B27

Romance Series 25673

"Assalamualaikum." Abang Am dan Rayqal melangkah ke dalam bilik wad Saddiq.

"Waalaikumussalam, berdua nampak." Tegurku.

"Ada hal lelaki nak bincang, Trish." Rayqal bersuara.

Aku memandang Saddiq dan dia hanya senyum kepadaku.

"Miss can we have a minute, please." Kata Abang Am.

Alu mengerutkan dahi ke arah Abang Am.

"Takde apa lah, Trish. Kitorang nak borak-borak je, risau sangat kita kacau buah hati dia. Pi beli kopi nuh." Sambung Abang Am.

Aku memukul lembut bahu Abang Am sambil mataku bulat memandangnya. Saddiq dan Abang Am tertawa kecil manakala, Rayqal hanya tersenyum tawar memandang lantai.

Aku mengambil dompet di sofa dan melangkah keluar dari bilik wad menuju ke kafe hospital untuk membeli kopi.

"Hepi nampak." Abang Am memulakan bicara selepas aku keluar dari bilik wad.

Saddiq tersenyum kambing memandang Abang Am.

"Takde lah bang."

Abang Am tertawa kecil melihat gelagat Saddiq yang tersipu malu.

"Em, bang Rayqal rapat eh dengan Trish?" Tanya Saddiq.

"Rapat lah juga lepas pindah sini." Balas Rayqal lemah.

"Rayqal ni dah anggap Trish tu macam adik dia sendiri tau, risau dia tu kalah abang kandung, haha." Celah Abang Am dengan nada riang.

Rayqal ketawa palsu, lemah. Hatinya seperti ditikam pisau berkali-kali kerana apa yang dirasakannya selama ini disalah anggap.

"Tambah lagi sorang abang Trish ya, haha." Balas Saddiq.

"Nampak gayanya bertanding lah kitorang nak menang abang terbaik Naura Trisha, kan qal?"

Rayqal hanya mengangguk lemah, tersenyum tawar.

"Saddiq cemana sekarang, dah rasa ok?" Tanya Abang Am.

"Alhamdulillah, dah rasa lebih sihat sikit. Tapi... doktor Ahmad ada bagitahu yang bila-bila masa je saya boleh jadi macam dulu balik."

Keadaan sepi seketika, terasa janggal.

"Takpe bang, jangan risau, saya dah sedia dengan apa yang akan jadi nanti. Cuma satu je saya nak minta tolong abang dengan abang Rayqal untuk rahsiakan benda ni daripada Trish sebab dia tak tahu langsung pasal ni. Doktor Ahmad pun saya minta dia rahsiakan."

"Saddiq tahu kan yang Trish cintakan Saddiq." Kata Abang Am.

Serentak Saddiq dan Rayqal memandang tepat ke arah Abang Am.

"Setahu saya, dia anggap saya macam sahabat je bang." Kata Saddiq.

"Buat masa ni mungkin ya tapi masa akan datang mungkin dia nak lebih daripada tu." Terang Abang Am.

"Sebenarnya bang... saya pun cintakan dia, dah lama, sejak jumpa pertama kali lagi tapi... entahlah bang, dengan keadaan saya yang macam ni, menyusahkan dia, lagi satu bila-bila masa je saya akan tinggalkan dia."

"Apa cakap macam ni, tak kesahla macam mana pun keadaan, kita berhak menyayangi dan disayangi. Abang sebagai abang sulung Trish, greenlight abang bagi."

Saddiq tertawa kecil mendengar ayat terakhir Abang Am.

"Kenapa kau ambil hati dia kalau kau taknak ada hubungan dengan dia?" Tiba-tiba Rayqal mencelah dengan nada tegas.

Semua tergamam dengan pertanyaan Rayqal. Abang Am memandang tepat ke arah Rayqal.

"Saya... saya tak boleh nak kawal hati sendiri. Saya tak pernah jumpa perempuan yang ambil berat sangat pasal saya. Saya minta maaf bang, saya tak tahu yang semua ni akan jadRa Saddiq tunduk kebawah.

Rayqal mengeluh lemah, memandang lantai.

"Sorry diq. Aku faham macam mana susahnya nak kawal perasaan sendiri. Maaf." Rayqal bergegas keluar dari bilik wad tanpa sempat Abang Am dan Saddiq berkata apa-apa.

"Biar dia cool down kejap. Lately, ni dia sensitive sikit, adalah tu masalah datang." Kata Abang Am.

Saddiq hanya mengangguk lemah.

"Assalamualaikum." Umi dan papa melangkah masuk ke dalam bilik wad.

"Waalaikumussalam." Serentak Abang Am dan Saddiq membalas salam.

"Eh, umi papa macam mana tahu bilik wad ni?" Tanya Abang Am.

"Memang nak WhatsApp Trish sampsi tadi tapi dah terserempak dengan dia kat kafe tadi, dia yang bagitahu." Balas umi.

"Ohh. Am naik dulu lah, kejap lagi pukul 2 nak round wad." Abang Am bersalaman dengan umi, papa dan Saddiq.

"Jangan nerves, bakal mertua konfem-konfem bagi greenlight." Abang Am berbisik kepada Saddiq, kemudian dia tertawa kecil.

Saddiq hanya tersenyum mesra.

"Macam mana rasa harini, diq?" Tanya papa.

"Alhamdulillah, sihat dah sikit rasa. Aunty dengan uncle sihat?"

"Alhamdulilah, umi dengan papa sihat je." Balas umi.

"Eh, awak ni. Tak sabar ke nak menantu. Takut budak tu dengar." Celah papa.

Saddiq dengan umi tertawa kecil.

Aku mengetuk pintu dan masuk ke dalam bilik wad Saddiq selepas membeli kopi.

"Lamanya anak dara ni membeli belum di suruh buat lagi." Umi bersuara.

"Tadi Abang Am datang jumpa Trish kat kafe, borak-borak sikit. Rayqal dah balik eh? Cepatnya."

"Aaaa.. haah, dia ada hal sikit dekat ofis tadi, tu yang tak sempat tunggu awak. Em, dia kirim salam" Saddiq terpaksa menipu, dia tidak mahu aku tahu perkara yang sebenar.

Aku hanya menganggukkan kepaladan menjawab salam Rayqal. Aku duduk di kerusi sebelah katil Saddiq.

"Awak tak jumpa siapa-siapa kan tadi? Macam awak jumpa saya sebelum ni." Saddiq berbisik kepadaku.

"Kalau ya pun kenapa?"

"Mestilah saya jeles..." Saddiq mencebikkan mulutnya tanda merajuk.

"Takdelah awak ni." Aku tertawa kecil melihat gelagat Saddiq.

"Panas lagi tak kopi untuk calon menantu umi tu." Usik umi.

"Ish, umi ni. Kenapa cakap macam tu." Aku mengerutkan dahi ke arah umi.

"Eh, betul apa. Kan bang kan." Balas umi.

"Untung Saddiq dapat layanan diraja jadi menantu umi nanti tau. Pasal air je pun dia ambil berat haaa." Celah papa.

"Ke situ pulak dia ni, mula lah tu jeles. Eleleh." Pujuk umi.

"Taknaklah, saya merajuk lama sikit." Papa menoleh ke tepi, tidak memandang umi.

"Umi papa ni, buat drama pulak eh depan orang." Aku bersuara.

"Apa salahnya nanti dia tengok tiap hari juga. Kamu sedia ya Saddiq, takde sape boleh kalahkan ke-sweetness kami ni." Balas papa.

Aku memandang Saddiq yang dari tadi tertawa kecil melihat drama kedua ibu bapaku.

Aku harap senyuman itu berkekalan.
Takkan pudar.
Sampai bila-bila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience