B21

Romance Series 25673

"Boss! Phone boss bunyi ni!" Jerit Sarah dari bilik menggubah bunga.

Aku bergegas masuk ke bilik itu untuk menjawab telefonku.

"Helo, ni Cik Naura Trisha ke?"

"Ya saya."

"Saya Suhaila dari Hospital KPJ Damansara, Encik Saddiq baru sahaja dimasukkan ke ICU kerana batuk teruk dan sesak nafas...".

Allahu...

"Okay, saya datang sekarang. Terima kasih."

Bergegas aku mengemas barang dan menuju ke luar untuk memesan grab car kerana Rayqal yang menghantar aku ke kedai pagi tadi dan aku tidak mahu mengganggu waktu kerjanya sekarang ini.

"Saya nak keluar, ada hal. Kalau saya tak balik, tutup macam biasa ya. Bye!" Tanpa mendengar sepatah kata daripada pekerjaku, aku terus keluar dari kedai.

Hatiku berdebar-debar, risau menyelubungi jiwaku. Aku tidak mahu apa-apa terjadi kepada Saddiq, Ya Allah.
_______________________

"Nurse, kat mana ICU?" Tanyaku dengan nada cemas.

"Cik terus, lepastu belok kanan, nanti cik nampak ICU belah kiri cik."

"Terima kasih." Laju aku mengorak langkah ke ICU dengan arah yang diberitahu oleh jururawat tadi.

"Cik, cik tak boleh masuk. Kami nak pesakit berehat secukupnya tanpa ada pelawat." Seorang jurutawat menegurku.

"Bila saya boleh masuk?"

"Bila dia dah sedar dan stabil baru kami benarkan cik masuk, minta maaf ya."

"Terima kasih." Aku senyum kepadanya dan dia membalas senyumanku.

Lama aku duduk di ruangan menunggu, berharap yang Saddiq akan sedar dan aku dapat masuk menemuinya.

"Trish."

Aku menoleh ke belakang.

"Bang qal? Buat apa kat sini?"

"Abang risau Trish sorang-sorang kat sini. Kenapa tak call abang tadi, suruh hantar?"

"Trish taknak kacau abang kerja."

"Trisha, abang yang ambil Trish pergi kedai, abang lah yang bertanggungjawab kalau Trish nak pergi mana-mana." Kata Rayqal dengan nada yang agak tinggi.

Aku hanya mendiamkan diri.

"Sorry Trish. Abang risau je. Em, macam mana dengan kawan Trish?" Tanya Rayqal.

"Dia tak sedar lagi, orang nak melawat pun tak boleh lagi."

"Daripada Trish duduk sini je, lebih baik Trish balik rehat. Esok kita datang balik, kita balik eh." Pujuk Rayqal.

"Abang nak balik, baliklah dulu. Trish tak suruh pun abang datang. Atleast Trish boleh jenguk-jenguk dia dari luar dekat sini."

"Trisha, umi sya dengan papa z mesti risau Trish tak balik kerja lagi. Badan tu penat tau, tak kesian ke."

Aku memandang tajam Rayqal tanpa sepatah kata.

"Okay, okay. Abang pegi turun bawah beli makanan jap. Trish nak apa-apa?"

Aku hanya menggelengkan kepala.

Aku melihat Rayqal berlalu pergi menuju ke kafeteria hospital. Aku mengeluarkan telefon dari beg tangan dan menelefon umi untuk memberitahu keberadaan aku sekarang.

"Assalamualaikum umi, Trish mungkin balik lambat sikit, dekat hospital ni, kawan masuk ICU."

"Innalillahiwainnailaihirojiun, kawan Trish yang ada CF tu ke?" Tanya umi dengan nada risau.

"Haah umi, tiba-tiba dia batuk teruk dengan sesak nafas, sampai sekarang tak sedar lagi." Sayu sahaja suaraku.

"Kesiannya Ya Allah. Trish dengan siapa tu? Trish kan tak bawa kereta."

"Abang qal datang tadi, baru je dia pegi kafe."

"Oh, okay Trish. Elok-elok ya. Umi dengan papa tunggu dekat rumah."

"Takpelah umi. Umi dengan papa tidurlah dulu."

"Yelah, kirim salam dekat Rayqal. Assalamualaikum."

"Insya Allah umi, waalaikumussalam." Aku menekan butang merah, menamatkan perbualan kami.

Tidak lama kemudian, Rayqal datang menghampiriku dengan plastik makanan di tangannya. Dia menghulurkan plastik itu kepadaku.

"Ambillah buat isi perut tu."

Aku mengambil plastik itu dari tangannya.

"Thank you. Umi kirim salam." Balasku.

Rayqal balas dengan anggukan.

"Abang tahu tak, kawan Trish tu semalam ajak melawat dia, rindu katanya, nak dekat seminggu Trish tak jenguk dia tapi Trish rasa malas sangat nak keluar. Suara dia sedih sangat bila Trish kata Trish busy, padahal tak pun. Jahatkan Trish bang?"

"Trish, jangan lah cakap macam tu, bukan Trish sorang je kawan dia tau. Tak baik rendahkan diri sendiri."

"Memang Trish sorang je kawan dia ada. Doktor cakap takde orang lain datang melawat selain Trish. Dari dulu Trish kawan yang tak guna." Perlahan air mataku mengalir.

Terimbas memori pahitku ketika sekolah menengah, menguatkan lagi kebenaran kata-kataku sebentar tadi.

"Trisha... Look at me. Trish!"

Aku memandang sayu Rayqal.

"Kalau Trish nangis macam ni, downgrade diri sendiri, tak makan langsung dari tengah hari, menyeksa diri tau. Trish ingat kawan Trish sanggup ke tengok Trish seksa diri macam ni? Trish kena kuat untuk dia, Trish lah semangat yang dia ada. Kalau Trish pun macam ni, apa lagi dia." Rayqal memandang tepat ke dalam mataku.

Air mataku bertambah laju mengalir membasahi pipiku pabila mendengar kata-kata Rayqal. Aku mengesat air mataku dengan lengan baju, segan dilihat oleh Rayqal.

"Abang baliklah, kesian Iris tunggu daddy dia. Trish balik naik grab je nanti."

"No, abang hantar Trish balik. Abang dah minta tolong Aisy ambilkan Iris dan bawa balik rumah Trish dulu."

Ada betulnya apa yang dikatakan Rayqal.
Siapa lagi yang boleh kuat untuk Saddiq kalau bukan aku.

Aku sendiri tak tahu kenapa hati aku terasa sakit sangat melihat dia terlantar kaku. Aku tak sedia lagi kehilangan orang yang aku sayang, aku tak sedia kehilangan dia...

Aku... Aku cintakan dia, Ya Allah.
Kau selamatkanlah hambamu, Muhammad Saddiq.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience