29

Romance Series 25673

Aku bersiap-siap ingin ke hospital untuk melawat Saddiq seperti biasa. Kakiku melangkah menuruni tangga dengan hati yang riang. Hasratku hari ini untuk meluahkan perasaan aku terhadap Saddiq.

Sesampai sahaja di pintu bilik wad, aura dari dalam bilik terasa lain, tidak seperti biasanya.

"Saddiq?" Aku menolak perlahan pintu dan menjengukkan kepala ke dalam.

"Ye cik? Cik cari pesakit katil ni ke?" Sapa jururawat yang sedang mengemas katil Saddiq.

"Haah, dia pergi mana ya?"

Muka jururawat itu berubah menjadi sedih.

"Encik Saddiq dah discharge pukul 12 tadi."

Aku mengerutkan dahi.

"Dia dah sihat ke?" Tanyaku lagi.

"Parents dia ambil untuk refer hospital lain. Saya pun tak tahu sangat pasal ni cik. Cik boleh tanya Doktor Ahmad."

Aku memandang lantai, mood aku dari riang berubah sedih.

'Kenapa dia tak bagitahu aku pasal ni malam tadi?' Bisik hatiku.

"Terima kasih ya." Kataku dengan mengukir senyuman yang lemah.

Pelbagai persoalan bermain di mindaku. Semua soalan ini tidak akan pernah terjawab selagi aku tidak bersemuka dengan Saddiq.

Aku mula mencari kelibat Doktor Ahmad, mungkin dia tahu ke hospital mana Saddiq pergi.

"Cik Trisha?"

Aku menoleh kebelakang.

"Doktor! Finally, jumpa juga!"

Doktor Ahmad menunjukkan mukanya yang tertanya-tanya dan akhirnya menghela nafas panjang.

"Cik nak tahu tentang Saddiq ye?" Tanya Doktor Ahmad.

"Haah! Dia takde pula bagitahu nak tukar hospital and then parents? Macam mana parents dia tahu dia dekat sini?" Jawab aku.

"Sebenarnya dah seminggu parents dia call nak minta tukar hospital and the reason why, saya tak boleh bagi tahu. Maaf cik Trisha, saya tak dapat nak bantu awak."

"Doktor tak boleh ke bagi nombor parents Saddiq?"

"Tak boleh cik, maklumat pesakit adalah confidential. Kami tak boleh bagitahu dekat sesiapa. Saya harap Cik kekal tabah, saya pergi dulu." Doktor Ahmad senyum lemah kepadaku dan berlalu meninggalkan aku terpinga-pinga.

'Apa yang dah berlaku ni? Baru semalam kitorang rancak bercerita, tiba-tiba harini hilang tanpa khabar berita.' Luah hatiku.

Aku menggagahkan diri untuk berjalan ke kereta.

___________________________

"Trish! Kau nampak tak hood..." Azaim bercekak pinggang memandang aku.

"Kak kau kenapa? Berselubung tengahari macam ni." Tanya Azaim.

"Im, for the first time, I need some time alone." Balas aku dari dalam selimut.

Belum sempat Azaim berkata, Abang Aisy menepuk bahu Azaim.

"Jum turun, aku jumpa hoodie kau dekat dapur." Kata Abang Aisy.

Azaim berkerut dahi memandang, hairan memandang Abang Aisy.

"Mana hoodie aku?" Azaim kembali bercekak pinggang.

"Kau ada nampak ke hoodie kau kat sini?" Tanya Abang Aisy sambil duduk di kerusi dapur.

Azaim menghela nafas panjang.

"Kau tahu kan apa jadi dengan Trish?" Tanya Azaim.

"Dia cakap si Saddiq tu hilang tak bagitahu apa-apa dekat dia. Bagi dia masa nangis puas-puas." Balas Abang Aisy.

Azaim duduk lemah di kerusi sebelah Abang Aisy.

"Mesti dia dah suka Saddiq tu kan?" Tanya Azaim.

"Macam tak tahu pula akak kau tu cepat cair dengan orang yang layan dia helokkk punya."

Azaim tertawa kecil.

"Umi dengan papa dah tahu ke?"

"Belum, dorang tak balik lagi. Nanti abang bagitahu."

Azaim mengangguk lemah.

"By the way, my bro, please please please please. Nak menipu tu pandai-pandai la sikit, ni ada pula hoodie dekat dapur. Tak ke tak masuk akal dengan umi yang of course mesti menjerit satu rumah bila ada benda tak sepatutnya dekat dapur." bebel Azaim sambil berlalu ke ruang tamu.

Abang Aisy hanya mengejek bebelannya sambil memandang ke arahnya.

__________________________

Sudah beberapa kali panggilan telefon aku masuk ke mel suara. 'Last Seen' Whatsaap nya juga tidak berubah daripada kali terakhir kami bertukar ucapan selamat malam.

"Saddiq... Mana awak pergi?"

"Kenapa tiba-tiba awak hilang?"

"Kenapa awak curi hati saya tanpa pulangkan balik?"

"Ya Allah... Kenapa aku menghadapi balik kenangan pahit ni?"

Aku bermonolog sendiri.

"Dik, you okay?" Abang Am mengusap lembut kepala aku, memenung sayu mukaku yang lesu.

"Im not okay." Aku menjawab dengan masih memadang lantai.

Abang Am duduk disebelah aku.

"Abang tak tahu sakit macam mana adik rasa sekarang.But perhaps there is someone who understands how you feel."

Aku mengangkat mukaku memandang Abang Am yang tersenyum manis.

"Who?"

"See for yourself. Grab your tudung sarung now. Turun pergi dapur kay." Abang Am keluar dari bilik meninggalkan aku sendiri dengan penuh tanda tanya.

Bunyi deringan telefon mematikan lamunan aku. Pantas tangan aku mencapai telefon dengan harapan ianya panggilan daripada Saddiq.

Skrin telefon aku memaparkan nama 'Si budak comel'.

Aku mengeluh dan membiarkannya, tidak bersedia lagi untuk bercakap dengan sesiapa.

Siap memakai tudung sarung, aku menuruni tangga dan terus ke dapur.

Aku melihat susuk tubuh seorang lelaki dari bahagian belakangnya. Dia memaling badannya memandang aku yang berdiri kaku memandangnya.

"Trisha? Tenung apa tu? Jum teman abang makan, dari tengah hari tak makan ni." Rayqal duduk di kerusi meja makan dan senyum memandangku.

"Abang buat apa dekat sini?"

eh, tiba-tiba rasa macam baru balik rumah, suami sambut, eh.

"Am ajak abang minum petang tadi, tapi abang tak makan tengah hari lagi, tu yang abang bawak bekal dari rumah ni."

"Abang Am mana?"

"Tu dekat luar main game dengan Im." Rayqal menunding jari ke halaman belakang rumahku.

Aku hanya tersenyum mengangguk lemah dan terus mengambil tempat duduk di hadapan Rayqal.

"Abang masak ke semua ni?" Tanya aku dengan nada terkejut.

"Haah, tak expect eh?"

Kami berdua tergelak kecil.

"Eh takdelah. Kagum, ni lagi hebat dari Trish ni."

"Lauk ni abang belajar dengan Kak Hana dulu. Bolehla sikit-sikit." Rayqal tersenyum kelat.

"Belum cuba, belum tahu kan. Meh Trisha judge dulu." Aku tersengih memandangnya.

Selesai makan, aku menjamu Rayqal dengan kopi mewah buatanku.

Jangan risau, air ni clean and clear, ngeh.

"How are you holding up?" Tegur Rayqal.

Aku kembali sayu memandang lantai.

Aku dah agak cerita ni dah tersebar dan aku respect dia tak rushing ambil part untuk tanya.

"Maybe not okay... yet." Balas aku dengan nada sayu.

"It's okay, you can cry all you want and don't feel down about it. It is part of healing process." Lembut suaranya, nadanya seperti memujuk.

"Trisha kena buat apa sekarang ni?"

"Trisha tak perlu pun buat apa-apa sekarang ni, just focus on yourself for now. You can't do anything if your head is not in the right place."

"Abang akan cuba tolong Trisha cari Saddiq, semua orang yang sayang kan Trisha akan tolong Trisha to get yourself back. Don't ever feel alone because we are all right behind you."

Sebak aku mendengar kata-kata Rayqal. Apa yang jadi dekat aku sekarang ni tak seteruk apa yang dia lalui sebelum ni.
Kenapa aku terlalu lemah dengan dugaan sekecil ini.

"How you can be so strong?" Aku memandang tepat muka Rayqal, menunggu jawapannya.

"Tiada siapa terus kuat lepas dugaan. Abang pun macam Trisha juga dulu. For you to feel better, abang lagi teruk dari Trisha and... no more details"

Kami tertawa kecil.

"Tapi bila abang fikirkan Iris, mama, papa, abang tak boleh terus sedih sebab they are the biggest kebahagian yang abang ada at that time and forever. Dorang takkan boleh bantu abang kalau abang tak cuba bantu diri abang dulu." Tambah Rayqal.

Aku tersenyum memandangnya.

Kata-katanya sangat terkesan di hatiku.
Aku kena kuatkan diri untuk bangun dulu sebelum orang lain boleh bantu papah aku bergerak ke hadapan.

Assalamualaikum and hai semua, Saya nak minta maaf sangat sebab lama tak update, terlalu busy dengan odl

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience