B10

Romance Series 25673

Selesai doa selamat, berpusu-pusu orang menuju ke tempat makanan dihidangkan. Raut wajah Rayqal kelihatan lega dan gembira kerana majlisnya berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah.

"Trish, bawakan tembikai ni pegi letak dekat meja depan tu." Umi mengaraku.

Aku cepat-cepat mengambil dua bekas tembikai itu dan membawanya ke ruang tamu. Rayqal kelihatan sudah mesra dengan jiran-jirannya, maklumlah kebanyakan daripada mereka sebaya dengannya.

Aku menoleh kebelakang apabila terasa tangan sesorang menyentuh bahuku.

"Qaisara, ni Trisha. Trisha, ni Qaisara."

'Mamat ego ni, apesal ting tong sangat eh otak dia ni. Dengan takde salam semua, sesuka je sentuh orang' Getus hatiku.

"Hai Trisha. I girlfriend Ikhmal. Nice to meet you" Qaisara menghulurkan tangan kepadaku.

Ni lah buah hati yang dia claim haritu, tinggi dari dia rupanya, cehhh.

Aku menyambut salamannya.

"Hai, boleh panggil Trish je. Jemputlah makan sampai bolat." Aku tersenyum tawar.

Hamik kau, bolat aku bagi haaa.

Qaisara hanya menganggukkan kepalanya dan tersenyum kelat, mungkin pelik dengan kata-kata aku.

"Sayang, you makan dulu eh, I ada benda sikit nak cakap dengan Trisha." Ikhmal mengusap lembut tangan buah hatinya.

'Bwerk! Drama murahan!' Getus hatiku.

Aku menyilangkan tangan ke dadaku.

"Nak cakap apa?" Tegurku.

"Trisha, Trisha, Trisha. Kau memang tak pernah nak berubah kan dari dulu?"

Aku membulatkan mataku.

"Atleast dari dulu lagi aku tahu nak lap hingus sendiri." Aku mengangkat kening kananku.

"Apa masalah kau ni Trisha? Aku taktahu lah game apa kau nak main sekarang ni, yang penting aku taknak kita bertunang!"

"Bertunang? Kau cakap apa ni? Tak hinginlah aku nak bertunang dengan kau." Aku menahan amarahku.

"Heh, aku minta maaflah kalau kau nak sangat kahwin dengan aku tapi aku taknak, Janganlah sampai suruh parents aku aturkan senyap-senyap."

"What?! Aku tak pernah setuju nak dijodohkan dengan kau okay. Aku dah jelaskan semua dekat parents aku. I'm out!" Amarah dalam diriku seperti mahu meletus. Cepat-cepat mengorak langkah dari situ.

Aku tidak menghiraukan Ikhmal yang memanggil-manggil nama aku. Yang aku tahu, aku taknak lagi berjumpa dengan mamat ego itu, moga ini yang terakhir.

Angin malam ini terasa amat sejuk tidak seperti biasanya. Kaki aku digerakkan kedepan dan kebelakang mengikut ayunan buaian taman yang aku duduk di berandar rumah Rayqal.

"Kusyuknya tengok langit, nampak apa tu?" Seseorang menegurkan dari belakang.

'Haih, lagi sorang nak tegur dari belakang, ingat ni filem hindustan ke?' Getus hatiku.

Sebelum aku sempat menoleh kebelakang untuk melihat siapakah gerangan itu, Rayqal duduk di sebelahku.

"Oh abang qal, kenapa duduk luar, masuklah layan tetamu, shuh! Shuh! Shuh!" Aku menghalaunya masuk ke dalam rumah.

Rayqal tertawa kecil.

"Semua dah balik, Trish. Awak tu berangan apalah lama sangat kat luar ni. Tinggal family kita je kat dalam tu. Umi sya dengan papa z pun tengah cari Trisha, ajak balik."

Family kita? Bunyinya lain macam ya, ngeh.

"Trish? Kalau taknak balik takpe, abang hanta umi dengan papa Trish balik. Esok pagi-pagi Trish boleh drive balik." Sambung Rayqal, menyedarkan aku daripada lamunan.

"Tak payah susahkan diri, qal. Kitorang balik je malam ni, taknaklah ganggu anak-beranak together-gether time." Umi menyampuk dari belakang.

'Ya Allah, kenapa semua nak mencelah dari belakang ni. Ada contest main cak-cak ke?' Getus hatiku.

"Takde ganggu pun, Trisha kan family juga." Rayqal tersenyum kepadaku.

"Takpe abang qal, esok pagi Trisha ada keje sikit nak buat dekat kedai. Kitorang balik dulu ya." Balasku.

Rayqal hanya menganggukkan kepalanya.

Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, fikiran aku menerawang memikirkan semula apa yang dikatakan oleh Ikhmal di majlis doa selamat tadi. Aku tidak pasti sama ada umi dengan papa tahu soal ni kerana mereka biasanya akan pura-pura bincang depan aku, saja nak ambil perhatian aku.
_______________________

Satu mesej masuk ke Whatsapp aku. Aku mengambil telefon dan melihat siapa yang menghantar dan apa isi mesej itu.

'Selamat malam Naura Trisha. Daripada lelaki hensem kelas sebelah'

"Eh............
Suhayl? Mana pula dia dapat nombor aku ni. Ni mesti kerja Naili. Dia ingat aku terdesak ke nak pakwe." Aku bercakap sendiri.

Tunggu kau Naili... Aku sekeh-sekeh kepala kecik kau tu.

Mati hidup balik pun aku taknak jumpa si angkat bakul tu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience