B13

Romance Series 25673

Hari ini hari kedua Iris di hospital. Abang Am kata kesihatannya semakin pulih, demamnya sudah turun sedikit. Aku bersiap-siap mahu ke hospital untuk melawat Iris.

Sedang aku menuruni tangga, aku terdengar hon kereta dibunyikan beberapa kali. Hairan aku, siapa pula yang datang rumah ni. Pantas kakiku menuju ke pintu rumah.

"Dik! Jum abang hanta pi spital."

'Ih laaa dia ni, tengah hari buta memekak pula. Mahu tercekik jiran sebelah lunch.' Getus hatiku.

Aku duduk di depan, bersebelahan tempat duduk pemandu.

"Nak melawat Iris ke?" Aku bertanya.

"Haah, lagipun abang ada meeting pukul 4, area situ juga." Jawab Abang Aisy.

"By the way, semalam Trish terserempak dengan Haikal."

"Hah? Lepastu jatuh hati balikla?"

Ehlaaa, annoying betul dia ni.
Nasib je abang.

"Mana ada! Sesuka je. Dia ajak getback tau, kurang hasam betul!" Marahku.

"Tak guna, kau buat taktau, biar je dia dik. Kalau dia kacau lagi bagitahu abang. Lunyai dia aku kerjakan."

'Ni baru betul abang aku, heh' Getus hatiku.

Sampai sahaja di hospital, Abang Aisy menurunkan aku di depan pintu masuk, manakala dia meletakkan keretanya dahulu.

"Abang tahu kan bilik wad Iris?"

"Tahu. Umi ada Whatsapp malam tadi."

Aku hanya mengangguk. Aku keluar dari kereta, memasuki hospital dan terus menuju ke wad kanak-kanak.

Dalam perjalanan aku ke wad kanak-kanak, sekumpulan doktor dan jururawat yang berlari menolak katil pesakit lalu di sebelahku.

Aku melihat pesakit lelaki yang terlantar di katil itu tercungap-cungap, sukar bernafas. Sepertinya aku pernah kenal siapa lelaki itu.

Ting!
'Tukan Saddiq!' Getus hatiku.

Aku mula berlari anak mengejar mereka.  Mahu pastikan betulkah siapa yang aku nampak tadi.

"Nurse, tadi ada pesakit lelaki dengan sekumpulan doktor dengan nurse lalu sini, dorang ke mana ya?" Aku bertanya.

"Awak family dia ke?"

"Tak, saya kawan dia."

"Oh, doktor tengah cek dia, nanti doktor keluar dia akan terangkan. Boleh saya tahu nama cik?"

"Trisha."

"Cik Trisha tunggu sini dulu ya." Jururawat itu menunjukkan tempat duduk di tepinya.

"Terima kasih."

Jururawat itu mengangguk dsn tersenyum ke arahku.

15 minit berlalu, seorang doktor menuju ke arahku. Aku berdiri memandangnya.

"Cik Trisha?" Doktor itu menegurku.

"Ye saya. Macam mana dengan kawan saya ya doktor?"

"Saya Doktor Ahmad. Kawan awak dah stabil cuma dia perlu berehat sekarang."

"Alhamdulillah" Aku mengusap dadaku.

'Eh, jap! Aku baru sekali jumpa dia, kenapa dah risau semacam ni.' Getus hatiku

"Macam mana cik Trisha kenal dia?" Doktor Ahmad bertanya dengan raut muka yang sedikit kehairanan.

"Em, sebenarnya saya baru je kenal dia haritu, terserempak dalam lif. Lepastu borak-borak dekat kafe."

"Oh." Hanya satu perkataan yang keluar dari mulut Doktor Ahmad.

"Kenapa ya doktor?"

"Saddiq ni memang dah lama duduk hospital ni, nak dekat 5 bulan dah. Tapi tak pernah lagi family dia atau kawan-kawan dia datang melawat. Tu yang saya pelik. Awak orang pertama datang untuk dia."

Aku terdiam kaku, terkejut dengan kata-kata Doktor Ahmad.

Macam tak masuk akal pun ada.

" Em, cik dah boleh melawat kawan cik, bilik hujung sana. Saya pergi dulu ya." Doktor Ahmad senyum kepadaku dan berlalu pergi.

"Peliknya, takkan takde siapa tahu dia masuk hospital, 5 bulan kott bukan 5 minit." Aku bercakap sendiri dengan nada perlahan.

Aku berjalan menuju ke bilik wad Saddiq. Perlahan-lahan aku membuka pintu dan menjengukkan kepala aku ke dalam bilik itu.

"Buat apa kat luar tu? Masuklah, mana tahu hati awak boleh ubati saya." Saddiq bersuara.

Aku cepat-cepat menarik kembali kepalaku, terkejut makkk!
Malu pun, eheh.

Perlahan-lahan, aku masuk dan berdiri di depan katil Saddiq.

"Mehla, duduk sini. Saya dah kenyang pun nak makan awak." Saddiq tertawa kecil.

Aku menyembunyikan senyumanku.

Eheh!

"Macam mana awak tahu saya kat sini?" Saddiq memulakan perbualan.

"Em, saya nampak awak kat luar dengan doktor, nurse semua. Berlari-lari dorang tolak awak. Risau saya tengok, saya pun ikutlah."

Saddiq tertawa kecil lagi.

"Awak risaukan saya?" Muka Saddiq mendekati mukaku.

Sup! Darah naik ke kepala beb!
Fuh, maluuu, maluuu!

"Awak kan kawan saya, mestilah risau!" Aku menolehkan mukaku ke kanan.

"Oh, macamtu. Awak nak tahu saya sakit apa?

"Nak!"

"Pernah tengok cerita Five Feet Apart tak?"

"Pernah, pernah! Tapi apa kaitan?" Aku meletakkan jari di daguku, berfikir.

"Haha, ada sangat. Saya macam dorang lah, pesakit cystic fibrosis. Tapi sejak lima bulan lepas saya didiagnos dengan cystic fibrosis b cepacia." Saddiq memandang ke luar tingkap sambil tersenyum.

"Kenapa tak bagitahu saya first time kita jumpa?"

"Saya nak cuba jadi macam orang biasa, haha. Mengada kan?"

"Takpun, awak ada hak nak sihat macam orang lain."

"Tapi mustahil..." Kata Saddiq dengan suara yang amat perlahan.

"Apa dia?"

Saddiq memandang aku dengan senyuman yang lemah.

"Manalah tahu silap hari bulan, kita suka sama suka macam dalam movie tu tapi dengan ending yang berbeza." Saddiq tersenyum lebar.

"Ade-ade je awak ni. Mulut manis eh." Aku menyembunyikan senyumanku sekali lagi.

Saddiq tertawa kecil.

"Awak pula kenapa ada kat hospital?"

"Anak kawan saya sakit, disyaki denggi tapi Alhamdulillah, bukan."

"Alhamdulillah."

"Sorry, sorry. Saya tak patut ganggu awak, kesian awak penat je nampak. Saya pergi dulu eh." Aku berdiri dari kerusi dan berjalan menuju ke pintu.

"Eh, kejap. Janji dengan saya boleh?"

Aku menoleh kebelakang.

"Apa dia?"

"Janji yang awak akan jumpa lagi saya lepas ni? Sebab awak je yang tahu saya kat mana, saya tak tahu awak kat mana."

"Insya Allah." Aku tersenyum ke arahnya.

Memang aku nak tanya pasal family dia tapi bila tengok dia tak bermaya, sayuuu je. Lain kali jelah, takut berendam air mata pula dekat sepital ni.
________________________

Sejurus aku masuk ke dalam bilik wad Iris, seseorang membaling bantal ke arahku.

"Aduiii!"

"Padan muka! Merayap mana ha? Risau aku." Marah Abang Aisy.

"Ish, abang aisy ni! Terkejut orang. Mana Iris?"

"Rayqal bawa dia pergi taman, dia ingat adik ada sekali nak ajak. Rupanya menghilang entah kemana."

"Alamak! Tadi adik terserempak dengan kawan, dia masuk hospital."

"Eh? Ade kawan rupanya."

Aku mejeling tajam ke arahnya. Abang Aisy ketawa besar.

Lawak sangat lah tu kan.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience