B11

Romance Series 25673

Pagi menjelma, aku melihat jam di dinding, menunjukkan tepat jam 10 pagi. Aku bergegas menuruni tangga dan menuju ke pintu rumah.

"Mi, pa, jum gerak." Aku bersuara.

Umi dan papa masuk ke dalam keretaku. Aku memandu keluar dari halaman rumah, menuju ke kedaiku.

"Kami beli barang jap, nanti kami datang kedai kamu ya." Umi bersuara.

"Okay umi, papa. Elok-elok." Pesanku.

Kami berjalan bertentangan arah. Umi dan papa menuju ke AEON BiG 3 Damansara, manakala aku menuju ke kedai bungaku.

Selesai membeli barang, umi dan papa terus menuju ke kedaiku, risau anak tunggal perempuannya seorang diri di kedai.

'Ding Dong!' loceng kedai berbunyi.

Aku menekan suis di kaunter untuk membuka pintu masuk kedaiku.

"Assalamualaikum." Serentak umi dan papa memberi salam.

"Waalaikumussalam." Aku membalas salam mereka.

"Umi, Trish nak tanya sikit boleh?"

"Banyak pun takpe anak oi."

"Semalam kanTrish jumpa Kemal. Dia ada cakap pasal parents dia aturkan pertunangan Trish dengan dia senyap-senyap, betul ke umi?"

Raut wajah umi bertukar resah. Umi memandang papa.

"Macam mana dia tahu kalau dah parents dia atur senyap-senyap?" Papa mencelah.

"Eh pap ni, bersubahat ke?" Aku mengangkat kedua belah kening.

"Umi dengan papa pun baru tahu semalam Trish. Mama ti dengan ayah syam kamulah yang atur berdua. Semalam baru bincang sama-sama. Kami betul-betul tak tahu apa-apa." Umi bersuara.

"Kalau tahu daripada awal, confirm-confirm lah umi dengan papa tak setuju sebab kamu memang taknak dia. Dia pun dah ada pilihan sendiri kan." Tambah papa.

"Dorang teringin sangat nak bermenantukan kamu, Trisha. Kesian pula umi tengok semalam dorang beria rancang, last-last umi dengan papa tolak, hampa dorang." Umi mengeluh.

"Sorry umi, papa. Bukan Trisha taknak, tapi Trisha taknak jadi perampas kebahagian orang lain."

"Iye Trisha, kami faham. Mama ti dengan ayah syam pun tahu yang Kemal tu ada girlfriend tapi dorang tak suka perempuan tu. Lagipun dorang pelik sebab sebelum ni Kemal mana ada girlfriend langsung lepas putus dengan Adira 3 tahun lepas. Tu yang dorang ingat Kemal memberontak taknak kahwin lagi sebab masih sayang Adira, sebabtu lah kot dia konon-konon ada makwe dah." Terang umi panjang lebar.

"Patutlah, kes tak boleh move on lah ni, cehhh"

Umi menampar kuat pahaku.

"Aduh mi! Sakitlah!" Aku mengusap pehaku.

Pedih woooiii.

"Ingatkan kebal tadi, sedap sangat mulut tu mengata orang." Umi menjeling tajam ke arah aku.

Aku mencebikkan bibir tanda merajuk lah kononnya.

"Udahla, jom balik. Dah siap kan semua?" Papa mencelah lagi.

"Eh kejap papa. Nak susun bunga-bunga ni kat situ jap." Aku bangun menuju ke rak-rak bunga lily.
____________________________

Kebiasaan pada hari Rabu, aku akan membeli stok makanan di AEON untuk pantri kedaiku.

"Trisha?"

Aku berhenti mengambil barang dan menoleh ke kananku.

"Haikal?"

"Trisha! Lama tak jumpa." Haikal menyapaku.

Aku hanya tersenyum tawar.

"Jum minum-minum, I belanja." Haikal mempelawa.

"Eh takpelah, I ada banyak kerja dekat kedai. Lain kali je eh." Aku menolak pelawaan Haikal.

"Entah bila lagi kita jumpa, jumlah. I pun nak bercerita dengan you, 10 minit pun jadi lah." Rayu Haikal.

Aku mengeluh.

'Takpe Trisha, ni chance kau untuk tahu kenapa si gunung berapi ni tak jadi kahwin, ngehhh.' Getus hatiku.

"Okaylah tapi sekejap je. I bayar ni jap." Aku berlalu dari situ dan ke kaunter untuk membayar.

Aku dan Haikal berjalan menuju ke kedai makan yang berdekatan. Aku duduk di kerusi menghadap Haikal.

"You sihat? Macam mana life sekarang?" Haikal memulakan bicara selepas kami memesan makanan.

"Okay je, Alhamdulillah."

"Em, by the way, you tahu kan I tak jadi kahwin?" Melihatkan aku yang seperti nak taknak jawab soalannya, Haikal menukar topik.

'Akhirnya, perbualan yang ditunggu-tunggu, muehehe' Getus hatiku.

"I tahu. Kenapa tak jadi kahwin? Dulu kan korang memang tengah hangat bercinta."

Haikal membetulkan kerusinya, tidak senang agaknya mendengar kata-kataku.

"Em, I... I rasa bersalah dengan you. I kalau boleh nak kita macam dulu balik."

Aku ternganga mendengar kata-kata Haikal.

'Buang tebiat ke mamat ni?' Getus hatiku.

"Apa you cakap ni? Hubungan kita dah tamat lama dah."

"I tahu, I tahu... Tapi I rasa I masih sayangkan you. I nak you balik."

"What?! Takkan terjadi Haikal. I taknak musnahkan hubungan you dengan Diana. Cukuplah apa yang I rasa dulu."

"No,no. I tak kisah pasal dia. I kisah pasal kita berdua, Trisha. I nak you lupakan apa yang dah jadi, kita bina hubungan baru, okay?"

Aku terkelu, memandang tajam Haikal.

"You memang langsung tak kisah pasal hati perempuan kan? Senang-senang putus lepastu minta macam dulu balik. You ingat I bola? Rela je melantun sana sini?"

Sabar Trisha.
Mamat ni memang suka meletuskan gunung berapi aku lah!

"Trisha... I..."

Haikal tidak sempat menyambung kata-katanya, aku mencelah.

"Enough is enough, Haikal. We are never ever getting back together!"

Hamik kau!
Tajuk lagu aku bagi haaa.

Belum sempat Haikal berkata apa-apa, aku bingkas bangun dari kerusi menuju ke kereta. Aku tidak menghiraukan Haikal yang memanggil-manggil namaku.

Kurang hasam punya lelaki!
Taknak aku, cari baru.
Bosan yang baru, recycle aku, cis!
Silap haribulan, tapak tangan aku, kau makan nanti, Haikal!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience