B28

Romance Series 25673

Malam pun melabuhkan tirainya, aku sedang mengemas meja kerana aku, Saddiq dan Abang Am baru sahaja selesai makan malam.

"Awak... awak takde story nak telling ke sepanjang saya tak sedar."

Aku menoleh ke belakang memandang Saddiq.

"Awak nak cerita gembira ke sedih?" Tanyaku dan aku kembali fokus mengemas.

"Saya ok je mana-mana tapi kalau boleh saya nak dengar cerita sedih awak, saya nak dengar awak marah, suara sayu awak, awak merajuk sebab saya nak pujuk, saya nak jadi someone yang awak boleh lean on kalau awak down."

Tangan aku terhenti mengemas dan menoleh ke arah Saddiq.

"How?" Aku senyum kepadanya.

Saddiq bangun dan mendekatiku.

"Come, let me show you." Saddiq menuju ke arah tandas. Dia membuka pintu seluas-luasnya kemudian dia mengambil kerusi dan meletakkannya di belah kanan dan kiri pintu.

"Taraaa! Awak duduk sini, saya duduk sini."

Aku mengerutkan dahiku.

"Awak buat apa ni?" Tanyaku sambil tersenyum.

'Ada sahaja idea dia ni. Ceni bukan mulut je manis, otsk pun manis agaknya.' Bisik hatiku.

"For you to lean on me when you're down." Saddiq senyum kepadaku.

Aku mengerutkan dahiku.

"Cuba dulu, baru tahu awak tahu macam mana." Sambung Saddiq.

Aku duduk di kerusi sebelah kanan manakala Saddiq duduk di kerusi sebelah kiri.

"Then... awak kena sandar dekat pintu ni eh. This is the only way you can lean on me for the time being, bidadari." Kata Saddiq.

Aki tergamam dengan katanya.

'For the time being? Apa maksud dia?' Bisik hatiku. Aku tersenyum sendiri. Perlahan-lahan sku menyandarkan kepalaku ke pintu.

"Sekarang awak dah boleh cerita, luahkan semua yang awak pendam selama ni. Tell me siapa yang buat awak nangis, buat jahat dekat awak, bagitahu saya every person that did it to you, jangan tinggal sorang pun." Sambung Saddiq.

Aku tersenyum tawar mendengarnya.

Kenapa dia macam tahu apa yang dah jadi?
Kenapa dia selalu faham apa yang aku rasa?
Kenapa aku baru jumpa dia sekarang?

"Saya... tak tahu nak mula dari mana." Aku ketawa kecil, cuba untuk menahan sebak.

"Takpe bidadari, take your time. Even awak cerita sepanjang malam pun, I'll always by your side."

Aku memejam mata, sekali lagi cuba menahan sebak dan air mata daripada mengalir.

'Layakkah aku dapat orang macam dia?' Bisik hatiku.

Dengan keadaan yang menahan sebak, aku mula menceritakan kisah hidupku daripada kisah aku putus tunang dengan Haikal, kena tuduh yang aku diam-diam plan dengan parents untuk bertunang dengan Ikhmal, Haikal kembali menagih cinta aku, Suhayl tiba-tiba muncul dengan Lili, Lili berdendam dengan Suhayl dan aku dan sampailah Nik meluahkan perasaannya kepadaku.

Saddiq menjadi pendengar terbaik yang pernah aku ada. Sepanjang aku bercerita, dia tidak mencelah langsung, dia tahu yang aku perlukan pendengar untuk menenangkan hati aku yang selama ini bercelaru dengan perasaan sendiri. Saddiq hanya menunggu hingga aku menghabiskan cerita, baru dia bersuara.

"Saya tahu semua tu berat untuk awak hadapi tapi saya nak kita sama-sama teruskan jalan ke depan, no paling-paling ok?" Saddiq bersuara.

"You and me?" Tanya aku tersipu malu.

"Yes, you and me." Saddiq dan aku tersenyum sendiri.

"Awak nak tahu something tak?" Sambung Saddiq.

"Apa dia?"

"Pertama kali saya tengok awak, macam ada magnet yang tarik saya untuk dekati awak."

Aku senyum tersipu malu mendengarnya.

"Awak cantik sangat, cara awak pandang saya, cara awak risaukan saya. Time tu saya tak fikir apa dah, yang saya tahu saya nak moment tu berulang-ulang. Yelah, masatu pun saya tak terfikir yang kita akan rapat macam ni." Sambung Saddiq.

"Lepas daripada tu, saya nak tahu semua pasal awak dan sekarang saya rasa bertuah sebab dapat jadi antara orang yang rapat dengan awak. Terima kasih, bidadari."

Aku hanya diam, mendengar dia menghabiskan luahannya pula.

"Bila saya dah kenal awak betul-betul, saya yakin awak seorang wanita yang kuat. Memandangkan awak dapat hadap apa je cabaran dalam hidup awak, saya nak awak kekal kuat sikit je lagi, saya percaya awak boleh. Kalau awak penat, awak datang kat saya, saya setia mendengar semuanya."

Air mataku mula bertakung di birai mata hanya menunggu masa untuk mengalir ke pipi.

"Even if we don't know when our last will be, even if we don't be able to see each other, saya nak awak tahu yang saya akan selalu ada dalam hati awak, saya teman awak ke mana je awak pergi, even baru baru bangun daripada tidur, saya setia menanti dalam hati awak."

"Bila awak ada, saya lupa sakit saya, saya just tahu yang saya nak cherish our moments together. You are my happiness, my bidadari... and I'll always keep this spot empty for you..."

Aku mengangkat kepalaku dari sandaran, hairan denga kata-kata Saddiq. Aku bangun dari kerusi dan menghadapnya.

"Apa maksud awak?" Tanyaku, hairan dengan kata-katanya.

"Maksud apa? Duduk sini, saya tak habis cakap lagi." Saddiq menepuk lembut kerusiku.

"Please... untuk saya?" Rayu Saddiq.

Aku mengeluh kecil dan mengikut kehendaknya.

"Awak... saya nak tengok sangat awak bahagia satu hari nanti... walaupun bukan saya penyebab kebahagian awak." Kata Saddiq.

Aku kembali menyandarkan kepala ke pintu.

"Apa awak cakap ni? Saya bahagia tau sekarang ni sebab awaklah." Balasku.

Saddiq tertawa kecil.

"Yeke? Lega saya dengar."

"Awak, mana moment kita yang awak paling suka?" Tanyaku dengan nada riang cuba menyembunyikan rasa sebakku dan air mata daripada terus mengalir.

"Semua, bidadari. Daripada dalam lif sampailah awak balik kejap lagi, saya simpan dalam kenangan kita berdua."

"Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya. Saya tak tahu sampai bila saya boleh bertahan dalam keadaan ni, saya nak awak terus bertahan dalam hidup awak untuk saya." Sambung Saddiq.

Air mataku mula mengalir kembali mendengar ayat terakhir Saddiq. Aku tidak dapat lagi menahan sebak di hati. Dia lah antara lelaki yang aku tak pernah impikan, dan aku dapat tanpa aku sedari.

Aku nekad yang hari esok aku akan luahkan perasaan aku kepada Saddiq. Aku tidak terdaya untuk menyimpannya lebih lama, aku yakin dia untukku.

Ya Allah, jika dia untukku, engkau tunjukkan aku jalan menujunya, aamiin.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience