B16

Romance Series 25673

Petang sabtu yang dingin dengan hujan yang renyai-renyai, aku terasa bosan hanya duduk di rumah. Tiba-tiba aku teringatkan seseorang, aku mendail nombor Saddiq.

"Assalamualaikum Saddiq!" Aku menyapa riang.

Tak tahu lah kenapa, tapi setiap kali aku berbual dengan Saddiq, mesti mood aku mencanak naik keriangan, dah macam budak-budak.

"Waalaikumussalam bidadari."

"Ei, mulut manis sangat ni, tak terabis ke gula asyik guna je." Gurauku sambil ketawa kecil.

Saddiq juga ikut ketawa kecil tetapi berselang-seli dengan batuk.

"Awak ok ke? Saya ganggu rehat awak ke?"

"Eh, ok je. Biasalah tu batuk. Awak dah solat asar?"

"Dah tadi. Tu yang call awak, tak tahu nak buat apa dah."

"Hm, siapa lah yang bertuah dapat call daripada bidadari ni sebelum saya muncul eh?"

"Eiii, tengok tuuu. Blushing ah ceni, haha"

"Haha, dengan saya takpe, dengan orang lain saya jeles!"

"Sapalah nak dekat saya ni, wak. Esok awak free tak?"

"Aik, saya bukan doktor ke nurse ke dekat hospital ni. Mampu jadi pesakit je wak, of course lah free manjang."

"Eh, hehe. Maksud saya esok awak ada appointment ke pape ke, haa" Aku tersenyum malu sendirian.

"Haha, takde pun. Esok jum lepak mamak!" Saddiq memberi idea.

"Eh, awak ni. Jangan nak macam-macam, kita lepak wad awak je."

"Hm, okayy. Ikut lah..."

"Janji dengan awak!" Tambah Saddiq dengan nada riang.

Aku ketawa kecil.

Aku mendengar orang mengetuk pintu bilikku. Aku memandang ke arah pintu bilik. Abang Am menjengukkan kepalanya ke dalam bilikku.

"Dik, nak join?" Kata Abang Am sambil tangannya membuat tumbukan angin.

Aku hanya membalasnya dengan tanda 'ok' dan kembali ke Saddiq.

"Siapa yang kacau bidadari tu?" Tanya Saddiq.

"Orang atasan kacau, bidadari kena ikut perintah."

"Ahahaha, dah pandai dia masuk watak."

"Hehe, oklah awak. Abang-abang saya ajak bergurau senda pula petang-petang hujan ni."

"Rindulah tu adik dia yang comel ni."

Aku tersenyum malu.

"Janji kita esok jangan lupa, Assalamualaikum bidadari."

"Insya Allah. Waalaikumussalam si mulut manis."

"Im going to ask you more about that nickname tomorrow yaaa."

Aku ketawa.
____________________________

Sampai sahaja aku di depan pintu bilik mini gym, aku disoal siasat bagaikan penjenayah berantai.

"Trish, kau kenal Nik ke?" Kesemua adik-beradikku beratur menghadap aku.

"Sapa pulak Nik ni, Im? Tadi ajak boxing, jum ah!" Aku cuba melanggar mereka.

"Eh takde-takde. Jawab soal siasat ni dulu." Abang Aisy bersuara.

"Trisha, kitorang bukan apa. Kalau Trisha ada someone special, kitorang happy tau untuk Trish. Just nak tahu je, umi dengan papa pun kena tahu, kita kan satu family." Celah Abang Am.

"Eh jap-jap. Apa ni? Someone special mana pula ni? Jangan nak libatkan umi, papa dengan berita tak pasti korang ni eh."

Abang Aisy menepuk bahu Im, memberi tanda untuk dia menceritakan apa yang sedang berlaku.

"Tadi senior Im call, dia tanya pasal kau, Trish. Dia kata korang ada berbual dekat
Comic fiesta haritu, dari situ dia tahu yang kau kakak aku." Terang Azaim.

"Aku takde berbual dengan sesiapa pun, tunggu kau je macam bodyguard kat situ..."

"Tapi takkan lah budak ciwek tu kot?" Soalku sendiri.

"Budak ciwek? Dia menangis baca komik ke?" Celah Im.

Aku memandang Azaim.

"Haah, siap minta tisu lagi. Lepastu aku tanya dia, dia angguk je macam mulut dah kena kunci." Jawabku.

"Nik lah tu kak oi! Dia memang kaki anime dari sekolah lagi, tak kira lah cerita pasal sukan ke action ke mesti menangis."

"Laaa, manalah aku tahu. Kejenya mengangguk je."

Tiba-tiba perbualan kami terhenti dek bunyi deringan telefon. Abang Am menjauhi kami dan menjawab telefon bimbitnya.

Tidak lama selepas itu, Abang Am mendekati kami.

"Korang lama sangat bercerita, kena on call ni. Nanti story kay, bye!" Abang Am bergegas menuju ke biliknya untuk bersiap ke hospital.

"Sraight to the point, dia nak kenal dengan kau, dik." Kata Abang Aisy.

"What?! Trish taknak la lelaki muda dari Trish." Aku menolak mereka dan masuk ke dalam mini gym.

"Muda dua tahun je pun, leklaaa. Kau ni pun memilih." Tambah Abang Aisy.

"Im pun tak setuju. Personaliti dia ni pelik dahla pendiam tak macam Trish ni banyak mulut, kasar pulak tu."

"Eh budak ni... Aku boleh handle lah orang macam tu." Aku mencerlung ke arah Azaim.

"Kakak... Im bukan apa, Im taknak akak annoyed dengan perangai budak-budak dia, tu je."

"Fake lah kau, Im."

"Orang serius, dia tak percaya pulak. Jangan cari Im kalau dia annoying eh." Azaim menarik muka masam.

"Alololo, comelnya dia merajuk tu." Pujukku tidak ikhlas.

Azaim memandang ke arah lain, tidak mengendahkan pujukanku itu.

"Takpe, adik jumpa je dulu, abang dah set kan date untuk korang. Nanti abang WhatsApp." Kata Abang Aisy.

"Eh! Sesuka je abang ni! Taknakkkkk!!!"

"Kitorang ingat korang suka sama suka sebab dah penah jumpa kan. Lagipun dia tu jujur betul orangnya, macam ok je."

"Sukalah dibuat pak turut nanti." Celah Azaim.

Abang Aisy mencerlung tajam ke arah Azaim. Azaim hanya tersenyum kambing memandangnya.

"Try lah Trish. Kalau tak suka takpe. Abang bukan apa, Trish asyik terkenangkan bekas tunang kau je, kitorang semua risau tau, kan Im?"

Azaim mengangguk cepat, tanda setuju.

...ke terpaksa, Im?
Helehhhhh

"Abang tu yang patut cari makwe dulu bukan Trish."

"Eh, dah-dah jum boxing."

'Tengok tu, bila buka cerita pasal dia, ada je nak tukar topik, ei!' Bisik hatiku.

Terpaksa lah aku menurut perintah sebab kalau aku mengadu kat parents pun confirm-confirm lah dorang pun setuju dengan Abang Aisy.

'Ada betulnya juga apa yang Abang Aisy cakap, give it a try jelah, Trisha. Kau pun lonely, haha' Bisik hatiku.

Satu je aku takut.
Dia muda dari aku dua tahun je.
Muka baby face pula tu.
Aku ni muka matang amat.
Tak nampak macam adik dengan kakak ke nanti?
__________________________

"Trish, busy ke isnin?" Mesej dari Rayqal menyedarkan aku dari lamunan.

"Ada meeting pukul 11 je, kenapa?"

"Abang nak ajak lunch okay? Bukan apa, Iris ni rindu Auntie Icha dia."

"Eleh, Iris yang rindu ke dia yang rindu?" Kataku sendirian.

Muehehehehe

"Icha je yang rindu? Hahahaha, abaikan. Boleh, esok bagitahu masa dengan tempat."

"Haha, okay, selamat malam Naura Trisha :) "

Senyum macam tu banyak makna.
Apa makna senyuman daripada Rayqal ni?

Tulis nama penuh pun banyak makna.
Apa yang Rayqal cuba sampaikan ni?

Tak cukup lagi ke drama aku tengok, sampai tak faham semua ni? haha.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience