KEESOKKAN harinya Maya dah mula bising-bising bila Bustamam dan Samji tidak hadir ke premis produksi, malah beberapa panggilan dan mesej yang di hantar kepada dua orang krew itu tidak di jawab dan di balas.
Itu telah memaksa Maya untuk membatalkan satu sesi penggambaran yang telah di jadualkan pada sebelah pagi.
"Apa dah jadi dengan abang Bustamam dan Samji? Mana dia orang pergi? kalau iya pun tak dapat hadir kerja kan boleh beritahu melalui telefon atau mesej. Ini sampai dua-dua sekali hilang ghaib macam tu je? You all dapat call dia orang tak?" soal Maya kepada anggota krew lain.
"Tak dapat jugak. Telefon dia orang langsung off" balas Fizi yang sedang menggodek-godek kamera.
Krew lain juga menyatakan perkara yang sama.
Dari sebelah pagi membawa ke tengahari itu mereka semua hanya duduk-duduk lepak sahaja dan tiada apa yang boleh di lakukan kerana tanpa Bustamam dan Samji,kerja-kerja shooting akan lebih membebankan apatah lagi bila melibatkan perkakasan yang berat-berat.
Maya cuba menghubungi ke telefon Bustamam dan Samji sekali lagi namun malangnya kecewa saja yang di perolehi kerana mereka berdua langsung menutup telefon.
"Aduh...janganlah buat kat I macam ni abang Bustamam... Samji..."
Maya mengeluh kesal lalu terduduk di kerusi pejabat studio sambil picit-picit kepala.
Sehinggalah Fizi menerima panggilan dari Bustamam yang mengajaknya untuk berjumpa secara senyap-senyap tanpa di ketahui oleh Maya. Kebetulan pula pada ketika itu Fizi pun memang hendak keluar makan tengahari. Jadi dia bersetuju untuk bertemu dekat sebuah kedai makan.
*******
"Maya selama ni bersubahat dengan Horsehead?" soal Fizi kepada Bustamam dan Samji ketika sedang menjamu selera di sebuah warung. Dia ketawa saja kerana fikir dua orang krew terbabit sedang bergurau.
"Kau jangan ketawa-ketawa Fizi. Kau tak tahu lagi apa yang aku sama Samji jumpa waktu masuk ke bilik larangan dalam premis studio malam semalam" kata Bustamam.
"Abang dengan Samji jumpa apa?" soal Fizi sambil menyedut air tembikai yang di pesannya.
Bustamam menoleh kepada Samji.
"Aku dengan abang Bustamam bukan bergurau atau menuduh Maya tanpa bukti. Kau nak tau kenapa selama ni Maya melarang keras kita semua dari memasuki bilik larangan tu?ni...kau tengok ni" kata Samji lalu membuka beg yang di bawanya lalu mengeluarkan sebuah buku. Buku berkulit hitam dengan judul MORBID yang di curinya dari bilik larangan dalam studio lewat malam semalam.
Fizi menatap buku terbabit. Selera makannya yang rancak tadi tiba-tiba jadi terbantut. Dahi Fizi mulai berkerut. Buku mengandungi maklumat dan biodata lengkap berserta gambar setiap krew termasuk para pelakon itu di amatinya sepenuh tumpuan. Dan itu termasuklah biodata dirinya serta perancangan dan cara bunuh yang telah di tetapkan untuk berlaku ke atasnya nanti.
"Kau tengok... arwah Raziq, Erin dan Zizi dah di masukkan dalam carta The Death. Mereka mati tepat pada hari dan tarikh serta cara kematian yang telah di catat dalam buku ni. Kau kena ingat... Maya yang bertanggungjawab menguruskan biodata dan maklumat setiap krew. Selama ni kita semua tertipu dengan lakonan Maya. Rupanya Maya sendiri musuh dalam selimut. Aku dengan Raziq takkan kembali lagi kat premis tu" kata Bustamam.
"Aku rasa produksi perfileman Shadim dah kena sihir. Mereka mungkin pengikut ajaran occultism yang mengamalkan upacara korban manusia. Setiap krew dan pelakon harus di korbankan demi kepercayaan karut" ujar Samji pula.
Fizi masih gamam. Wajahnya pucat-lesi. Langsung buku itu di tutupnya dan enggan di bacanya lagi.
"Encik...Encik Shadim macam mana pulak?" tanya Fizi.
"Aku rasa Shadim teraniaya dan tak pernah tahu pasal kepura-puraan Maya selama ni. Tapi sekarang rahsia ni dah bocor ke tangan kita. Kita mesti beritahu kepada semua anggota krew lain"kata Bustamam.
"Aku...aku takut sangat ni. Be..betul ke mereka nak bunuh aku dengan cara kemalangan kereta?" tanya Fizi yang sedikit menggeletar apatah lagi di dalam buku MORBID telah di catat sebegitu.
"Kalau ikutkan tarikh yang tertera,mereka nak bunuh kau pada esok hari. Tapi di sebabkan kita dah tahu perancangan jahat mereka,jadi aku rasa elok lah kita cuba gagalkan mereka. Fizi,kau jangan datang langsung ke premis tu esok. Kau ikut kami" kata Bustamam.
Fizi yang resah-gelisah mengangguk-angguk.
"So apa tindakkan kita?" tanya Samji.
"Buat masa ni kita bersembunyi dan cuba jalankan intipan ke atas Maya. Kita tunggu Shadim pulang dari Bulgaria lusa nanti dan beritahu semua rahsia perancangan jahat Maya kat dia" cadang Bustamam.
Samji dan Fizi mengangguk setuju.
Lepas waktu tengahari tu Maya mengamuk sakan kat premis studio perfileman apabila Fizi pula di dapati menghilangkan diri dan tidak kembali ke sana.
"Now you all tell me Fizi pergi mana? Dia sepatutnya masuk semula ke premis dua jam tadi kan?. I call dan mesej pun dia tak balas. Apa dah jadi ni hah? Abang Bustamam, Samji dan Fizi tiba-tiba buat hal pelik-pelik macam ni?" Teriak Maya dekat krew produksi dengan suara tinggi dan wajah yang marah.
Tiada seorang pun dari krew produksi yang tahu ke mana tiga orang itu pergi. Mereka sendiri pun naik hairan dan pelik dengan kelakuan Bustamam, Samji dan Fizi.
Ketika waktu petang tiba,kesabaran Maya hilang terus apabila dalam sehari suntuk itu banyak program dan sesi shooting yang tergendala dan terpaksa di batalkan gara-gara kehilangan Bustamam, Samji dan Fizi.
"I memang dah hilang mood satu hari ni faham tak? Lusa Shadim balik dari Bulgaria i nak cakap apa kat dia bila dia tanya kenapa banyak sesi shooting yang kansel? bukan you all yang kena marah. I yang mampus kena tanggung because produksi di bawah tanggungjawab I bila Shadim tak ada"kata Maya dengan sedikit memekik.
"Habis tu macam mana ni Maya?" tanya Afaq bersama tiga orang krew lain yang tinggal iaitu Anjali, Remi dan Juli.
"Without Abang Bustamam, Fizi and Samji we can do nothing! So I don't want to wasting time anymore. Esok kalau mereka bertiga tak hadirkan diri juga,I terpaksa pecat mereka semua. Hm,now you all nak balik ke apa silakan...dah tak ada guna kita menunggu" kata Maya lalu mencapai beg tangannya. Anggota krew juga berkemas untuk pulang.
----------------------------------------
PADA sebelah malam itu,Bustamam, Fizi dan Samji telah menghubungi anggota krew produksi yang berbaki dan mengajak mereka semua bertemu dan berkumpul di sebuah tempat.
Dalam pertemuan itu rahsia tentang Maya, buku MORBID dan perancangan untuk membunuh setiap anggota krew dan pelakon di bawah produksi perfileman Shadim telah di bongkarkan sehingga mengejutkan setiap krew yang hadir.
Bustamam dan Samji juga turut menunjukkan kepada mereka kepingan gambar foto-foto yang di temui di bilik larangan studio. Rata-rata mereka berasa terkejut, gerun dan tertanya-tanya bagaimana gambar yang boleh di dapati di rumah kotej itu boleh berada dekat premis?
Asalnya mereka semua mahu membuat laporan polis,namun apabila memikirkan risiko yang mereka boleh di tangkap kerana terlibat dengan produksi perfileman haram,niat tersebut terpaksa di batalkan dan mereka terpaksa mengambil langkah dan tindakkan sendiri.
Oleh kerana rasa tanggungjawab, mereka juga sepakat untuk menghubungi dan mendedahkan rahsia ini kepada setiap pelakon yang pernah terlibat dengan produksi perfileman Shadim agar mereka mengambil langkah berjaga-jaga dan tidak menjadi mangsa kepada suatu perancangan pembunuhan yang dahsyat.
Dalam pada tiada seorang pun yang berani menatap buku itu secara terperinci, Remy iaitu salah seorang dari krew telah memberanikan dirinya untuk menyelak semua mukasurat.
Beliau terjumpa satu mukasurat mengandungi foto gambar Kazim yang turut telah di senaraikan untuk di bunuh. Kazim telah di label sebagai hilang jejak dan masih di buru untuk di bunuh. Kini barulah mereka sedar bahawa Kazim juga musuh kepada Horsehead.
"Kau orang ingat lagi tak waktu kita terserempak Kazim dan Salma kat hotel Jelly Star tempoh hari? Kan dia ada cakap bahawa dia sedang cuba untuk menyelamatkan krew produksi" kata Samji.
Kali ini semua orang tersentak.
"Kazim kan bekas sahabat Horsehead. Tak mustahil dia tahu perancangan Horsehead. Kan Salma pernah bagitahu...Kazim di buru kerana enggan bersubahat dengan perancangan jahat Horsehead" kata Remy.
"Kita kena sampaikan hal ni pada Kazim. Mungkin dia boleh ceritakan lebih terperinci tentang perancangan jahat Horsehead" kata Fizi.
"Nanti esok aku hubungi Salma mintak tolong dia aturkan pertemuan kita dengan Kazim. Lagipun Salma juga termasuk dalam senarai The Death yang akan di bunuh seperti kita semua juga" kata Bustamam.
Yang lain-lain bersetuju.
Selesai perjumpaan malam itu mereka pun bersurai. Bustamam, Samji dan Fizi pula meneruskan rancangan untuk pergi mengintip Maya. Mereka telah meminta salah seorang krew menghubungi Maya dan pembantu pengarah itu memberitahu beliau berada di sebuah night club tempat kebiasaannya melepak dan berhibur.
Tak bertangguh Bustamam,Samji dan Fizi pergi ke sana. Mereka menemui kereta Maya dekat tempat parkir kenderaan di perkarangan luar kelab malam dan berhenti agak jauh sedikit dari situ.
Ketika malam hampir larut barulah Maya di lihat beredar keluar dari kelab bersama seorang lelaki kulit hitam yang terhuyung-hayang mabuk. Dia memandu lelaki itu pulang bersamanya.
Tanpa di sedari Maya beliau sedang di ikuti oleh Bustamam, Fizi dan Samji sehinggalah pembantu pengarah itu tiba di kawasan apartment tempat tinggalnya. Dia dan lelaki negro itu turun dan naik ke apartment.
Gerak-geri Maya tidak pula menimbulkan sebarang kecurigaan. Apa yang di lihat hanyalah perkara biasa tentang kehidupan seks pembantu pengarah yang gemar membawa pulang jantan ke rumah.
Akhirnya Bustamam, Samji dan Fizi beredar pulang.
.. BERSAMBUNG...
Share this novel