B9

Romance Series 25673

Tiga jam sudah aku mengemas barang-barang Iris di biliknya, manakala Rayqal mengangkat barang-barang dari tempat letak kereta di bawah untuk dibawa naik ke apartmentnya di tingkat 5.

Aku menghempaskan badanku ke sofa. Badan aku terasa amat letih, yelah dah sorang je yang mengemas, si kecik Iris tu hanya tolong menyepahkan balik ada lah.

Rayqal duduk dihadapan aku. Dia memandang aku dengan mata yang nampak agak sayu. Aku mula membetulkan kedudukan aku selepas perasan dia agak lama merenung aku.

"Trish selekeh sangat eh?" Tegurku.

"Ha? Eh,takdelah. Sorry, abang yang termenung jauh."

"Bang, mana kak hana? Dia tak pindah sekali ke?"

Rayqal tersenyum kelat ke arah aku.

"Abang dengan kak hana dah berpisah. Dia bagi hak pengjagaan Iris kat abang." Rayqal memandang ke bawah.

'kenapa aku tak pernah tahu pasal ni?' Getus hatiku.

"Ohh... Sorry bang qal, Trish tak tahu pun pasal ni."

"Takpe Trish. Family abang je yang tahu buat masa sekarang ni. Nanti abang bagitahu umi sya dengan papa z ya."

"Eh takpe bang. Tak bagitahu pun takpe. Umi dengan papa mesti faham punya."

Rayqal mengangkat kepalanya dan senyum ke arahku.

"Okay, jum makan! Iris mesti dah lapar tu." Rayqal menukar topik perbualan kami.

Takpe aku faham, sedih gila kott.

"Iris tertidur tadi. Rasanya tak bangun lagi tu." Aku menjuihkan bibir ke arah bilik Iris.

"Takpe, biar abang kejutkan. Kejap eh." Rayqal bangun dan menuju ke bilik anak tunggalnya.

Rayqal hanya mengambil masa 10 minit untuk kejutkan Iris tanpa satu pun tangisan.

'Pergh, ayah tunggal yang power!' Getus hatiku.

Selepas itu, kami pergi ke rumahku kerana sebelum kami keluar makan tadi, umi ada telefon, suruh kami makan bersama di rumah.

Sesampai sahaja kami di rumahku, umi dan papa menyambut kami di depan pintu rumah.

Iris berlari keanak-anakan ke arah tok umi dan tok pa untuk dipeluk. Dia memang agak rapat dengan tok umi dengan tok panya kerana Rayqal selalu juga bawa Iris ke rumah aku jika ada projek di Selangor. Umi dengan papa lah yang melayan Iris bila Raqyal ada meeting di sekitar Selangor.

"Assalamualaikum cucu tok umi." Umi mengangkat Iris dan mencium pipinya lembut. Iris hanya melentokkan kepalanya di bahu umi.

Selesai makan tengah hari, kami berbual-bual di ruang tamu sambil menjamah buah-buahan dan teh O panas. Papa dan Rayqal rancak berbual tentang projek yang akan dirancang. Umi dan Iris sedang bermain di halaman rumah dengan kucing kami, Ae-cha.

Aku hanya duduk menemani papa dan Rayqal berbual. Tiada benda untuk aku mencelah, aku langsung tidak tahu tentang apa yang mereka bualkan.

"Eh Rayqal! Bila sampai?" Abang Am menegur Rayqal sejurus dia melangkah masuk ke dalam rumah.

"Dah lama la jugak, tak boleh bangun ni kenyang sangat perut." Rayqal bangun dari duduknya dan menyambut salaman Abang Am.

"Hahaha, haa sambung bual. Aku naik mandi jap. Pa, Am naik dulu." Abang Am mengusap lembut kepalaku.

Papa hanya mengangguk, meng-iyakan.

"Papa Z, Rayqal balik dulu lah ya, dah petang ni. Ada sikit lagi barang nak kemas kat rumah tu sebelum mama dengan ayah datang malam nanti, kang satu rumah kena lecture."

Papa ketawa kecil.

"Yelah qal, elok-elok bawa kereta tu." Pesan papa.

"Baik pa Z, Iris jum balik sayang." Rayqal mencangkung dan mendepakan tangannya supaya Iris datang kepadanya.

"Esok malam jangan lupa ya, lepas isyak start doa selamat." Pesan Rayqal.

Kami hanya menganggukan kepala, meng-iyakan.

Malam melabuhkan tirainya, aku menuju ke ruang tamu untuk sesi mengacau papa dan Abang Am menonton berita seperti biasa.

Aku berdiri di hadapan papa dan Abang Am sambil mendepakan tanganku, acah-acah lah tak bagi dorang tengok kononnya.

Serentak mereka berdua mencerlung ke arahku tanda 'jangan nak menyebok lah' hahahahaha.

Aku mula duduk menyempitkan diri di tengah-tengah antara mereka berdua. Reaksi mereka seperti biasa, buat tak tahu macam aku tak wujud kat sini.

"Papa, apa kisah abang qal tu?" Aku memulakan perbualan kosong.

"Kenapa Trish tak tanya dia sendiri?" Papa menyoalku kembali.

"Takut lah pa, nanti dia mengamuk macam ultraman, doraemon pun takut tau."

"Hahaha, kau merepek apa ni? Trish pernah tengok dia mengamuk ke?" Celah Abang Am.

"Tak pun. Kita mana tahu kan, manusia kan cepat berubah." Balasku.

"Trisha, kalau nak tahu pasal abang qal awak tu, tanyalah dia sendiri. Papa bukan perempuan, reti nak gossip-gossip ni."

Aku membeliakkan mata ke arah papa.

'Aih, sejak bila aku ajak papa gossip pula?' Getus hatiku.

Papa dan Abang Am ketawa kecil melihat aku diam terkaku.

"Takyah sebok nak tahu kisah orang lah dik, biar dia cerita bila dia dah sedia nanti." Tiba-tiba sahaja Abang Aisy mencelah dari belakang sambil tangannya mengusap kasar kepalaku.

Habis rosak rambut aku, ish lahhhh.

Aku memandang kebelakang dan menjeling tajam Abang Aisy. Dia buat tak kisah dengan jelingan aku, konon tekun membaca majalah di tangannya.

Aku diam, akur dengan jawapan papa dan Abang Aisy tadi. Biarlah aku tahu daripada mulut dia sendiri, takut lain dia lalui, lain yang orang cerita.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience