B18

Romance Series 25673

Hari ini aku sudah berjanji untuk menemani Rayqal dan Iris makan tengah hari.  Malam tadi Rayqal ada menghantar WhatsApp untuk memberitahu pukul berapa dia akan mengambil aku di kedai bunga.

"Naili kejap lagi aku nak pi lunch. Nah duit, kau belanja dorang makan." Aku menghulurkan duit sebanyak RM300 kepada Naili.

"Alaaa, kau tak dapat join lah ni? Kan kita dah janji." Naili membuat muka sedih.

"Tak payah la fake sangat Li, korang suka kan aku takde, boleh gossip. Aku janji nak belanja bila dapat job besar ni bukan makan sekali, heh."

"Apa lah nasib dapat boss sekejam ni..." Naili mengeluh.

Aku mencerlung tajam ke arahnya.

Pin! Pin!

Aku menjenguk ke luar untuk melihat siapa yang datang. Kereta Honda CR-V milik Rayqal berada betul-betul di hadapan kedai bungaku.

"Tu buah hati dah sampai. Cepat pegi." Naili bersuara.

Aku menjeling Naili.

"Ok! Aku pegi dulu. Jangan nak gossip lebih-lebih eh. Masuk keje on time lepas lunch, jangan nak curi tulang je. Ingat tu!" Ngomelku.

"Hmmm." Naili membalas omelanku.

Aku bergegas keluar dari kedai bunga dan menuju ke kereta Rayqal. Aku menyapa Rayqal dan Iris sejurus aku masuk ke dalam kereta.

Tiba-tiba sahaja aku mendengar Rayqal ketawa besar. Aku memandangnya dengan muka yang pelik.

Mamat ni sakit ke?
Tetiba gelak.

"Kenapa gelak?" Tanyaku kehairanan.

Hanya jarinya menunjuk ke bahagian hadapan. Sepantas kilat aku mengikut arah jarinya.

Aku melihat sekumpulan pekerjaku sedang bergelak ketawa di dalam kedai sepertinya mereka sedang bersorak mungkin.

"Cis, kureng hasem! Suka sangat ye tu takde aku. Tunggu korang..." Getus hatiku.

Aku menarik muka masam.

"Jumlah pegi lunch cepat." Kataku.

"Okay, okay. Tapi kan baguslah Trish layan pekerja, dorang gembira betul ya." Gelak tawa Rayqal masih tersisa.

"Trish ni boss yang baik kalau abang nak tahu. Sebab tu dorang dah lama keje situ."

"Bagus, bagus. Abang boleh belajar daripada Trish ni."

Nampak sangat dia perli aku, cis!

Sekali lagi aku menarik muka masam dan mendiamkan diri.

Sampai sahaja di restoran pilihan Rayqal, aku keluar dari kereta dan mengambil Iris di bahagian belakang.

Aku terdengar sayup-sayup suara yang seakan-akan memanggil namaku. Aku menoleh ke belakang untuk melihat siapakah gerangan itu.

"Ya Allah, jantan ni lagi. Kenapalah asik terserempak je." Getus hatiku.

"Trish! Jumpa lagi kita ya."

"Kau buat apa kat sini?" Aku membalas dengan suara yang lembut, tidak mahu memeranjatkan Iris di dukunganku.

"Trisha? Kenapa ni?" Rayqal menegur.

"Abang qal ambil Iris masuk order dulu, nanti Trish datang. Kejap je."

"Kalau ada apa-apa, jerit je, abang datang." Pesan Rayqal.

Aku hanya mengangguk. Rayqal berlalu masuk ke dalam restoran.

"I give you one minute, talk now." Aku bersuara.

"Trisha, I betul-betul nak kita macam dulu balik. I takkan sia-siakan kita kali ni, tolonglah Trisha."

"Macam ni lah Haikal, I dah bahagia tanpa you. I dah move on, dah terlampau move on pun. You pun kena move on ok? Kita memang memang takkan bersama dah." Terangku.

"Trish, I sanggup buat apa saja untuk dapatkan you balik, sumpah Trish." Rayu Haikal.

"No Haikal." Aku terus menoleh dan berjalan menuju ke restoran.

Haikal merentap kuat tangan kananku. Aku dapat merasakan aura marah pada tangannya.

"Haikal!"

Kami berdua serentak menoleh ke arah suara itu.

"Lepaskan tangan Trisha." Rayqal menolak kuat tangan Haikal yang memegang tanganku.

"Kau siapa?" Tanya Haikal.

"Kau tak perlu tahu aku siapa. Aku taknak tengok kau dengan Trisha lagi. Jum Trish." Rayqal mengajakku masuk ke dalam restoran tanpa sempat aku berkata apa-apa.

"Tak guna!" Haikal bercakap sendiri.
_________________________

"Trish ok ke?"

"Okay, terima kasih tolong Trish tadi." Aku tersenyum ke arah Rayqal.

"Bahaya lah dia tu, Trish patut report polis. Entah apa lagi dia berani buat lepas ni."

Aku makan sambil berselang seli menyuap Iris.

"Tulah tu, takut juga. Nanti Trish pegi lah report polis."

"Abang qal sihat? Semua ok?" Tanyaku mesra.

"Alhamdulillah, sihat. Biasalah kan duda anak sorang, rasa tak cukup tangan nak uruskan. Tengah adapt lagi dengan keadaan sekarang."

"Faham, faham. Yelah, abang kan keje, balik je kena jadi suri rumah pula."

"Suri rumah tu abang tak kesah sangat, boleh je abang settlekan."

"Habistu?"

"Abang risau pasal suri hati abang ni."

Terhenti tanganku menyuap Iris apabila mendengar kata-kata Rayqal.

'Chessy juga dia ni.' Bisik hatiku.

"Yelah kan, urusan lain abang boleh je settle kan. Urusan hati ni, abang tak boleh nak settle sorang, kena lah ada suri hati yang support." Bersahaja Rayqal melontarkan kata-katanya.

Aku hanya menggangguk tanda setuju, tidak tahu macam mana aku ingin membalas kata-katanya.

"Mami."

Serentak aku dan Rayqal menoleh ke arah Iris.

"Dia sebut mami ke?" Tanya Rayqal dengan nada teruja.

"Sambil pandang Trish ke?" Tanyaku kehairanan.

Rayqal ketawa kecil memandang mukaku yang kehairanan.

"Yang penting tu perkataan kedua dia selepas dada." Rayqal mengambil Iris dari tempat duduknya dan mencium pipinya lembut.

Aku hanya melihat mereka. Rayqal tampak gembira hari ini, mungkin sesuatu yang gembira terjadi padanya.

Pada usia 27 tahun, dia telah memikul tanggungjawab yang sangat besar dalam hidup sendirian tanpa peneman sehidup semati disisi. Aku tak dapat bayangkan kuatnya seorang lelaki tenang seperti Rayqal boleh menghadapi semuanya sendiri.

Tabik hormat aku untuk jasa dia yang tak ternilai itu.

"Tenung apa tu, senyum sorang-sorang." Tegur Rayqal.

"Ha? Takde apa."

"Suka eh tengok abang dengan Iris? Cepat-cepatlah kahwin." Rayqal tersenyum manis ke arahku.

Aku hanya tersenyum kambing memandang Rayqal.

"Kahwin dengan siapa bang."

"Sape-sape je yang Trish suka. Lagi senang kahwin dengan orang yang dah ada anak kan." Rayqal memndang tepat ke dalam mataku.

Aku tersenyum tawar malu tanpa berkata apa-apa. Hairan dengan kata-kata Rayqal, seolah-olah dia sedang memberi hint kepadaku.

"Em, jumlah kita balik, dah nak abis waktu lunch ni." Rayqal bersuara.

Aku dan Rayqal bangun, menuju ke kaunter dan terus ke kereta. Kami kembali ke tempat kerja masing-masing.

"Oi, menung apa siyes sangat tu." Sergah Naili.

Semua pekerja memandang tepat ke arahku.

"Ha? Mana ada apa pun."

"Story lah boss." Sarah, salah seorang pekerjaku bersuara.

"Entahla, rasa macam Rayqal tu nak bagi hint something la."

Semua mengeluh.

"Laaa boss, kami semua dah tahu yang Rayqal tu suka boss."

"Ha? Jangan nak merepek lah." Balasku kehairanan.

"Eleh kau ni, tak nampak ke buat-buat tak nampak?" Celah Naili.

"Nak dekat tiap minggu ada je dia cari masa nak ambil, hantar kau pegi, balik keje." Tambah Naili.

"Bukan tiap hari pun." Kataku.

"Still dia usaha kan? Takkanlah dia buat sesaje, kau dengan dia bukan ada kaitan sangat pun."

Aku mengelamun jauh memikirkan hal itu. Adakah betul apa yang dikatakan Naili?

Kalau dia suka suka,
Takkanlah dia kahwin dengan Hana.
Kenapa bukan aku?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience