B26

Romance Series 25673

Pagi-pagi lagi aku sudah dikejutkan dengan panggilan telefon daripada hospital. Jururawat meminta aku segera datang ke hospital kerana Saddiq tiba-tiba menunjukkan reaksi yang negatif.

Sebaik sahaja memutuskan panggilan telefon, aku menghantar WhatsApp tentang keadaan Saddiq kepada Abang Am dan memintaya untuk menjenguk Saddiq jika sempat.

Aku bergegas bersiap untuk ke hospital, terpaksalah aku ke sana sendirian kerana kesemua ahli keluargaku masih lena diulit mimpi memandangkan baru pukul 4.30 pagi.

"Kak, nak gi mana pagi-pagi buta ni?" Azaim berkata daripada tangga rumah sambil menggosok matanya.

"Hospital."

Bulat mata Azaim mendengar jawapanku. Dia yakin yang mesti ada sesuatu berlaku kepada kawanku.

"Jap, Im ikut." Tidak sempat aku berkata apa-apa, Azaim bergegas ke tandas membasuh muka dan menyarungkan sweatshirt ke badannya.

Aku dan Azaim memasuki kereta dan aku terus memandu ke hospital.

"Im, WhatsApp umi, bagitahu yang kita pegi hospital tengok kawan akak."

Azaim mengangguk dan terus mengeluarkan telefonnya.
_______________________

Dari jauh aku melihat doktor Ahmad ysng merawat Saddiq bersama sekumpulan doktor yang lain sedang berbincang di hadapan bilik ICU Saddiq. Laju langkahku mendekati mereka untuk mengetahui keadaan Saddiq saat ini.

Aku panik apabila memandang tingkap bilik ICU disebelah kananku di mana Saddiq ditempatkan itu kelihatan kosong seperti tiada siapa yang menghuninya.

"Assalamualaikum Dr., Saddiq dekat mana? Dia ok ke?" Tegurku.

"Alhamdulillah, Saddiq dah sedar, Cik Naura. Kami dah hantar dia ke wad biasa. Walaupun in di luar jangkaan kami, semuanya kuasa Allah."

"Alhamdulillah, terima kasih Ya Allah. Terima kasih Dr. Saya boleh tengok dia ke?"

"Boleh, dia pun mesti tunggu cik datang."

"Terima kasih Dr." Aku menundukkan sedikit badanku kepada Dr. Ahmad tanda hormatku dan terima kasihku kepadanya.

"Jum." Aku menarik tangan Azaim dan terus menuju ke wad Saddiq sebelum ini.

Sampai sahaja aku di pintu masuk wad Saddiq, langkahku terhenti. Perasaanku mula sebak dan air mata mula bertakung.

Aku tidak tahu reaksi apa yang harus aku tunjukkan dan aku takut Saddiq menyalah anggap reaksiku nanti.

"Kak, nape tak masuk?" Tegur Azaim.

"Akak sebak, Im."

"Kak, just be yourself. Kalau akak rasa nak nangis, nangis je."

Aku menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya beberapa kali untuk menghilangkan perasaan sebakku ini.

Perlahan-lahan aku membuka pintu dan mendekati Saddiq yang masih terlantar di katil. Abang Am juga ada menemaninya di sebelah katil, dia seakan-akan sedang menungguku.

"Bang, cemana Saddiq?" Tanyaku.

"Alhamdulillah, semua okay. Dia tengah tidur tu."

"Thank you bang sebab jengukkan dia."

"No problem lah. Lagipun abang tengah free."

"Trish dah ada ni, abang pegi dulu eh. Nanti dia dah bangun, layan hepi-hepi tau, jangan tunjuk muka sedih awak tu." Pesan Abang Am.

"Okay. Take care bang." Aku senyum kepadanya.

"Im, jaga akak tu. Jangan merayap pula." Pesan Abang Am kepada Azaim.

"Roger bang!" Balas Azaim.

Abang Am keluar dari bilik wad selepas bersalaman dengan aku dan Azaim. Aku duduk di sebelah katil Saddiq, setia menunggunya bangun dari lena. Manakala, Azaim sudah dihanyut mimpi di  atas sofa.
__________________________

"Naura Trisha..."

Aku tersedar pabila terdengar namaku dipanggil lembut.

"Saddiq? Awak dah sedar!" Aku berkata dengan nada riang.

Saddiq tersenyum manis kepadaku.

"Saya dah lama sedar wak, sampai tertidur tunggu awak lama sangat datang." Saddiq ketawa kecil.

"Tu, adik bongsu kesayangan risau kakak dia pergi sorang. Dia pun sebok nak ikut, tu yang lambat." Aku menjuihkan bibir kepada Azaim yang masih lena diulit mimpi.

"Alasan eh. Awak dah solat subuh ke ni? Saya tak solat lagi ni."

"Eh, belum. Saya pun pergi solat jap. Awak nak Im tolong tak."

"Em, boleh ke? Hehe. Saya segan la."

"Eee, mengada! Adik saya tu sporting je. Jap eh." Aku bangun dari kerusi dan mendekati Azaim di sofa.

"Im, bangun Im. Dah subuh ni." Aku menggerakkan badan Azaim perlahan.

"Ha? Kenapa?"

"Solat, dah subuh ni. Kau tolong Saddiq boleh tak?"

"Ohh, okay okay. Kau pegi lah solat cepat."

Aku kembali ke Saddiq dan sempat aku memesan kepadanya supaya bertahan dengan adik bongsuku ini sebab Azaim ni jenis yang banyak mulut sikit kalau dia boring, haha.
_________________________

Selesai solat subuh, aku bergegas ke bilik wad Saddiq. Tidak sabar rasanya untuk berbual seperti dulu, aku rindu.

Langkahku terhenti pabila satu susuk tubuh lelaki betul-betul berdiri di hadapanku. Pandanganku aku terus beralih daripada skrin telefon ke lelaki itu bermula daripada kakinya hingga ke mukanya.

"Haikal?"

"Trisha, I tahu you dah tahu semua tu kerja Lili, kawan lama you." Haikal bersuara.

"Apa masalah kau ni? Aku dah taknak dengar apa-apa lagi dah." Aku menyilangkan tangan ke dada.

"Tapi I tak salah, Trish."

"Tak salah? Sampai putus tunang you cakap you tak salah? Dahtu yang putus tu I lah?"

"Trish, bukan macamtu, dia yang goda I balik."

"Yang you terima godaan dia, betul sangat lah tu?"

Haikal mengeluh, terdiam memandang lantai.

"You ni sama macam Izlan, orang dah taknak, baru nak merayu." Sambung aku.

Haikal lantas mengangkat kepalanya memandang tepat kepadaku.

"Siapa Izlan?" Tanya Haikal.

"Watak lelaki jahat yang tak guna, main kayu tiga dengan kawan tunang sendiri. Lepas perempuan tu dah bahagia, terhegeh-hegeh nak balik." Terangku dengan nada marah.

'Sempat ye kau kaitkan dengan drama, Trish, tabik hormat kittt. Bisik hatiku.

Haikal tersenyum sendiri mendengar penjelasan aku.

"You tak berubah, Trisha. Masih anggap realiti sama macam dalam drama."

"Memang sama pun! Tengok drama tu samakan you dengan Izlan, sebijik! Huh!"

'Sampai recommend drama hah, melampau dahni.' Bisk hatiku lagi.

"Kau buat apa kat sini, Haikal?" Suara seorang lelaki dari belakang mengejutkan aku.

Aku menoleh ke belakang.

"Eh, hero you dah sampai, Trisha." Haikal tersenyum sinis.

"Kan aku dah cakap aku taknak tengok kau dengan Trish lagi. Tak paham bahasa ke?" Rayqal bersuara.

"Bang qal, sabar, ni hospital." Aku cuba menenangkan Rayqal yang kelihatan sungguh marah kepada Haikal.

Rayqal memndangku seketika kemudian perlahan-lahan mendekati Haikal.

"Baik kau pergi dari sini sebelum aku yang heret kau keluar." Kata Rayqal dalam keadaan seakan-akan sedang berbisik.

Bulat mata Haikal mendengar amaran daripada Rayqal. Aku juga terkejut mendengarnya, Rayqal kelihatan tidak seperti biasa.

"Jum, Trish." Rayqal menyuruh aku berjalan di hadapannya.

Haikal hanya memandang kami berlalu pergi.

"Kenapa abang qal cakap macamtu dekat Haikal?" Aku bersuara.

"Itu je cara bagi dia dengar cakap."

"Abang ok ke?"

"Okay je." Rayqal menolak perlahan pintu bilik wad Saddiq, meninggalkan aku sendirian di luar, kehairanan dengan kelakuan Rayqal hari ini.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience