B25

Romance Series 25673

Sudah seminggu Saddiq terlantar di hospital. Doktor ada memberitahu aku yang keadaannya semakin memburuk. Doktor menasihatiku supaya sentiasa bersedia walau apapun yang berlaku.

Sampai ke hari ini juga, aku tidak mendengar khabar berita daripada Nik. Langsung tiada panggilan telefon atau mesej daripadanya. Media sosial dia yang lain juga sepi tanpa sebarang post.

Aku tekad untuk melawat Lili hari ini kerana 2 hari yang lepas, Suhayl ada mesej memberitahu yang Lili semakin lemah, dia betul-betul rindukan aku. Aku juga mahu memohon maaf dan maafkan semua kesalahan Lili padaku selama ini. Tiada gunanya aku memendam perasaan amarah ini lagi, dia pun sudah menyesal dengan perbuatannya dan penyakitnya sekarang dianggap sebagai balasan atas perangai buruknya selama ini.

Aku menarik nafas dalam-dalam dan mwnghembusnya sebelum menekan loceng rumah Suhayl dan Lili.

Ding! Dong!

Suhayl menjengukkan kepala ke luar tingkap. Dia tersenyum kepadaku dan aku membalasnya. Cepat-cepat Suhayl menuju ke pagar rumah dan membukanya.

"Assalamualaikum." Sapaku.

"Walaikumussalam, jum masuk."

Aku mengikuti Suhayl masuk ke dalam rumahnya.

"Cantik rumah." Pujiku.

"Thank you." Suhayl membalas lemah.

"Ni bilik Lili, kalau ada apa-apa, aku ada ada kat depan." Suhayl membuka pintu bilik Lili dan aku mengikutinya daripada belakang.

Suhayl duduk di birai katil, tepi Lili kemudian memegang tangan Lili yang kurus dan lemah itu.

"Lili... Trish datang ni." Suhayl kejutkan Lili.

Perlahan-lahan Lili membuka matanya dan tersenyum lemah kepadaku. Suhayl bangun dan terus keluar dari bilik, meninggalkan kami berdua sahaja di dalam bilik.

"Trish... Aku... nak baring atas peha kau... macam dulu-dulu boleh?..." Putus-putus suara Lili.

Aku masih terasa janggal berhadapan dengannya selepas apa yang sudah berlaku. Tapi dia sahabat aku dan sampai bila-bila dia tetap seorang insan yang pernah hadir dalam hidupku membawa makna sebuah persahabatan yang indah.

Aku kuatkan semangat, lupakan keburukan dia, hadirkan kebaikan dia dalam ingatanku. Aku senyum kepadanya dan menuju ke katil. Aku mengangkat sedikit kepalanya dan meletakkannya di atas pehaku. Lili memejam mata sambil tersenyum.

"Aku rindu kau..." Kata Lili.

Aku senyum melihatnya. Tak sangka sahabat yang aku cari selama ini sudah berada di depan mataku, bertarung nyawa melawan penyakit yang dialaminya.

"Lili... Ingatkan tak lagi first time kau baring dekat peha aku?"

Lili hanya mengangguk lemah, matanya masih terpejam rapat.

"Masatu kita baru lepas siap kerja sekolah, kita main kejar-kejar, main bola. Kau penat sangat masatu, aku offer peha untuk kau baring, hilangkan penat. Lepastu juga kita isytiharkan persahabatan kita, kita janji yang walau apa pun jadi persahabatan kita takkan putus." Sambung aku.

Lili membuka mata dan memandang aku dengan pandangan sayu.

"Kau ingat..." Senyum Lili.

"Mestilah aku ingat, Lili. Sampai bila-bila kau tetap sahabat aku dunia akhirat."

"Walaupun... lepas apa... yang aku dah buat?"

Aku mengangguk kemudian senyum memandangnya.

"Terima kasih, Trish. Selama ni... aku buta... tak nampak siapa kawan... siapa lawan..."

"Takpe Lili, aku dah maafkan semuanya. Kau just fikir teruskan lawan penyakit ni eh. Aku pun nak minta maaf."

"Kau takde salah, Trish." Senyum Lili.

"Aku nak sangat... tengok orang yang aku sayang bahagia. Aku tahu... selama aku dengan Suhayl kahwin, dia tak bahagia pun...dan aku tahu... yang kau terseksa pendam perasaan sendiri..." Sambung Lili.

"Jadi... aku nak sangat tengok kau.... dengan Suhayl bersama... Trisha, boleh ke kau terima Suhayl balik?... nak ceraikan aku pun takpe... asalkan... korang bahagia... ni last wish aku, Trisha..."

"Apa kau merepek ni, Lili. Kau yang patut bahagia dengan dia, bukan aku." Aku mengusap lembut tangan Lili.

"Aku tahu... aku dah hancurkan hati korang tapi... berilah peluang untuk aku... cuba cantumkan satu-satu... sampai nafas terakhir... aku..."

"No, Lili, no! Kau dah takde salah dengan aku, aku taknak dengar kau cakap macam ni lagi."

Lili terdiam sayu.

"Lili, sekarang ni kau kuatkan semangat untuk sihat balik macam dulu ok? Takyah fikir pasal aku, aku okay, persahabatan kita tetap tak berubah macam dulu."

Lili tersenyum sendiri mendengar kata-kataku.

Lama Lili mendiamkan diri, mukanya yang pucat itu aku amati. Matanya tertutup rapat, tertidur barangkali. Aku meletakkan kepalanya di atas bantal dan menarik selimut menutup separuh badannya.

Perlahan-lahan aku keluar dari bilik dan menuju ke ruang tamu. Aku mendekati buaian yang sedang berayun perlahan di tengah-tengah ruang tamu.

"Trisha? Lili ok ke?" Seseorang menegurku dari belakang.

Aku menoleh kebelakang dan tersenyum.

"Okay, dia tengah tidur. Penat kot borak."

"Ohh, dah lama ke kat sini? Sorry, aku dekat atas tadi." Kata Suhayl.

"Eh, baru je ni. Hensemnya dia ni!"

"Takyah puji la Trish, ramai dah kata aku hensem."

Aku membulatkan mataku memandang Suhayl kemudian menoleh memandang bayi di dalam buaian.

"Baby, nanti jangan jadi macam?" Aku menoleh ke arah Suhayl.

"Baba" Balas Suhayl. Aku kembali memandang bayi di dalam buaian.

"Haa, jangan jadi macam baba, angkat bakul sendiri." Aku membuat muka.

Suhayl tertawa kecil memandangku.

"Nama dia apa?"

"Oh, haah la, aku lupa nak kenalkan. Nama dia Uwais Mikael, aunty Trish boleh panggil saya Is." Suhayl mendokong Uwais. Bulat mata Uwais memandangku sambil tersenyum. Aku senyum kembali kepadanya.

"Tiba-tiba aku dah jadi aunty."

"Yelah, takkan tiba-tiba jadi mummy, kan Is kan."

"Pasal tu..." Belum sempat aku menghabiskan ayat, Suhayl mencelah.

"Kau jangan risau, walaupun aku still masih simpan perasaan dekat kau, aku takkan paksa kau kahwin dengan aku. Aku tahu kau takkan sanggup buat macamtu kat Lili dan aku tak sanggup nak madukan dia dalam keadaan macamtu apa lagi nak ceraikan." Suhayl duduk di sofa dan meletakkan Uwais ke lantai untuk bermain.

Aku tergamam mendengar kata-kata Suhayl.

Ini bukan si angkat bakul yang aku kenal.
Dia dah matang.
Dia dah berubah.
Walaupun kehidupannya sekarang bukan jangkaannya sebelum ini.

"Duduklah Trish, meja tepi kau tu aku dah sediakan air, minumlah."

Aku duduk di sofa bersebelahan Suhayl.

"Macam ni Trish, sebenarnya Lili dah lama suruh aku kahwin dengan kau tapi aku tak pernah setuju, aku tak dapat bayangkan betapa sakitnya kena madu. Cukuplah aku dah sakitkan hati seorang perempuan, aku tak sanggup lagi." Suhayl memandangku dengan pandangan sayu.

"Kau tahu kan degil dia macam mana, apa yang dia nak, itulah yang dia akan dapat, tak lama lepastu dia nak evidence yang aku cuba cari kau. Mesej aku haritu lah evidence untuk dia. Maafkan aku kalau aku kacau hidup kau lagi."

"Suhayl, aku dah faham semuanya, kau takyah minta maaf lagi. Aku, kau, Lili semua ada salah masing-masing. Aku dah maafkan pun dan aku pun minta maaf." Aku senyum kepadanya.

"Thank you, Trish. Aku... aku harap kau jumpa orang yang betul-betul sayangkan kau dan aku akan cuba..." Suhayl menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya.

"Aku akan cuba buka hati aku untuk Lili." Suhayl senyum ke arah Uwais yang sedang bermain.

"Satu je aku nak ingatkan, kalau dah jodoh tak kemana kan?" Suhayl mengangkat kening, mengusikku.

"Jangan nak menggatal lah, ingat bini." Balasku.

Kami berdua tertawa.

Dalam dunia ni bukan semua apa yang kita hajatkan akan tercapai. Kadang-kadang sesuatu yang kita langsung tak jangkakan berlaku tanpa petanda awal. Jadi, kita sebagai manusia jangan cepat melatah, cuba untuk usaha kerana Allah takkan hadirkan ujian yang tak boleh ditempuhi hambanya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience