B4

Romance Series 25673

Susuk tubuh gagah perkasa yang tidak kukenali sedang berdiri di hadapanku sebaik sahaja aku menoleh ke belakang.

Tinggi? pass!
Hensem? pass!
Gaya? Pass!

"Hoi! Tengok apa tu? Tak berkelip langsung mata tu." Jerkah lelaki yang tidak kukenali itu.

"Eh? Mana ada apa-apa! Terkejut tau! Suka hati je kacau lamunan orang." Balasku.

Aku acah-acah membetulkan tudung dan baju kurung kedahku. Aku menghiraukan lelaki itu dan kembali membancuh semula Teh O panas yang aku buat sebentar tadi.

"Kau tak kenal aku ke?" Tanya lelaki itu.

"Tak." Balasku.

"Aku Kemal lah, aku dah ada makwe. Aku taknak kau."

Tersentak aku mendengar kata-kata Ikhmal itu.

'Dia ingat aku nak sangat ke dengan dia? Biadap sungguh!' Getus hatiku.

Marah!
Geram!
Rasa nak tinju-tinju je mamat ni!

"Siapa nak kau? Aku pun tak hingin!" Balasku dengan geram.

"So, pujuklah umi, papa kau supaya kita tak dijodohkan." Balas Ikhmal.

Aku mendiamkan diri.

Malas nak layan kau!
Pi lantak cakap sorang-sorang!
Padan muka!
Huh!

Selepas selesai tugasku, aku bergegas ke ruang tamu dengan teko Teh O panas homemade di tanganku.

Tanganku direntap oleh Ikhmal tanda marah kepadaku kerana aku tidak membalas kata-katanya tadi.

"Kau dengar ke tak?!" Marah Ikhmal.

"Kau tak tahu ke beza mahram dengan bukan mahram? Lepaslah! Berdosa!" Aku tarik tanganku dengar kasar.

Biarlah air ni nak tertumpah sekalipun, asalkan aku terlepas dari pegangan kuat lelaki biadap ini.

Aku cepatkan langkahku ke ruang tamu tanpa menoleh kebelakang.

Ikhmal hanya melihat aku berlalu pergi.

______________________

Aku meletakkan teko di atas meja. Menuang Teh O panas ke dalam cawan. Tekakku terasa haus selepas terbabit dalam drama melayu ngeri sebentar tadi.

"Trisha, kenapa kelam-kabut ni?" Tanya umi kehairanan.

"Hm? Takda apa. Trish dahaga je, hee" Aku sengih kepada umi.

Umi melihatku dengan dahi yang berkerut. Mungkin umi perasan dan pelik dengan tingkah lakuku yang tidak seperti biasa.
_________________________

"Kami balik dulu ye Ti, Syam. Kalau ada rezeki, kita jumpa lagi, Insya Allah." Kata papa kepada Mama Ti dan Ayah Syam.

"Insya Allah, mana tahu nanti kami pula yang akan ke sana kan. Minta maaflah sebab anak tunggal lelaki kami tu tak turun-turun pula sampai kesudah, dah dikejutnya banyak kali, tetap duk terperuk dalam bilik dia tu, dahla lama tak berjumpa Umi Sya dengan Papa Z dia ni." Bebel Mama Ti.

"Eh tak apelah. Anak lelaki kan, memang susah sikit nak bergaul, Mama Ti nya." Senyum Umi membalas bebelan Mama Ti.

'Susah sangatlah nak bergaulnya tu sampai kurang ajar dengan orang tadi, huh!' Getus hatiku.

Selesai sesi bersalaman dan bergambar, kami menaiki kereta. Aku hanya mendiamkan diri sepanjang perjalanan.

Umi dan papa ada juga mengajakku berborak tetapi aku hanya mengangguk dan menggelengkan kepala.

Nampak reaksi umi dan papa yang kebingungan melihat anak ketiganya itu membisu dan tidak hyper seperti selalu.

Perjalanan balik ke Kuala Lumpur ini terasa begitu pendek. Rasa macam baru sahaja bertolak dari rumah Papa Syam. Tup tup, sudah sampai di 'rumahku syurgaku', Alhamdulillah.

Sebaik sahaja aku keluar daripada kereta, umi menegurku.

"Trisha.. Trish ok tak ni? Daripada tadi diam je. Mana anak umi yang gila-gila ni?" Pertanyaan dan gurauan umi membuatku tersenyum tawar.

Atleast aku senyum ye.

"Trish ok, penat kot. Trish masuk rehat eh. Umi dengan papa pun rehat lah, mesti penat kan. Jauh perjalanan kita tadi." Balasku dengan senyuman yang paling manis.

Ewahh~

Umi dan papa hanya melihatku berlalu masuk ke dalam rumah dengan muka yang tidak puas hati dengan jawapan aku tadi.

"Orang lain yang drive, orang lain yang penat, ye dak uminya?" Kata papa.

Umi hanya mengelengkan kepala.

Bila dah reda sakit hati ni, aku akan berbincang dengan umi dan papa tentang anak kesayangan Mama Ti dan Ayah Syam tu.

Aku tidak mahu lelaki itu menjadi pasangan hidupku!
Sungguh!

Budi bahasa? Fail sama sekali!

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience