Act 1/Scene 5

Thriller Series 26656

KAZIM menyalakan api pada batang rokok yang di jepit dekat bibir sambil menyandar di tepian dinding kawasan parkir pasaraya yang seperti beranda itu. Salma pun ada sekali tercegat kat situ sambil membuang pandangan jauh melihat ke langit biru,bangunan sekitar dan jalanraya yang sentiasa sibuk dengan kenderaan.

"Dua hari lepas,Shadim datang ke rumah saya dan ketuk pintu agak lama" kata Kazim. Asap rokok berkepul-kepul di hembus keluar dari mulutnya.

"Then?"tanya Salma.

"Jangan haraplah saya nak bukak pintu. Dia marah betul. Saya terdengar dia berteriak yang dia nak tembak dan bunuh saya cik Salma" ujar Kazim.

"Dia memang ada sebab untuk berasa marah dengan you Encik Kazim. You tau tak,..assistant director kami kena culik dengan Horsehead? then I sama Encik Shadim sendiri terpaksa memberanikan diri ambil risiko pulang ke rumah kotej famili you untuk berunding dengan Horsehead.

Itu belum di tambah lagi dengan nasib Encik Shadim yang kurang baik setelah di serang oleh adik you si Dalib sehingga pengsan. Dan lagi Horsehead mengancam seluruh warga krew produksi andai permintaannya di tolak oleh Shadim.

Bayangkan betapa tertekannya Encik Shadim sekarang ni. Jadual shooting pun terpaksa di tunda sana-sini. I pun tertanya-tanya juga kenapa Encik Kazim buat lepas tangan saja sedangkan hal ni melibatkan Horsehead dan adik-adik you jugak?" soal Salma sambil berpeluk tubuh.

"Cik Salma tak faham..."

"Then Encik Kazim fahamkan saya balik..saya sedia mendengar"

Wajah Kazim kelihatan tak bermaya dan resah-gelisah. Dia asyik menoleh ke sekitar seperti takutkan sesuatu.

"Begini cik Salma... untuk pengetahuan cik Salma...saya dah putuskan untuk tidak mahu ada kaitan lagi dengan Kabil,Dalib mahupun Horsehead"

"Tapi Kabil dan Dalib adik-adik you jugak kan"

"Untuk pengetahuan cik Salma,saya tiada sebarang pertalian darah pun dengan mereka. Saya buat begitu sebab terdesak perlukan wang..

"Ohh...now I understand... this is why Encik kazim sanggup tipu Shadim dengan memberi maklumat berkaitan lokasi rumah kotej ladang tu kerana desperate dengan ganjaran yang produksi tawarkan bukan?"

Kazim terdiam dan tertunduk-tunduk macam orang kesal dan bersalah.

"Encik Kazim tau tak..tindakkan sebegitu telah mencampakkan keseluruhan krew produksi dalam kancah bahaya? rupanya kami buta-buta dah merisikokan nyawa kami sewaktu shooting dan bermalam di rumah kotej tu"tegas nada Salma sambil menggeleng kepala.

"Kalau cik Salma nak tahu..sebenarnya saya lah yang sepatutnya di tugaskan oleh Horsehead untuk culik assistant director tu pada malam kejadian..tapi saya bangkang kerana merasakan arahan Horsehead dah melampau.

Di sebabkan oleh keengganan serta telah mengingkari arahan tersebut,saya kini hidup dalam ketakutan. Horsehead nak bunuh saya cik Salma. Kemana-mana saya pergi pun dah rasa tak selamat" ujar Kazim dengan nada seperti orang ketakutan.

"Entahlah Encik Kazim..sukar saya nak percaya.."balas Salma sambil berpeluk tubuh dan melemparkan pandangan jauh.

"Terpulang kepada cik Salma nak percaya atau tidak. Saya sendiri pun hidup dalam ketakutan. Malam ni saya akan berpindah ke daerah lain demi keselamatan diri. Saya dah tak sanggup lagi nak lalui semua ni. Tapi sebelum tu..biar saya bertanya pada cik Salma...adakah saya ni jahat kerana telah mengingkari suatu perintah gila untuk menculik anggota produksi perfileman Shadim? Saya akui saya terdesak memerlukan wang,tapi tidak lah sampai ke tahap bersekongkol dengan kerja-kerja jahat Horsehead"

Salma tersentak. Sedikit sebanyak dia mulai dapat merasakan kejujuran kata-kata Kazim serta relevannya kenapa beliau seperti orang ketakutan. Kasihan pula Salma bila memikirkan bagaimana Kazim kini hidup dalam ketakutan. Horsehead memburunya kerana beliau telah ingkar, sementara dari sebelah pihak produksi pula,Shadim juga amat bengang dan mengesyaki Kazim bersubahat dengan Horsehead dalam perbuatan menculik Maya kerana enggan merespon setiap mesej dan panggilan yang di buatnya.

"Nanti dulu..kalau Encik Kazim bukanlah abang kepada Kabil dan Dalib, habis tu siapakah anak ketiga pasangan famili pemilik kawasan dan rumah kotej ladang seperti yang saya lihat dalam bingkai gambar keluarga dekat dinding rumah tu?"

"Horsehead cik Salma. Horsehead sendiri adalah abang paling tua diikuti oleh Kabil dan seterusnya Dalib"

Lelaki itu pun minta diri untuk pergi.

Dalam beberapa langkah dia pun berhenti dan berpaling semula pada Salma.

"Hati-hati cik Salma...nasihatkan kepada setiap warga krew produksi agar berwaspada. Horsehead sangat kritikal orangnya. Dia akan berusaha dapatkan segala apa yang di mahukannya walau dengan apa cara sekalipun termasuk menggunakan pendekatan memaksa,penderaan psikologi dan kekerasan. Permainan dia sangat halus dan kadang-kadang tiada siapa pun menyedari dah termasuk di dalam jebak yang di ciptanya" nasihat Kazim.

Salma mengangguk dan melihat saja lelaki itu melangkah pergi sambil menyeluk ke poket seluar untuk mengambil kunci kereta. Dan ketika tangan nya keluar dari poket itu sekeping kad tercicir jatuh ke lantai.

Baru Salma hendak berteriak memanggil Kazim untuk memberitahu hal tersebut,panggilan dari ibunya Nurah masuk ke smartphone. Langsung Salma menjawab panggilan dan terlupa terus untuk memanggil Kazim.

"Ibu dah kat kaunter ya? okey..okey Sal berjalan ke situ sekarang"

Kereta Kazim telah berlalu pergi.

Salma berjalan dan memungut kad yang tercicir dari poket seluar Kazim. Ianya adalah kad perniagaan syarikat menjual baja-baja pokok dan tumbuhan yang mana menurut andaian Salma ada perkaitan dengan bidang pekerjaan Kazim.

Kad mengandungi alamat dan nombor telefon itu Salma simpan baik-baik. Mana tahu mungkin suatu ketika nanti ada gunanya. Lagipun Salma merasakan seakan-akan ada banyak lagi rahsia tentang Horsehead yang hendak di tanyakannya pada Kazim tadi,tetapi entah kenapa persoalan itu tidak muncul pula tadi.

Mungkin dengan kad itu dapatlah Salma berhubung dengan Kazim andai muncul suatu keadaan yang memerlukannya begitu.

                -----------------------------------------------------

Sebulan telah berlalu. Produksi perfileman Shadim kembali rancak dengan jadual shooting samada lokasi nya di luar atau di dalam set studio dalam premis.

Shadim juga baru pulang dari luar negara. Beliau ke sana bagi menguruskan kerja terbitan,cetak dan pengedaran beberapa filem lucah terbaru keluaran syarikat produksi perfilemannya. Di sana beliau bekerjasama pula dengan pihak-pihak lain yang akan membantu beliau memastikan setiap proses yang di jalankan berjalan lancar sehingga produk filem-filem yang di terbitkan beredar ke pasaran bawah tanah.

Pulang dari luar negara Shadim telah mengadakan sedikit parti jamuan di premis kerana beliau terlalu gembira dengan filem-filem keluaran syarikat miliknya mendapat sambutan menggalakkan di pasaran bawah tanah luar negara.

"Wah kau hari ni happy betul Dim?" soal Bustamam yang sedang duduk dengan sepinggan yang di penuhi pelbagai hidangan jamuan parti bersama warga krew produksi termasuk Salma.

"Aah Dim..we all tumpang gembira tengok you happy macam ni berbanding waktu you stress akibat kesulitan yang menimpa produksi sebelum ni" kata Maya pula.

"What's make me more happy kalau bukan urusan penerbitan filem-filem keluaran terbaru kita dekat pasaran luar negara telah berjaya di sempurnakan. Hm,tambahan pula sewaktu i bertemu dengan pihak luar yang bekerjasama dengan kita telah memaklumkan beberapa buah dari filem keluaran kita mendapat sambutan menggalakkan hingga terpaksa melalui proses pengulangan cetak beberapa kali. What else? Kita buat keuntungan berlipat ganda bila lebih banyak provider luar negara deal dengan pihak kita untuk memasukkan sejumlah besar terbitan filem kita ke dalam katalog atas talian mereka" cerita Shadim penuh semangat dengan senyuman kelegaaan jelas terukir di wajah.

Tepukkan warga krew produksi mengiringi setelah beliau selesai mengkhabarkan kejayaan demi kejayaan yang telah di capai oleh syarikat produksi perfileman lucah miliknya.

"Okey cukup lah dulu.. I dah rasa macam menteri buat pembentangan bajet pulak dah" kata Shadim tersengih sebelum di sambut ketawa.

"You all guys...thanks a lot for your hard work. I rasa bertuah kerana kita ada production team yang mantap. Appreciate it so much" kata Shadim lagi sambil kedua tapak tangan nya di satukan tanda penghargaan buat setiap warga krew produksi yang bekerja di bawah syarikat perfilemannya.

Parti jamuan di premis terasa meriah. Bukan saja setiap anggota krew produksi malah para pelakon lelaki dan wanita yang pernah terlibat atau masih lagi mempunyai kontrak lakonan dengan syarikat terbabit turut di jemput hadir.

Shadim rancak bersembang dengan para krew dan sesekali dia singgah pula berbual dengan para pelakon yang pernah membintangi filem-filem lucah terbitan syarikat beliau.

Buat seketika ini produksi terbabit aman tenteram dari sebarang perkara-perkara yang tidak di ingini walaupun pernah di duga dengan beberapa insiden yang tidak diingini seperti kematian salah seorang krew iaitu Raziq,penculikkan ke atas Maya si pembantu pengarah serta ancaman dari seorang lelaki psikotik yang di kenali sebagai Horsehead.

Namun berapa lamakah kedamaian itu dapat di kekalkan? Benarkah Horsehead sekadar memberi ancaman kosong saja kepada pihak produksi perfileman Shadim tanpa sebarang reaksi tindak balas setelah permintaannya untuk membintangi salah satu adegan penyimpangan seks dalam filem lucah terbitan syarikat produksi terbabit telah di tolak mentah-mentah oleh Shadim?

...BERSAMBUNG...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience