Act 5/Scene 6 (TAMAT)

Thriller Series 26656

SALMA dan Maira duduk-duduk di bangku santai di anjung rumah kotej. Maira terlalu leka dengan permainan barunya.

Tak lama kemudian Shadim keluar dari bangsal. Dekat sejam lebih dia bertungkus-lumus mengalihkan mayat Kabil dan Dalib keluar dari situ sebelum mencuci limpahan darah yang banyak mengotori lantai bangsal.

Pintu bangsal di tutup.

"Salma...you tak perlu risau lagi dengan gangguan Kabil. Start from now,you and Maira dah boleh tinggal semula dekat rumah kotej ni dengan aman damai dan selamat"kata Shadim tersenyum.

Bajunya penuh dengan percikkan darah.

"Apa you buat dengan mayat Kabil dan Dalib?"tanya Salma.

"Ouh...i dah tanam mereka dalam lubang yang i gali kat tengah ladang tebu"balas Shadim sambil melemparkan pandangan ke arah ladang tebu bersebelahan rumah kotej itu.

Salma sekadar mengukir senyuman hambar. Namun untuk tidak mengecewakan perasaan Shadim, Salma bersetuju untuk tinggal dahulu di situ. Dalam masa yang sama,Salma turut merancang untuk melarikan diri bersama Maira di waktu lewat malam nanti.


-----------------------------------------------

HUJAN turun pada sebelah malam itu. Bunyi guruh mengejutkan Salma dari tidur. Dia melihat ke jam yang sudah menginjak pukul dua pagi.

Salma pasti pada waktu-waktu begini Shadim pastinya sedang lena tidur di biliknya. Inilah waktu yang paling tepat untuk dia membawa Maira keluar dan cabut lari dari rumah itu.

Tak bertangguh Salma pun mendukung anak gadisnya yang nyenyak tidur dan berhati-hati melangkah keluar dari bilik dan menuruni tangga ke tingkat bawah.

Ketika kakinya sedang melangkah di laman rumah sambil meredah hujan yang mencurah-curah,cahaya kilat menyimbah sekaligus menerangi di sekeliling. Pada ketika itulah Salma terkejut besar melihat ada kelibat seseorang berdiri di tepian dinding bangsal kuda.

Mulanya Salma fikir itu cuma perasaannya sahaja. Tapi apabila cahaya kilat menyimbah lagi dan lagi, ternyata memang ada seseorang di tepi bangsal.

Seseorang yang di lihat itu berkepala seperti kuda bertubuh manusia.

"Horsehead?!"

"You nak pergi mana dah lewat malam ni Sal?"tegur kelibat berkepala kuda itu yang tidak lain dan tak bukan adalah Shadim sendiri.

"Err...Sal...Sal nak..."

"Baiklah Sal...you boleh tinggalkan tempat ni. Tapi tinggalkan Maira"

"What? sori no! Maira anak Sal. Mana boleh Sal tinggalkan dia kat sini"

Horsehead mulai mengorak langkah ingin menghampiri Salma. Semakin dia mendekat barulah Salma perasan lelaki itu sedang memegang sebilah pisau pemotong daging di tangannya.

"Aaaaaaaaaaaa!!"

Salma ketakutan lalu segera dia berlari masuk ke dalam rumah kotej itu semula bersama Maira yang sedang di dukungnya.

PAMM!

Pintu di tutup lalu di kunci dari dalam.

Maira di baringkannya di atas sofa ruang tamu buat seketika.

Salma pun berlari ke dapur dan mencari apa-apa sahaja yang boleh di gunakan sebagai senjata untuk mempertahankan diri sekiranya dia berada dalam keadaan genting dan terdesak nanti.

Laci kabinet dapur di selongkar.

Mujur pelbagai jenis pisau ada di dalamnya termasuk bilah parang panjang.

Tombol pintu dapur berbunyi-bunyi di pulas dari luar. Pantas Salma menyembunyikan dirinya di sebalik peti ais.

BAMM

Pintu dapur terbuka juga akhirnya.

Horsehead melangkah masuk.

"Salma...you jangan main-main dengan i...kalau you enggan tinggalkan Maira,terpaksalah i menggunakan kekerasan terhadap you okey"kata Shadim.

Horsehead yang bertopeng kostum kepala kuda itu meninjau di ruang dapur. Ketika dia ingin melintasi peti sejuk,Salma lebih pantas keluar dan melibas parang panjang.

"Arghhhhhh!!"

Shadim mengerang kesakitan dengan darah memancut-mancut banyak dari tubuhnya.

Tidak setakat di situ, Salma hayun lelaki yang sedang menggelupur kesakitan itu dengan kerusi dapur beberapa kali.

Shadim terbaring dalam limpahan darah tubuhnya sendiri.

"Mampuslah kau Shadim! sekarang baru puas hati aku tengok kau dapat pembalasan setelah ibu, suami dan anak aku serta rakan-rakan kru produksi habis kau bunuh dulu! hahahahaa  hebat kan lakonan aku?! sampai kau mati-mati percaya aku masih hilang ingatan? kau masih ingat waktu kejadian aku terjatuh dari tangga dan terhantuk kepala tu tak? di situlah mulanya ingatan silam aku kembali pulih"kata Salma ketawa berdekah-dekah.

"Puih!"

Salma meludah Shadim yang sedang menggelupur kesakitan sebelum beredar meninggalkan dapur. Dia pun mendukung Maira lalu keluar dari rumah.

Masalahnya hujan turun semakin lebat di tambah dengan gelapnya suasana di desa terpencil pasti akan menyukarkan Salma untuk melarikan diri bersama anaknya Maira.

Mujurlah kunci kereta Shadim ada di atas meja ruang tamu. Salma menarik nafas lega. Pantas di capainya kunci tersebut.

Lampu kereta BMW itu telah menyala, namun enjinnya pula buat hal. Berkali-kali Salma cuba menghidupkan enjinnya namun gagal.

"Aduh..apa pulaklah masalahnya ni?"rungut Salma.

Dia tidak mahu berputus asa,lalu terus di cubanya lagi dan lagi.

Maira yang duduk di sit sebelah pun dah mula terjaga.

"Ibu...kita nak pergi mana malam-malam hujan macam ni?"

"Mmm kita nak balik ke rumah auntie Radziah lah sayang. Kita nak tinggalkan tempat ni"balas Salma.

Kunci kereta terus di pulas-pulas.

Zipp..zapp..zipp..zapp

Wyper ligat menyapu cermin yang basah dek hujan yang mencurah-curah.

Hampir lima belas minit kemudian Salma terpaksa akur bahawa kereta itu memang tidak dapat di hidupkan.

"Maira... Maira peluk kat belakang leher ibu kuat-kuat ya. Kita terpaksa redah hujan jugaklah nampaknya"kata Salma.

Anak gadis kecilnya itu duduk dan ketawa-ketawa seperti terhiburkan sesuatu sambil melihat ke cermin hadapan.

Salma tersenyum.

"Apa yang seronok sangat tu sayang?"

"Kat depan kereta ni ada kuda menyorok dan lambai-lambai tanganlah ibu"

"Kuda menyorok? mama tak nampak apa pun"

"Kuda tu pemalu kot mama.. Maira nampak kepala dia keluar dari bawah depan kereta tadi sambil melambai. Kepala dia warna merahlah ibu"

Bagai nak tercabut jantung Salma apabila Maira menyebut tentang kepala kuda merah.

"Tak...tak mungkin lah. Dia kan dah.."

Salma berasa tak sedap hati.  Di suruhnya Maira tunggu dalam kereta sebentar sementara dia keluar dari kereta untuk memeriksa.

Sebilah parang di genggam rapi di tangan.

Salma memeriksa di hadapan,belakang dan di bawah kereta. Tiada pula di temuinya 'kuda'  tersebut. Di periksanya pula di sekitar. Kereta itu pula letaknya di luar pagar halaman rumah kotej.

Gelap-gelita di sekelilingnya. Hanya pokok-pokok ladang tebu dan semak belukar saja yang ada.

Pakaian Salma sudah basah lencun dek air hujan yang turun mencurah-curah. Seram pula Salma hendak meredah hujan dan jalanan gelap itu sambil mendukung Maira.

Sudahnya dia membuat keputusan untuk menghubungi Radziah. Salma masuk ke dalam kereta dan meraba ke dalam beg tangannya lalu membawa keluar smartphone.

"Sal tunggu kat situ ya. Ziah pergi ke sana sekarang jugak"kata Radziah.

"Ziah...Sal rasa lebih baik Ziah datang bawa anggota polis sekali. Tak selamat kat sini"kata Salma.

"Ya okey..okey..Ziah datang dengan polis. Tunggu kat situ ya"

"Okey Ziah...terima kasih"

Panggilan berakhir.

Salma melucutkan bajunya yang basah. Teteknya di biar terdedah tanpa coli menutupi. Hanya skirt pendek paras peha sahaja masih di tubuh.

Masa terus berlalu. Maira sudah kembali terlelap di kerusi sebelah. Salma membelai rambut gadis itu dan menciumnya. Pintu kereta di bahagian pemandu di biar terbuka. Sebatang kakinya melangkah keluar.

Apabila terasa hendak membuang air kecil,Salma pun berjalan dan pergi ke tepi pokok. Dia mencangkung di situ.

Selesai buang air kecil,Salma pun menurunkan kembali skirt kontot yang tersingkap itu.

Apabila dia berpusing mahu berpatah ke kereta, tiba-tiba suatu lembaga berkepala kuda sudah muncul di tepi dan menghayun pisau pemotong daging.

ZASS!

Arghhhhhh!

Salma terduduk dan mengerang kesakitan yang luar biasa.

Sebelah payudaranya putus di tebas oleh mata pisau pemotong daging tersebut. Darah memancut-mancut dengan banyak membasahi tubuhnya. Menggigil-gigil Salma menahan azab derita.

Alangkah ngeri melihat sebelah buah dadanya terpisah dari tubuh. Rompong di sebelah dada kanannya.

Mujur bilah parang sentiasa ada di dalam genggamannya. Salma gagahkan dirinya untuk bangun. Dia tahu malam ini adalah penentuan antara hidup dan mati. Salma sudah tidak kisahkan sangat tentang dirinya.  Andai nyawanya melayang,dia boleh harapkan Radziah untuk menjaga Maira nanti.

"Go to hell Salma!"kata Horsehead lalu menetak pisau pemotong daging besar ke bahu wanita itu.

Dalam pada masa yang sama Salma juga menikam parang panjang yang ada di tangannya tepat ke dada Horsehead hingga tembus di belakang tubuhnya.

"Ughhhhhh?!"

Horsehead terhuyung-hayang dengan darah yang menyimbah-nyimbah sebelum rebah menggelupur dan akhirnya hilang nyawa.

Salma juga jatuh berlutut dan mengerang kuat bersama tangisan air mata. Bahunya terputus dua.

"Arghhhhhhhhhh!"

Darah keluar dengan banyak. Salma juga menggelupur dek azab yang luar biasa.

"Mai.. Maira....selamat tinggal sayang.."

Air matanya berlinangan.

Jasad Salma rebah dan tidak bergerak-gerak lagi.

Tak lama kemudian beberapa buah kereta polis tiba di hadapan rumah kotej. Radziah turut serta sekali.

Wanita itu terjerit dan meraung-raung seperti orang kena histeria apabila melihat jasad ngeri Salma berlumuran darah di usung dalam beg mayat hingga terpaksa di tenangkan oleh pihak polis. Begitu juga dengan mayat Shadim.

Maira di temui selamat tertidur dalam kereta BMW milik Shadim. Kes pembunuhan ngeri itu gempar di media-media. Beberapa hari kemudian pihak polis juga telah berjaya menemui mayat Kabil dan Dalib yang di tanam dekat tengah ladang tebu serta beberapa lagi tulang tengkorak lain. Radziah telah memohon hak penjagaan ke atas Maira. Dia sanggup membesarkan Maira dan mencurahkan kasih sayangnya ke atas Maira seperti anak sendiri.

Di beritakan bahawa kawasan rumah kotej itu telah terbiar sepi bertahun-tahun lamanya sehingga di makan hutan dan semak-samun. Kisah ngeri yang menyelubunginya terus menghantui orang ramai sampai bila-bila. menurut cerita beberapa orang yang pernah ke rumah kotej berkenaan,mereka pernah di ganggu oleh suara-suara atau bisikkan aneh.


-----------------------------------------

BEBERAPA TAHUN KEMUDIAN...

LANGIT membiru cerah dan damai. Angin sepoi-sepoi bahasa sesekali bertiup kuat juga hingga pucuk-pucuk pohon ladang tebu terbiar itu saling bergeselan lalu menghasilkan bunyi yang gemersik. Kelihatan tiga ke empat orang remaja berbasikal baru saja tiba di hadapan luar pagar rumah kotej berkenaan.

"Wei kita nak main papan ouija tu kat dalam rumah kotej terbiar ni ke? Macam mana nak masuk? dah kena manggalah"kata Adi sambil menggoncang-goncang pintu pagar yang usang.
Kelihatan ada rantai meliliti pagar berkenaan bersama pita larangan masuk yang di letak oleh pihak polis ketika menangani kejadian pembunuhan ngeri yang berlaku di situ beberapa tahun lalu.

"Heheh kunci mangga tu boleh bukak. Senang je tu"kata Iwan lalu turun dari basikal dan mengeluarkan seutas dawai dari poket. Dalam beberapa saat sahaja dia menggodek ke lubang kunci sebelum mangganya berjaya di buka.

Lilitan rantai pagar yang melilit itu pun di buraikan. Mereka pun menolak basikal masuk ke halaman rumah.

"Bapak ah..rumput dah panjang-panjang. Entah dah berapa tahun tak potong agaknya"kata seorang rakan mereka.

"Tengoklah rumah kotej ni..dah terpelesuk sikit kat dalam semak dan ladang tebu. Sikit masa lagi seluruh rumah ni pun akan hilang di balik pepohon tebu liar"

Budak-budak itu duduk di lantai dan tangga anjung rumah kotej dan membuka papan permainan ouija yang ada di bawa. Ketika hujung jari-jari mereka di satukan pada planchette,Yus pun ceritalah apa yang pernah di dengarinya.

"Orang yang pernah datang sini cakap, mereka pernah dengar suara-suara pelik dan seram. Suara orang menjerit-jerit lah.. meraung-raung dan macam-macam lagilah. Wei kalau rumah kotej terbiar ni memang berhantu camne?"

"Heheh hantulah sangat. Mana ada hantu siang-siang buta ni. Ko je penakut lebih"ejek Iwan.

"Eleh cubalah kau teriak panggil kalau berani"cabar Yus.

"Hoi hantu! kalau kau ada kat sini,cuba kau bersuara sikit! Kami nak dengar"teriak Iwan.

Suasana senyap seketika hampir seminit. Budak-budak itu saling berpandangan sesama sendiri.

"Kan aku dah cakap. Bohong je cerita hantu tu semua"kata Iwan.

"Dahlah..jom kita sambung main"

"Aku nak gi kencing jap. Korang main dulu''kata Iwan lalu bangun dan berjalan ke sebelah sisi lain rumah kotej terbiar itu.

Ketika Iwan sedang berdiri kencing di tepian pagar bersemak-samun, tiba-tiba telinganya seakan menangkap suara seperti wanita menangis dan meraung-raung serta suara lelaki ketawa.

"Maira..isk..isk..selamat tinggal sayang..isk.. Aaaaaaaaaaa!!!"

"Hahahaha go to hell Salma!"

"Mampuslah kau Horsehead!!!"

"Arghhhhhhhhhhh!!"

(Suara lelaki itu pula menjerit-jerit menahan azab)

Iwan turut terdengar suara bunyi guruh dan hujan menjadi latar kepada suara-suara tersebut. Namun suara-suara dan bunyi-bunyian itu seakan sayup-sayup di bawa angin lalu hilang ditelan waktu.

Serta-merta bulu tengkuk Iwan tegak berdiri. Tak bertangguh terus dia cabut lari dan mengajak rakan-rakannya segera beredar. Setelah menutup pagar dan melilit rantainya lebih kurang, basikal budak-budak itu pun berdesup laju laju meninggalkan kawasan rumah kotej terbiar itu


  (TAMAT)

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience