B22

Romance Series 25673

Hari ini, hari kedua aku menemani Saddiq di hospital. Keadaannya hari ini sama seperti semalam, masih tidak sedarkan diri. Doktor ada memberitahuku yang Saddiq boleh sahaja sedar pada bila-bila masa.

Aku menyandarkan diri, menghadap Saddiq di tingkap kaca bilik ICU. Manangis hati pabila melihat orang yang baruku sedar, aku mencintainya terlantar kaku tanpa sebarang reaksi.

"Saddiq, awak kena kuat ya. Saya akan sentiasa ada untuk awak, jangan putus asa please." Sayu suaraku menahan air mata daripada mengalir.

"Saya janji lepas je awak sedar nanti, saya akan luahkan perasaan saya dekat awak. Biarlah orang kata macam perigi cari timba pun, orang macam awak memang patut dilamar perempuan dulu." Aku tersenyum tawar sendiri.

Seseorang menghampiriku dari sisi kanan.

"Trish, abang lapar pula rasanya, kita..." Tidak sempat Rayqal menhgabiskan ayatnya, telefonku tiba-tiba berdering.

"Jap eh bang." Aku beredar dari situ untuk menjawab telefon.

Rayqal tergamam, hanya berdiri statik di di situ.

"Hello Nik." Sapaku.

"Hai Trish, aku ada dengar pasal kawan kau masuk ICU. Sorry sangat aku tak tahu awal, How's he now?" Sayu suaranya.

"It's okay, aku pun tak bagitahu sesiapa. Dia still tak sedar lagi."

"Aku doakan dia cepat sedar, aamiin."

"Aamiin."

"Em, alang-alang aku dekat dengan hospital ni, aku nak bawak kau pegi lunch ok?"

"Boleh juga."

"Dalam 10 minit aku sampai."

"Okay, take care." Aku menekan butang merah, menamatkan perbualan kami.

Aku mendekati Rayqal yang sedang berdiri di hadapan tingkap ICU Saddiq sambil tangannya disilangkan. Matanya fokus melihat Saddiq tetapi fikirannya seperti menerawang memikirkan perkara lain.

"Abang qal, Nik ajak Trisha pegi lunch. Abang qal takpe ke lunch sorang-sorang?"

Rayqal memandangku tepat.

"Oh, em. Takpe-takpe. Abang pun nak keluar lunch dengan client jap lagi."

"Enjoy. Jangan sedih-sedih." Tambah Rayqal sambil tersenyum lemah.

Aku membalas senyumannya.

Hasratnya untuk mengajak aku keluar makan tengah hari bersama terpaksa ditutupi dengan penipuan supaya aku tidak berasa serba salah kerana memilih sebelah pihak.

Aku hanya melihat Rayqal beredar, sayu sahaja kakinya mengatur langkah. Rayqal meninggalkan aku tanpa sebarang kata.

'Kenapa pula dia ni nampak sedih je.' Getus hatiku.

Nik membawaku makan di tempat kegemarannya berdekatan hospital. Aku sendiri yang minta supaya tidak makan di tempat yang jauh kerana senang untuk aku kembali ke hospital jika ada berlaku apa-apa kepada Saddiq.

Aku tidak mahu menyesal buat kali kedua...

"Kau okay tak ni, Trish?" Tegur Nik.

"Okay je."

Selepas mendengar jawapan positif daripada aku, dia menatap fokus telefonnya.

"Aku rasa aku dah dirasuk hantu anime! Macam mana ni Trish!!!" Bulat mata Nik menatap telefonnya.

Aku terkejut dengan jeritan kecil lelakinya. Tak pernah-pernah aku dengar lelaki menjerit secomel ini.

Aku ketawa kecil.

"Apa jerit-jerit ni, tengok tu semua pandang tau."

"Tak, ni Trish, kau kena tengok anime ni. Aku recommend giler-giler dekat kau." Matanya tiba-tiba berair.

"Haa, dah jerit, jangan nak nangis kat sini pula. Kang tetiba orang call polis cakap aku dera anak teruna orang."

Pantas Nik memandang tepat mukaku.

"Mana tahu aku teruna?"

Aku mengerutkan dahi sambil membuat muka.

"Joke joke, hehe." Tambah Nik.

Aku menghela nafas lega pabila mendengar jawapannya.

'kalau betul-betul tadi, balik jalan kaki lah aku nampaknya.' Bisik hatiku.

"Esok kau free tak? Kita tengok movie ni dengan Aqil sekali."

"Tak pastilah Nik, kalau aku free, kita tengok dekat kedai aku ok?"

"Deal!" Jawab nik dengan nada riang.

Kami menjamah makanan yang dipesan sambil berbual tentang hobi masing-masing sehingga jam sudah menunjukkan pukul 2.45 petang.

Aku terperanjat melihat jam di tangan. Sudah melebihi waktu lunch kami di sini.

"Eh Nik, dah lebih waktu lunch ni. Jum balik." Kataku dengan nada risau.

Aku rasa tak sedap hati tinggalkan Saddiq sendiri lama di hospital.

"Haah la! Jum cepat-cepat, pukul 3 aku ada meeting. Macam mana boleh tak perasan ni." Cemas muka Nik melihat jam tangannya.

Aku ketawa kecil melihat gelagat Nik yang kelam-kabut menghabiskan makanannya.

"Dah sembang tak ingat dunia." Kataku sambil tersenyum.

Nik hanya tersenyum lebar menampakkan giginya kepadaku.

__________________________

Aku turun dari kereta Nik sesampai kami di pintu masuk KPJ.

"Nanti aku call kau eh. Terus kuatkan semangat!" Pesan Nik.

Aku hanya mengangguk sambil tersenyum tawar. Aku mengorak langkah ke bilik ICU saddiq.

Dari jauh aku melihat seorang lelaki yang sedang duduk menunduk sambil tangannya disilangkan. Nampak seperti dia sedang tidur.

"Abang qal, oh abang qal." Aku mengejutnya.

Rayqal mengangkat kepalanya, matanys berkelip beberapa kali. Dia memandang tepat mukaku dan beralih melihat jam di tangannya.

"Lamanya lunch." Rayqal bersuara.

"Borak-borak dengan Nik, sampai tak sedar pulak nak dekat pukul 3."

"Oh..." Perlahan suara Rayqal membalas.

"Abang buat apa dekat sini? Kan waktu kerja ni." Tanyaku kehairanan.

"Lepas habis meeting tadi, abang dah takde kerja dah sebabtu datang sini, Trish kan sorang je kat sini."

"Trish ok je lah bang. Takyahla risau sangat."

"Abang baliklah rehat. Trish tak minta pun abang datang sini, Trish dah besar, pandailah jaga diri. Lagipun yang masuk ICU tu kawan Trish, abang tak bertanggungjawab apa-apa pun." Kataku dengan nada yang agak tegas.

Suasana senyap sepi seketika. Rayqal terdiam sambil menunduk ke bawah mendengar kata-kataku.

"Trish nak pergi solat ni. Abang balik tau." Pesanku sekali lagi.

Rayqal masih diam, tidak menunjukkan sebarang reaksi. Mukanya langsung tidak memandangku, hanya menatap lantai kosong.

Aku bangun dari kerusi dan terus menuju ke surau tanpa menoleh ke belakang.

Kenapa pula Rayqal tiba-tiba risaukan aku.
Bukan aku yang masuk ICU.
Patutnya dia risaukan anak dia.
Semakin pelik tengok dia sekarang ni.

Kalau betuk dia sukakan aku, kenapa minta rujuk dengan Hana?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience