B12

Romance Series 25673

Bunyi deringan telefon yang kuat mengejutkan aku dari tidur. Tangan aku mengagau mencari telefon di meja bersebelahan katil.

"Hello?" Sapaku dalam keadaan mamai.

"Trisha? Iris demam panas, muntah-muntah. Abang tak tahu dah nak buat apa, Trish." Suara Rayqal panik seperti orang yang hilang arah.

"Apa? Macam mana boleh jadi macam tu? Abang call abang am then pergi KPJ, kita jumpa kat sana eh?" Aku bingkas lompat dari katil, menuju ke bilik air.

Sesampai sahaja di KPJ Damansara Specialist Hospital, aku, umi dan papa bergegas mencari Rayqal di wad kanak-kanak.

Dari jauh aku melihat Abang Am dan Rayqal sedang berbincang. Raut wajah Rayqal terlihat sayu tidak seperti biasa. Abang Am menepuk lembut bahu Rayqal, memberikan kata-kata semangat kepadanya.

"Am, macam mana dengan Iris?" Tanya umi dengan nada risau bercampur sedih.

"Alhamdulillah, Iris dah stabil sekarang. Cuma dia disyaki denggi, tapi kita kena tunggu keputusan ujian darah Iris dulu untuk pastikan." Terang Abang Am kepada kami.

"Alhamdulillah."

Aku duduk di luar wad, menemani Rayqal, manakala umi dan papa menemani Iris di dalam wad.

"Abang qal tak lapar? Pukul 8 dah ni. Trish nak pergi beli sarapan dekat bawah, abang qal nak apa-apa tak?"

"Kopi je boleh?"

"Okay. Tunggu jap eh."

Rayqal hanya mengangguk lemah sambil tersenyum tawar.

Aku turun menuju ke kafeteria menggunakan lif. Sedang pintu lif ditutup, seseorang menahannya dengan sebelah tangan. Aku cepat-cepat menekan butang buka.

"Thanks."

Seorang lelaki memasuk lif dalam keadaan tercungap-cungap. Aku mendekatinya, cuba menenangkannya.

"Are you okay? Siapa yang kejar, sampai tak cukup udara dibuatnya."

"Yes, I'm fine... Kena rehat jap." Lelaki itu duduk di lantai lif.

Okay... Aku bukan doktor... Help me...

Pintu lif terbuka, aku menekan butang buka.

"Nak saya panggil doktor ke? Takut pula tengok ni." Aku bersuara.

"Takpe-takpe. Nak minta tolong benda lain boleh?"

"Apa dia?"

"Teman saya makan boleh? Sedihla makan breakfast sorang-sorang." Lelaki itu memandang bawah dengan muka yang sayu.

Aku membulatkan mata mendengar kata-kata yang keluar dari mulutnya.

"Okay... Tapi sebab awak nampak macam terdesak je tau" Aku ketawa kecil.

Kasihan melihatnya, dengan wayar oksigen yang dipakai dan tangki kecil oksigen yang dibawa dalam beg disangkutnya ke bahu, mungkin pesakit di hospital ini, mesti kes takde kawan ni, sunyi ler tuuu.

"Awak ni funny eh?"

Aku dan lelaki itu cepat-cepat keluar dari lif.

Nasib takde orang tunggu luar lif, heh.

Selepas membeli makanan untuk aku dan membungkus makanan untuk umi, papa dan Rayqal. Aku dan dia duduk di sebuah meja di dalam kafeteria itu.

Lelaki itu langsung tidak menjamah makanannya, dari tadi merenung aku.

'whatevahhh, aku lapar.' Getus hatiku.

"Taknak berkenalan ke dengan lelaki depan mata awak ni?" Lelaki itu bersuara.

"Oh! Sorry, lapar."

Lelaki itu tertawa kecil.

"Nama diberi Muhammad Saddiq, boleh panggil Saddiq, 23 tahun. Masih single dan available." Dia tersenyum memandang aku.

"Okay... Mesti selalu main wechat kan? Intro tu semacam je." Balasku.

"Eh condemn orang pula. Macamlah dia lahir-lahir terus ada Whatsapp."

Aku ternganga.

"Ouch." Itu sahaja perkataan yang sempat keluar dari muluku.

'Berani kau...' Getus hatiku.

"Okay sorry. Beritahu lah siapa perempuan cantik depan mata ni?"

Hm, pandai pula ambil hati.
Nasiblah hensem.

Aku meletakkan sudu dan menyandar di kerusi, senyum ke arahnya sambil tangan di silangkan ke dadaku.

"Well, well, well. Perempuan cantik depan mata awak ni nama dia Naura Trisha, panggil Trish je, twenty three oso. Single tapi tak available." Aku mengangkat kening sebelah kanan.

"Okay... Wechat intro paling cute."

Aku tertawa kecil. Aku melihat jam di tangan, jam menunjukkan pukul 9.15 pagi.

'Alamak aku dah lambat! Masak ranum lah aku!' Getus hatiku.

"Sorry awak. Saya kena pergi ni, dah lambat. Kesian dorang tunggu makanan tak sampai-sampai, takut dorang ingat saya scammer pula." Lincah tangan aku mengemas meja makan.

Saddiq tertawa kecil.

"Ah, okay, okay. Janji kita jumpa lagi ya." Dia mengenyitkan mata kepadaku.

Ops! Sakit mata ke bang?

Aku hanya senyum mengangguk. Cepat kakiku mengorak langkah menuju ke wad kanak-kanak.

Saddiq menyandar di kerusi sambil tersenyum.

"Tak pernah ada perempuan sudi kenal aku, dia yang pertama." Kata Saddiq dengan nada yang sangat perlahan, hanya dia yang mendengarnya.

Saddiq tersenyum sendiri.

___________________________

"Sorry lambat." Aku berbisik.

"Ish kamu ni, lama papa dengan Rayqal tunggu." Marah umi.

"Takpe umi sya. Rayqal pun tak lapar ."

"Kamu kena makan qal, ada tenaga nak jaga Iris. Apa kata kamu balik berehat, tukar baju semua. Kami boleh teman Iris kat sini kan uminya?" Papa bersuara.

"Betul tu Rayqal. Penat sangat umi sya tengok kamu ni."

"Terima kasih sangat-sangat. Rayqal banyak terhutang budi dengan family papa Z." Rayqal memundukkan kepalanya.

"Ish, takdelah. Abang qal ni. Kita kan dah macam family. Jangan lah cakap macam tu." Aku bersuara.

Rayqal tersenyum ke arahku.

Aku rasa itulah senyuman dia yang paling manis aku tengok selepas dia pindah sini. Apa lah yang kejadian yang perit lelaki ini lalui sampai merenggut senyuman manis yang selalu terukir di bibirnya suatu ketika dahulu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience