BULAN mengambang di langit malam di saat sebuah kereta hampir tiba di kawasan rumah kotej itu. Dalam jarak lebih kurang seratus meter sebelum tiba di rumah itu,ia tiba-tiba membelok ikut suatu jalan laluan hutan.
Tiada siapa pernah menyangka rupanya hutan itu menyembunyikan laluan tanah yang membawa kepada sebuah garaj tersorok.
Orang itu memakirkan keretanya di dalam garaj. Dia keluar dan menutup pintu garaj sebelum berjalan kaki menuju ke rumah kotej yang sudah boleh di lihat dari jarak 50 meter itu.
*******
Sementara itu pertengkaran hebat sedang melanda di dalam rumah kotej tersebut di antara Mail dan Kabil.
Tubuh Kabil melayang sebelum jatuh tertiarap betul-betul di atas meja ruang tamu menyebabkan botol bir dan gelas yang ada di atas itu jatuh berkecai dengan kaca-kaca pecah bersepahan di atas lantai.
Mail cengkam rambut lelaki dengan parut di wajah itu sebelum di hempas mukanya ke meja dua tiga kali.
"Arghhhhh!"
Darah meleleh di wajah Kabil.
Kemudian Mail tinggalkan sebentar ruang tamu dan melilau ke ruang tengah rumah untuk mencari pisau atau parangnya yang tercicir dekat situ tadi.
"Alah,mana pulok pisau sama parang aku tadi?" kata Mail. Kemudian baru dia teringat parang tersebut tercicir di dalam bilik tengah.
Saat Mail menoleh ke arah bilik tengah,dia tergamam sekejap bila mendapati Dalib yang sepatutnya terbaring di situ tadi telah hilang.
"Aduh... boleh bangun lagi rupanya si bongkok ni?" kata Mail. Dia berhati-hati sambil pandangan melilau di antara bilik tengah itu dengan dapur bagi mencari di mana kelibat Dalib.
Akhirnya Mail memilih untuk masuk ke bilik yang di penuhi dengan lukisan-lukisan cat air milik Dalib. Lantai di penuhi darah dan tin-tin cat yang berterabur malah ada yang tumpah. Lelaki bongkok itu tidak pula berada di situ. Jadi Mail yakin Dalib pastinya bersembunyi di dapur.
Setelah menemui bilah parang miliknya, Mail pun bercadang untuk meninjau ke dapur. Sempat di kerlingnya ke sekeliling bilik itu.
Matanya mulai menyedari rupanya terdapat suatu tangga besi yang bercantum dengan dinding di suatu sudut tepi almari. Dan di atas tangga itu ada lubang untuk ke bilik di tingkat atas.
Mail mengangguk-angguk. Kini andaiannya ada dua. Samada Dalib di dapur atau dia memanjat tangga besi itu pergi ke tingkat atas.
Akhirnya Mail memberanikan dirinya memanjat tangga besi itu. Benar seperti telahannya. Tangga itu membawa ke sebuah bilik di tingkat atas.
Akan tetapi Dalib tiada di bilik tersebut. Tiada sesiapa pun di situ, cuma Mail terpempan seketika apabila melihat ada kostum topeng kepala kuda besar di gantung dekat dinding.
Mail berjalan di dalam bilik itu. Langkahnya terhenti dekat meja cermin solek. Ada beberapa keping gambar di atasnya lalu di beleknya buat seketika.
Hampir kesemua gambar itu memaparkan seseorang yang memakai kostum kepala kuda dan dress sequin walaupun Mail tahu di sebalik karakter 'wanita' seksi berkepala kuda tersebut adalah lelaki.
"Gila...mak nyah agaknya dia ni" getus hati Mail.
Dalam banyak-banyak gambar itu ada sekeping gambar yang menarik perhatian Mail. Gambar yang menimbulkan persoalan di benaknya. Gambar yang membuat beliau menyoal kembali sejauh manakah relevan nya pihak produksi mengupahnya ke mari untuk membunuh tiga orang subjek itu.
"Ish...pelik jugak ni.."
Begitu fikir Mail ketika beliau leka menatap gambar tersebut. Walaubagaimanapun kepingan gambar itu di ambil dan di soroknya dalam poket seluar. Dia berhasrat menghubungi pihak produksi untuk bertanyakan tentang hal itu nanti. Mail pun melilau memerhatikan ke sekeliling bilik.
Bilik itu luas. Ada katil besar, permaidani,perabot antik,pasu bunga perhiasan,dan bingkai-bingkai gambar dekat dinding. Mail dapat rasakan bilik tersebut adalah milik subjek ketiga yang harus di bunuhnya iaitu Horsehead. Kepala kuda yang tergantung itu yang menambahkan keyakinan Mail.
Mail terfikir alang-alang dia sudah berada di tingkat atas rumah kotej itu kenapa tidak dia keluar saja dari bilik itu dan memeriksa bilik-bilik lain pula?
Namun niatnya terbantut begitu saja. Mail pun turun semula. Dia harus 'menyelesaikan' Dalib dan Kabil terlebih dahulu. Membiarkan harimau-harimau itu kembali bangkit semula mengasah taring dan kukunya setelah di 'tundukkan' buat seketika oleh Mail tadi agak terlalu berbahaya.
Pintu belakang terbuka. Seingat Mail tadi waktu dia masuk melalui dapur, pintu itu sudah di tutupnya rapat. Dia pun menjenguk ke luar. Bahaya sedang mendatanginya dari arah belakang namun tidak di sedari oleh Mail.
BEDEBUKK!
"Arghhhhh"
Mail terhumban keluar apabila belakang tubuhnya di tendang seseorang. Kabil berdiri dekat muka pintu sebelum dia keluar untuk mengganyang pembunuh upahan itu.
ZASS!
Libasan parang di tangan Mail di elak oleh Kabil. Tiba-tiba raungan bunyi enjin suatu mesin menderu-deru memecah keheningan.
Dalib muncul dari mana entah bersama chainsaw di tangan. Kali ini Mail pula yang terperangkap. Dia mengeluh kesal kerana terlalu lambat untuk menyahkan dua orang subjek itu tadi.
Sementara itu seseorang yang datang dengan kereta yang di parkir dekat garaj tersembunyi dalam hutan tadi kini berdiri di luar pintu depan rumah kotej. Bunyi chainsaw dan suara riuh-rendah pergelutan di belakang rumah langsung di abaikannya. Dia masuk ke dalam rumah lalu mendaki tangga ke tingkat atas.
Kini orang itu masuk ke bilik di mana terdapat kostum topeng kepala kuda yang tergantung dekat dinding. Nalurinya segera tahu bahawa bilik itu telah di cerobohi berdasarkan kepingan gambar yang bersepah-sepah di atas meja solek. Dan hal itu di perkuatkan lagi dengan kehilangan sekeping darinya. Sekeping gambar yang telah di curi oleh Mail sewaktu beliau naik dan masuk ke bilik itu tadi.
Resah-gelisah segera menyelubungi diri orang itu. Dia segera membuka laci. Sejenis peranti pun di keluarkan. Ternyata ianya nya adalah sejenis alat yang mempunyai slot kompatmen unik yang di reka khas untuk mengubah suara asal seseorang kepada suara lain.
Sejurus peranti itu di pakai,kostum kepala kuda yang di gantung dekat dinding pula di sarung di kepalanya. Dan orang itu bukan sesiapa pun melainkan Horsehead sendiri.
=======
GROONGGGGG!!!.....GRONGGGGG!...
Mail mengelak-elak apabila mata gergaji chainsaw elektrik itu di layang-layang oleh Dalib ke arahnya. Mujurlah pergerakkan lelaki bertubuh tinggi,besar tetapi bongkok itu agak perlahan. Dalam masa yang sama dia menangkis dengan bilah parang di tangannya.
Kabil pula tenang saja melihatkan Mail sedang di perolok-olokkan oleh Dalib begitu. Dia sendiri pun sedang mencari peluang dan waktu yang sesuai untuk menyerang Mail.
Horsehead muncul dekat pintu dapur.
"Kabil...Dalib...jangan sampai lelaki tu terlepas. Ada sesuatu yang dia curi dari bilik aku" kata Horsehead dengan suara seperti robot wanita.
"Hah,muncul pun awok akhirnya. Elok le semua dah ada kat sini. Senang sikit kerja aku" kata Mail.
"Pulangkan gambar tu!" kata Horsehead.
"Awok takut ya? Takut kalau gambar ni terlepas ke tangan pihak produksi? Aku tertanya-tanya apa sebenarnya motif awok...
" Itu bukan urusan kau!"
Mail tersengih.
"Baiklah...lepas aku selesaikan awok bertiga, nanti aku akan tanyakan hal ni pada pihak produksi"
Dalib dan Kabil bersatu-padu menekan Mail dari pelbagai arah. Sesekali bunyi yang terhasil saat parang kepunyaan Mail bertembung dengan mata chainsaw di tangan Dalib berdesing-desing hingga menghasilkan percikkan api.
Entah bagaimana parang Mail terlepas juga akhirnya sebelum Kabil pula merampasnya. Mail merasakan beliau kini berada dalam bahaya dan terpaksa membuat keputusan berat untuk cabut lari sahaja.
Pepohon dalam ladang tebu itu di kuak dan redah bersama langkah kaki yang pantas. Kabil dan Dalib mengejarnya dari belakang.
Sehinggalah Mail tiba di hujung ladang yang berakhir dengan tasik. Dia tiada jalan lain selain melompat ke dalamnya.
Kabil dan Dalib terlewat tiba di situ dalam beberapa saat dan mereka terpaksa akur bahawa Mail telah terlepas. Itu membuatkan Horsehead naik radang. Sungguhpun Mail tidak berjaya membunuh mereka namun lelaki pembunuh yang di upah oleh pihak produksi itu sekurang-kurangnya telah berjaya melarikan sekeping gambar milik Horsehead.
Tanpa berlengah Horsehead bersama dua orang adiknya bergegas mencapai kenderaan yang tersembunyi di garaj rahsia dan cuba menjejak Mail.
Kabil dan Dalib menaiki sebuah van hitam buruk sementara Horsehead memandu keretanya sendiri.
Apakah sebenarnya yang terkandung pada foto gambar itu sehingga ia begitu merisaukan Horsehead? Mail mungkin telah mengetahui suatu rahsia yang tidak di sangka-sangka. Dan Horsehead melihat semua itu sebagai suatu ancaman yang boleh memusnahkan dirinya mahupun rancangan yang telah di susunnya. Jadi,Mail harus di buru sehingga dapat.
========
Dengan sepenuh kekuatan Mail memanjat tebing tasik setelah jauh dia berenang meninggalkan kawasan rumah kotej itu.
Dalam keadaan seluruh tubuh yang basah lenjun tangan di raba ke dalam kocek. Kepingan gambar curi itu masih ada tapi telah basah. Namun mujur itu tidaklah merosakkan foto terbabit.
Setelah menyalin tubuh dengan pakaian yang di temuinya tersidai dekat ampaian sebuah rumah penghuni sekitar kawasan di mana beliau muncul dari tasik tadi,Mail berjalan kaki ke jalanraya dan berjaya menahan sebuah kereta yang lalu di situ. Tak lama kemudian dia pun turun dekat sebuah deretan bangunan rumah kedai.
Di situ terdapat motel lama,stesyen pam minyak dan beberapa kedai lain yang masih terang menyala. Ada pondok telefon di kaki lima bangunan.
Mail meraba duit syiling dari poket seluarnya. Sewaktu menukar seluarnya yang basah tadi sempat di selamatkannya duit-duit itu. Dia berjalan ke pondok telefon untuk menghubungi Maya. Perkara tentang gambar curi itu harus di tanyakan kepada pembantu pengarah itu malam ini juga kerana Mail berasa sangsi tentang suatu perkara. Mujurlah nombor telefon bimbit Maya sudah di hafalnya dalam memori.
Duit syiling yang masih terasa lembab-lembab basah itu Mail hembus-hembus dulu agar betul-betul kering.
Tanpa di sedari Mail ada sebuah kereta baru tiba dan berhenti dalam beberapa puluh meter saja darinya. Malah Mail yang sedang menghadap telefon awam itu berada dalam keadaan membelakangkan kereta terbabit membuatkan dia langsung tidak menjangka pemandu kereta terbabit telah berjaya menjejakinya.
Share this novel