B24

Romance Series 25673

Hari ini seperti biasa dengan runtinku dua hari lepas. Aku duduk di bangku hospital sambil membaca surat khabar hari ini.

15 minit kemudian, aku bangun dari kerusi dan meregangkan badan seketika. Aku merenung ke tingkap ICU Saddiq, dia masih tidak sedarkan diri. Walaupun baru hari ketiga, aku mula rindu senyuman manisnya, gelak tawanya dan paling terkesan ialah mulut manisnya yang selalu mengukir kenangan di hatiku.

Hari ini aku sudah merancang ingin pergi ke kedai bunga awal sebelum Nik dan Azaim datang.

"Saddiq, saya balik dulu ya. Sa... Sayang awak..." Aku senyum sambil metakkan tapak tangan ke tingkap ICU.

Aku mengatur langkah keluar dari hospital. Sesampai sahaja aku di kereta, aku terdengar sayup-sayup orang memanggil-manggil namaku dari jauh. Aku menoleh ke belakang untuk melihat siapakah itu.

"Trish..." Termengah-mengah Suhayl mengejarku. Dia berhenti di hadapanku, kemudian memegang kedua lututnya dan memandang ke bawah.

"Are you okay?" Tanyaku.

"Yeah..." Suhayl mengangkat kepala dan mengukir senyuman kepadaku.

"Kau rushing ke? Boleh tak kita bercakap sekejap?" Tanya Suhayl.

Aku melihat jam di tanganku.

'Still banyak masa lagi, dengarlah apa dia nak cakap jap.' Bisik hatiku.

Aku memandang dan mengangguk kepadanya. Kami menuju ke kafe berdekatan.

"Sebelum aku terangkan semuanya, kau ada nak cakap apa-apa tak?" Tanya Suhayl.

Aku menggeleng kepala.

"Kau tak perlu pun jelaskan apa-apa dekat aku, kita kawan biasa je." Aku senyum kepadanya.

"But I know that you used to have feelings for me... And I'm, STILL have feelings for you..."

Aku tergamam mendengar kata-kata Suhayl. Aku memandang tepat mukanya.

"Apa kau cakap ni? Kenapa aku reject kalau aku suka kau?"

"Don't deny it, Trisha. Sudahlah tu pendam perasaan sendiri untuk kebaikan orang lain." Suhayl menatap tepat ke mataku.

"Aku dah tahu lama pasal ni, Trish."

Aku terdiam kaku, mataku mula berkaca, kepalaku menerawang teringatkan kenangan dulu. Aku cuba mengelak daripada pandangan tajamnya.

"Kenapa kau... Tak pernah bagitahu aku..." Terputus-putus suaraku, menahan air mata daripada mengalir.

"Ada sebab, Trisha. Aku buat semua ni, sampai sekarang ni, semua bersebab. Dan aku taknak jadi penyebab musnahanya kebahagian yang kau akan capai. Aku minta maaf." Suhayl berpaling daripadaku.

Aku memandangnya kembali.

"Apa maksud kau?"

Tiba-tiba seorang perempuan berkerusi roda bersama budak lelaki dalam linkungan 1 tahun mendekati kami.

"Trisha, aku dah sakitkan dua orang insan yang aku sayang. Aku minta maaf." Lili menggengam erat tanganku di atas meja, matanya mula berkaca.

"Lili... Kau takde salah pun dengan aku... Aku yang sepatutnya minta maaf deng..." Belum sempat aku menghabiskan ayat, Lili menghalangku meneruskannya.

"Tak Trish. Kau tak salah..." Lili memandang sayu Suhayl.

"Suhayl pun tak salah, Trish..." Sambung Lili.

Aku mengerutkan dahiku kehairanan.

"Kau ingat lagi tak surat yang aku minta kau bagi Suhayl?" Tanya Lili.

Aku hanya menganggukkan kepala.

"Tu bukan surat cinta... Tapi surat ugutan."

"Apa kau cakap ni Lili? Apa ni Suhayl?" Aku memandang Suhayl.

"No Trisha. Benda ni takde kena mengena dengan Suhayl, ni semua salah aku sorang. Aku tahu yang kau suka Suhayl tapi kau pendam sebab kau pun tahu yang aku suka dia dan aku tekad yang aku taknak kehilangan Suhayl then aku ugut dia untuk bercinta dengan aku and kahwin lepas sekolah kalau tak, aku musnahkan hidup kau perlahan-lahan... Dan aku tahu Suhayl takkan setuju tapi aku tak expect sampai dia cakap yang korang bercinta dalam diam, jadi selepas tu aku mula musnahkan hidup kau diam-diam."

"Lili... Kau tipu kan?..." Air mataku mula bertakung sekali lagi.

"No, itulah diri aku yang aku sembunyikan daripada kau, Trish. Setiap kali kau ada kekasih, aku yang putuskan hubungan korang, sampailah kau dengan Haikal... Suhayl dah putus asa, dia taknak tengok kau sedih asik putus bila bercinta. Jadi kami pun kahwin dan aku stop stalk kau... Tapi sepanjang kami berkahwin, Suhayl tak pernah cuba rapat dengan aku, kami macam stranger, Trish. Aku pun tak tentu arah fikir yang dia akan ceraikan aku, so aku mints tolong Diana, ex Haikal untuk putuskan ikatan korang."

Aku menrentap kuat tanganku dari genggaman Lili, mengalir air mataku di pipi.

"Sampai hati kau buat aku sampai macam ni sekali... Aku ni siapa pada kau Lili?!"

"Aku tahu ni semua salah aku, aku minta maaf. Aku bodoh, Trisha. Aku bodoh. Aku dah menyesal, aku minta maaf." Berjurai air mata Lili mengalir di pipinya.

"Rupanya selama ni kau tahu je aku kat mana tapi hanya untuk balas dendam. Aku je yang beria cari kau untuk baiki persahabatan kita balik."

"Trisha, maafkan aku. Ma...afkan aku..." Lili tiba-tiba rebah di kerusi rodanya.

Suhayl memanggil jururawat yang sedang menunggu di hadapan kafe untuk membantu Lili kerana dia sudah mengagak yang perkara ini akan berlaku, oleh itu, dia jururawat menunggu di situ. Aku hanya mendiamkan diri, berpaling dari mereka dengan air mata yang aku biarkan mengalir deras di pipi.

"Trisha, jangan seksa diri sebabkan salah orang lain."

Aku masih mendiamkan diri, tidak memandangnya. Suhayl mengorak langkah pabila tiada reaksi daripada aku.

"Kenapa kau masih dengan dia sampai sekarang?" Aku tiba-tiba bersuara.

Suhayl menghentikan langkahnya.

"Keadaan dia teruk, dia dah tak kuat, Trish." Suhayl berkata tanpa menoleh memandangku.

Aku duduk seketika di kafe untuk sebelum menuju ke kedai bunga, mengesat air mataku yang masih deras mengalir. Masih keliru dengan apa yang dah berlaku. Semuanya bagaikan mimpi, cepat dan tak masuk dek akal.
_______________________

Selesai aku, Azaim dan Nik menonton anime, Azaim keluar untuk membeli pizza hut. Sementara memunggu makanan, aku sibukkan diri daripada memikirkan kejadian tadi dengan kerja di kaunter.

"Trish, kau ok ke?" Nik bersuara.

Aku memandang Nik sambil tersenyum.

"Okay je, kenapa Nik?" Aku kembali fokus kepada kerjaku.

"Em, kawan kau dah ok?"

"Alhamdulillah ok sikit cuma tak sedar lagi."

"Baguslah tu. Em, aku... Aku ada something nak bagitahu."

"Apa dia?"

"Aku... Aku..."

"Aku?"

"Aku... Aku suka suka kau..."

Aku tergamam dan terus memandang Nik. Baru seminggu lebih kami berkenalan, dia sudah yakin dengan perasaannya sendiri sehingga meluahkannya padaku.

"Aku tahu kau mesti terkejut tapi aku tak boleh nak simpan dah. Aku yakin dengan apa yang aku rasa." Tambah Nik.

"Aku..." Aku tersenyum tawar.

"Aku speechless, Nik. I'm sorry but it's too early kan." Kataku.

"Aku tahu tapi ni first time aku sukakan seseorang, Trish. Aku pun tahu kau tak suka aku dan kau tak perlu sukakan aku balik, aku minta maaf." Nik lekas bangun dan berjalan ke pintu kedai.

Fikiran aku memang buntu untuk memproses ayat, masih trauma dengan kejadian pagi tadi.

"Nik! Kita masih kawan kan?" Aku tersenyum tawar.

Nik langsung tidak menoleh untuk memandangku, dia menundukkan kepala dan mengangguk lemah. Nik terus berlalu pergi tanpa sepatah kata.

Aku terduduk kaku di kerusi kaunter. Aku memang betul-betul speechless mendengar luahan Nik. Tambah lagi dengan apa yang dah berlaku pagi tadi, kepala aku pusing memikirkannya.

Ya Allah, apa dah jadi dengan hidup aku ni.
Kenapa semuanya perlu jadi serentak sekaligus.

Kadang-kadang kita rasa keputusan tu baik untuk dia tapi kita tak tahu sebenarnya dia sendiri dah terluka dan akan terus terluka sampai bila-bila.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience