....
London bridge is falling down..
My fair lady"
Salma baru terjaga dan lagu itu sedang berkumandang melalui sebuah music box yang terdapat di atas meja kecil di tepi katil besar antik yang sedang di baringinya.
Kipas siling berputar ligat di atas kepalanya. Langsir berterbangan di hembus angin dari luar tingkap.
Bilik itu seperti di dalam rumah kotej dengan seni klasik zaman silam. Perabot-perabotnya antik belaka.
Dinding kamar di penuhi bingkai-bingkai gambar lama warna hitam putih.
Dan lagu yang berkumandang itu terus berulang-ulang.
Fikiran Salma masih kacau. Dia sekadar terbaring kaku dan cuba mengerah kembali ingatannya. Seketika kemudian barulah dia dapat mengingati semula apa yang berlaku.
Suara teriakkan bersama gambaran saat suami,ibu dan anak kecil nya menerpa ke tubuhnya yang terbaring lemah di atas jalanraya menerjah ke fikiran.
Ah! lebih menakutkan ialah kostum kepala kuda Horsehead dan cahaya silau lampu trak tunda itu turut terpacul sekali.
"Abang! ibu! Riff!..."Salma berteriak memanggil sambil bangun dari baringannya. pandangannya meliar ke segenap ruang bilik dengan wajah cemas.
Di mana suami, ibu dan anaknya kini? Kenapa mereka tidak berada sekali bersamanya di dalam bilik itu sekarang?
Bertalu-talu soalan menerjah ke minda Salma. Dia harus mencari tiga orang ahli keluarganya itu terlebih dahulu. Salma berasa tidak senang selagi tidak mengetahui apakah nasib mereka.
Salma pun turun dari katil dan pergi ke tingkap. Dia membuang pandangan ke luar sebelum terkejut bila mendapati dirinya kini berada dalam rumah kotej mengerikan itu lagi setelah lima tahun berlalu.
Ia adalah rumah kotej yang banyak menyimpan kenangan hitam dalam hidup Salma. Di situlah awal mulanya bagaimana dia terjebak dalam kancah ngeri itu. Kini Salma sendiri berasa hairan bagaimana dia boleh berada di tempat itu lagi setelah tahun demi tahun dia berjaya menyingkirkan memori tentang rumah kotej yang di huni oleh tiga beradik psikopat terbabit.
Salma pun keluar dari bilik. Memang terasa ngeri berada dalam rumah tu. Sudahlah gelap kerana banyak tingkap yang sengaja tidak di buka,malah dindingnya penuh dengan bingkai-bingkai gambar lama hitam putih berkaitan ahli keluarga tiga beradik Horsehead.
Berdebar kencang dada Salma sewaktu lalu dekat tepi sebuah kerusi malas yang di perbuat dari rotan. Ia berhayun dengan sendirinya tanpa ada sesiapa yang duduk di atasnya.
Ketika melangkahi anak tangga untuk turun ke tingkat bawah,Salma di sapa oleh seseorang.
"Hai Sal..dah bangun tidur?"
Salma terkejut dan berdebar-debar melihatkan Shadim iaitu bekas pengarah syarikat perfileman lucah yang pernah di sertainya beberapa tahun lalu sedang bermain golf di atas hamparan golf mat yang biasa di gunakan untuk bermain golf di dalam rumah.
Shadim yang berkepala botak licin dan bercermin mata itu mengukir senyuman kepada Salma. Dia memakai jubah pijama yang mewah.
Apa yang lebih mengerikan ialah Shadim sendiri adalah Horsehead si lelaki psikopat yang selama ini di takuti kerana kejahatan dan sikap tiada perikemanusiaannya malah beliau sendiri telah merancang pembunuhan ngeri ke atas setiap pelakon dan krew produksi pimpinannya.
Boleh di katakan kini hanya Salma saja satu-satunya pelakon produksi yang tinggal dan masih hidup setelah berjaya melarikan diri ke Singapura sekaligus terlepas dari perancangan jahat Shadim.
"Mana suami, ibu dan anak aku?! apa kau buat pada mereka?!"soal Salma dengan nada sedikit tinggi.
"Wooshhh...i tak sangka Salma yang i kenal dari dulu sebagai seorang wanita yang berkata-kata dengan baik kini dah pandai meninggi suara? at least you should respect me as your ex boss, film director yang bersusah-payah beri you peluang untuk berlakon dalam banyak movies sekaligus menaikkan nama you serta memberi pulangan lumayan kepada you Sal"kata Shadim.
"Lepas kau bunuh setiap krew produksi perfileman kau sendiri now kau nak aku respek dengan seorang psikopat sadis macam kau? No way!!"balas Salma.
"Owh okey..."balas Shadim dengan wajah selamba.
Dia kembali membetulkan posisi berdiri di atas golf mat sambil menghayun-hayun kecil batang golf untuk mencari ketepatan agar bola golf masuk ke dalam lubang.
Salma tidak menghiraukan Shadim. Dia terus melangkah turun dari tangga dan melilau ke dalam rumah kotej tersebut.
Bahagian belakang dan dapur pun di periksanya. Tiada sesiapa di situ. Kemudian Salma kembali ke ruang tamu. Ada senaskah akhbar di atas meja dengan tajuk utama berbunyi..
"TIGA MAUT DALAM KENDERAAN TERSADAI"
"AHAD, 9 JUN-Kenderaan Dengan Empat Tayar Bocor di Temui Tersadai di Atas Jalanraya sunyi Di Sebuah desa. Seorang lelaki,wanita dan seorang budak lelaki di temui maut di dalamnya. Tiada dokumen pengenalan diri di temui. Hospital Anggerik Biru sedang mencari waris mereka"
Salma tergamam dan menekup mulut. Dadanya berdebar-debar. Walaubagaimanapun dia harus pergi ke Hospital Anggerik Biru untuk mengesahkan hal tersebut dan mengecam wajah si mati terlebih dahulu.
Surat khabar itu di gulung-gulung dan di masuk ke dalam poket jaketnya.
Shadim pula di lihat terlalu leka dengan golf. Malah lelaki itu siap bernyanyi dengan suara ala penyanyi opera.
Salma terus keluar dari pintu rumah.
Kemudian dia terlihat van hitam milik tiga beradik Horsehead ada dekat luar pagar halaman rumah. Salma mengalihkan pandangan kepada bangsal yang letaknya tidak jauh dari rumah kotej.
Salma ada terfikir kemungkinan lain suami, ibu dan anak kecilnya ada di kurung oleh tiga beradik psikopat itu di dalam sana. Tak bertangguh Salma menuju ke bangsal dan mengintai dari celahan dinding kayunya.
Dalib yang berbadan tinggi, bongkok dan berkepala bengkok itu sedang memberi makan kuda-kuda di dalam bangsal tersebut dengan timbunan jerami yang ada di bawanya dengan sebuah kereta sorong.
Pantas Salma capai dua ketul batu bata besar dan menyelinap masuk ke dalam bangsal. Dalib langsung tidak perasan akan kehadiran Salma malah dia sedang terbongkok-bongkok memberi kuda makan sambil dalam keadaan membelakangkan Salma.
Dengan langkah yang berhati-hati Salma menghampirinya dari belakang lalu di hentaknya batu-bata itu di kepala Dalib.
"Arghhhhhh"
Lelaki bongkok itu terbaring sambil menekup kepala. Salma hadiahkan lagi hentakkan hingga akhirnya Dalib pengsan.
Salma meraba ke dalam kocek seluar Dalib dan berjaya mendapatkan kunci van hitam tersebut. Dia pun keluar lalu berlari keluar dari pagar halaman rumah kotej itu.
Nasib menyebelahi Salma. Dia berjaya membuka pintu van hitam itu sebelum melompat masuk dan menghidupkan enjin.
Van hitam yang di pandu Salma berlalu pergi meninggalkan rumah kotej terbabit.
.... BERSAMBUNG...
Share this novel