B15

Romance Series 25673

Selepas tamat waktu melawat di hospital, aku mengambil keputusan untuk menuju ke kedai bungaku, saja mahu bagi kejutan buat pekerja-pekerja aku, mana tahu ada curi tulang, dapat dia, aku kurung dia satu malam dalam kedai, haha.

Sebenarnya, aku ke hospital untuk melawat Iris tetapi sampai sahaja di di wadnya, Iris dan Rayqal sedang mengemas sedia untuk pulang ke rumah. Aku hanya sempat menghantarnya sehingga ke kereta sahaja.

Masa melawat masih lagi berbaki, aku mengambil keputusan untuk melawat Saddiq, dia sudah menjadi salah seorang kawan karibku. Aku selesa berbual dengannya. Senang cakap dia jenis cepat 'klik' dengan orang, serius gempak, rasa macam kitorang dah lama sangat kenal. Mesti dahulu dia ramai kawan.

Aku menekan loceng di pintu.

"Assalamualaikum." Aku menjejakkan kaki ke dalam kedai bungaku.

"Waalaikumussalam bos!" Semua pekerja-pekerjaku serentak angkat tabik.

"Bodek lah tu." Bisik hatiku.

Aku rehatkan badanku di sofa. Aku cuba menutup mata, badan terasa lenguh harini, banyak sangat gelak mungkin.

Belum sempat aku terlena, aku terasa seperti ada benda lalu-lalang di hadapanku. Aku membuka mata perlahan-lahan untuk melihat siapakah gerangan yang mengacau lenaku ini.

"Oh! Mak kau meletup!" Aku terkejut seraya kakiku terlompat naik ke atas sofa.

"Hai!"

"Kau buat apa kat sini?!"

"Saja, jenguk kawan lama, surprise!!!" Suhayl tersenyum lebar ke arahku.

Aku mengerutkan dahi. Suhayl duduk di sofa di tepi aku.

"Kuss semangat! Aku datang nak surprise pekerja, last-last aku yang kena." Bisik hatiku.

"Hebat eh kau sampai dah bukak kedai." Suhayl melihat setiap pelosok kedaiku.

"Mestilah." Hanya perkataan itu sahaja yang keluar dari mulutku.

"Kenapa tak balas mesej aku haritu? Mesti nervous sampai lupa kan?"

"Apesal pulak?"

"Aku kan budak femes, hensem pulak tu, mana ada perempuan boleh tolak aku."

"Aku reject kau 3 kali."

Suhayl terdiam kaku.

"Kau masih marahkan aku ke?" Tanya Suhayl.

"Ye, aku jujur orangnya." Aku mencerlung ke arah Suhayl.

"Trisha, tu semua bukan salah aku. Aku dah tak suka dia, aku kenalah reject. Kau reject aku boleh, kenapa aku tak boleh reject dia?"

Aku bangun dari sofa, menuju ke pintu keluar kedai.

"Jangan cari aku lagi." Aku memberi amaran.

Suhayl hanya melihat aku berlalu pergi, tanpa berkata apa-apa.

Kenangan aku di sekolah menengah dulu sungguh tragis sehingga aku kehilangan satu-satunya sahabat ketika itu. Hubungan aku dengan Suhayl pada masa itu macam dalam drama pukul 7, aku benci dia, dia suka aku. Banyak cara dia buat supaya aku terima dia.
_____________________________

Suatu hari, Lili, sahabatku tiba-tiba meluahkan isi hatinya kepadaku. Kebiasaannya kami akan meluangkan masa untuk ulangkaji bersama, bergilir-gilir rumah masing-masing.

"Trisha, aku dah lama suka Suhayl sebenarnya."

Cepat-cepat aku memandang ke arah Lili, merenungnya.

"Apa kau cakap ni? Kau suka mamat angkat bakul tu?"

"Ya. Aku terpaksa join kau kutuk-kutuk dia sebab aku malu dengan perasaan aku sendiri."

"Lili, dia tu suka diri sendiri je. Tak pernah pun dia ikhlas suka orang lain." Aku kembali fokus menyiapkan nota.

"Tapi dia suka kau."

Pensel di tanganku terjatuh. Aku memandang Lili sekali lagi, kali ini mata dia tepat ke dalam mataku.

"Ha sudah. Jenayah apa aku buat ni" Bisik hatiku.

"Aku reject dia la, don't worry."

"Aku nak minta tolong kau. Kau bagi surat ni dekat dia boleh? Kau bagi mesti dia ambil, kalau aku, tengok pun dia tak lalu." Lili meletakkan surat di sebelahku dan kembali menyiapkan notanya.

"Aku tak janji." Balasku.

Selepas menyiapkan nota, kami bermain badminton sambil menjamah minum petang yang disediakan umi. Kami bergurau senda sehingga pukul 6:30 petang.

Itulah kali terakhir aku dan Lili bersama-sama seperti rakan karib.

"Oi!"

Suhayl memandang belakang.

"Apa oi, oi ni, Trisha? Suhayl ok, nak panggil hensem pun boleh." Suhayl mengeyitkan matanya ke arahku.

Dengan muka yang meluat aku cepat-cepat meletakkan surat Lili de sebelahnya dan terus beredar dari situ tanpa sepatah kata.

"Hm, nampaknya ada surat dari peminat." Kata Suhayl sendiri.

Petang itu, Lili suruh aku pulang dahulu, ada hal katanya, nak jumpa orang. Aku hanya mengikut katanya dan terus balik ke rumah selepas tamat waktu persekolahan sesi pagi.

Lili tersipu malu berdiri di hadapan Suhayl.

"Apa ni?" Suhayl menunjukkan surat di tangannya.

Reaksi Lili seperti biasa, dia sudah mengagak perkara ini akan berlaku.

"Apa yang kau tulis dalam surat ni bodoh tau, orang gila je buat macam ni." Tambah Suhayl.

Lili memandang tajam ke arah Suhayl seperti mahu menerkamnya. Lili masih diam terkaku tanpa sepatah katapun.

"Aku suka Trisha dan dia pun... Dia pun suka aku. Kitorang bercinta dalam diam sebab taknak menunjuk sangat, yelah aku kan hensem, femes pula tu."

"Tapi Trisha dah reject kau!" Lili menjerit tidak puas hati dengan apa yang diperkatakan Suhayl.

"Aku taknak kau ganggu kitorang lagi." Suhayl mengorak laju langkahnya, menuju ke rumahnya.

Sepanjang perjalanan Lili ke rumahku, dia berjalan dengan menghentakkan kakinya dalam keadaan menahan marahnya.

"Trisha!!! Kau tipu aku!!!" Lili menerjah ke bilikku.

Aku terlompat sedikit, terkejut dengan jeritan Lili yang tiba-tiba.

"Lili, kenapa ni? Apa dah jadi?" Aku mendekatinya.

"Kau jangan dekat dengan aku, jijik!!!" Jerit Lili lagi.

Aku tergamam dengan kata-kata Lili.

Abang Aisy dan Azaim bergegas berlari ke bilikku apabila mendengar jeritan Lili bergema satu rumah. Ketika itu hanya Abang Aisy, Azaim dan aku yang berada di rumah.

"Kenapa jerit-jerit ni? Sampai ke bawah dengar. Tak malu ke kalau jiran dengar sekali?" Marah Abang Aisy.

"Susah sangat ke kau nak bagitahu perkara sebenar? Cakap jelah kau suka Suhayl, perlu ke berselindung daripada aku? Patutlah kau beria tak kasi aku dengan dia!" Lili tidak mengendahkan kata-kata Abang Aisy.

"Aku dah cakap yang aku tak suka dia. Kenapa kau taknak percaya ni? Kalau aku suka dia, kenapa aku nak bagi surat tu?" Jawabku.

Abang Aisy mahu bersuara tetapi aku menghalangnya.

"Ah! Diamlah kau! Suhayl dah bagitahu semuanya. Korang bercinta senyap-senyap belakang aku. Aku taknak tengok muka kau lagi. Kau bukan kawan aku!" Lili bergegas lari menuruni tangga dan terus keluar dari rumahku tanpa sempat aku mengejarnya.

Itulah kali terakhir aku melihat Lili, dia sudah pindah ke sekolah lain yang tiada siapa tahu di mana melainkan guru kelas dan pengetua sekolah sahaja.

Disebabakan penipuan Suhayl, persahabatan aku dengan Lili musnah, ianya seperti tidak pernah ada apa-apa hubungan antara kami, sepi sehingga kini, tiada khabar berita.

Sampai sekarang aku benci tengok muka Suhayl.
Dahla suka angkat bakul.
Ada hati nak angkat aku sekali.
Pigi dahhh.
__________________________

Hai pembaca yang setia!

Minta maaf sebab lama tak update, saya baru lepas habis final exam harini.

Lepas ni, Insya Allah akan update seperti biasa.

Thank you semua yang sudi baca karya yang besye-besye ni, haha.

Selamat menunaikan ibadah puasa
Laff ya!

Sincerely,
Husna Nordin

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience