B17

Romance Series 25673

Tepat pukul 11.30 pagi, aku sudah siap untuk ke hospital, melawat Saddiq. Aku menuruni tangga menuju ke kereta.

"Trish, nak pegi mana tu, kemain bersiap." Tegur umi.

"Jumpa pakwe lah tu." Tambah papa.

Aku memberhentikan langkahku di hadapan umi dan papa.

"Mana ada, kawan je eh." Balasku.

"Story lah dengan umi, papa. Kitorang pun nak tahu kalau Trish dah jumpa orang baru." Kata umi.

"Ni mesti pasal si Nik tu kan? Abang dengan Im punya keje lah ni, tak menyabor."

"Tak sabarlah nak tengok satu-satunya adik dengan kakak dorang bahagia." Celah papa.

"Yelah tu papa. Oklah, Trish pegi dulu ye mi, pa." Aku mencium tangan mereka sebelum keluar rumah.
_________________________

Tok! Tok! Tok!

"Come in, Naura Trisha."

Aku tergamam mendengar namaku disebut penuh. Jantungku berdegup laju, tidak seperti biasa. Bagaikan ada satu anak panah tertusuk tepat di hatiku.

Ouch!

Mungkin inikah yang dinamakan cinta?
Hati gembira rasa bila kau kata...
Eh eh eh, berlanjutan pula, ehe.

Aku menarik nafas dalam-dalam sebelum memasuki wad Saddiq.

Keep calm Trisha, you can do it!

Aku menolak pintu wad perlahan-lahan dan melangkahkan kakiku ke dalam wad itu.

"Assalamualaikum, Sadd..." Lagi sekali aku tergamam melihat suasana di dalam wad.

Suasananya dirasakan seperti di kedai mamak pada waktu malam dengan keadaannya yang agak gelap, meja lipatnya, kerusi plastik bewarna biru, lampu lip lap dan yang paling terserlah, seorang mamak di sebelah Saddiq.

"Waalaikumussalam, bidadari. Come here, have a seat." Saddiq memberikan senyuman yang paling manis kepadaku.

"Wow, wow and wow. You blow my mind." Balasku.

Aku berjalan menuju ke meja makan dan berdiri di situ.

"Like what you see?" Tanya Saddiq.

"Like? Nope!" Aku membuat muka.

Saddiq terkejut mendengar kata-kataku, dia memandang tepat mataku dengan muka yang minta simpati.

Aku senyum melihatnya.

"I love it, Saddiq! Serius perfect giler!" Aku menjawab dengan nada riang.

Saddiq menghembuskan nafas lega sambil tersenyum manis.

"Love what? All of this or me?" Saddiq mengangkat kening kanannya menunggu jawapan daripadaku.

"Ey! Tak adil!" Aku ketawa.

Saddiq menarik kerusi aku, menyuruhku duduk.

"Ni lah suasana malam dekat mamak bila kita duduk bahagian luar-luar tu. Sama tak?" Tanya Saddiq.

"Sama! Cantik sangat."

"Satu je yang berbeza."

"Apa dia?"

"Mamak ni kita yang punya." Saddiq tersenyum manis kepadaku.

"Thank you awak." Aku tersenyum manis.

"Anything for you, bidadari."

Kami dihidangkan dengan mee goreng mamak dan air teh o ais. Side dish-nya ialah roti canai kegemaran rakyat Malaysia.

"Kenapa tak makan roti canai tu? Dah kenyang ke?" Aku bersuara selepas melihat Saddiq yang daripada tadi tidak langsung menjamah roti canainya.

"Haah, saya tengok awak makan pun dah kenyang." Saddiq tersenyum kepadaku.

"Patutlah saya tak kenyang-kenyang dari tadi, bila suap je masuk perut awak, cemana." Aku bergurau.

Saddiq ketawa mendengar gurauanku.

"Thank you awak sebab sudi jadi kawan saya. Sumpah sampai mati saya hargai."

Aku berhenti menyuap roti canai ke mulutku selepas mendengar kata-kata Saddiq.

"Kenapa awak cakap macam ni. Awak tu baik sangat sape je tak sudi kawan."

Saddiq memandang bawah sambil tersenyum tawar.

'aku tersalah cakap ke?' Bisik hatiku.

Dari tadi Saddiq asyik terbatuk-batuk, badannya kelihatan lemah, mukanya juga pucat tidak seperti biasa.

"Saddiq, awak ok ke? Awak lemah sangat saya tengok ni."

"Em? Saya okay je. Biasalah orang sakit kan." Saddiq ketawa kecil.

"Batuk awak tu teruk sangat saya tengok. Awak kena banyak berehat ni."

"Ada awak, saya rasa lagi sihat tau."

"No, no, tetap tak sama. Kali ni awak tak boleh perdaya saya dengan mulut manis awak tu."

"Oh ya! Saya ada nickname baru eh?" Saddiq menukar topik.

Aku ketawa melihatnya tersenyum lebar, tidak sabar menunggu jawapan daripadaku.

"Haah! Si mulut manis, semut pun tak berani dekat, takut tenggelam sekali dengan kemanisan awak tu."

Saddiq ketawa besar mendengarnya.

"Crack head lah awak ni, saya suka."

Kami berbual sehinggalah tamat waktu melawat. Aku rasa amat gembira hari ini, gembira yang luar biasa.

"Awak... Jangan pernah lupakan saya. Simpan saya dalam hati awak tak kisahla sudut mana sekalipun saya duduk."

Sayu aku mendengar kata-kata Saddiq.

"I will, Saddiq." Aku tersenyum kepadanya.
__________________________

Malam sudah melabuhkan tirainya, tepat pukul 9 malam, telefonku tiba-tiba berdering menandakan ada panggilan masuk.

'Mama ti?' Bisik hatiku.

"Assalamualaikum mama ti." Aku menyapa.

"Waalaikumussalam Trisha. Trish sihat?"

"Alhamdulillah, sihat. Mama ti dengan ayah syam sihat?"

"Sihat, Alhamdulillah. Macam mana kedai bunga Trish? Ok?" Mama Ti memulakan perbualan kosong.

"Alhamdulillah, okay je. Biasalah meniaga ada turun naik kan mama ti."

"Betul tu Trish. Em, mama ti sebenarnya nak cakap sikit dengan Trish ni."

Ni pelik.
Jarang sekali mama ti nak call aku.
Mesti ada berita tergempar punya!

"Ya mama ti, cakaplah."

"Kemal nak merantau ke negeri orang."

"Ke mana mama ti?" Aku bertanya dengan nada pelik.

Yelah kan, tengok dia dengan makwe dia pun macam tak boleh berpisah seminit.
Ni kan pulak berminggu, entah-entah berbulan.

"Entahla Trish, dia taknak bagitahu, dah besar katanya. Dia nak cari kerja di negeri orang."

"Kenapa jadi macam tu?" Aku bertanya lagi.

"Lepas plan kami nak jodohkan Trish dengan Kemal tak jadi, dia putus dengan Qaisara. Tak lama lepastu, harini tiba-tiba dia buat keputusan macam tu."

"Mungkin dia perlukan masa, yelah baru lepas putus kan, hati tu baru nak berparut."

"Mungkinlah tu. Tapi lepas kami cakap tak jadi nak jodohkan korang berdua, dia nampak lega sangat. Mama ti ingatkan memang betul lah dia sayang Qaisara tu, bolehla dia bertahan sampai kahwin, rupanya tak juga, Trish." Panjang lebar mama Ti bercerita.

"Takpe mama ti, Allah nak hantar menantu yang terbaik tu. Kita sama-sama tunggu eh."

"Mama ti harap kamu lah orang yang kami tunggu-tunggu tu." Mama Ti bergurau.

"Ish, ke situ pula mama ti ni."

Kami ketawa kecil.

Selepas tamat berbual panjang, aku memejamkan mata untuk tidur. Kepalaku menerawang ke tempat lain, memikirkan apa yang sudah jadi pada hari ini.

Saddiq, banyak cakap benda pelik harini.
Kemal pula buat keputusan pelik harini.

Ada-ada saja lah lelaki ni kan.
Patutlah aku single.
Jap, apa kena mengena?
Ngeh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience