B23

Romance Series 25673

Selesai menunaikan solat fardhu zohor, aku mengorak langkah ke ICU sambil mataku  difokuskan ke skrin telefon untuk melihat cadangan gubahan yang dihantar oleh pekerjaku untuk ditunjukkan kepada client pada meeting minggu hadapan.

Terasa seperti jauh sudah aku berjalan, aku mengangkat kepala untuk melihat persekitaran.

"Eh kat mana pula ni?" Aku berpusing mencari tanda arah ke ICU.

Aku berjalan kembali menuju ke ICU. Dari jauh aku ternampak seorang lelaki yang aku kenal sedang menolak kerusi roda yang diduduki seorang perempuan memakai penutup mulut. Aku cuba menfokuskan mataku ke muka lelaki itu.

Memang betul tu Suhayl.
Dia buat apa kat sini?
Siapa perempuan tu?
Kakak? Isteri? Kekasih?

Pelbagai persoalan yang bermain di mindaku. Aku hairan, kalau betul dia dah kahwin, kenapa aku tak pernah tahu padahal aku follow juga kawan-kawannya di Instagram, tak pernah pula aku lihat ada di antara kawan-kawannya memuat naik gambar di majlis perkahwinannya.

Aneh...

Untuk menghilangkan semua persoalan di kepalaku, aku menuju ke kafeteria hospital dan memesan Hot Americano. Aku duduk di hujung berdekatan dengan pintu masuk kafeteria dan menghirup air sedikit demi sedikit sambil mengamati persekitaran.

Tiba-tiba seseorang menghampiriku, badannya kurus lemah, mukanya tampak tidak bermaya walaupun memakai penutup mulut. Perempuan itu berdiri di sisiku dan memandang tepat ke arahku, aku tidak membalas pandangannya.

"Boleh saya duduk di sini?" Tanya perempuan itu, suaranya terputus-putus.

'Aku pernah dengar suara ni... Takkanlah...' Bisik hatiku.

"Duduklah." Jawabku.

Perempuan itu duduk di sebelahku dan menghadapku.

"Dah lama kita tak jumpa, Trisha."

Cepat-cepat aku memandang muka perempuan itu, matanya berkaca.

'Aku kenal perempuan ni, Ya Allah...' Bisik hatiku.

Aku hanya mendiamkan diri, memandang tepat mukanya, cuba mengamati rupa parasnya. Perempuan itu mengambil tanganku dan menggenggamnya erat. Perlahan-lahan dia membuka penutup mulut yang menutupi separuh mukanya itu.

Air mataku mula bertakung, rasa sebak yang tidak pernah aku rasa sebelum ini.

"L...Lili..." Aku membalas genggamannya.

Lili tersenyum manis kepadaku, sudah lama aku tidak melihat senyuman dia semanis ini, rindu aku kepada kenangan kami dulu. Tanpa sempat aku berkata apa-apa, tiba-tiba sahaja badannya rebah dan aku sempat menyambutnya. Aku cuba memanggil namanya beberapa kali tetapi tiada reaksi, matanya tertutup rapat. Cepat-cepat aku meminta tolong orang yang berdekatan untuk memanggilkan jururawat atau doktor yang ada.

Tidak lama kemudian, dua orang jururawat dan seorang lelaki menghampiri kami. Lelaki tersebut terus mengangkat Lili.

"Terima kasih, Trish."

Aku mengangguk, air mataku mengalir  dan hanya memandang mereka berlalu pergi, tergamam melihat kejadian yang baru berlaku betul-betul di depan mataku.

Aku tak bermimpi kan...
Apa kaitan Suhayl dengan Lili?...

Kakiku terasa lemah untuk bangun dan berjalan, terasa apa yang jadi tadi seperti mimpi. Sebab ini ke Suhayl kembali mencari aku selepas 6 tahun tiada langsung kabar berita.

Lebih kurang 20 minit aku duduk dan termenung cuba menenangkan diri, aku bangun dan cepat-cepat menuju ke ICU tanpa memandang persekitaran, mataku fokus melihat ke depan.

Aku berdiri di depan tingkap kaca ICU Saddiq, memandangnya sayu.

"Saddiq... Saya dah tak kuat..." Aku mengesat air mata yang bertakung.

"Cik Naura."

Aku menoleh kebelakang.

"Cik ok?" 

"Okay." Aku senyum.

"Doktor, macam mana dengan Saddiq?" Tanyaku.

"Alhamdulillah, Saddiq dah menunjukkan banyak perkembangan positif. Insya Allah, dia akan sedar tak lama lagi."

"Alhamdulillah. Terima kasih doktor." Aku senyum sekali lagi.

"Lepas je dia sedar and semua ok, kami akan terus tukar dia ke wad biasa."

"Terima kasih doktor." Sekali lagi aku berterima kasih.

Doktor Ahmad mengangguk sambil senyum dan berlalu pergi. Aku mengambil telefon dan mendail nombor Abang Am.

"Assalamualaikum bang, abang balik tak harini?" 

"Balik, pukul 6 jap lagi. Kenapa?"

"Trish nak tumpang balik boleh?"

"Eh, bukan Trish bawak kereta ke?" Tanya Abang Am kehairanan.

"Bawak tapi rasa macam malas nak drive, takpe en?"

Abang Am ketawa kecil.

"Patutnya dia yang hantar kite balik, ni kite yang kerja ni pula kena hantar dia balik." Gurau Abang Am.

"Mulalah tu dia ni." Aku mencebikkan bibir.

Abang Am ketawa.

"Yelah dik. Nanti tunggu depan pintu masuk eh."

"Okay. Bye!" Aku memantikan talian.
______________________

Tepat pukul 6 petang, kereta BMW 320i kepunyaan Abang Am sudah ada di depan pintu masuk hospital.

"Senyap je ni. Okay ke?" Tanya Abang Am.

"Ha? Okay je."

"Macam mana Saddiq?"

"Alhamdulillah, doktor kata dia dah ok sikit. Tak lama lagi, Insya Allah, sedar."

"Trish... Trish suka Saddiq ya?"

Aku diam tergamam mendengar kata-kata Abang Am.

"Takpe dik. Kuatkan semangat, abang yakin dia kuat lawan penyakit tu. Trish pun kenalah kuat ok?" Tambah Abang Am.

Aku senyum memandang Abang Am kemudian aku berpaling memandang ke luar tingkap.

Abang Am sudah tahu perangai adik perempuannya ini, kalau hubungan aku dengan lelaki itu tak pasti ke mana arahnya lagi, selagi itu aku takkan cakap apa-apa mengenainya walaupun aku yakin dan betul-betul mencintainya.

Hari ini je banyak perkara yang harus dihadam oleh mindaku. Aku memandang langit biru, menenangkan fikiran dengan mengamati keindahan alam ciptaan Allah, Subhanallah.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience