B1

Romance Series 25673

Nama aku Naura Trisha, cahaya bersinar terang wanita terhormat. Panggil je aku Trish, simple and short but sweet. Umur aku 23 tahun.

Kerja? Alah, malu nak bagitahu, nanti orang kata aku riak pula.

Nak tahu jugak? Yelah, yelah.

Aku ada kedai bunga, La Myrtle tidak jauh dari rumahku. Aku mula minat menggubah bunga semenjak aku saja-saja masuk pertandingan menggubah bunga masa aku umur 16 tahun.

Tak ku sangka sudah sebulan aku putus tunang dengan Si Gunung Berapi tu.

Ha? Aku over ke?

Yelah, dah sebulan pun aku masih rasa baru semalam dia datang rumah nak putuskan hubungan kami.

Cara dia putuskan dah betul tapi sebabnya tu tak munasabah. Tak masuk akal. Rasa nak lempang muka dia bertubi-tubi, ergh.
__________________________

"Makcik, pakcik, saya datang ni ada hajat." Haikal memulakan bicaranya.

"Hajat apa tu? Nak kata menyunting bunga, dah disunting pun. Jangan kata nak anak lelaki bongsu pakcik pula ye." Tanya papa sambil menurunkan sedikit cermin matanya, merenung dengan serius ke arah Haikal.

"Eh, saya masih straight Pakcik, uish, minta-mintalah dijauhkan. Sebenarnya macam ni, saya rasa sampai sini jelah hubungan saya dengan Trish. Saya nak putuskan pertunangan kami." Sambung Haikal.

Umi dan Papa sangat terkejut dengan kata-kata Haikal. 

Sebab apa? Sebab dialah yang beria-ria sangat nak bertunang cepat-cepat walaupun masih lagi belajar, taknak terlepas permata beharga katanya. Sekarang dah tak ada nilai dah ke, nak lepaskan gitu je, huh, maghoh ni maghoh.

"Kenapa nak putus Kal?" Tanya umi yang daripada tadi mendiamkan diri.

Aku perasan daripada raut wajah umi seperti sedih tambah kecewa dengan keputusan mengejut Haikal itu.

Sebenarnya aku dah bersedia dengan situasi sebegini sebab semenjak dua menjak ni Haikal dah lain. Tak mesra macam dulu. Selalu sibuk dengan hal dia. Bila ajak keluar, ada je alasan dia.

Ye, aku tahu masa bertunang elok tidak berjumpa selalu, tapi nak ajak cuba baju kahwin kottt, takkan nak bersanding dengan baju tido pula, haaa tengok, manghoh tak reda lagi ni.

"Saya... Saya suka dekat Diana. Maafkan saya Trish, Pakcik, Makcik." Jawab Haikal.

Aik? Senang betul dia jawab. Dia tak tahu ke yang kemarahan aku ni boleh meletus bila-bila masa. Apa dia ingat aku spare part basikal dia ke.

"Senang kau nak bertunang lepastu putuskan macam tu je. Kau ni macam budak-budak. Sepatutnya aku sedar dari dulu yang kau tak layak untuk adik aku." Marah abang keduaku, Aidan Aisy.

"Aku dah cakap dari dulu dik, dia ni ada simpan perempuan lain, kau taknak percaya, sebok angau bercinta." Sambung abang sulungku, Aniq Amsyar.

Dush! Dush! Dush! Aku seperti dipukul periuk dapur umi, adehhh. Dia yang minta putus, aku ditapaunya sekali.

Sebelum bertunang ada Papa pesan padanya supaya jangan cepat buat keputusan. Cari duit dahulu, dah mampu, baru fikirkan ke arah yang lebih serius.

Tetapi sayang, nasihat papaku diendahkan, dia sangat yakin dengan keputusannya. Ibu bapanya pula selalu sibuk dengan hal masing-masing, hanya ikutkan sahaja kemahuan anak bongsunya itu.
_____________________________

"Dik... Jauh termenung."

"Eh? Umi. Bila umi sampai?" Tegurku.

Umi yang baru sampai daripada rumah Mak Usu duduk di birai katilku.

"Baru saja. Tak sedar ke umi bukak pintu? Teringatkan siapa tu?" Sambung Umi.

"Sorry umi. Trish kusyuk sangat termenung tadi, hehe. Takde siapa lah Umi, teringatkan kerja-kerja yang berlambak kat pejabat tu."

"Ini umi tau. Umi tahu apa anak-anak umi fikirkan. Sudahla, lupakan dia. Tak guna lagi teringat dekat orang yang dah buang kita."

Aku hanya menganggukkan kepala. Sungguh setuju dengan kata-kata umi.

Tetapi hati ni tetap berkeras ingin menyimpan memori dia walaupun ianya di sudut hati yang jauh ke dalam.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience