B14

Romance Series 25673

"Kakak! Oh.... Kakak!" Suara jeritan kedengaran dalam satu rumah.

Aku bingkas bangun dari baringan, terjaga dari lenaku. Aku menggosok mata berulang kali sambil bersandar di sofa.

Ya, tidur atas sofa, ngeh.

"Sedap tido?"

"Tak, sebab ada orang gila memekak tadi."

"Mana tak gila, kawan aku cancel join last minute do." Azaim menghempaskan badannya ke sofa di sebelahku.

"Okay... So..." Tanya aku, terpinga-pinga.

"Kaulah teman aku, Trish. Yang lain semua taknak join aku sebab aku beginner konon. Lek ah anime je pun."

"Kau jangan main-main dengan minat orang, Im. Kena tinju kau sekali."

"Abang Aisy tinju balik, heh!"

Hah, menjawab!!! Menjawab!!!

Aku menjeling tajam ke arahnya. Sedang aku bangun untuk menuju ke dapur, tiba-tiba aku terasa satu tangan mencengkam kuat tangan kananku. Badan aku statik, diam terkaku.

"Nak pergi mana? Trick kau dah lapuk kak." Azaim bersuara.

Aku menoleh kebelakang untuk memandangnya.

"Lepaslah, aku nak pegi basuh muka je, nak ikut ke?." Aku menggongcang tanganku, minta dilepaskan.

"So, nak teman aku lah ni?" Azaim berkata dengan nada riang.

"Siapa?"

"Kau lah."

"Siapa tanya?"

Azaim mengeluh. Dia sudah masak dengan perangai kakak dia yang loyar buruk. Kalau loyar buruk sendiri punya takpe, ni curi orang punya, takde originality langsung, ceh!

Aku ketawa besar melihat mukanya yang geram dengan perangai kebudak-budakan aku. Aku berpaling dari Azaim dan berjalan menuju ke dapur.

"Jumlah lah kak. Sekali je ni Im ajak, please..." Azaim merayu.

"Nak pegi mana cuti-cuti ni?"

"Comic fiesta la, dekat KLCC je."

"Sorry, tak dengar." Usikku.

"Pukul 2 gerak. Bye!"

Aku dengar langkah kaki yang laju menuju ke tingkat atas. Tak sempat aku membalas kata-katanya, dia sudah mengorak langkah dahulu.

"Kurang asam punya budak. Dia senyapkan aku centu je."
_________________________

Ini lah tanggungjawab kakak yang ada adik lelaki pelbagai karekter, sekejap sweet talker, sekejap nerd, sekejap nakal, sekejap manja, sekejap mengada, macam perempuan lah senang cerita. Abang-abangnya manalah nak layan kerenah adik lelaki dia ni, katanya lelaki kena pandai berdikari.

Nasib baik aku perempuan, haha.

Yang kita ni terpaksa lah menurut, kalau tak ikut nanti ada lah ugutan nak terjun dari kerusi dapur, dasar bocah.

Heh!

"Mana nak park ni Im, penuh macam konsert BTS."

"Kau kenal BTS pun tak."

Aku menjelingnya tajam.

"Tu kak! Sebelah honda hitam tu." Jerit Azaim keriangan.

"Kalah kanak-kanak ribena."

"Takde aku, tak jumpa parking ni tau."

"Takde parking ni, takde lah comic fiesta kau, haha."

Azaim menjelingku tajam.

Heh, kau ingat kau boleh diamkan aku lagi?
Giliran aku pula lahhh, buuu.

Kami berdua keluar dari kereta dan menuju ke pintu masuk KLCC. Ruangan di dalam KLCC itu padat dengan manusia kehulur-kehilir.

"Kau nak cari cartoon apa, Im?" Tanyaku.

"Banyaklah kau punya cartoon, ni anime lah. Aku beginner pun tak se-noob kau."

Aku membulatkan mata ke arahnya sambil tangan menyilang ke dadaku.

"Haha! Okay... Okay... Sorry... Jum pergi sana." Azaim menunjukkan jari telunjuknya ke arah sebuah booth komik.

Entah komik apa, aku tak tahu.

Kami sama-sama menuju ke booth yang ditunjukkan Azaim. Aku hanya berdiri di tepi, tidak mahu mengganggu orang yang ingin melihat barang di booth itu.

Yelah, aku bukan ada kepentingan pun nak pi bersidai kat situ.

Sedang aku syok membaca tweet orang di twitter, tiba-tiba aku mendengar tangisan yang perlahan tetapi amat dekat. Walaupun ramai yang lalu lalang, tetap aku rasa seram sejuk berdiri di situ.

"Siapa pulaklah menangis tengah-tengah orang ramai ni... Nak cakap budak, suara macam dah tua bangka." Bisik hatiku.

"Kak..." Seseorang menegur aku dengan suara yang sayu dan lemah seperti baru lepas menangis.

Sup! Darah naik ke kepalaku, tegak bulu roma di tanganku.

"Alamak! Jangan tegur aku, aku tak kacau kau pun. Nooo!!!" Bisik hatiku.

Aku perlahan-lahan menoleh ke kananku untuk melihat siapakah gerangan yang menangis itu.

"Akak ada tisu tak?"

Kusss semangat!
Minta tisu macam hantu je budak ni.

Aku keluarkan sebekas tisu dan memberikan kepada lelaki itu tanpa sepatah kata. Aku hanya melihat kelakuan anehnya, dari tadi baca komik sambil lap air matanya.

"Sedih sangat ke cerita tu?" Aku menegurnya.

Lelaki itu hanya mengangguk tanpa sepatah kata. Matanya tetap fokus pada komik di tangannya.

Okay...

"Sedih sampai tak boleh cakap dah ke?" Aku menegurnya lagi, tapi kali ini dengan sedikit usikan.

Dia tetap hanya mengangguk tanpa sepatah kata seperti tadi.

"Tetiba mood swing tak tentu pasal, tadi ok je ." Bisik hatiku.

Seseorang memegang bahuku dari belakang.

"Oi, mak kau meletop!"

Azaim ketawa besar.

"Depan orang ramai pun melatah ke?" Usik Azaim.

"Kau ni kan, Im. Ih laaa... Speechless aku laaa macam ni."

Azaim ketawa besar sekali lagi.

"Trish! Trish! Sana macam best je, jum tengok apa ada." Azaim menarik-narik lengan bajuku sambil jari telunjuknya menujukkan arah yang ingin ditujunya.

"Yelah, yelah, memang harini aku pengasuh kau pun." Aku mengikut langkah azaim dari belakang.

Aku memusing kebelakang memandang lelaki tadi di sebelahku, aku perasan yang dia memandang aku tetapi dia cepat-cepat memandang bawah semula, membelek-belek komiknya.

"Pelik punya orang." Bisik hatiku.

Tiga jam berada di situ, aku mengajak Azaim pulang sebab aku ni jenis tak suka sangat solat dekat luar, lebih selesa solat dekat rumah. Bila keluar, kalau boleh sebelum solat dah kena balik takpun balik solat lepastu keluar balik.

Complicated kan?
Biasalah, aku kan perempuan, heh!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience